SPECIAL ADS

16 Mei 2013

PKR sangkal tinjauan 81% mahu Anwar undur

16 Mei : Sokongan besar dari bawah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertentangan sama sekali dengan dapatan tinjauan terkini yang menyebut bahawa 81 peratus responden mahu beliau berundur selepas tewas dalam pilihan raya umum, kata PKR.

Naib presidennya N Surendran berkata, Anwar mendapat sokongan besar sehingga ratusan ribu orang hadir dalam perhimpunan menolak dakwaan penipian pilihan raya yang dianjurkan Pakatan Rakyat di seluruh negara.

NONE"Di media sosial, di jalan raya dan perhimpunan awam, majoriti rakyat bersatu mahukan beliau terus bersama-sama sehingga tugas selesai," katanya yang juga anggota Parlimen Padang Serai yang baru.

Surendran juga mengingatkan bahawa Pakatan yang dipimpin Anwar mendapat undi popular 52 peratus.

Ia menurutnya menggambarkan orang ramai sedang menunggunya menjadi perdana menteri dan membentuk kerajaan baru.

Tinjauan akhbar bisnes The Edge mendapati seramai 81.62 peratus responden mahu Anwar bersara susulan kegagalan Pakatan mengambil alih pentadbiran negara.

Seramai 10,396 daripada 12,736 orang yang mengambil bahagian dalam tinjauan dalam talian itu bersetuju bahawa Anwar "harus bersara memandangkan beliau telah membuat ikrar tersebut" sebelum ini.

Tiada ulasan: