SPECIAL ADS

15 Mei 2013

Persempadanan Semula Tidak Akan Menjadi Kenyataan?

16 Mei : Untuk menjalankan proses persempadanan ia memerlukan sokongan 2/3 dari Parliamen dan Dewan Undangan Negeri. UMNO akan memastikan SPR memecah kawasan mengikut kehendak serta nafsu serakah mereka.
Manakala pihak Pakatan sudah tentu tidak akan bersetuju dengan pemecahan tajaan UMNO/SPR itu.Selepas itu UMNO akan berkeras dan dengan bongkak mereka tidak akan berunding dengan Pakatan Rakyat.
Penghabisan sekali, tidak akan berlaku apa2 persempadanan semula. Segalanya akan kembali ke status quo sama seperti PRU 2008 dan 2013.UMNO akan hancur, inshaalah.
Sampai bila mereka hendak menunggang fitnah kononnya orang Cina akan mengambil alih pemerintahan Malaysia? Orang2 tua di kampung yang percaya cerita karut UMNO ni akan ramai yang meninggal dunia tidak sempat untuk melihat PRU 14.

Di kala itu, dimanakah UMNO hendak mendapat orang Melayu yang mahu mempercayai penipuan mereka? Di Negeri Sembilan, UMNO cuma memerintah dengan kelebihan undi 5000 sahaja.
UMNO bernasib baik kerana PKR dan PAS Negeri Sembilan telah menghabiskan banyak sumber untuk perkara2 yang kurang penting dan tidak menumpukan kepada usaha2 yang lebih penting seperti mendaftar pemilih baru dan membantah nama2 yang syak dan ragu2.
Kalau PKR dan PAS Negeri Sembilan pro aktif sudah tentu UMNO telah hancur di sana sekarang ini. Tak payahlah nak buang masa mengharap pada proses persempadanan semula. Buang masa sahaja.
Kita semua tahu SPR adalah barua UMNO. Lagi nak berharap ke? ~tulang besi

Tiada ulasan: