SPECIAL ADS

13 Mei 2013

Pasukan Penyiasat PR bagi salah laku PRU 13


Berikut Senarai 27 Kawasan Pilihanraya Parlimen Yang Akan Dibuat Petisyen Oleh Pakatan Rakyat 
Untuk Dicabar Keputusannya Di Mahkamah Kelak.

KUALA LUMPUR 14 Mei : Pasukan penyiasat salah laku dan penipuan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) memaklumkan sudah menerima 237 aduan dari pada pengundi berhubung salah laku sepanjang proses pilihan raya 5 Mei lalu.

Ketua pasukan itu, Rafizi Ramli berkata antara aduan tersebut termasuklah pengundi yang tidak dibenarkan mengundi kerana namanya sudah digunakan pihak lain untuk mengundi dan isu dakwat kekal yang tanggal pada hari yang sama.

Pada masa sama beliau memaklumkan telah mengenal pasti 27 kerusi parlimen yang dipercayai berlaku penipuan yang memungkinkan pihaknya membuat petisyen di Mahkamah sedikit masa nanti.

Dari jumlah itu kata Rafizi, 19 kerusi ditandingi PKR, manakala selebihnya membabitkan kerusi yang ditandingi PAS dan DAP.

“Pasukan yang digelar #SiasatPRU13 PKR akan menjalankan siasatan berdasarkan empat kriteria iaitu margin kemenangan tipis di bawah lima peratus, tidak sepadan dengan undi rosak, peratusan undi pos dan undi awal mengatasi margin kemenangan daripada undi biasa serta kerusi Parlimen mempunyai bukti penipuan bersama dan laporan polis.

"Empat kriteria itu akan diguna pakai untuk menetapkan kerusi Parlimen dan Dun yang akan disiasat dengan lebih mendalam,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, hari ini.

Beliau juga turut memaklumkan sekurang-kurangnya 25 laporan polis telah dibuat oleh pengundi di seluruh negara berkait penipuan yang berlaku.

Tiada ulasan: