SPECIAL ADS

4 April 2014

Memali: Mahathir dalam negara, saya tidak memangku PM

PADA jam 9.00 malam 27 Mac 2014, saya bersama YB Husam Musa adalah dua ahli panel dalam Majlis Diskusi anjuran Kerajaan Negeri Kelantan bertemakan “Politik Malaysia: Dahulu dan Sekarang”.
Profesor Agoes dari Universiti Kebangsaan Malaysia berperanan sebagai Moderator. Format diskusi menyamai program “HARD TALK” BBC London yang meletakkan syarat bahawa ahli panel tidak dibenar menggunakan skrip atau nota lebih awal tetapi bersedia menghadapi apa juga soalan yang diajukan oleh Moderator.
Sepanjang dua jam, Moderator diskusi bersikap combative, aggresive serta provocative. Dalam pada itu saya akui bahawa Moderator memperlihatkan sifat saksama, berkecuali dan tidak partisan.

Di penghujung diskusi, saya telah diajukan soalan berkaitan peristiwa Memali yang dapat saya rumuskan berpusat kepada tiga perkara berikut:

1. Pengesahan saya bahawa pada hari peristiwa Memali berlaku, Tun Dr. Mahathir berada di negara China dan saya adalah Pemangku Perdana Menteri.

2. Saya bertanggung jawab sepenuhnya kepada peristiwa tersebut.

3. Bagaimanakah perasaan saya dengan peristiwa Memali.

Saya telah memberi respons kepada soalan yang diajukan berteraskan empat aspek berikut:

1. Saya menegur Moderator dengan mengatakan sebagai seorang Profesor, sesuatu perkara yang disuarakan hendaklah berasaskan penyelidikan mendalam dan fakta yang tepat.

2. Pada hari peristiwa Memali (ia itu 19 November 1985) Dr. Mahathir berada di Kuala Lumpur dan saya bukannya Pemangku Perdana Menteri. Moderator menunjukkan reaksi terkejut dan dengan suara yang jelas melafazkan perkataan “My God” yang mengejutkan hadirin.

3. Sebagai Menteri Dalam Negeri saya telah menggariskan panduan umum, memberi ingatan dan mengarahkan pihak Polis tentang dua perkara:

(i) Proses undang-undang hendaklah dipatuhi;
(ii) Elakkan kekerasan (violence) dan pertumpahan darah

Namun saya mengambil tanggung jawab dan akauntabiliti terhadap kejadian yang berlaku walaupun saya tidak terlibat secara langsung tetapi menyerahkan kepada budi bicara pihak Polis untuk melaksanakan operasi dari segi menentukan waktu terbaik ianya dilakukan serta kaedah dan pendekatan untuk melaksanakan operasi.

4. Saya berterus terang dan dengan ikhlas serta penuh insaf mengaku bahawa titik hitam dalam sejarah karier politik saya ialah peristiwa Memali.

Dalam ruang masa yang diberikan oleh moderator, saya telah menghuraikan urutan peristiwa yang berlaku. Pada hari kejadian, saya bersama Pemangku Ketua Polis Negara (KPN) telah menemui Perdana Menteri di pejabat beliau dan Pemangku KPN telah memberikan taklimat tentang perkara yang berlaku berikutan operasi Polis di Memali yang melibatkan kematian 4 anggota Polis dan 14 orang awam. Dalam pertemuan tersebut saya memohon agar Dr. Mahathir menangguhkan program lawatan ke Negara China atas tiga sebab:

1. Peristiwa ini berlaku di negeri Kedah; negeri Perdana Menteri sendiri.

2. Peristiwa ini melibatkan orang Melayu beragama Islam.

3. Dengan menangguhkan lawatan ke Negara China, Dr. Mahathir memperlihatkan sifat ia mengutamakan dan mengambil berat terhadap peristiwa yang telah berlaku di dalam Negeri.

Dr. Mahathir membuat keputusan untuk tetap berlepas ke Negara China. Saya telah memaklumkan kepadanya cadangan saya untuk membentangkan peristiwa Memali di Parlimen. Di samping itu, saya turut meminta agar semua media, termasuk media luar negara memberi saya ruang 24 jam untuk membolehkan saya mendapat gambaran lebih tepat lagi lengkap. Saya telah membentangkan peristiwa Memali di Dewan Rakyat pada keesokan harinya (20 November 1985) dan selanjutnya mengadakan perjumpaan media.

Kesimpulannya ialah:

1. Bukan niat saya mahu mencetuskan polemik baru berkaitan Memali. Ia dihidupkan semula berikutan respons saya kepada soalan yang diajukan oleh moderator dalam program diskusi yang diadakan.

2. ISU UTAMA dalam perkara ini adalah fakta, sama ada pada hari peristiwa tersebut berlaku, saya menjawat jawatan Pemangku Perdana Menteri kerana Tun Dr. Mahathir berada di luar negara. Berdasarkan penyelidikan daripada bahan-bahan rujukan yang masih dapat saya temui, nyatalah Tun Dr. Mahathir berada di dalam negara pada hari tercetusnya peristiwa Memali, dan saya tidak memangku jawatan Perdana Menteri pada hari tersebut.

3. Sewaktu berlangsung prosiding kes dakwaan saya terhadap seorang penulis di Mahkamah beberapa tahun lalu di mana dalam kes ini saya berjaya, (ketika itu Tun Dr. Mahathir masih Perdana Menteri), peguam bela bertanya dua soalan yang serupa, sama ada Dr. Mahathir berada di dalam negara pada hari peristiwa Memali berlaku dan adakah saya memangku jawatan Perdana Menteri. Jawapan konsisten saya berikan bahawa beliau berada di dalam negara dan saya tidak memangku jawatan Perdana Menteri. Tetapi tidak ada media yang sedia melaporkan fakta ini.

Sekian lama saya dicerca, dicela dan dinista mengenai peristiwa Memali oleh pelbagai pihak terutama oleh Parti PAS. Seingat saya, apatah lagi selepas saya berundur daripada jawatan Menteri; tidak ada pihak baik daripada Kerajaan, begitu juga Parti UMNO yang saya anggotai bersedia menyuarakan fakta yang benar.
Saya pernah menawarkan diri untuk mengadakan wawancara eksklusif dengan media khusus atas subjek peristiwa Memali, tetapi tidak ada pihak media yang bersedia berwawancara dengan saya.
Saya sedar dan memahami ketika itu tidak ada pihak yang bersedia berhadapan risiko untuk bercakap perkara yang boleh dianggap menyentuh kedudukan dan batang tubuh seorang Perdana Menteri yang sedang berkuasa.

Sekian lama saya berseorangan untuk mendapatkan keadilan namun saya terus berdoa dan akhirnya program diskusi di Kelantan saya sifatkan sebagai anugerah ILAHI memakbulkan doa saya. Ruang tersebut memberikan saya peluang untuk memperbetulkan fakta sejarah akan peristiwa penting yang melibatkan diri saya. Saya bersyukur ke hadrat ILAHI yang telah memberikan peluang tersebut kepada saya.

Saya sedar perkembangan terbaru ini telah menjemput pelbagai ulasan dan pandangan secara positif dan secara negatif, tidak terkecuali yang berbentuk tohmahan, tuduhan dan fitnah baru ke atas diri saya. Saya serahkan segala-galanya kepada ALLAH yang Maha Mengetahui akan kebenaran dan kepada-Nya saya memohon petunjuk dan keadilan.HD

Putrajaya, SPRM disaman RM8 juta kerana ‘pembunuhan’ pegawai kastam

Maziah Manap (tengah), balu pegawai Kastam Diraja Malaysiam Ahmad Sarbani Mohamed, menghadiri sidang akhbar bersama peguamnya di hadapan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 4 April, 2014.
04 Apr - Keluarga penolong pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Ahmad Sarbaini Mohamed yang ditemui mati di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tiga tahun lalu memfailkan tuntutan saman RM8 juta ke atas kerajaan, SPRM, ketua pesuruhjaya dan enam pegawainya hari ini.
Dengan mendakwa Ahmad Sarbaini dibunuh tanpa mengikut undang-undang oleh SPRM, isterinya, Masiah @ Maziah Manap berkata, dia mahu tahu apa sebenarnya berlaku ke atas suaminya.
Peguam N Surendran yang memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi pihak Masiah dan anaknya, Shahril Ahmad Sarbaini berkata, secara alternatifnya defendan perlu bertanggungjawab kerana menyebabkan Ahmad Sarbani jatuh dari tingkap bangunan SPRM ke atas gelanggang badminton di premis pejabatnya di Jalan Cochrane pada 6 April 2011.
Keluarga juga mendakwa defendan membuat serangan mental ke atas Ahmad Sarbani yang menyebabkan kematiannya.
"Saya yakin dia tidak bersalah. Saya perlu tahu kebenarannya," kata Masiah yang turut hadir ke Kompleks  Mahkamah Jalan Duta hari ini.
Surendran berkata, adalah sesuatu yang tidak boleh diterima, selepas tiga tahun tidak ada seorangpun yang dipertanggungjawabkan di atas kematian pegawai kastam ini.
"Dia berapa setiap masa di bawah jagaan SPRM.  Dia dibawa untuk disoal siasat tetapi keluar sebagai orang yang mati," katanya.
Serendran menambah sehingga ke hari ini, tiada sebarang bukti Ahmad Sarbaini terlibat dengan sebarang salah laku rasuah.
Ekoran kejadian itu, satu inkues dijalankan pada bulan Disember 2011, di mana koroner menolak ia satu pembunuhan, salah laku atau bunuh diri di atas kematian Ahmad Sarbaini yang berumur 56 tahun ketika itu. TMI

3 April 2014

Pendedahan Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Disebalik Tragedi MH370


03 Apr - Laporan dari MyMediaHUb dan BeritaSemasa:

 Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain, bekas ketua juruterbang Serantau MAS (Malaysia Airlines). Beliau telah ditemuramah oleh banyak pihak ekoran kehilangan MH370.

Biodata Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain

-Bekas ketua juruterbang Serantau MAS Malaysia Airlines
-berpengalamaman lebih 30 tahun
-Isteri beliau adalah Ketua Pramugari MAS Malaysia Airlines
-Bapa Mertua beliau adalah bekas Ketua Jurutera Malaysia Airlines MAS
-pernah bawa pasukan gergasi seperti Manchester United, Real Madrid serta tokoh politik dunia iaitu bekas Presiden Amerika Syarikat Bill Clinton

Intipati & Isikandungan Pendedahan Datuk Kapten Nik Huzlan Mengenai Tragedi MH370?

Mustahil sebenarnya untuk sebuah kapal terbang seperti MH370 terputus isyarat atau komunikasi kerana setiap pesawat ada 3 peringkat komunikasi dan ketiga-tiga ini memang berkualiti.

Selaian daripada itu, agak mustahil juga untuk kita semua mengatakan pesawat MH370 mengalami total ‘electrical shutdown’ dan sekiranya berlaku sekalipun, pesawat ada masa yang sangat cukup untuk buat pendaratan kecemasan. Bukan sahaja itu, setiap pesawat mempunyai banyak bateri dan bateri ini mampu menjana tenaga untuk pesawat. 

MAS adalah syarikat penerbangan terbaik dari segi ‘maintainance’ kerana menurut kapten, Amerika Syarikat juga meminta MAS bantu dari segi ini. 
Kualiti juruterbang MAS juga adalah yang terbaik, bahkan menurut Kapten, juruterbang MAS sering “diculik” oleh syarikat penerbangan lain.

Seorang juruterbang itu akan buat SEHABIS BAIK selagi ada harapan,untuk selamatkan pesawatnya,walaupun gunung ada di depan.Bukan semudah itu untuk mereka putus asa.

Setiap pesawat boleh terkena petir,itu biasa. Namun aliran arus elektrik itu akan mengalir mengikut bentuk pesawat dan keluar ke belakang. 

Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain sempat menemplak laporan berita luar negara yang membuat berita yang cukup “nonsense & dongeng” apabila mengatakan pesawat MH370 MAS Malaysia Airlines telah pergi ke Rusia sedangkan untuk ke sana MH370 perlu melepasi Banjaran Himalaya termasuk pancaran radar dari Turki, Uzbekistan, Turkmenistan 

Radar-radar di negara Thailand, India, Myanmar (mungkin) dan negara-negara ‘tan’ di belakang, amat serius dan akan mengambil tindakan jika berlaku sebarang aircraft yang tidak dikenali di dalam airspace mereka. Negara seperti ini, sangat berbahaya jikalau dapat mengesan pesawat yang menceroboh kedaulatan negara mereka. Kecanggihan peralatan ketenteraan mengawasi ruang udara negara mereka tidak boleh dipermainkan. Begitu juga radar negara India “sangat-sangat berbahaya”. 

Jangan tidak tahu, negara seperti di Singapura radar sangat hebat mereka mampu mengesan sehingga ke Kota Kinabalu. 

Hanya pilot sahaja yang boleh mematikan transponder atau mmsg dalam mode tertentu. 

Dan hanya orang yang berpengalaman mengenai koordinat dan tahu susuralur setiap jalan di udara. 

Cara plane MH370 buat turning back seperti profesional kerana masa tepat dan kelajuan plane stabil, tidak laju, tidak perlahan dan tidak terhuyung-hayang 

Mungkingkah MH370 Dirampas Pengganas? 

Datuk Kapten Nik Huzlan Nik Ahmad Hussain mengatakan andaikata MH370 hijacked (MH370 dirampas) tidak mungkin dilakukan seorang. Pasti ada yang membantu yang mana bergerak dalam kumpulan. Siapakah dia? 

MH370 hijacked (MH370 dirampas) boleh berlaku dengan syarat kumpulan tersebut arif dengan kokpit, besar kemungkinan “authorised person” di mana dilakukan dalam bentuk terancang yang ‘mungkin’ digerakkan ala-ala komando 

Datuk Kapten Nik Huzlan Nik Ahmad Hussain mengatakan kapal terbang MH370 berpatah balik, mungkin diterbangkan oleh org yang mahir dengan laluan dan sangat berkemahiran tinggi untuk mengelakkan dari dikesan radar 

Andaikata MH370 hijacked (MH370 dirampas) sekalipun tidak akan dilakukan oleh penumpang. Sangat tipis kerana pintu masuk kokpit ada kod rahsia. Hanya kabin krew yang tahu kod rahsia itu. Apatah lagi, di dalam kokpit mempunyai CCTV unttk pilot/co pilot melihat disebalik pintu tersebut. 

Tetapi Kapten Nik Huzlan Nik Ahmad Hussain ada mengatakan sekiranya salah seorang penumpang adalah org yang sangat arif tentang kapal terbang, dan memang ada agenda konpirasi tersendiri, jadi tidak mustahil berlaku insiden MH370 hijacked (MH370 dirampas) 

Sekiranya berlaku rampasan Mh370 sekalipun, mereka masih ada masa untuk bersedia menghantar isyarat kecemasan. 

Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain tidak menolak kemungkinan sekiranya MH370 dirampas oleh kabin krew (pilot/co-pilot/pramugara/pramugari), cuma tidak dipastikan apa motif mereka 

Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain mendedahkan jikalau MH370 pergi arah Kazakhtan, memang boleh mendarat di sana,tetapi radar masih boleh kesan sebab untuk pergi kesana perlu melalui banyak negara 

Jikalau MH370 pergi Lautan Hindi (Indian Ocean), memang tiada kapal terbang yang pernah lalu sana. 

Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain juga ada mengatakan bahawa terdapat banyak radar yang boleh detach MH370. Jika MH370 turn over ke arah barat menuju ke Andaman Sea (Laut Andaman) Jika MH370 turun ke bawah menuju ke Diego Grasia ke arah apa yang dipanggil ‘lonely sea‘ iaitu Lautan Hindi, baru kata kapal terbang MH370 hilang. Kerana tiada radar yang berdekatan sana yang mampu menangkap dan mengesan pesawat MH370 ini. 

Akhir Kata

Akhir sekali, Datuk Kapten Nik Huzlan menyatakan bahawa, Kapten Zaharie adalah antara juruterbang terbaik yang Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain pernah kenal selama kurang lebih 30 tahun. 

Insiden MH370, mengingatkan dunia tragedi pesawat jenis Airbus 330-203 milik Air France yang terhempas ke dalam laut di perairan dengan Rio de Janeiro pada 1 Jun 2009 tetapi bangkai pesawat itu hanya ditemui dua tahun kemudian

~Baca lagi MISTERI MH370 Drungkai DISINI 

MH370: Syarikat telco enggan komen

03 Apr - Penyedia perkhidmatan dan syarikat telekomunikasi di Malaysia, tidak dapat memberikan sebarang maklum balas berkaitan dakwaan ahli keluarga dapat menghubungi penumpang pesawat MH370, yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Ketika dihubungi Sinar Harian, pihak terbabit menyatakan, sebarang kenyataan berkaitan sewajarnya diajukan kepada pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

Jelas pihak tersebut lagi, pelbagai agensi media lain juga turut mendapat maklum balas sama berkaitan dakwaan itu.

Sebelum ini timbul beberapa spekulasi apabila penumpang pesawat MH370 berjaya dihubungi oleh ahli keluarga mereka.

Bagaimanapun, panggilan telefon berkenaan tidak berjawab, meskipun kedengaran nada dering.

Selain itu, terdapat juga spekulasi, salah seorang penumpang MH370, Philip Wood meminta pertolongan melalui laman forum 4plebs.org yang memberitahu pesawat MH370 berada pangkalan rahsia Amerika Syarikat di Lautan Hindi iaitu Diego Garcia.

Menerusi forum tersebut, Philip Wood telah sempat memuat naik sekeping gambar hitam sebagai gambar profil. SH

Patutlah MH370 Hilang Secara Misteri.. Adakah Ini Puncanya Yang Sebenar?

03 Apr - Spekulasi berhubung MH370 sentiasa wujud sejak hari pertama pesawat MAS itu hilang 8 Mac lalu dan spekulasi atau teori i

Sehingga kini, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) masih gagal menemui sebarang objek yang boleh dikaitkan dengan MH370.

Walaupun sebelum ini satelit telah berjaya mencerap beberapa objek di selatan Lautan Hindi dan pesawat menjumpai serpihan di lokasi SAR namun ia disahkan bukan milik MH370.

Terdapat pelbagai spekulasi yang dibangkitkan termasuk yang mengatakan pesawat itu sudah mendarat secara rahsia di China dan ada juga yang mendakwa pesawat mendarat di Pakistan ataupun Hong Kong.

Namun, terdapat satu teori yang dilihat mendapat respons yang tinggi dari masyarakat dunia iaitu teori pesawat mendarat di Diego Garcia, sebuah pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di Lautan Hindi.

Diego Garcia terletak di selatan Kepulauan Maldives dan merupakan pangkalan tentera AS yang penting dalam kempen serangan AS terutama terhadap Iraq dan Afghanistan.

Dakwaan penduduk Maldives kukuh

Spekulasi yang mengaitkan Diego Garcia ini mula dibangkitkan secara serius apabila apabila penduduk di Maldives mendakwa melihat pesawat terbang rendah di selatan kepulauan tersebut.

Ada pihak mendakwa pesawat tersebut merupakan MH370 dan telah mendarat di Diego Garcia kerana kedudukan kedua-dua pulau yang berdekatan.

Jarak antara Diego Garcia dengan Addu City, yang terletak di selatan Kepulauan Maldives (Pulau Addu) adalah 740km.

Difahamkan, teori ini timbul berdasarkan kiraan secara kasar waktu MH370 membuat pusingan balik di sempadan Malaysia - Vietnam dan waktu ketika penduduk Maldives melihat pesawat tersebut.

MH370 berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi dan pesawat ini terputus hubungan pada 1.21 pagi.

Jika diambil kira penerbangan dari KLIA ke Maldives iaitu sekitar 4 jam, 24 minit dan waktu penduduk Maldives melihat pesawat iaitu 6.15 pagi, jumlah waktu penebangan ini adalah relevan.

Ini kerana, waktu penerbangan ini perlu ditambah 40 minit iaitu tempoh MH370 berpatah balik hingga kedudukan pesawat hilang dari radar.

Teori penduduk Maldives ini tidak boleh ditolak begitu sahaja kerana penduduk di Semenanjung Malaysia terutama di Kelantan, Perak dan Terengganu juga mendakwa mereka melihat pesawat terbang rendah pada hari  malang buat MH370 itu.

Difahamkan, pesawat tersebut adalah MH370 berdasarkan radar tentera yang berjaya mengesan pesawat tersebut membuat pusingan balik menghala ke Selat Melaka.

Spekulasi Diego Garcia terus berada di tempat pertama

Selain itu, teori Diego Garcia ini juga dikaitkan menerusi mimpi seorang ustaz yang mendakwa MH370 mendarat di sebuah pangkalan tentera dan penumpang serta kru masih selamat.

Antara teori yang menarik berhubung Diego Garcia adalah spekulasi bahawa tentera AS telah mengawal MH370 sebaik sahaja pesawat itu hilang dari radar.

Spekulasi tersebut mengaitkan dakwaan tentang wujud peralatan ketenteraan yang menjadi rebutan kuasa besar dunia dalam pesawat tersebut.

Alat tersebut dikatakan berkemampuan untuk mengmengawal Drone tanpa pemandu yang pernah digunakan ketika AS berperang di Afghanistan.

Difahamkan, China berusaha untuk membawa pulang sistem ketenteraan ini menerusi laluan pesawat komersil yang dianggap lebih selamat.

Namun, AS berjaya memintas pesawat ini dan membawa MH370 keluar dari radar Malaysia menuju ke Lautan Hindi bagi mengelak di kesan radar mana-mana negara dan kemudiannya dibawa ke Diego Garcia untuk disimpan di sana.

Nasib penumpang tidak diketahui tetapi pesawat MH370 itu dikatakan diterbangkan semula untuk terhempas Lautan Hindi menggunakan sistem kawalan jarak jauh.

Apa yang paling menarik dalam spekulasi ini adalah landasan lapangan terbang Diego Garcia adalh antara lima penemuan pasukan penyiasat dalam program simulator milik Kapten Zaharie Ahmad Shah yang diambil dari rumahnya di Shah Alam.

Selain Diego Garcia, antara perisian landasan yang diperiksa setakat ini ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Male di Maldives serta tiga lagi landasan di India dan Sri Lanka, yang semuanya mempunyai jarak landasan lebih 1,500 meter.

Namun, pihak penyiasat sehingga kini masih menafikan dakwaan MH370 mendarat di Diego Garcia dan pasukan penyiasat berpegang kepada maklumat bahawa MH370 berakhir di Selatan Lautan Hindi.

Berakhir, bukannya terhempas di Lautan Hindi

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa pesawat MH370 berakhir di Lautan Hindi berdasarkan kepada siasatan syarikat satelit Inmarsat dan Air Accident Investigation Branch (AAIB) di Britain.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam temubual bersama media tempatan memberitahu berhubung persoalan mengenai Diego Garcia, beliau sendiri akan bertanya kepada AS dalam Forum Pertahanan Amerika Syarikat-Asean yang bermula kelmarin.

Spekulasi sentiasa wujud, selagi operasi SAR di selatan Laut Hindi tidak berjaya menjumpai sebarang objek yang boleh dikaitkan dengan MH370.

Sehingga kini operasi SAR yang diketuai Australia masih gagal menemui petunjuk yang jelas di mana pesawat ini berada dan mereka kini sedang  berusaha untuk mengesan perakam kotak hitam milik MH370 sebelum kuasa baterinya habis.

Menteri Pertahanan Australia, David Johnston mengakui, usaha mencari kotak hitam itu hanya mempunyai peluang tipis berikutan serpihan pesawat perlu dikenal pasti terlebih dahulu bagi mengesan lokasi kemalangan pesawat tersebut.

"Kami mempunyai kira-kira seminggu sahaja untuk mengesan kotak hitam pesawat MH370. Malah, ia juga bergantung kepada suhu, kedalaman dan tekanan laut, berapa lama kuasa baterinya boleh bertahan," katanya.

Tumpuan siasatan kini masih tertumpu kepada empat elemen iaitu melibatkan rampasan, sabotaj, masalah peribadi kru dan penumpang.

Sehingga kini siasatan polis telah selesai dan polis mendapati semua penumpang pesawat MAS yang hilang "bersih" daripada elemen rampas, sabotaj dan masalah psikologi dan peribadi.

Namun, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, siasatan terhadap anak kapal termasuk juruterbang dan pembantu juruterbang masih dijalankan.

Menurut sumber yang enggan dikenali, arah tuju pesawat yang menghala ke Lautan Hindi itu sendiri telah jelas menunjukkan pesawat itu dirampas dan bukan akibat masalah pada pesawat ataupun dikawal dari jarak jauh.

“Pesawat itu menuju ke Lautan Hindi iaitu lautan yang amat sunyi dan sudah tentu ia menuju ke suatu tempat yang tidak diketahui.

“Saya percaya ia melibatkan rampasan tetapi yang menjadi persoalan ialah siapa dan mengapa pesawat itu dirampas,” katanya kepada Sinar Harian.

Spekulasi-spekulasi yang timbul tidak wajar ditolak mentah-mentah kerana sehingga kini bukti atau petunjuk yang boleh dikaitkan dengan MH370 masih belum ada.

Apa sahaja yang dibangkitkan di internet masih boleh diterima, sekiranya teori tersebut mempunyai fakta atau hujah sokongan yang relevan.

Kini, kesemua persoalan berhubung 'di mana MH370' tertumpu kepada operasi SAR yang diketuai oleh Australia, sama ada jawapan ini terjawab dalam masa terdekat ataupun tidak, ia bergantung kepada ketentuan Tuhan, kita manusia hanya mampu merancang sahaja. ~sh

1 April 2014

Malaysia di tangga 39 daripada 44 negara dalam ujian penyelesaian masalah PISA

02 Apr - Malaysia sekali lagi mendapat markah corot dalam ujian penilaian pencapaian pelajar dunia, berada di tempat kumpulan terakhir di kalangan 44 negara – satu keputusan yang mengukuhkan kebimbangan ramai mengenai sistem pendidikan negara yang semakin merosot.
Malaysia berada di tangga ke-39 dengan min skor 422 dalam penilaian pertama mengenai penyelesaian masalah kreatif bagi pelajar 15 tahun yang menduduki ujian Programme for International Student Assessment (PISA), sementara negara jiran Singapura mengatasi Malaysia dengan min skor 562.
Keseluruhan min skor untuk semua negara ialah 500.
Keputusan markah yang diterima Malaysia menunjukkan pelajar yang diuji kekurangan kemahiran yang diperlukan di tempat kerja moden.
Sebaliknya, Singapura hanya mendapat 8% pecahan pencapai rendah. Itu bermakna 21.4%.
Malaysia pula hanya mendapat 0.9% pecahan pencapai tinggi berbanding 29.3% diperoleh Singapura. Pecahan Malaysia di bawah peratusan purata iaitu 11.4%.
Ini menunjukkan hanya seorang daripada 10 pelajar Malaysia, berusia 15 tahun, yang mampu menyelesaikan masalah paling kompleks, dibandingkan dengan seorang daripada lima pelajar di Singapura, Korea dan Jepun.
Negara Asia seperti Korea, Jepun, Macau-China, Hong Kong China, Shanghai-China dan Chinese Taipei menjadi antara yang tertinggi dalam senarai itu.
Pelajar dari Kanada, Australia, Finland, England, Estonia, Perancis, Belanda, Itali, Republik Czech, Jerman, Amerika Syarikat dan Belgium semuanya memperoleh markah melebihi purata.
“Sebanyak 85,000 pelajar dari 44 negara dan ekonomi mengambil ujian menggunakan komputer itu, membabitkan senario kehidupan sebenar untuk mengukur kemahiran yang akan golongan muda guna apabila berdepan dengan masalah harian, contohnya ialah memasang thermostat atau mencari jalan paling cepat untuk tiba di sesuatu destinasi,” kata Organisasi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan, yang menjalankan ujian itu.
Ujian itu dilaksanakan pada 2012 dan keputusannya dikeluarkan semalam.
Malaysia memperolehi 29.1 dalam kadar penyelesaian bagi tugasan mengukur pemerolehan pengetahuan dan 29.3 untuk tugasan penggunaan pengetahuan sementara Singapura mendapat markah 62 dan 55.4 masing-masing bagi tugasan berkenaan, jauh lebih tinggi daripada markah purata semua negara iaitu 45.5 dan 46.4.
“Remaja berusia 15 tahun pada hari ini dengan kemahiran penyelesaian masalah yang lemah akan menjadi golongan dewasa yang bergelut untuk mencari atau kekal dalam pekerjaan yang baik,” kata pemangku Pengarah Pendidikan dan Kemahiran di OECD, Andreas Schleicher.
“Pembuat polisi dan pendidik perlu membentuk semula sistem sekolah dan kurikulum untuk membantu pelajar membangunkan kemahiran penyelesaian masalah mereka yang semakin diperlukan dalam ekonomi hari ini,” katanya.
Malaysia juga mendapat keputusan yang teruk dalam penilaian PISA sebelum ini yang mengukur bagaimana pencapaian pelajar di 65 negara dalam mata pelajaran matematik, sains dan membaca.
Menurut keputusan PISA pada 2012, pelajar Malaysia hanya mendapat markah di bawah purata atau berada di tangga 52 daripada 65 negara. Malah, pelajar Vietnam berada di tangga ke-17 daripada 65 negara itu.
Hanya seminggu lalu, pakar ekonomi Bank Dunia bercakap mengenai kualiti rendah sistem pendidikan Malaysia lebih membimbangkan daripada paras hutang isi rumah rakyat negara ini.
Dr Frederico Gil Sander, pakar ekonomi untuk Malaysia berkata, rakyat Malaysia perlu disedarkan mengenai pencapaian anak di sekolah lebih teruk daripada pelajar di Vietnam, iaitu negara yang jauh lebih miskin daripada Malaysia.
Pencapaian Malaysia dalam penilaian antarabangsa yang terus menyedihkan menonjolkan lagi kelemahan sistem persekolahan negara, walaupun fakta menyatakan sektor pendidikan menerima peruntukan terbesar setiap tahun daripada bajet negara.
Pengkritik berkata keputusan PISA bercanggah dengan Putrajaya yang berkeras menyatakan Malaysia mempunyai sistem pendidikan bertaraf dunia.
Mereka juga mempersoalkan nilai sebenar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang melahirkan ramai pelajar memperolehi A, tetapi tidak mampu bersaing dengan rakan sebaya mereka dari Singapura, China dan Taiwan.
Ahli politik pembangkang tanpa belas kasihan terus menyerang Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai keputusan Malaysia yang buruk dalam ujian penilaian antarabangsa.
Muhyiddin kemudian mengumumkan kementerian akan menubuhkan jawatankuasa kerja khas untuk meningkatkan penilaian pelajar dalam ujian berkenaan. TMI

Pakar beri enam punca jelas kehilangan MH370,

02 Apr -Selepas lebih tiga minggu, kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 terus membingungkan penyiasat, dan panel pakar yang bermesyuarat semalam masih tidak dapat jawapan pasti walaupun membayangkan enam kemungkinan menjelaskan apa yang berlaku dalam pesawat itu, lapor Sky News.
Dalam satu majlis anjuran Royal Aeronautical Society (RAeS), pakar terdiri daripada juruterbang, syarikat penerbangan, pengilang dan pengawal selia bertemu di London dan mengemukakan analisis berdasarkan teori berikut - hilang tekanan rendah dalam kabin, asap toksik, kebakaran, rampasan, juruterbang membunuh diri atau kegagalan simulator.
1. Tekanan rendah dalam pesawat tetapi masih meneruskan penerbangan
Apabila berlaku tekanan rendah, pesawat akan terbang secara automatik sehingga kehabisan minyak.
Perkara ini menjelaskan perubahan awal dalam altitud dan laluan pesawat serta terputus komunikasi. Bagaimanapun ia tidak menjelaskan mengapa Sistem Komunikasi dan Laporan Pesawat (ACARS) serta transponder dalam pesawat tersebut dipadamkan, lapor Sky News.
Untuk memadamkan kedua-dua isyarat ini, hanya seseorang yang mahir dalam penerbangan sahaja tahu mematikannya.
Kesan ke atas penumpang akan berbeza-beza bergantung kepada ketinggian. Jika pesawat itu di atas 35,000 kaki, ia akan mengambil masa kira-kira seminit sebelum semua orang tidak sedarkan diri.
Topeng oksigen sepatutnya turun secara automatik yang boleh bertahan selama 15 minit.
Anak kapal boleh menggunakan topeng oksigen paling lama, bergantung sama ada mereka menggunakan oksigen tulen atau oksigen campuran.
KESIMPULAN: Ia mungkin.
2. Pesawat itu tercemar dengan asap toksik
Juruterbang sepatutnya mampu menghantar panggilan kecemasan dan, sekali lagi, ia tidak menjelaskan mengapa ACARS dan transponder dimatikan, lapor Sky News.
KESIMPULAN: Sukar berlaku.
3. Berlaku kebakaran papan litar yang menyebabkan kerosakan sistem komunikasi
Ia mungkin menjelaskan kekurangan komunikasi dengan pesawat, tetapi tidak mungkin pesawat masih terus terbang semasa api terus membakar, lapor Sky News.
Sistem komunikasi pesawat boleh juga dimatikan jika kuasa gagal berfungsi atau disebabkan oleh sabotaj.
Terlanggar burung boleh berlaku, tetapi tidak mungkin menyebabkan kerosakan sedemikian teruk.
KESIMPULAN: Sukar berlaku.
4. Pesawat dirampas
Pesawat itu tidak diterbangkan ke destinasi lain, mahupun digunakan sebagai senjata untuk serangan pengganas berani mati.
Jika berpunca daripada rampasan berseorangan, tidak ada seorang atau motif dijumpai dan jika ia dilakukan oleh mana-mana kumpulan, sehingga kini tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab, lapor Sky News.
KESIMPULAN: Ia mungkin.
5. Pesawat sengaja dilencongkan oleh juruterbang atau pembantunya
Punca ini belum dikenal pasti. Jika ia percubaan membunuh diri mengapa pesawat terus terbang untuk tempoh yang lama?
Satu persoalan lagi,mengapa tidak ada panggilan telefon atau teks daripada penumpang atau anak kapal, memandangkan Peta bergerak IFE menunjukkan pesawat terkeluar daripada landasan.
Satu penjelasan lagi, sistem IFE juga mungkin dipadamkan, lapor Sky News.
Kedua, penumpang tertidur atau tidak sedar perkara buruk berlaku sehingga terlambat untuk melakukan sesuatu.
Penjelasan ketiga, penumpang dan anak kapal mengalami hipoksia sehingga lali, ia mungkin disebabkan tekanan rendah dalam kabin.
KESIMPULAN: Ia mungkin.
6. Kegagalan secara serentak
Seorang pakar teknikal menegaskan bagi setiap senario yang kemungkinan berlaku, terdapat sekurang-kurangnya satu kenyataan bercanggah, lapor Sky News.
"Jika ia adalah hipoksia, siapa yang lencongkan pesawat?" soal beliau.
"Jika ia terbakar, mengapa ia terus terbang? Jika ia berpunca daripada juruterbang, mengapa anak kapal tidak campur tangan?"
Beliau mencadangkan, mungkin lebih daripada satu senario berlaku pada masa yang sama - seperti api pendawaian dan tekanan rendah.
KESIMPULAN KESELURUHAN: Sehingga lebih banyak bukti ditemui, tiada apa yang boleh dibuktikan. TMI