SPECIAL ADS

30 September 2014

Analisis : Amerika Masuk Dalam Perangkap Daulah Islam


DAWAAL HAQ- Mantan pegawai tinggi CIA dan ketua unit khusus pemburu Syekh Usamah Bin Laden-rahimahullah-Michael Scheuer akhirnya buka suara. Diwawancara oleh CNN, 27 September 2014 Scheuer mengungkapkan bahwa Amerika di bawah kepemimpinan Obama akan kalah di hadapan para jihadis. Berikut analisa Scheuer yang dirilis dawaalhaq.com dan kemudian diterjemahkan oleh Abu Hanan untuk Al-Mustaqbal Channel. Semoga bermanfaat!

Scheuer menjelaskan bahwa rakyat Amerika telah ditipu mentah-mentah oleh pemerintahnya sendiri. Menurutnya, para jihadis tidak memerangi Amerika karena ideologi dan kebebasannya, tetapi karena alasan-alasan politik. “Ada kebohongan yang sengaja dilakukan oleh elit politik yang berkuasa di Amerika. Sebab utama yang mendorong mereka (para jihadis) untuk menyerang kita, dan bukan menyerang Israel dan Arab Saudi, adalah karena kita melakutan intervensi di dunia mereka,” jelasnya.

Di sisi lain, menurut penulis buku Imperial Hubbris (Keangkuhan Imperial) ini, Amerika telah terpancing oleh provokasi yang dilakukan oleh Daulah Islam dengan memenggal kepala dua orang jurnalis Amerika dan seorang jurnalis Inggris. Dengan kata lain, Amerika masuk ke dalam perangkap yang dipasang oleh Daulah Islam. “Mereka menginginkan agar kita pergi memerangi mereka. 

Mereka ingin menimpakan kekalahan baru terhadap kita. Ini adalah perangkap. Osama bin Laden dan beberapa tokoh organisasi-organisasi ini telah menjelaskan bahwa melancarkan aksi-aksi terhadap tanah Amerika tidak akan mengantarkan kepada hasil-hasil besar, di samping biayanya yang tinggi. Sementara menarik orang-orang Amerika ke Timur Tengah untuk memerangi mereka di medan perang, sebagaimana yang terjadi di Irak dan Afghanistan, bisa menimpakan kekalahan yang lebih besar terhadap mereka,” paparnya.

Lebih jauh dia menjelaskan bahwa jika Amerika hanya mengandalkan serangan udara saja maka ia tidak akan bisa memenangkan peperangan. “Kita telah menyaksikan hal ini pertama kali di Irak pada tahun 2003. Dan kita telah menyaksikan apa yang terjadi setelah itu selama 14 tahun. Begitu pula di Afghanistan. Serangan-serangan udara tidak mungkin menyelesaikan perang, kecuali jika kita menggunakan bom nuklir. Dan ini tidak akan terjadi.” ujarnya.

Dia memprediksi bahwa pada akhirnya Amerika di bawah pimpinan Obama akan kalah di hadapan para jihadis, sebagaimana kekalahan yang terjadi pada masa pemerintahan Bush dan Clinton. “Apa yang akan dilakukan oleh pemerintahan saat ini adalah bahwa ia akan kembali melarikan diri dari konfrontasi dan menarik diri dari perang… Ini berarti bahwa para jihadis telah mengalahkan dua kekuatan terbesar di dunia: Uni Soviet dan Amerika.”

Penerjemah : Abu Hanan

Selagi Mahathir kritik Najib, berlaku sesuatu di luar jangka?

KUALA LUMPUR: Sejak Tun Mahathir Mohamad mengumumkan sikapnya tidak lagi menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dalam masa yang sama telah wujud beberapa kumpulan dalam Umno yang bertujuan mahu membawa sikap dan pendirian bekas Perdana Menteri itu ke arah yang lebih jauh.

Hujah mahu Perdana Menteri berundur ialah selagi Najib memimpin parti dan kerajaan, peluang Umno dan BN ditumbangkan dalam pilihan raya umum nanti lebih mudah lagi kerana beliau dianggap terlalu lemah dan banyak isu peribadi yang boleh dimanipulasi oleh pembangkang, tulis Shahbudin Husin.

Menurutnya, Mahathir sendiri dalam pertemuan dengan sekumpulan NGO baru-baru ini turut membangkitkan kebimbangan mengenai kehilangan kuasa itu jika Najib terus berkuasa lagi.

"Ini secara umumnya memberi gambaran bahawa teguran dan kritikan itu adalah bertujuan memastikan Umno dan BN terus berkuasa melalui sama ada Najib dipaksa berubah atau diubah kedudukannya," tulis Shahbudin menerusi blognya semalam.

Bagaimanapun, baginya Najib bukan saja dilihat kebal kerana sokongan pemimpin Umno masih kukuh terhadapnya, banyak juga kesimpulan yang mengatakan sebahagian kekuatan Najib terletak kepada peranan isterinya.

Namun begitu, sejauh mana Rosmah memainkan peranannya tidak pula dijelaskan tetapi daripada suara-suara yang kedengaran beliau juga ada pengaruh.

Justeru, macam-macam kebarangkalian selagi Mahathir terus bersuara dan mengkritik Najib dan tidak mustahil sesuatu yang di luar jangkaan akan berlaku. HD

Pencabulan akademik letak universiti terbelakang



KUALA LUMPUR: Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) meratapi pencabulan kebebasan akademik dan pelanggaran kebebasan bersuara yang merupakan satu hak asasi manusia yang dijamin oleh undang-undang tertinggi negara ini, iaitu Perlembagaan Persekutuan. 

"PMUM menyatakan kebimbangan kami terhadap pencabulan hak asasi manusia, kebebasan untuk bersuara dan juga prinsip keramat kebebasan akademik," kata presidennya, Fahmi Zainol. 

Sebelum ini, ujarnya berlaku kepada Prof Redzuan dan Prof Azmi Shahrom, kini tiba pula Prof Madya Aziz Bari. 

Tambahnya, PMUM mengutuk pertuduhan di bawah Akta Hasutan 1948 yang bakal dikenakan terhadap Aziz Bari oleh kerana pertuduhan itu melambangkan serangan terhadap kebebasan komuniti akademik, etika asas sebuah negara maju yang demokratik. 

Oleh itu, tegasnya demi kebebasan akademik dan kebebasan untuk bersuara untuk semua, termasuklah ahli akademik Malaysia di masa akan datang, juga dapat menjamin sebuah negara yang demokrasi secara menyeluruh, PMUM menuntut dan mendesak kerajaan untuk:

- Memansuhkan dengan segera Akta Hasutan 1948 yang merupakan peninggalan pemerintah kolonial yang zalim kerana berpotensi mengekang kebebasan asasi bersuara secara mutlak.

- Memastikan semua cabang kerajaan mentadbir urus negara dengan lebih baik di masa hadapan dan seterusnya memberikan jaminan kebebasan asasi yang berterusan bagi semua rakyat Malaysia.

- Meningkatkan kehormatan terhadap kebebasan akademik, kerana tanpanya, seluruh universiti-universiti di Malaysia akan kekal terbelakang di peringkat antarabangsa.

"Di peringkat PMUM, kami tidak teragak-agak untuk turun solidariti sekiranya Aziz Bari didakwa di bawah Akta Hasutan. 

"Kami akan menghimpunkan mahasiswa dan pensyarah seluruh Malaysia untuk mengutuk tindakan kerajaan yang jelas dan terang mencabuli berkenaan hak asasi manusia iaitu kebebasan bersuara," ujarnya lagi. HD

NGO anak muda serah memorandum desak PAS keluar Pakatan

NGO Lensa Anak Muda Malaysia bertemu media di depan Ibu Pejabat PAS, Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Zhafri Azmi, 30 September, 2014.
Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang terdiri daripada kumpulan anak muda hari ini mendesak PAS keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) jika tiada langkah pemulihan diambil parti Islam itu.
NGO yang menggelarkan diri mereka sebagai Lensa Anak Muda Malaysia (Lensa) berpandangan kenyataan yang dikeluarkan pemimpin PAS hanya menimbulkan ketegangan dalam PR dan jika tidak dibendung ia akan mengakibatkan hilangnya sokongan rakyat.
"Lensa menyarankan PAS perlu menggesa semua pimpinan di semua peringkat untuk tidak lagi membuat kenyataan yang boleh memudaratkan hubungan sesama rakan PR.
"Hal ini penting bagi mewujudkan tempoh bertenang seterusnya memberi ruang kepada komponen PR untuk memperkukuh semula permuafakatan.
"Lensa berpendirian sekiranya PAS gagal bertindak tegas terhadap kelompok dalam PAS yang terus menerus mewujudkan konflik sesama PR maka Lensa mencadangkan PAS mengambil langkah berundur daripada PR," katanya selepas menghantar memorandum di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.
Lensa semalam berkata PAS menyebabkan krisis menteri besar Selangor yang mengundang perpecahan dalam PR.
Berdasarkan pandangan ahli politik dan ahli akademik, NGO itu berkata, PAS harus dipersalahkan atas pendirian mereka yang berubah-ubah dalam isu menteri besar Selangor.
Koordinator Lensa Ekhsan Bukharee berkata, PAS menjadi faktor utama menyebabkan krisis Selangor terheret sehingga hampir 5 bulan sedangkan konflik ini boleh diselesaikan lebih awal jika PAS menghormati semangat setiakawan menyokong calon menteri besar yang dipersetujui PKR dan DAP.
Katanya, hubungan sesama komponen PR juga menjadi tidak menentu apabila terdapat pemimpin PAS yang mengeluarkan kenyataan terbuka merugikan PR.
“Lensa khuatir jika pertembungan dalam PR tidak diurus segera, masyarakat akan hilang kepercayaan kepada PR dan secara khususnya kepada PAS. Ini berikutan tanggapan umum terhadap PAS yang dilihat membelakangkan semangat Pakatan.
“Dalam empat siri forum yang dijalankan, 33 soalan diajukan penonton kepada ahli panel. Hasilnya 23 daripada 33 soalan tersebut menunjukkan kekecewaan terhadap sikap PAS dalam krisis Selangor.
“Analisis juga menunjukkan semua soalan diajukan penonton bukan Islam mempertikai sikap PAS sepanjang konflik berlaku,” katanya kepada pemberita yang turut dihadiri Pengarah Eksekutif Lensa Safwan Anang. 
Ekhsan berkata, PR perlu sentiasa memperkukuh persepakatan bagi menyemak imbang urus tadbir negara di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana pakatan pembangkang yang kuat akan melahirkan kerajaan yang lebih prihatin dan telus dalam pemerintahan.
Katanya, PR begitu longlai dalam menangani keghairahan kerajaan menggunakan Akta Hasutan walaupun pemimpin utama PR sendiri disabitkan dengan akta drakonian tersebut.
“Jika pakatan pembangkang lemah, kerajaan yang memerintah akan berpeluang untuk mentadbir secara sesuka hati sekali gus berpotensi untuk menindas rakyat.
“Sebagai contoh, dalam masa PR terheret dengan konflik dalaman yang berpanjangan dan kelihatan lemah, tempoh tersebut digunakan pihak berkepentingan untuk menganiaya pemimpin politik dan aktivis rakyat menggunakan Akta Hasutan,” katanya.<TMI>

27 September 2014

Ranking Tanah Rizab Melayu Tergadai & 88% Telah “Dirogol” di Malaysia. Kelantan Tertinggi, Penang & Putrajaya Habis!

tanah rizab melayu
Ranking Tanah Rizab Melayu Tergadai & 88% Telah “Dirogol” di Malaysia. Wasiat Raja-Raja Melayu Tidak Dipedulikan! Berita Semasa sekali lagi ingin mengatakan yang kami sama sekali tidak menolak pembangunan. Tetapi biarlah berpada. Jangan dihidangkan lambakan duit di “depan mata” yang membuat keputusan terus terketar-ketar luatut sehingga hilang pertimbangan melepaskan amanah yang diberikannya kepadanya diberikan kepada orang luar.
Apabila baru-baru ini didedahkan yang mana tanah rizab melayu tergadai sehingga tinggal 12% sahaja, ramai pemimpin terkejut. Ha? Menteri besar _______ terkejut, Ketua Menteri ________ terkesima, Menteri Besar ________ ini pun terperanjat. Terperanjat? Ermmm…..Rasanya semuanya sudah sedia maklum yang mana tanah di Malaysia begitu mudah terlepas dan diperdagangkan kepada “orang luar” jikalau mahu dibandingkan syarat yang begitu ketat dibandingkan negara jiran kita Malaysia. Contoh? Contohnya (KLIK DI SINI).

Statistik Sejarah Tanah Rizab Melayu di Malaysia?

  1. Daripada 3.1 juta hektar yang British tinggalkan kepada orang Melayu pada tahun 1931
  2. Ditambah dengan Wasiat raja-raja Melayu semasa pembentukan Perlembagaan Perse­ku­­tuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 menetapkan nisbah 50 peratus tanah di negara ini diperuntukkan kepada Tanah Rizab Melayu.
  3. 12.9 juta hektar adalah keseluruhan keluasan tanah semenanjung Malaysia tidak termasuk Pulau Pinang dan Melaka.
  4. Tanah Rizab melayu pernah hanya tinggal 1.30 juta hektar (9.9%) sahaja pada tahun 1983.
  5. Terkini tinggal pada tahun 2014, 12% sahaja tanah rizab Melayu
  6. 88% tanah rizab melayu telah hilang dan tergadai bersama-sama “habuan” masing-masing
  7. Akhirnya, masing-masing telah tersadai kekenyangan
KLIK SINI : Baca Peringatan Sultan Selangor Mengenai Tanah Rizab Melayu Daripada 3 Juta Hektar Semakin Terhakis?
Berdasarkan semakan berita Semasa terhadap statistik yang disediakan oleh Pejabatan tanah & Galian (PTG) dan juga Bahagian Tanah, Ukur dan Pemetaan (BTUP) memperolehi ranking tanah rizab Melayu di malaysia mengikut keluasan yang tinggal pada ketika ini :

Ranking Tanah Rizab Melayu di Malaysia 2014 Mengikut Negeri

  1. Kelantan
  2. Kedah
  3. Perak
  4. Pahang
  5. Johor
  6. Melaka
  7. Negeri Sembilan
  8. Selangor
  9. Perlis
  10. Kuala Lumpur
  11. Terengganu
  12. Putrajaya
  13. Pulau Pinang
Di Atas ini, Paparan Statistik Baki Tanah Rizab Melayu
Kelemahan pengurusan di peringkat kerajaan negeri adalah punca utama di mana Tanah Rizab Melayu tidak diganti semula selepas dilupuskan statusnya. Jadi apabila diedahkan statistik dan data terkini melibatkan jumlah tanah rizab Melayu yang tergadai ini, adalah pihak-pihak yang “bertanggungjawab” untuk mengganti semula?
P/S : Berapa pula yang akan tinggal tanah rizab Melayu di Malaysia pada 10 tahun akan datang?
beritasemasa.com.my

Kadir Jasin Desak Najib Razak Letak Jawatan! Najib Razak Lebih Teruk Daripada Zaman Pak Lah? Setuju?

najib razak vs pak lah
Tokoh Wartawan Negara, Datuk Abdul Kadir Jasin sebelum ini telah mengambil pendekatan menemplak keras isteri Perdana Menteri Malaysia, Rosmah Mansor (SEPERTI LAPORAN DI SINI), sekali lagi telah tampil melemparkan kritikan pedasnya berdasarkan pemerhatian & pengamatannya selama mana corak dan cara Datuk Seri Najib Razak mentadbir negara yang bernama Malaysia ini.
Jikalau sebelum ini dek kerana corak pemerintahan yang dilihat lemah semasa pemerintahan Perdana Menteri Malaysia Kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang mana akhirnya hayat dan cengkaman politik Pak lah di Putrajaya tidak bertahan lama selepas didesak kiri dan kanan melalui Tun Mahathir Mohamad dan kem-kem rahsia yang menunggu masa menggulingkan Pak Lah. Dan yang terbaru….

Desakan Kadir Jasin + Mahathir Mohamad!

Dan yang terbaru dan terkini, Datuk Kadir Jasin sudah tiba masa dan ketikanya perlunya Datuk Seri Najib Razak letak jawatan :
  • Tun Mahathir Mohamad telah hantar surat peringatan kepada Datuk Seri Najib Razak
  • Tetapi tidak berjaya dek kerana terdapat perantara yang tidak membenarkan surat itu sampai ke tangan Najib Razak
  • Prestasi Datuk Seri Najib Razak lebih teruk daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah)
Oleh itu, Abdul Kadir Jasin mahukan Datuk Seri Najib Razak disingkirkan menjadi Perdana Menteri Malaysia. Abdul Kadir Jasin mahukan ada desakan keras supaya Najib Razak letak jawatan seperti mana senario yang berlaku kepada perletakkan jawatan Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Benarkah Najib Razak lebih teruk daripada pemrintahan zaman Pak Lah (Abdullah Ahmad Badawi)? Setuju? Apa pendapat anda?
P/S : Apa perbezaan yang anda perhatikan semasa di zaman Pak Lah berbanding di zaman pemerintahan & kepimpinan Najib Razak? 
beritasemasa.com.my

Negara Barat lebih Islamik daripada negara OIC

Profesor Dr Nader Hashemi berpendapat banyak negara Barat adalah lebih Islamik daripada anggota OIC. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Raiezal, 27 September, 2014.
Banyak negara Barat, termasuk Kanada, sebenarnya lebih Islamik daripada negara majoriti umat Islam, kata Profesor Dr Nader Hashemi.
Nader, Pengarah Pusat Kajian Timur Tengah di Universiti Denver, turut mengisytiharkan bahawa Kanada adalah lebih Islamik daripada negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).
"Kanada mengamalkan kebebasan beragama, kebebasan berhimpun dan mempunyai sistem penjagaan kesihatan yang cemerlang," kata Nader semasa simposium di Hotel Renaissance di Kuala Lumpur hari ini.
Simposium bertajuk "Islam, Sekularisme dan Demokrasi Liberal" dianjurkan oleh Islamic Renaissance Front dan Institut Pulau Pinang.
Katanya ia kerana Kanada mengamalkan nilai-nilai sebenar yang diajar agama Islam.
"Malangnya, nilai-nilai ini tidak wujud di negara-negara majoriti Islam," kata Nader.
"Jika diberi pilihan, ramai orang Islam Kanada lebih suka hidup di Kanada daripada di negara majoriti Islam di mana mereka berisiko kehilangan kualiti ini."
Nader berkata bagi umat Islam untuk berhijrah dari sekularisme kepada kemodenan, ia penting untuk mempunyai sistem demokrasi yang sihat.
"Pilihan raya bebas dan adil, ia perlu adil dalam pertandingan dan pengundi perlu dijamin kiraan undi akan mewakili undi popular," katanya.
Beliau berkata persekitaran bebas perlu ditanam untuk membolehkan orang ramai meluahkan perasaan tanpa takut diheret ke penjara jika mereka melintas garis merah.
Nader berhujah, ketakutan dan penindasan boleh melemahkan asas reformasi politik, tawar-menawar dan rundingan.
Dalam beberapa minggu ini, Putrajaya dikritik dalam dan luar negara ekoran pendakwaan Akta Hasutan 1948 yang semakin meningkat.
Banyak ahli parlimen pembangkang didakwa di bawah Akta Hasutan, bersama-sama pelbagai individu lain daripada pelbagai latarbelakang.
Pemimpin pembangkang yang disasarkan Putrajaya terbaru di bawah Akta Hasutan adalah tidak lain daripada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Siasatan hasutan terhadap Anwar menarik kritikan terhadap Putrajaya yang mempersoalkan mengapa tiga tahun berlalu baru siasatan dijalankan terhadap Anwar.
Bagaimanapun Nader mengakui parti politik yang memerintah atau gabungan akan enggan melaksanakan pembaharuan itu kerana takut cengkaman kuasa mereka akan longgar.
"Ia sukar membina masyarakat yang bebas daripada penindasan. Parti pemerintah lebih suka membeli undi, bukannya menyerah kuasa secara sukarela."
"Masyarakat Islam perlu menghadapi cabaran di mana kumpulan-kumpulan politik yang mempunyai kewangan yang kuat memanipulasi orang Islam kepada ideologi mereka."
"Jika anda tidak mengenali demokrasi dan hak asasi manusia, maka ia sukar bagi sekolah-sekolah yang berbeza pemikiran dalam Islam untuk mendamaikannya dengan toleransi kembar."
Nader menjelaskan toleransi berkembar adalah sempadan minima yang harus diakui oleh negara dan agama.
"Kunci toleransi berkembar ialah kumpulan agama tidak boleh veto keputusan kerajaan yang dipilih secara demokrasi dan institusi negeri tidak boleh mengharamkan kumpulan-kumpulan agama."
Nader menambah, konsep negara Islam yang sedang diperjuagkan di Timur Tengah bukanlah pengakhirannya.
"Penubuhan negara Islam adalah semata-mata pelopor kepada penubuhan Negara Islam global," kata Nader.TMI

BN guna konservatif agama perkukuh kedudukan di Putrajaya

BN guna konservatif agama untuk membuat orang Melayu terus bergantung kepada Putrajaya, kata Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari. Gambar fail The Malaysian Insider.
Kerajaan Barisan Nasional (BN) menggunakan konservatif agama untuk memastikan orang Melayu terus kekal bergantung kepada perlindungan Putrajaya, kata ahli Parlimen DAP hari ini.
"Tindakan pihak berkuasa terhadap ideologi sekular dan liberal adalah sebahagian daripada taktik Putrajaya untuk mempastikan BN terus kekal dominan," kata Zairil Khir Johari, ahli Parlimen Bukit Bendera.
"DAP amalkan sosial sekular, PKR amalkan sekular pragmatik manakala PAS laksanakan kedua-dua Islam dan juga sekular," katanya.
Zairil yang juga ketua pegawai eksekutif Institut Penang berkata, BN lebih cenderung kepada konservatif agama untuk mengekalkan ideologi monopolinya di kalangan rakyat.
Beliau berkata demikian dalam Simposium Islam, Demokrasi dan Sekularisme di sebuah hotel dekat Kuala Lumpur hari ini.
“Kebebasan mutlak tidak membawa kepada ancaman atau masalah kepada Islam. Tetapi Putrajaya takut apa yang kebebasan sekular dan liberal akan bawa.
“Tanpa monopoli ideologi mereka terhadap rakyat, BN akan hilang kesahan politik dan selepas itu, kuasa mereka,” katanya.
Zairil berkata, sekularisme dan liberalisme sebenarnya falsafah yang boleh mengukuhkan Islam, tetapi sebaliknya BN memberikan aspek negatif terhadapnya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini berkata Islam terancam oleh humanisme, sekularisme, liberalisme dan hak asasi manusia.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) juga memberi amaran kepada umat Islam dalam khutbah khas sempena Aidilfitri lalu mengenai konspirasi oleh “musuh Islam”.
“Keimanan kita terancam menerusi penyebaran ajaran sesat, anti-Hadis, pemikiran moden dan ideology seperti kapitalisme, materialisme, liberalisme, pluralisme, sekularisme, komunisme dan aspek negatif yang mempengaruhi umat Islam dengan muda,” kata Jakim.
“Bukan itu saja, kita juga gempar dengan isu murtad dan cubaan memurtadkan umat Islam.
“Kita ditekan budaya kebebasan berlebihan seperti festival seks, gay, lesbian, seks bebas dan seumpamanya,” kata Jakim.
Zairil berkata, Perjanjian Pangkor 1874 menyebabkan identiti Melayu berdepan kemungkinan hilang tanpa ada pihak yang mahu melindunginya.
“Ini menyebabkan kerajaan perlu memainkan peranan sebagai pelindung kepada budaya Melayu-Islam,” katanya. TMI

26 September 2014

PAS Selangor tidak setuju Azmin kurangkan kuota exco

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman berkata, beliau dimaklumkan PAS Pusat juga tidak pernah bersetuju dengan pengurangan Ahli Majlis Kerajaan Negeri (Adun) parti yang diputuskan Menteri Besar Mohamed Azmin Ali.
PAS Selangor menafikan sebarang dakwaan ia bersetuju agar bilangan ahlinya yang menduduki Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dikurangkan daripada 4 sebelum ini kepada 3.
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman berkata, beliau dimaklumkan yang PAS Pusat juga tidak pernah bersetuju dengan pengurangan yang diputuskan menteri besar baharu itu.
"Kami berasakan tindakan ini bukanlah satu permulaan yang baik. Bagaimanapun, PAS mahu melihat kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor terus stabil dan dapat melaksanakan agenda-agenda rakyat," katanya.
Khairuddin yang juga Adun Paya Jaras berkata, sebelum ini, 4 exco PAS kekal di dalam kerajaan negeri walaupun yang lain dipecat oleh menteri besar terdahulu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Katanya, mereka mengambil keputusan kekal demi memastikan kerajaan PR Selangor tidak tumbang walaupun rakan dalam PR lain mempertikaikan tindakan mereka.
"Oleh demikian, PAS akan tetap kekal mempertahankan kerajaan tersebut," katanya dalam satu kenyataan malam ini.
Terdahulu hari ini, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menyifatkan kehilangan itu di luar jangkaan tetapi menerimanya dengan hati terbuka kerana memahami kesukaran Azmin membuat pilihan, lapor Harakahdaily.
Manakala, Dr Ahmad Yunus Hairi, seorang daripada dua exco PAS yang dilantik semula berkata pihaknya terpaksa berpuas hati dengan keputusan itu sambil menyifatkan mungkin ada hikmah di sebaliknya.
Sebelum ini, 4 exco daripada PAS ialah Yunus, yang juga Adun Sijangkang, Iskandar Abdul Samad (Adun Cempaka), Sallehen Mukhyi (Adun Sabak) dan Dr Halimah Ali (Adun Selat Klang).
Bagaimanapun, di dalam exco baru diumumkan Azmin pagi tadi, Sallehen dan Dr Halimah digugurkan, digantikan dengan Adun Taman Templer Mohd Zaidy Abdul Talib.
Khairuddin berkata PAS Selangor juga berpandangan penguguran Dr Halimah dan Sallehen yang berkhidmat dengan cemerlang sebelum ini adalah tidak berasas.
Dalam sidang medianya pagi tadi, Azmin menjelaskan keputusan mengurangkan kuota exco PAS itu dibuat setelah mengambil kira pandangan semua pihak dan dipersetujui pemimpin tertinggi PAS.
"Ini mengambil kira pandangan terbaru dan pandangan semua pihak, dan ia disampaikan kepada semua parti berkenaan, dan itu muafakat yang dicapai semalam," katanya.
Beliau menafikan keputusan dibuat kerana PAS tidak menyokong calon menteri besar yang dikemukakan PKR dan DAP sebelum ini sehingga dianggap mengkhianati permuafakatan PR.
"Itu bukan isu. Kita mahu maju ke hadapan dan perkara itu sudah dibincangkan beberapa hari lalu," katanya.

25 September 2014

Penganalisis jangka Azmin tidak bertahan lama

Penganalisis jangka Azmin tak bertahan lama
Seorang penganalisis politik menjangka bahawa menteri besar Selangor yang baharu, Azmin Ali tidak akan mampu bertahan lama di kerusi itu kerana tidak mendapat sokongan semua wakil rakyat Pakatan Rakyat.
Laporan Sinar Harian menyebut, pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Azmi Hassan meramalkan Azmin mungkin berdepan undi tidak percaya apabila sidang DUN bersidang pada November ini.
Jelasnya, majoriti ADUN Pakatan memusatkan sokongan pada presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
"Jadi dengan situasi semalam (kelmarin), walaupun Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memperkenan Azmin sebagai menteri besar baharu, saya yakin Wan Azizah atau ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan duduk diam.
"Mungkin boleh bertahan hingga November saja dan bila sidang DUN diadakan, kemungkinan besar ADUN akan membuat undi tidak percaya terhadap Azmin.
"Jika senario ini berlaku, Pakatan Rakyat juga harus disalahkan kerana suka membuat onar di Selangor," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.
Azmin mengangkat sumpah sebagai menteri besar Selangor ke-15 pada Selasa lalu dan beliau dijangka mengumumkan senarai exconya hari ini. -M'kini

Punca Nilai Ringgit Malaysia Terbaru Terus Jatuh

ringgit malaysia

Punca Nilai Ringgit Malaysia Terbaru Terus Jatuh. Ahli Ekonomi Ramal Kadar BLR Terkini Tidak Bertahan Akan Lama! : Nampaknya Ringgit malaysia kita sekali berada dalam keadaan pada ketika ini. Yang mana pakar dan penganalisis ekonomi sudah mula memerhati daripada dekat nilai ringgit Malaysia ini akan terus menunjukkan trend kejatuhan bermula pada 22 September yang lalu sekaligus menyebabkan nilai bon terus meningkat. Apa punca kenaikan ringgit Malaysia yang berlaku sekarang ini?

Jikalau ada yang teliti perjalanan Bank Negara baru-baru, di mana BNM baru sahaja selesaikan mengadakan dasar Monetari baru-baru ini. Akhirnya….
Akhir daripada keputusan mesyuarat dasar Monetari pada 18 september 2014 yang lalu memutuskan untuk mengekalkan Kadar dasar Semalaman (OPR) pada kadar 3.25 peratus sekaligus kadar BLR peminjam-peminjam di Malaysia tidak berubah yang mana keputusan Bank Negara telah pun diramal tepat oleh 11 pakar ekonomi daripada 21 ahli ekonomi yang dilakukan kajian oleh Bloomberg. Impaknya….

Kadar Nilai Ringgit Malaysia Terbaru Jatuh : Faktor & Sebab Penurunan?

  1. Melihatkan pertumbuhan eksport mula perlahan sekurang-kurangnya selama satu tahun berdasarkan data Julai tahun 2014 ini
  2. Inflasi Malaysia sudah hampir kepada paras tertinggi pada tempoh 3 tahun terakhir ini berdasarkan data Ogos 2014
  3. Hutang isi rumah di Malaysia tertinggi di Asia
  4. Akhirnya, natijahnya kita boleh lihat penurunan nilai Ringgit Malaysia pada ketika ini
  5. Tambahannya, anda boleh semak paparan yang Berita Semasa lampirkan di bawah laporan berita ini
ringgit malaysia

Kadar Nilai Ringgit Malaysia Terbaru Jatuh VS Kadar BLR?

Walaubagaimanpun, kalangan ahli ekonomi menganggap keputusan Bank Negara tidak akan bertahan lama apabila sekali akan bersidang pada 6 November 2014 ini. Di mana berdasarkan semakan Berita Semasa setakat ini :
  1. ING Groep NIV meramalkan yang mana Bank Negara akan menaikkan OPR sebanyak 25 mata sekaligus bank di Malaysia akan mengumumkan kenaikan BLR naik akhir 2014 kelak
  2. Manakala Credit Agricole CIB pula masih berpendapat yang mana BNM akan mengekalkan kos pinjaman sediaada yang mana tidak berlaku kenaikan OPR
KLIK SINI : Nilai Matawang Ringgit Malaysia Kembali Jatuh US$1.00=RM3.283. Tahun 2014, Kuasa Beli Rakyat Malaysia Juga Jatuh?
P/S : Walaubagaimanapun kadar inflasi di Malaysia 2015 dijangka akan terus melonjak. Berapa kenaikan? Sama-sama kita nantikan dan lebih bersedia daripada sekarang. Mulakan menabung dan menyimpan.
Semak paparan statistik berkenaan faktor nilai ringgit jatuh

Akta Hasutan tidak diluluskan Parlimen, langgar Perlembagaan Persekutuan

Profesor Dr Azmi Sharom (tengah) bersama peguamnya Gobind Singh Deo (kiri) di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Raiezal, 25 September, 2014.
Undang-undang era penjajah Akta Hasutan tidak mengikut Perlembagaan kerana ia bukan undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen, pasukan peguam kepada pensyarah undang-undang Profesor Dr Azmi Sharom memberitahu Mahkamah Sesyen hari ini.
Gobind Singh Deo, yang mewakili Azmi dalam permohonannya merujuk kepada tuduhan hasutan kepada Mahkamah Tinggi mengenai isu Perlembagaan, berkata akta itu gagal mematuhi Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan, yang berkaitan dengan kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan.
Beliau berkata, Perkara 10 (2) seterusnya menyatakan dengan jelas sebarang sekatan kepada hak-hak ini perlu diluluskan oleh Parlimen.
Beliau berkata, Akta Hasutan yang ada bukan undang-undang sebelum merdeka dalam bentuk asalnya iaitu Ordinan Hasutan.
"Azmi Sharom tidak didakwa mengikut Ordinan itu. Beliau didakwa mengikut Akta Hasutan yang merupakan produk Suruhanjaya Pemaharuan Undang-Undang. Justeru, kita perlu membuat keputusan jika produk ini khususnya, yang tidak diluluskan oleh Parlimen, adalah mengikut Perlembagaan," katanya .
Beliau berkata, ia tidak pernah dikemukakan di mahkamah sebelum ini.
Pada 2 September, Azmi, pensyarah di Universiti Malaya, didakwa mengikut Seksyen 4 (1) (b) dan Seksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan berkenaan komen beliau dalam artikel berita bertajuk "Ambil laluan krisi Perak laluan krisis untuk segera tamatkan kebuntuan Selangor, Pakatan diberitahu".
Jika sabit kesalahan mengikut mana-mana pertuduhan, beliau akan menghadapi denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.
Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim bagaimanapun berhujah, Perkara 162 Perlembagaan yang diperuntukkan undang-undang sedia ada sebelum merdeka terus berkuatkuasa sehingga ia dimansuhkan.
Beliau berkata, kesahihan Perlembagaan Seksyen 4 Akta Hasutan diputuskan Mahkamah Rayuan pada tahun lepas apabila ia memutuskan tuduhan hasutan yang dibawa terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda Mat Shuhaimi Shafiei mengikut Seksyen 4 adalah menurut Perlembagaan dan menolak permohonannya untuk dibatalkan.
Mat Shuhaimi daripada PKR, didakwa pada 2011 mengikut hasutan berhubung posting di blog beliau, srimuda.blogspot.com mengenai pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri Selangor yang baru.
"Oleh itu ia bukan satu isu lagi dan mahkamah ini tidak mempunyai pilihan tetapi menafikan permohonan ini," kata Suhaimi.
Gobind mematahkan hujah dengan mengatakan isu sama ada Akta Hasutan adalah “undang-undang oleh Parlimen” tidak diuji Mahkamah Rayuan dalam kes Mat Shuhaimi.
Beliau berkata peguam Mat Shuhaimi berhujah mengenai isu kewajaran dan tidak membangkitkan isu sama ada peruntukan mengikut Perkara 10 (2) Perlembagaan mengenai “undang-undang oleh Parlimen” mempunyai kesan ke atas Seksyen 4 Akta Hasutan.
"Isu di sini adalah Perlembagaan Persekutuan menjamin kebebasan bersuara dan hanya undang-undang oleh Parlimen boleh menyekat kebebasan itu, dan pendirian kami adalah Akta Hasutan tidak diluluskan oleh Parlimen," kata Gobind.
Beliau juga memberitahu Hakim Zanol Rashid Hussain, peranan beliau bukan melihat butir-butir dalam permohonan untuk merujuk kes itu ke Mahkamah Tinggi, tetapi untuk membuat keputusan sama ada terdapat persoalan yang perlu dirujuk kepada mahkamah lebih tinggi dalam kes ini.
Hakim kemudian menetapkan tarikh 1 Oktober untuk keputusan.
Gobind dibantu oleh Datuk Malik Imtiaz Sarwar pada pendengaran hari ini.

Beberapa bulan kebelakangan ini, ahli-ahli Parlimen pembangkang, wartawan dan pendakwah agama ditahan mengikut Akta Hasutan 1948.

Ahli Parlimen Padang Serai N.Surendran, Ahli Parlimen Batu Tian Chua, wartawan Malaysiakini Susan Loone adalah di antara yang didakwa dengan hasutan atau disiasat mengikut undang-undang berkenaan.
Siri pendakwaan beramai-ramai oleh Putrajaya hampir sama dengan Ops Lalang 1987 yang menahan lebih 100 pemimpin pembangkang dan aktivis mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). TMI

24 September 2014

Memorandum Peneroka Felda

Azmin Enggan Dedah Exco Bayangannya

Azmin Ali mulakan tugas Menteri Besar
PETALING JAYA : Menteri Besar Selangor yang baharu Mohamed Azmin Ali enggan mendedahkan barisan Exco kerajaan negeri bayangannya sehingga Jumaat.

Beliau berkata ini kerana Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu mendapatkan persetujuan daripada parti sekutunya iaitu DAP dan PAS.

"Adalah tidak adil untuk saya dedahkan butiran perbincangan, kerana ini melibatkan semua ketiga-tiga parti, bukan PKR sahaja," kata ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat PKR, di sini.

Semalam, Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau akan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi mendapat perkenan barisan Exco kerajaan negeri Selangor, Jumaat ini.

Menurut beliau, mesyuarat mengenai calon barisan Exco yang pertama sudah diadakan semalam dan kini di peringkat kedua dengan keputusan akhirnya akan dicapai esok.

Ditanya respons DAP dan PAS, Mohamed Azmin berkata biarpun pemimpin tertinggi PAS sedang sibuk bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor di Tumpat, Kelantan, namun beliau sentiasa berkomunikasi tentang senarai Exco.

Pilihan raya kecil itu akan berlangsung esok berikutan kematian penyandangnya Datuk Noor Zahidi Omar daripada Barisan Nasional (BN) pada 20 Ogos lepas.

Ia menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Mat Razi Mat Ail, calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.

Sementara itu, Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan mengulas mengenai pemilihan Exco baharu dan berkata segala keputusan terletak pada Mohamed Azmin selaku menteri besar.

"Itu bidang kuasa menteri besar, jadi kita kena beri keyakinan, kepercayaan kepada dia untuk berunding dengan ketua parti-parti dan kemudian terbuka untuk perkenan Tuanku Sultan," katanya.

Mengenai desas desus permintaan PKR untuk mendapatkan lebih daripada tiga kuota dalam barisan Exco, Anwar berkata: "Dia ada sepuluh...(kuota)".

-- BERNAMA

Tangkap saya? Teruskan, kata Mahathir


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau sedia ditahan oleh pihak polis ekoran laporan terhadapnya yang dibuat oleh seorang anggota parlimen DAP hari ini.

“Saya cuma rakyat biasa sekarang, jika saya sepatutnya ditahan mengikut undang-undang, teruskan,” katanya ketika ditanya kemungkinan polis akan menyiasatnya.

Beliau juga berkata, sebagai ahli politik, beliau tidak menjangkakan layanan baik orang ramai terhadapnya pada setiap masa.

“Saya boleh petik kenyataan lebih ekstrem oleh sesiapa pun, tetapi saya tidak mahu lakukannya, sebagai ahli politik saya tidak harap dilayan baik setiap masa,” katanya.

Beliau diminta mengulas berhubung laporan Lim Lip Eng (Segambut) berhubung kenyataan sebelum ini dan gesaan supaya Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi melayan sama rata laporan polis yang dibuat.

Berikutan ikrar Zahid bahawa laporan polis mengenai hasutan akan disiasat dalam tempoh 24 jam, Lip Eng hari ini membuat laporan terhadap Mahathir dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Lip Eng (kanan) membuat laporan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Sentul pada tengah hari berkaitan dakwaan Mahathir terhadap pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang semasa kempen pilihan raya umum lepas.

Lip Eng juga mendakwa Najib mengucapkan kenyataan yang berunsur hasutan semasa Perhimpunan Agung Umno 2010.

Desakan supaya tokoh BN itu disiasat turut dibuat Kit Siang hari ini yang tidak puas hati terhadap kenyataannya Mahathir ketika beliau bertanding di Gelang Patah dalam pilihan raya umum lalu.

Kit Siang mendakwa Mahthir berkata, beliau bertanding kerusi itu keana mahu orang Cina di Gelang Patah dan Johor “menolak bekerjasama dan berkongsi dengan orang Melayu” selain “membenci orang Melayu”.

'Pemimpin mesti tegas'

Sementara itu, Bernama melaporkan Mahathir sebagai berkata, seorang pemimpin mesti tegas, berani dan beriltizam dalam mengambil tindakan untuk menangani krisis sekalipun keputusan
yang dibuat tidak popular.

"Dalam krisis kewangan, sesetengah orang memanipulasi wang dan ini boleh mencetuskan krisis," beliau dipetik sebagai berkata dalam ucap utama bertemakan “Kepimpinan dan Pengurusan Krisis” pada Forum CEO 2014 keenam anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana di Kuala Lumpur.

Beliau berkata sistem perbankan sangat penting kerana ia membekalkan modal yang diperlukan oleh perniagaan untuk pertumbuhan ekonomi.

"Jika sistem ini disalah guna, maka ini akan membawa masalah seperti yang dihadapi oleh dunia semasa krisis kewangan ini," katanya seperti dilaporkan agensi berita nasional.

Dr Mahathir berkata kerajaan harus bersedia campur tangan dan menghapuskan amalan buruk dan ia menuntut kepimpinan kuat bagi mengekang penyelewengan sistem perbankan. MK

23 September 2014

Penganalisis: Lantik Azmin bukti sultan berkuasa

Pelantikan Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor ke-15 yang berkuatkuasa hari ini membuktikan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkuasa menentukan siapakah individu yang diperkenan baginda untuk dipilih memegang jawatan berkenaan.

Penganalisis politik Md Shukri Shuib berkata pelantikan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sewajarnya menginsafkan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sekutunya.

"Tiada gunanya mengingkari titah Sultan. Meskipun PKR dan DAP sebelum ini berdegil, derhaka titah Sultan, ia tidak menjejaskan hak dan kuasa baginda dalam menentukan pemilihan Menteri Besar daripada kalangan parti yang mempunyai majoriti Dewan Undangan Negeri (DUN)," kata Md Shukri, yang juga pensyarah kanan Kajian Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia kepada Bernama.

Pada 27 Ogos lepas, Sultan Selangor menitahkan parti-parti dalam gabungan pakatan iaitu DAP, PKR dan PAS mengemukakan lebih daripada dua nama sebagai calon menteri besar yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Baginda bagaimanapun amat dukacita selepas PKR dan DAP bertindak mengemukakan satu nama sahaja sebagai calon Menteri Besar iaitu Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Mengulas pelantikan Mohamed Azmin, Md Shukri berkata Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa itu sejak 2008 sememangnya ghairah mahu menjadi Menteri Besar dan ternyata beliau berjaya menggunakan kemelut politik yang melanda Selangor sebagai batu loncatan untuk merealisasikan impiannya.

Meskipun kedegilan PKR dan DAP yang mahukan Dr Wan Azizah menjadi Menteri Besar sebelum ini mendapat sokongan Azmin, jelas sekali elemen kesetiaan terhadap keputusan parti jelas tidak menjadi keutamaan kepada Azmin.

"Dalam konflik perebutan jawatan Menteri Besar Selangor, jelas kelihatan dalam Pakatan (PKR, DAP, Pas), elemen kesetiaan itu tidak penting di kala timbulnya konflik kuasa.

"Lihat sahaja apa yang berlaku kepada PAS apabila dua wakil rakyatnya ingkar kepada arahan kepimpinan PAS supaya tidak menyokong Dr Wan Azizah sehinggakan, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa terdapat pihak yang memainkan peranan sebagai 'barua' dan 'broker' bagi membolehkan kedua-dua wakil rakyat itu menandatangani Akuan Bersumpah menyokong pencalonan Presiden PKR itu," kata Md Shukri.

Mengenai sama ada wujud kemungkinan Mohamed Azmin menerima nasib sama seperti Abdul Khalid, Md Shukri berkata pelantikan Mohamed Azmin merupakan suatu tamparan dan cabaran kepada PKR khususnya Anwar.

"Adakah PKR khususnya Anwar berani mengambil tindakan serupa terhadap Mohamed Azmin selepas beliau mengangkat sumpah menjadi Menteri Besar, yang terang-terangan membelakangi keputusan parti yang sebelum ini mahukan Dr Wan Azizah dinobatkan sebagai Menteri Besar menggantikan Abdul Khalid?" soalnya.

Abdul Khalid dipecat daripada PKR pada 9 Ogos ekoran mengingkari arahan parti untuk meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada Dr Wan Azizah menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu, namun tidak diperkenan oleh pihak istana.

- Bernama