SPECIAL ADS

14 Mei 2013

Kuantan digelapkan Perhimpunan Blackout 505


KUANTAN 14 Mei : Walaupun perubahan tempat dibuat pada saat-saat akhir, puluhan ribuan orang masih menghadiri perhimpunan Pakatan Rakyat bagi membantah keputusan pilihan raya umum ke-13, demikian lapor MSTAR.

Kumpulan orang ramai yang kebanyakannya berpakaian T-shirt hitam membanjiri ibu pejabat PKR yang lama di Jalan Beserah di sini selepas penganjur menukar lokasi perhimpunan asal di Mahkota Aman beberapa jam terdahulu.

Perhimpunan pertama Pakatan telah diadakan di Kelana Jaya Rabu lalu diikuti di Pulau Pinang pada Sabtu dan di Ipoh pada Ahad.






Tiada ulasan: