SPECIAL ADS

14 Mei 2013

Nama Khalid bagi MB Selangor


14 Mei : Setiausaha sulit kepada Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani berkata baginda bersetuju melantik Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar untuk penggal kedua memandangkan Pakatan Rakyat hanya mengemukakan nama ADUN Pelabuhan Kelang itu sebagai calon untuk mengisi jawatan tersebut.

Selain itu, Khalid juga memenuhi syarat yang ditetapkan untuk mengisi jawatan berkenaan, selain pengalaman pada penggal lalu yang "boleh membantu melicinkan pentadbiran kerajaan negeri", kata Mohamad Munir.

"Dalam pada itu kelewatan dalam melantik Datuk Menteri Besar adalah kerana DYMM Sultan Selangor menunggu calon-calon Menteri Besar untuk dikemukakan oleh ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat.

"Di samping itu Datin Seri Wan Azizah, presiden PKR pernah menyatakan sebelum pilihan raya bahawa calon Datuk Menteri Besar tidak semestinya Tan Sri Abdul Khalid bin Ibrahim apabila Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya umum ke-13.

"Justeru itu, DYMM Sultan Selangor telah menunggu parti-parti komponen Pakatan Rakyat mengemukakan calon Datuk Menteri Besar dan akhirnya berpuas hati bahawa hanya seorang calon sahaja yang dikemukakan," kata Mohamad Munir dalam satu kenyataan.
Kenyataan berkenaan dipercayai timbul ekoran kontroversi yang tercetus di peringkat awal sebelum Khalid diumumkan sebagai menteri besar.
Sebelum ini, Pengerusi PKR Selangor Azmin Ali dilapor menyuarakankekecewaan berhubung proses penamaan calon menteri besar, dengan berkata kepimpinan tertinggi parti itu telah bertindak secara unilateral dan mengenepikan kepimpinan negeri.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail dilaporkan berkata berteraskan prinsip konsensus, PKR telahmencalonkan dua individu di kalangan ADUN PKR di Selangor untuk jawatan itu untuk dibincangkan bersama dengan PAS dan DAP.

PAS menerusi presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan DAP menerusi Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng telah bersetuju memilih Abdul Khalid bagi membolehkan beliau meneruskan khidmat cemerlangnya menerajui pentadbiran kerajaan Selangor, kata Saifuddin dalam satu kenyataan.

Pada pilihan raya umum lalu, Pakatan Rakyat memenangi 44 daripada 56 kerusi DUN. PKR memenangi 14 kerusi berbanding DAP dan PAS yang masing-masing memperoleh 15 kerusi. BN pula memenangi 12 kerusi.

Tiada ulasan: