SPECIAL ADS

12 Mac 2013

Sandiwara Lahad Datu berjaya



"Sehingga saat KR menulis komentar ini,Kerajaan Rakyat masih kukuh dengan tanggapan bahawa tragedi pencerobohan askar Kesultanan Sulu di Lahad Datu, Sabah adalah perancangan yang direncanakan oleh Najib Razak dengan kerjasama para penasihatnya, Yahudi berfahaman Zionis bernaung di bawah APCO.

Ketika rakyat asyik membicarakan kisah pencerobohan askar Kesultanan Sulu di Lahad Datu dan beberapa kawasan lain di Sabah, Najib Razak dengan licik telah menggunakankelemahan polis dan kekuatan tentera demi 'political mileage' mereka.

Sandiwara Lahad Datu berjaya, Najib umum pembubaran Parliament untuk pru-13
Kecederaan dan kematian anggota keselamatan negara dalam tragedi Lahad Datu telah diolah sebegitu rupa oleh regim Umno BN untuk meraih sokongan dan simpati rakyat, bukan hanya kepada keluarga mangsa yang terbunuh, tetapi lebih dari; untuk keuntungan agenda politik kotor Umno BN dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13

Menyedari sokongan rakyat Malaysia, khasnya di Sabah dan Sarawak terhadap Umno BN semakin terhakis, maka Najib menggunakan taktik jijik sepertimana yang pernah dilakukan oleh pemimpin Umno terdahulu dalam tragedi berdarah 13 May 1969, tragedi Sauk dan pembunuhan umat Islam di Memali.

Oleh: setisab

Tiada ulasan: