SPECIAL ADS

2 Ogos 2013

S'gor beri fokus khusus projek Anjung Utara


Shah Alam 02 Ogos : Pembangunan luar bandar yang menjadi fokus kerajaan negeri Selangor pada penggal kedua ini, bukan sahaja perlu dirancang malah perlu dilaksanakan agar rakyat negeri ini mendapat manfaat sebaiknya.

Proses ini perlu ada pelaksanaan di mana Kerajaan Selangor pada permulaannya bercadang untuk mengadakan dua forum berhubung pembangunan luar bandar atau Anjung Utara, sebelum belanjawan negeri dibentangkan.

Menurut Menteri Besarnya Tan Sri Khalid Ibrahim, pada November ini kerajaan akan memperjelaskan secara terperinci antara lain belanjawan untuk program-program desa dan luar bandar.

"Apabila kita sebut desa-desa ada sesetengah kampung dikelilingi oleh bandar dan ada di pinggir bandar dan ada di kampung, jadi kita ambil kira kesemuanya," jelas beliau dalam sidang medianya baru-baru ini.

Penggal kali ini, Kerajaan Selangor akan memberi fokus kepada Anjung Utara yang belum sempat dilaksanakan pada penggal lalu.

Usaha pembangunan tersebut meliputi pembinaan infrastruktur seperti jalan raya dan bangunan komersial, selain penjanaan industri kecil dan sederhana serta besar bagi membuka lebih banyak peluang  pekerjaan untuk belia.

Dasar pembangunan desa dimulakan pada penggal lalu oleh pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor yang mana objektifnya adalah supaya rakyat luar bandar tidak perlu berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan dan perumahan yang setaraf dengan masyarakat bandar.

Antara inisiatif yang dimulakan untuk memenuhi objektif tersebut adalah pembinaan  Projek Rumah Mampu Milik di Sabak Bernam dan lebih banyak pusat komersial di Kuala Selangor.

Kerajaan negeri bawah pimpinan Khalid telah mengumpulkan sejumlah RM2.6 bilion dalam bentuk rizab.

Anjung Utara termasuklah lima  kerusi yang gagal ditawan Pakatan Rakyat pada PRU13 lalu, iaitu Sabak Bernam, Sungai Besar, Tanjong Karang, Kuala Selangor dan Hulu Selangor. Kesemuanya berada di utara Selangor dan di kawasan pengundi Melayu.

Jika ini yang hendak dilakukan Khalid bermakna kawasan Anjung Utara inilah yang bakal menjadi sasaran pembangunan Selangor sepanjang penggal lima tahun kedua beliau menjadi MB Selangor.

Rafizi Gesa Siasat Pemimpin Tertinggi Felda

Sinopsis FOKUS Untuk 02082013 Saksikan secara langsung “FOKUS” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 2.00 Petang dan...
Shah Alam 02 Ogos  : Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat pemimpin tertinggi negara berhubung penyelewengan dalam anak syarikat Felda, KPFQ Foods Sdn Bhd.
Katanya, siasatan dan pendakwaan kes berkenaan tidak boleh terhenti di peringkat kepimpinan korporat KPFQ Foods Sdn Bhd semata-mata kerana ia juga melibatkan keputusan di peringkat tertinggi Felda.
Rafizi mendakwa, KPFQ Foods Sdn Bhd adalah syarikat usahasama diantara Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPFMB) dan Silver Bird Group Berhad (SBGB) yang ditubuhkan khusus untuk menjadi ejen pemasaran barang makanan dan pertanian di seluruh negara.
“Saya menggesa supaya siasatan terhadap kes ini tidak dihadkan semata-mata kepada kesalahan dan penyelewengan yang melibatkan kepimpinan KPFQ Sdn Bhd.
“Tetapi perlu diluaskan kepada aspek kecuaian dan ketidaktelitian pimpinan tertinggi negara yang terbabit supaya ada kebertanggungjawaban kerana agensi-agensi ini adalah dibawah tanggungjawab mereka,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Rafizi mendakwa SBGB mempunyai hubungan rapat dengan agensi kerajaan yang lain termasuk Tabung Haji.
“Pemegang-pemegang saham besar di dalam SBGB adalah Tabung Haji dan Tan Sri Vincent Tan, yang menunjukkan bahawa SBGB adalah sebuah syarikat perniagaan yang ada hubungan yang baik dengan kerajaan,” dakwa Ahli Parlimen Pandan itu.
Menurut Rafizi, akhir-akhir ini Kerajaan Pusat menggunakan banyak dana rakyat untuk membiayai projek usahasama di antara agensi kerajaan dan swasta yang menimbulkan beberapa persoalan.
Selepas skandal membabitkan lembu NFC, Rafizi mempersoalkan bagaimana kerajaan menilai bentuk kerjasama antara kerajaan dan syarikat swasta dalam membabitkan dana daripada wang rakyat.
Rafizi turut mempersoalkan peranan wakil kerajaan di dalam agensi dan syarikat usahasama untuk memantau kemajuan projek dan memastikan tiada penyelewengan berlaku.
“Apakah peranan dan pertanggugjawaban kepimpinan kerajaan apabila projek-projek usahasama di bawah tanggungjawab mereka gagal dan membazirkan wang rakyat?” soalnya lagi.

Memburu lailatul qadar dengan ikhlas


Tidak sama orang yang tidak ikhlas beribadah kepada Allah dengan orang yang ikhlas beribadah tetapi diganggu oleh tujuan-tujuan duniawi yang memancing-mancing di lubuk hatinya, lalu mengeruhkan kejernihan ikhlasnya.

Yang pertama adalah golongan munafik. Mereka rosak kerana akidah yang tidak benar lalu mereka melakukan ibadah hanya untuk menunjuk-nunjuk kepada manusia, bukan kepada Allah.

Yang kedua adalah awam muslimin, bahkan orang alim juga. Mereka BERMULA dengan niat yang ikhlas dalam ibadah dan amal taat mereka kepada Allah. Tetapi syaitan mengganggu di perjalanan dengan tawaran dan habuan duniawi yang palsu, lalu ramai yang terpedaya dan menyebabkan kekeruhan dalam keikhlasan AWAL mereka.

Allah menolak ibadah orang munafik. Maka ibadah dan amal taat mereka menjadi sia-sia.

Adapun muslim yang ikhlas, tahap MAKBUL ibadah mereka adalah bergantung kepada TAHAP MANA mereka mampu menjaga keikhlasan mereka daripada dicemari tipu daya syaitan. 

Maka berbezalah ibadah orang jahil berbanding ibadah orang alim. Berbezalah ibadah orang yang bertaqwa dengan ibadah orang yang fasiq. Berbezalah juga ibadah orang yang teliti dan khusyuk berbanding ibadah orang yang lalai dan bermain-main.

Begitulah perlumbaan umat manusia menuju redha Allah. Allah mengeluarkan orang-orang yang kafir dan munafik daripada perlumbaan. Manakala awam muslimin, walaupun penuh kelemahan, rahmat Allah sentiasa luas buat mereka.

Apapun, kemenangan adalah tetap menjadi habuan dan milik orang-orang yang berilmu dan bertaqwa.

Tahukah kalian aduhai teman yang budiman, sesungguhnya Allah tidak pernah menutup pintu ilmu dan taqwa daripada setiap kita.

Maka muliakanlah diri dengan ilmu, iman dan taqwa. Kemenangan akan menjadi milik kita bersama, insya Allah.

Mari memburu lailatul qadar dengan penuh ikhlas.

Allahu akbar wa lillahil hamd.

1 Ogos 2013

Skim MES Kerajaan Selangor dibawah pendapatan RM3,000 diperluaskan

MB jom shopping 31 jul 01
Shah Alam 01 Ogos  : Keputusan Kerajaan Selangor memperluaskan skim Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) kepada keluarga berpendapatan RM 3,000 dan bawah dapat membantu mengurangkan beban golongan sederhana rendah yang semakin terhimpit dengan kenaikan kos sara hidup.
Menurut pegawai perundangan swasta, Haiza Hamid, 34, usaha itu merupakan tindakan yang bijak Kerajaan Selangor untuk menjaga kebajikan rakyat.
“Ini adalah usaha yang bagus walaupun angka RM 3,000 itu nampak besar, tetapi dengan keadaan kos hidup yang semakin meningkat, bantuan itu tentunya akan dapat membantu meringankan beban rakyat.
“Sekurang-kurangnya kita akan ada duit tambahan untuk perkara-perkara kecemasan seperti anak sakit di tengah malam untuk pergi ke klinik dan hal-hal yang mendesak diluar jangkaan,” kata beliau.
Bagi seorang lagi pegawai eksekutif Amir Hamzah Amha, 35, usaha itu satu tindakan proaktif yang perlu dipuji dan merupakan satu usaha perlaksanaan Manifesto Pakatan Rakyat.
“Umum sedia maklum kos kehidupan kini bukan sahaja membebankan mereka yang miskin, malah golongan pertengahan juga turut merasai keperitan tersebut.
“Langkah ini memastikan bahawa kekayaan negeri turut dirasai oleh lebih ramai Rakyat. Tahniah kepada PR Selangor dan teruskan agenda kebajikan rakyat tanpa mengira kaum dan agama,” kata beliau dalam satu tinjauan wartawan TVSelangor/Selangorkini.
Sebelum ini, Exco Kebajikan, Rodziah Ismail berkata, keluarga yang berpendapatan RM3,000 dan bawah akan mula menikmati skim-skim MES seperti bantuan yuran taska, tadika dan hadiah anak masuk universiti.
Dasar memperluaskan kelayakan menerima bantuan MES ini bagi memastikan tiada golongan yang tercicir dari kemakmuran ekonomi Selangor.
Pada ketika ini kebanyakkan program MES hanya untuk keluarga yang  pendapatan isi rumahnya RM 1,500 dan ke bawah.
Peniaga Shahril Mutel, 30, berkata kenaikan kos barangan dan perkhidmatan yang semakin meningkat membuatkan gaji RM 3,000 susut nilainya berbanding dahulu.

Usaha dalaman jatuhkan Hadi Awang?

Kuala Lumpur 01 Ogos : Menantu kepada presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa wujudnya usaha dalam parti itu untuk menjatuhkan bapa mertuanya sebagai pemimpin nombor satu parti Islam itu.

NONEZaharudin Muhammad (kanan) yang juga ahli Majlis Syura Ulama PAS berkata, beliau berkata terdapat saksi bagi mengesahkan dakwaan yang didakwa bermula sebelum pilihan raya umum (PRU) 2008 itu.

"Semua bukti dalam bentuk saksi ada dalam tangan saya jika diperlukan," katanya sambil turut menepis dakwaan beliau mempengaruhi Hadi, antaranya ketika proses mengeluarkan watikah calon secara kontroversi di Kota Damansara dalam PRU lalu.

"Ini bermaksud, bukan saya punca sebenarnya (di Kota Damansara) dan bukan juga TG presiden, tetapi isu sebenar ialah usaha mengambil alih jawatan presiden. Itu blind spotnya (titik butanya)." 

Pada 27 Julai lalu, memetik sumber PAS Selangor, sebuah portal berita melaporkan Zaharudin mempengaruhi Hadi menandatangani watikah kepada Rizuan Ismail untuk bertanding di Kota Damansara sehingga menyebabkan pertandingan tiga penjuru dengan PSM (yang menggunakan lambang PKR) dan BN.

Menulis di Facebook-nya semalam, Zaharudin bagaimanapun tidak menyebut secara khusus pihak yang didakwa mahu menjatuhkan Hadi, sebaliknya hanya merujuknya sebagai "kumpulan kecil".

Zaharudin tidak menjelaskan bentuk usaha menjatuhkan Hadi yang juga anggota Parlimen Marang.

Menurut juga menjelaskan beliau "terpaksa menjadi team back-upmempertahankan parti itu dan bukan mempertahankan bapa mertua atau sebaliknya."

TPPA : Kerajaan boleh diheret ke Mahkamah Antarabangsa?

Kuala Lumpur 01 Ogos :Rancangan Putrajaya untuk melaksanakan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) adalah indah khabar daripada rupa kerana kerajaan boleh diheret ke Mahkamah Antarabangsa jika melanggar kontrak yang dimeterai, kata pakar ekonomi Dr Martin Khor.
Pakar yang berpengkalan di Geneva, Switzerland menegaskan perkara itu sudah pun berlaku di negara-negara lain yang  menjalankan perjanjian hampir sama dengan Amerika Syarikat.
"TPPA hanya mempunyai sedikit kaitan dengan perdagangan, ada lebih banyak isu yang perlu dibimbangkan," kata Pengarah Eksekutif  South Centre dalam forum enam panel yang diadakan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI), hari ini.
Khor membayangkan kerajaan akan berhadapan dengan situasi terpaksa bertanggungjawab untuk memastikan  industri tempatan terbela dan pada masa sama juga memastikan pelabur luar mendapat layanan yang sama adil.
"Peruntukan untuk melindungi hak pelabur asing, melayan negara asing sama rata atau sebaliknya melebihi daripada layanan yang  diberikan kepada perniagaan tempatan.
"Jika undang-undang kerajaan berubah, ia memberi kesan kepada keuntungan masa depan syarikat tersebut mereka boleh  meminta pampasan kerana ia adalah sama maksud dengan "rampasan", definisi ini termasuklah bagi kerugian daripada untung masa  depan hasil daripada perubahan polisi kerajaan," katanya.
Lebih memburukkan keadaan, Khor mendedahkan kerajaan akan terikat dengan 'Investor State Dispute Settlement' atau ISDS  yang berpengkalan di Mahkamah Antarabangsa, Washington jika meneruskan rancangan untuk menandatangani TPPA.
"Jadi, jika pelabur merasakan hak mereka dirampas daripada mereka, termasuk perubahan dalam kontrak atau keuntungan  depan, mereka boleh saman kerajaan di Mahkamah Antarabangsa.
"Sudah terdapat banyak kes saman yang berlaku di negara lain," katanya.
Khor memberikan contoh dua negara yang disaman dibawah ISDS ini iaitu Ecuador sebanyak AS$2.3bilion dan Indonesia AS2bilion  oleh syarikat luar negara kerana melanggar kontrak dan menyaksikan mereka menang kes itu.
Kenyataan oleh Khor ini memberikan gambaran bahawa jaminan masa depan dan hak usahawan Bumiputera mungkin tergugat  sekiranya TPPA ini dilaksanakan memandangkan kerajaan terpaksa mematuhi peraturan yang sudah ditetapkan.
Namun, wakil Pejabat Peguam Negara (AGC) semasa dalam satu forum hari ini menafikan perkara tersebut dan memberi jaminan hak usahawan Bumiputera akan tetap dibela walaupun selepas pelaksanaan TPPA ini.
Selain itu, seorang lagi panel Agil Faisal Ahmad Fadzil pula meramalkan kebanyakan usahawan dan perniagaan tempatan akan  ketinggalan jauh dengan Amerika Syarikat sekiranya rancangan melaksanakan perjanjian ini diteruskan.
"Jika dilihat dengan bantuan yang kita terpaksa bergantung dan produk kita ada, saya boleh kata kita akan ketinggalan.
"Pembinaan keupayaan perlu dipertingkat," kata Presiden Pertubuhan Usahawan Generasi Muda Malaysia (GMB Malaysia)  itu.
TPPA adalah inisiatif untuk membentuk satu kawasan perdagangan bebas (FTA) di kalangan 12 negara yang berjumlah 800 juta  penduduk dan anggaran gabungan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak AS$27.5trilion.
Malaysia menyertai TPPA sebagai anggota perunding penuh pada pusingan ke-3 yang diadakan di Brunei Darussalam pada Oktober  2010 lalu, serta terbaru adalah di semasa pusingan ke-18 baru-baru ini di Kota Kinabalu.
Kontroversi TPPA mendapat perhatian banyak pihak antaranya kumpulan sivil, pertubuhan bukan kerajaan dan juga parti  pembangkang Pakatan Rakyat (PR), hingga menyaksikan Putrajaya terpaksa membentuk Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (PSC)  melibatkan keanggotan dwi partisan bagi membolehkan pembangkang mendapat penjelasan berhubung perjanjian berkenaan.
PR turut membangkitkan persoalan terhadap beberapa isu dalam TPPA yang memungkinkan akan memberikan kesan negatif kepada  Malaysia memandangkan perjanjian tersebut tidak boleh diumumkan kepada orang ramai. 

GILA : MCA, Gerakan dan MIC patut keluar BN S’ngor

KUALA LUMPUR 01 Julai : Selagi MCA, Gerakan dan MIC tetap bekerjasama dengan Umno dalam BN Selangor dengan Noh Omar sebagai pengerusi, sebarang kritikan terhadap Noh mengatakannya gila hanyalah satu lagi pementasan drama atau wayang kulit yang akan dilupakan dalam masa seminggu. 

Ini hanya memperlihatkan hakikat bahawa parti komponen BN tidak berkongsi sebarang nilai kerana mereka adalah parti politik perkauman yang mewakili satu kaum sahaja,” kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan. 

Namun, ujarnya parti politik perkauman mono-etnik yang mengasingkan kaum lain masih boleh bekerja bersama-sama dalam BN kerana mereka mempunyai objektif yang sama dalam membiarkan rasuah, salah guna kuasa dan kapitalisme kroni.

Justeru, tegas beliau MCA, Gerakan dan MIC patut keluar daripada BN Selangor bagi membuktikan keikhlasan mereka untuk tidak dikaitkan dengan pemimpin gila seperti Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Noh Omar yang mahu Guneswari, ibu kepada pelajar di Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, disiasat di bawah Akta Hasutan 1948. 

Beliau berkata, ia jelas tidak wujud keyakinan dalam kenyataan Presiden MCA, Dr Chua Soi Lek yang memanggil Noh sebagai ‘gila’ kerana mahu Gunewari disiasat di bawah Akta Hasutan kerana mendedahkan gambar kantin sementara di bilik mandi tersebut, apabila MCA masih lagi bekerjasama dengan Umno di Selangor.

“Untuk sebab ini, keengganan MCA untuk menerima permohonan maaf daripada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Megah di Shah Alam kerana menyuruh pelajarnya balik ke tanah leluhur masing-masing (balik India, balik China) dan seruan mereka supaya beliau didakwa atas kesalahan menghasur tidak akan diambil serius oleh masyarakat Malaysia, terutamanya Umno,” katanya lagi.

Menurutnya, memberi cadangan sedemikian di saat semua orang tahu anda tidak bermaksud mencadangkan, samalah seperti tidak memberi cadangan langsung.

Tambah beliau terdapat perselisihan sama ada pengetua tersebut turut menyuruh pelajar Melayu supaya ‘balik Indonesia’ memandangkan ia tidak didengari oleh pelajar bukan Melayu. 

“Begitu pun jika kita memberinya manfaat keraguan, menyuruh pelajar supaya balik ke Indonesia bukanlah justfikasi yang betul untuk turut menyuruh pelajar lain balik ke India atau China. Tidak perlulah untuk menegakkan benang yang basah,” katanya beliau. 

Ini, katanya bukanlah kali pertama kata-kata berbaur perkauman melampau digunakan oleh mana-mana pengetua terhadap pelajar bukan Melayu. 

Katanya lagi, kegagalan Kementerian Pendidikan untuk bertindak terhadap pengetua-pengetua yang bersifat perkauman sejak dahulu hanya tambah membenarkan sebuah tabiat yang tidak sihat untuk terus berleluasa. 

“Di mana semangat 1Malaysia di sekolah-sekolah, dan kenapa pula ibu bapa bukan Melayu mahu dipersalahkan apabila mereka tidak mahu menghantar anak mereka ke sekolah menengah kerajaan apabila masih wujud golongan pendidik yang bersifat perkauman,” katanya.