SPECIAL ADS

13 Mac 2013

Kiram sahkan 23 pengikut mati, tapi 'Jeneral' Musa masih hidup


MANILA 13.3.2013 - Seramai 23 pengikut Jamalul Kiram III yang menceroboh Lahad Datu, Sabah bulan lalu telah maut manakala 'Jeneral' Musa didakwa masih hidup.

Ini bertentangan dengan laporan yang mengatakan Musa terbunuh minggu lalu.

Jurucakap Jamalul, Abraham Idjirani berkata, beliau ada berhubung dengan Agbimuddin Kiram, yang mendakwa sebagai raja muda, yang mengesahkan Musa masih hidup.

“Beliau masih hidup dan berkumpul semula jam 1 pagi hari ini sambil minum kopi,” katanya.

Laporan media ada mengatakan Musa merupakan timbalan ketua pengganas dan merancang bersama Agbimuddin untuk menuntut Sabah, yang kononnya menjadi hak milik Kesultanan Sulu.

Laman web www.abs-cbnnews.com memetik Abraham berkata, kerajaan Filipina dan Kesultanan Sulu mesti terlebih dahulu berundur sebelum mengambil langkah seterusnya.

Beliau turut menyampaikan penghargaan kepada Kerajaan Filipina yang membenarkan Setiausaha Negeri dan Kerajaan Tempatan, Mar Roxas bertemu dengan Esmail Kiram bagi membincangkan cara menyelesaikan isu semasa ini.

Tiada ulasan: