SPECIAL ADS

13 Mei 2013

Abdul Khalid selesai angkat sumpah MB S'gor


SHAH ALAM 14 Mei : Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini mengangkat sumpah sebagai menteri besar Selangor bagi penggal kedua di Istana Alam Shah, Klang.

Beliau mengangkat sumpah dan membaca ikrar aku janji sebagai menteri besar di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Balai Rong Seri istana tersebut pada jam 10.10 pagi ini.

NONE

Selepas itu, Khalid yang juga ADUN Pelabuhan Klang menandatangani Aku Janji Menteri Besar Selangor yang disaksikan oleh Hakim Utama Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.
Difahamkan, antara tetamu yang dijemput menghadiri istiadat tersebut adalah kerabat diraja dan ketua-ketua jabatan berkaitan kerajaan.

ADUN Pakatan Rakyat dan BN bagaimanapun tidak hadir dalam istiadat pelantikan tersebut.

Wakil rakyat tak diundang
NONE
Mengulas perkara itu, Khalid dalam sidang medianya berkata baginda sultan sendiri membuat ketetapan untuk tidak menjemput para wakil rakyat untuk mengelakkan masalah ketidakhadiran.
"Oleh kerana, ada kalanya kalau dipanggil semua Ahli Dewan Undangan Negeri, tetapi terdapat beberapa (atau) sebahagian yang hadir.

"Jadi, oleh kerana itu, untuk mengatasi masalah ini, baginda tidak menjemput Ahli Dewan Undangan Negeri. Yang dijemput (adalah) Menteri Besar dan seluruh (ketua) penjawat awam untuk diperkenalkan," kata Khalid.

Turut hadir dalam sidang media itu beberapa pegawai kanan kerajaan negeri termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Khusrin Munawi.

NONE
Sementara itu, dalam kenyataannya, Mohd Khusrin menjelaskan amalan membaca akujanji oleh menteri besar telah pun bermula sebelum tahun 2008 dan bukan satu perkara baru dalam majlis rasmi pelantikan menteri besar dan ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri.


Katanya, akujanji jawatan tersebut mengandungi 10 perkara untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab yang bersesuaian drngan jawatan yang dipegang oleh mereka berdasarkan peruntukan bawah Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.

Tiada ulasan: