SPECIAL ADS

15 Mei 2013

Pakatan Rakyat sanggup berjuang semasa susah atau senang


15 Mei : Inilah perjuangan dalam Pakatan Rakyat. Berjaya menerapkan nilai-nilai toleransi, semangat kerjasama berpasukan dan mewujudkan budaya hormat menghormati antara satu sama lain dalam gabungan Pakatan Rakyat.

Bukan mudah DAP Cina untuk terima PAS dalam konsep perjuangan. Kini sudah terbukti, apabila ROS (Pendaftar Pertubuhan) menggoyahkan DAP dalam PRU 13 untuk tidak menerima keputusan perlantikan jawatan dalam persidangan agung DAP yang lalu.

Jelas Pakatan Rakyat bersatu dalam mengharungi pertarungan PRU 13, dengan membenarkan lambang PAS untuk digunakan oleh DAP.

Semangat Pakatan Rakyat adalah dipuji, sanggup berjuang semasa susah atau semasa senang. Bak kata orang tua-tua kita, 'Teman ketawa senang dicari, teman menangis.......'  Lihat semangat mereka dalam perhimpunan BLACKOUT505 yang diadakan dibeberapa negeri. Semangat mereka kental, walaupun pihak Polis atau Kerajaan memberi beberapa amaran demi amaran. 

Tahniah!!! untuk Pakatan Rakyat demi untuk mencapai visi dan misi keadilan, mencari kebenaran dalam PRU13 dan menentang penindasan rakyat.

Oleh: Demi Rakyat

Tiada ulasan: