SPECIAL ADS

3 Mac 2015

Peti Tabut : Rahsia kuasa yang di cari oleh Yahudi/Zionist



Sebelum ini penulis telah mengulas mengenai SIHIR yang dapat menjadi senjata super bagi pihak Yahudi-Zionist untuk menguasai dunia pada akhir zaman. Kini penulis akan meneruskan penerangan yang berkaitan impian Yahudi-Zionist dalam mencapai KEKUASAAN yang selama ini telah dicabut oleh Allah S.W.T daripada mereka akibat kesesatan akidah golongan itu. 

Untuk artikel kali ini, penulis akan menerangkan susur galur niat Yahudi-Zionist ini secara RINGKAS, semoga sebarang maklumat-maklumat tambahan akan dapat dikaji dan diteliti sendiri oleh mereka yang mempunyai rasa ingin tahu. Apa yang penulis terbitkan ini adalah berdasarkan usaha peribadi penulis dalam menganalisis pelbagai jenis buku, artikel dan video-video berkenaan Akhir Zaman. 

Ini berkaitan secara tidak langsung dengan situasi sosio-politik dan ekonomi di negara kita yang semakin serabut dengan kebangkitan slogan-slogan NEW WORLD ORDER seperti KEBEBASAN MEDIA, HAK ASASI MANUSIA, LIBERALISME, DEMOKRASI BEBAS, KUASA RAKYAT dan sebagainya. 

Peta yang menunjukkan Kerajaan Israel (Kingdom of Israel) di utara dan Kerajaan Yehuda (Kingdom of Judah) di selatan. Dua negara hasil dari pecahan Kerajaan Bersatu (United Monarchy) bangsa Israel di bawah Raja Talut, Nabi Daud A.S dan Nabi Sulaiman A.S dahulu. 

1) Penulis mulakan dengan memperingati kembali bagaimana terbentuknya Kerajaan Bersatu (United Monarchy) setelah Nabi Musa A.S membawa bangsa Israel ini melintasi Laut Merah untuk ke "TANAH YANG DIJANJIKAN" (The Promised Land). Nabi Musa A.S telah menyerahkan tugas mengepalai bangsa Israel ini kepada Joshua, seorang panglima perang yang mengetuai bangsa Israel dalam peperangan menentang penduduk asal kawasan Tebing Barat kini, iaitu bangsa Kanaan (Canaanite) yang tidak beriman kepada Allah S.W.T. Bangsa Kanaan adalah nenek moyang orang Filistin (Philistine) iaitu asal usul orang Arab Palestin kini. Setelah berjaya menduduki kawasan Kanaan itu (kawasan yang menjadi negara haram Israel kini), maka timbullah satu dilema di mana bangsa Israel yang mempunyai 12 suku (Tribes) ini tiada raja untuk memerintah. Maka ketika itu seorang pengembala keldai yang bernama Talut (dalam Injil dipanggil Saul), telah diangkat menjadi Raja Pertama Israel oleh seorang Nabi (bukan Rasul) yang juga Kadi (hakim) Israel bernama Samuel. Bagi menjadikan rakyat Israel taat kepada Talut yang asalnya seorang pengembala keldai ini, maka Allah telah kurniakannya PETI TABUT sebagai simbol PENYATUAN dan KEKUASAAN bagi Talut memerintah bangsa Israel. Maka terbentuklah Kerajaan Bersatu (United Monarchy), iaitu sebuah negara dan kerajaan bangsa Israel yang sah sekitar tahun 1050 sebelum Masihi di kawasan Kanaan itu. 

2) Apa yang uniknya PETI TABUT itu? Mengikut komentar Allahyarham Abdullah Yusuf Ali (penterjemah Al-Quran ke Bahasa Inggeris yang terkenal), PETI TABUT atau juga dikenali dalam Bahasa Inggeris sebagai "The Ark of Covenant" ini diperbuat daripada kayu pokok akasia dan mempunyai jalur-jalur emas tulen. Tudungnya yang keemasan itu dikatakan "Takhta Kasih" dari Allah S.W.T. Ia mengandungi "PERNYATAAN TUHAN", iaitu Sepuluh Perintah (The Ten Commandments) yang terukir pada tablet-tablet batu di samping beberapa lagi peninggalan Nabi Musa A.S dan Nabi Harun A.S. Ia dipercayai pernah dibawa oleh malaikat. Ia juga merupakan simbol KEAMANAN dan KETENTERAMAN dari Allah S.W.T kepada mereka yang beriman. Namun golongan Yahudi-Zionist percaya bahawa PETI TABUT ini mengandungi pelbagai lagi rahsia yang merupakan kunci kepada ilmu-ilmu (mungkin ilmu metafizikal) para Nabi untuk mereka eksploitasi demi berkuasa di dunia ini sebagai "UMAT YANG TERPILIH". Oleh sebab itu sehingga kini, adalah satu impian bagi golongan Yahudi-Zionist ini untuk menemui kembali PETI TABUT yang telah hilang sejak Jerusalem (Baitulmaqdis) diserang oleh Empayar Babilonia Baru (Neo Babylonian Empire) pada tahun 586 sebelum Masihi. 

3) Setelah kematian Talut, Kerajaan Bersatu ini diperintah pula oleh Nabi Daud A.S (King David) dan anaknya Nabi Sulaiman A.S (King Solomon). Nabi Daud A.S diberikan kelebihan untuk melembutkan besi, kerana itu mengikut sumber Israeliyyat (Sejarah Israel), Nabi Daud A.S merupakan manusia pertama yang membuat baju rantai besi (chainmail). Nabi Daud A.S juga dikurniakan suara yang merdu sehinggakan pada zaman itu, syariat agama Allah melalui Kitab Zabur (Psalms) adalah beribadat secara nyanyian. Ketika inilah Nabi Daud A.S menggunakan simbol Bintang Daud (Star of David) sebagai cop mohor kerajaannya. Kini simbol bintang itu telah diambil oleh Zionist sebagai lambang negara haram Israel mereka. Nabi Sulaiman A.S pula dikurniakan pelbagai mukjizat termasuk boleh mengawal angin, burung-burung serta jin. Kerana kebolehannya untuk berkomunikasi dengan jin, maka Haikal Sulaiman, juga dipanggil sebagai Istana Nabi Sulaiman atau Kuil Sulaiman (King Solomon's Temple) telah dibina oleh jin berdasarkan corak binaan dan teknologi dari alam jin. Itulah yang menjadi kekaguman golongan Yahudi-Zionist untuk mendapat kekuasaan mengawal alam jin ini seperti yang pernah dilakukan oleh Nabi Sulaiman A.S, walaupun secara hakikatnya kebolehan Nabi Sulaiman A.S itu merupakan mukjizat kurniaan Allah S.W.T, bukannya ilmu sihir yang boleh dipelajari. 

4) Golongan Yahudi-Zionist ini percaya bahawa segala kemahiran dan mukjizat para Nabi mereka dahulu dapat dipelajari dan digunakan oleh mereka yang mengkaji. Ini kerana segala ilmu-ilmu serta kebolehan-kebolehan luar biasa para Nabi ini dapat menjadikan alam ini dibawah kawalan mereka. Kebanyakan ilmu-ilmu para Nabi ini berbentuk ilmu metafizikal yang dapat melawan hukum alam yang lazim. Kecenderungan Yahudi-Zionist ini juga mungkin berasal dari pengalaman bangsa mereka yang pernah berada dibawah perhambaan oleh bangsa Mesir dan Babilonia yang terkenal dengan ilmu-ilmu SIHIR yang telah berjaya menundukkan musuh-musuh tamadun mereka. Agenda Zionisme Yahudi ini secara tidak langsung merupakan manifestasi BALAS DENDAM terhadap manusia lain yang kononnya selama ini menindas mereka sejak munculnya bangsa mereka ini dalam sejarah tamadun manusia. Bangsa Israel (kini golongan Yahudi-Zionist) seolah-olah tidak dapat membezakan antara mukjizat Nabi, karamah dan ilmu sihir. Mereka anggap semua itu adalah satu sumber kuasa metafizikal untuk mengawal alam ini dan manusia lainnya. Mereka menjadi golongan manusia yang angkuh untuk mencapai kekuasaan kerana percaya bahawa mereka adalah "UMAT YANG TERPILIH" untuk menjadi tuan di muka bumi ini. Maklumlah, majoriti Nabi pun berasal dari bangsa mereka dan bangsa mereka adalah satu-satunya golongan manusia di atas muka bumi ini yang pernah memakan hidangan dari syurga iaitu "Manna Was Salwa" dan diberikan beberapa kelebihan berbanding manusia lain secara fitrahnya. 

5) Apa yang terjadi sesudah Nabi Sulaiman A.S meninggal dunia? Kerajaan Bersatu bangsa Israel ini berpecah menjadi dua negara yang berasingan akibat perang saudara untuk merebut takhta Nabi Sulaiman A.S itu. Di bahagian utara terbentuk Kerajaan Israel (Kingdom of Israel) yang mengandungi 10 suku bangsa Israel dengan ibu kotanya di Samaria (Shomron). Manakala di bahagian selatannya terbentuk Kerajaan Yehuda (Kingdom of Judah) yang mengandungi 2 suku bangsa Israel dengan ibu kotanya di Jerusalem, tempat Haikal Sulaiman itu berada di atas Bukit Zion. Haikal Sulaiman merupakan tempat terakhir PETI TABUT ini disimpan sebelum ia dikatakan hilang setelah Kerajaan Yehuda diserang oleh Raja Nebuchadnezzar II dari Empayar Babilonia Baru. Binaan asal Haikal Sulaiman oleh jin itu telah diruntuhkan dalam serangan tersebut. Dari Kerajaan Yehuda inilah penduduknya digelar sebagai orang Yehuda atau Judea (oleh orang Rom dan Yunani) dan akhirnya memunculkan perkataan "Jew" dalam Bahasa Inggeris. Mereka inilah yang kita panggil YAHUDI pada hari ini, iaitu subset daripada bangsa Israel yang asal. Tetapi istilah itu telah menjadi universal sehinggakan sesiapa sahaja yang mempunyai darah dari bangsa Israel ini akan digelar "Jew" (Yahudi) oleh masyarakat dunia kini. Sedangkan secara realitinya tidak semua suku dalam bangsa Israel itu Yahudi dan tidak semua Yahudi adalah pendukung Zionisme.  

6) Ke mana pula perginya 10 suku bangsa Israel dari Kerajaan Israel? Mereka telah hilang, hilang secara identitinya apabila Kerajaan Israel itu diserang oleh Empayar Assyria dari arah utara, dan 10 suku tersebut telah dipindahkan ke arah timur sebagai tawanan perang hingga ke kawasan Khorasan (kini meliputi Iran, Afghanistan, Pakistan, Iraq sehingga Kashmir). Serangan yang meruntuhkan Kerajaan Israel itu berlaku 134 ratus tahun sebelum Kerajaan Yehuda diserang oleh Empayar Babilonia Baru. Oleh itu, dikatakan sisa daripada bangsa Israel yang masih wujud (secara identitinya) hingga ke hari ini adalah golongan Yahudi ini tadi yang telah pun menyebar ke serata dunia setelah berlaku DIASPORA sebaik sahaja Kerajaan Yehuda mereka diserang. Golongan pendita Yahudi di Haikal Sulaiman inilah yang membentuk satu golongan agama elit yang akhirnya telah mencipta kitab Talmud, iaitu kitab tafsiran para pendita terhadap ajaran Taurat (Torah). Ajaran Talmud ini meresapi akidah agama Yahudi sehingga berkembang dengan pesat ketika golongan Yahudi ini berada di dalam tawanan bangsa Babilonia. Sebelum itu, telah ada fahaman-fahaman sesat dari golongan Yahudi elit yang menduduki Haikal Sulaiman tersebut sebagai pendita. Kebanyakan fahaman-fahaman ini bersifat mistik dan bercampur dengan ilmu-ilmu sihir dari zaman mereka menjadi hamba di Mesir dahulu. 

7) Oleh kerana kesesatan yang berlaku inilah maka kita faham mengapa Allah S.W.T telah menurunkan bala kepada bangsa Israel sehingga hancurnya dua negara serumpun mereka iaitu Kerajaan Yehuda dan Kerajaan Israel. Dan Allah S.W.T telah mentakdirkan mereka kehilangan PETI TABUT tersebut yang selama ini merupakan simbol sahnya "KETUANAN" mereka ke atas tanah bekas bangsa Kanaan ini. Hilangnya PETI TABUT tersebut merupakan petanda bahawa bangsa Israel (kini majoriti Yahudi) tidak mempunyai "HAK" ke atas tanah keturunan bangsa Arab Palestin itu. Tidak seperti bangsa Kanaan, iaitu nenek moyang mereka dahulu, bangsa Arab Palestin kini adalah antara golongan manusia yang beriman kepada keesaan Allah S.W.T (majoriti Muslim dan Ahli Kitab) dan berhak ke atas tanah mereka tersebut. Bagi orang Yahudi yang masih beriman kepada Taurat dan Injil (Gospel) pula, mereka mengakui bahawa hanya kemunculan Nabi Isa A.S pada Akhir Zaman yang dapat mengembalikan mereka ke "TANAH YANG DIJANJIKAN" itu bersama manusia-manusia lain yang beriman. Pembentukan negara haram Yahudi-Zionist yang menggunakan istilah ISRAEL itu hanyalah satu muslihat agar keturunan 10 suku-suku bangsa Israel yang telah hilang bertebaran serata dunia tersebut akan berasa sentimental dengan nama negara itu yang sama dengan nama bangsa nenek moyang mereka dan berusaha untuk kembali bersatu bagi memenuhi kerakyatan negara Israel tersebut, lantas ia akan memberi tekanan kepada ruang hidup bangsa Arab Palestin di sekitar sempadan negara haram tersebut. 

8) Ini sebagai persediaan untuk membentuk pemerintahan dunia (NEW WORLD ORDER) yang berpusat dari Haikal Sulaiman yang terletak di atas Bukit Zion di Jerusalem dengan segala KEKUASAAN sains dan teknologi serta ilmu-limu metafizikal (ilmu sihir). Ia adalah sebuah negara yang sedang bersedia menerima kedatangan Al-Masih Ad-Dajjal (The Anti-Christ) yang bakal mengetuai Yahudi-Zionist dalam mencengkam dunia Akhir Zaman ini supaya tunduk kepada kesesatan Iblis (Lucifer). Oleh kerana itu kerja-kerja pengalian dan pengorekan sedang giat dilakukan oleh pihak berkuasa negara Israel di sekitar Masjid Al-Aqsa (Dome of Rock) terutama di bahagian bawah bukit Zion tersebut yang dikatakan tempat asal Haikal Sulaiman. Runtuhan Haikal Sulaiman dipercayai mengandungi pelbagai khazanah ilmu (kononnya ilmu mukjizat) para Nabi dari bangsa Israel. Mereka juga berharap dapat menemui kembali PETI TABUT, sebagai mengesahkan kependudukan mereka ke atas tanah bekas bangsa Kanaan (nenek moyang Arab Palestin) ini. Dengan adanya PETI TABUT tersebut, maka Yahudi-Zionist akan dapat menghalalkan rampasan tanah penduduk Arab Palestin atas nama Tuhan, kononya seperti ketika Tuhan memberi "KETUANAN" dan "HAK" melalui PETI TABUT itu kepada Talut untuk memerintah Kerajaan Bersatu bangsa Israel di tanah yang sama suatu masa dahulu. Inilah agenda sebenar Zionisme Antarabangsa dalam mencorak sejarah, agama, ekonomi, sosial, teknologi, mentaliti dan juga nilai-nilai kemanusiaan agar menjadi terpesong dan tunduk kepada mereka di Akhir Zaman. Sehingga ke hari ini, PETI TABUT yang disahkan asli masih gagal ditemui. 


Ertinya: "Dan Nabi mereka berkata lagi kepada mereka: "Sesungguhnya tanda kerajaan Talut (yang menunjukkan benarnya dari Allah) itu ialah datangnya Peti Tabut yang mengandungi (sesuatu yang memberi) ketenteraman jiwa dari Tuhan kamu, dan (berisi) sebahagian dari apa yang telah ditinggalkan oleh keluarga Nabi Musa dan Nabi Harun; Peti Tabut itu dibawa oleh malaikat. Sesungguhnya peristiwa kembalinya Peti Tabut itu mengandungi satu tanda keterangan bagi kamu jika benar kamu golongan yang beriman." (Surah Al-Baqarah, ayat 248). scriptersnews.blogspot.com

Benarkah Israel akan lenyap pada tahun 2022?


Menurut laporan media, Henry Kissinger dan 16 badan pemikir lainnya bersetuju bahawa dalam waktu terdekat “Israel” tidak akan wujud lagi. The New York Post memetik kata-kata Kissinger : “Dalam 10 tahun, tidak akan ada lagi Israel”. 

Pernyataan Kissinger datar dan tidak memiliki syarat. Beliau tidak menyatakan bahawa “Israel” dalam bahaya, tetapi menurutnya dapat diselamatkan jika diberikan trilionan tambahan dollar dan menghancurkan musuh-musuhnya dengan bantuan tentera Amerika, dipetik daripada Kavkaz Center. 

Dia tidak mengatakan bahawa jika rakan lama Netanyahu, Mitt Romney, terpilih, “Israel” entah bagaimana dapat diselamatkan. 

Dia juga tidak mengatakan bahawa jika mengebom Iran, “Israel” mungkin dapat bertahan hidup. Dia tidak menawarkan jalan keluar. Dia hanya menyatakan fakta: Pada tahun 2022 “Israel” akan tidak ada lagi. 

Komuniti bijak pandai AS bersetuju dengan pernyataan Kissinger, meskipun mungkin tarikh tepat runtuhnya “Israel” tidak mereka ketahui. 

16 badan pemikir AS dengan anggaran gabungan lebih dari 70 juta USD telah mengeluarkan analisis 82 muka surat berjudul “Preparing for a Post-Israel Middle East”. 

Laporan itu mengamati bahawa 700,000 pendatang haram “Israel” telah mencuri penempatan pada tahun 1967-tanah di mana seluruh dunia bersetuju adalah milik Palestin, bukan “Israel”-tidak akan tenteram dan hidup dengan damai. 

Kerana dunia tidak akan menerima kehadiran mereka terus-menerus di tanah yang dicuri “Israel” seperti Afrika Selatan pada akhir 1980-an. 

Golongan pelampau Likud pemerintahan “Israel”, menurut laporan itu semakin memaafkan dan mendukung kekerasan membabi-buta dan pelanggaran undang-undang oleh pendatang haram Yahudi. 

Laporan tersebut menyatakan bahawa jenayah oleh ekstrimis Yahudi, dan infrastruktur apharteid yang berkembang termasuk tembok pemisah dan sistem yang lebih kejam dari pos pemeriksaan, tidak dapat bertahan, tidak dapat berlanjutan dan tidak “selaras” dengan “nilai-nilai” Amerika. 

16 badan pemikir itu bersetuju bahawa “Israel” tidak dapat menahan raksasa pro-Palestin yang datang terdiri daripada Arab Spring, Kebangkitan Islam dan kebangkitan Iran. 

Perisik AS mengatakan bahawa dalam realiti ini, kerajaan AS tidak akan lagi memiliki sumber kekuatan ketenteraan dan kewangan untuk terus menopang “Israel” terhadap keinginan-keinginannya. Dalam rangka untuk menormalkan hubungan dengan 57 negara Islam, 

AS akan harus mengikuti kepentingan nasional dan menarik diri untuk “Israel”. Menariknya, baik Henry Kissinger mahupun penulis lain dalam laporan itu tidak ada yang memberikan tanda bahawa mereka akan meratapi kematian “Israel”. 

Ini luar biasa, mengingatkan bahawa Kissinger adalah seorang Yahudi yang selalu dilihat sebagai teman “Israel” dan bahawa semua orang Amerika termasuk mereka yang bekerja untuk badan perisik, sangat dipengaruhi oleh media pro-Israel. 

Sumber



Dedahkan Noah hanya kaitkan Najib dengan lesen kasino, kata wartawan veteran

Pendedahan Tan Sri Mohamed Noah Omar menanggung perbelanjaan pembelajaran Datuk Najib Razak ke luar negara hanya akan mengaitkan perdana menteri dengan lesen kasino, kata Datuk A Kadir Jasin. – Gambar The Malaysian Insider, 3 Mac, 2015.
Pendedahan akhbar arus perdana semalam menyebut Tan Sri Mohamed Noah Omar menanggung perbelanjaan pembelajaran Datuk Najib Razak dan adik-adiknya ke luar negara hanya akan mengaitkan perdana menteri dengan lesen kasino, kata Datuk A Kadir Jasin.
Wartawan veteran itu berkata, mendedahkan latar belakang Noah yang juga merupakan datuk kepada Najib, hanya akan menimbulkan persoalan mengenai siapa Noah dan punca kekayaannya.
"Adakah perlu Najib dan media massa arus perdana yang menyokong beliau membangkitkan hal Noah membiayai pendidikan cucu-cucunya, kerana tidak dapat tidak, orang yang mengetahui latar belakang Noah akan mengaitkan beliau dengan lesen kasino?
"Di manakah dan apakah peranan penasihat media, komunikasi, perang saraf dan pereka imej Najib yang begitu ramai dan tergolong di dalamnya seorang penasihat 'orang putih' yang dicamkan sebagai Paul Stadlen?
"Apakah semua ini ciri-ciri sokong membawa rebah dan harapkan pagar, pagar makan padi atau, lebih teruk daripada itu ia berupa petanda bahawa perdana menteri sedang kehilangan jalan cerita?" katanya menerusi tulisan terbaru di blognya hari ini.
Kadir berkata Noah yang menerima jolokan Noah Beirut, diingati sebagai bapa kepada dua wanita yang mengahwini dua Perdana Menteri Malaysia – anaknya Tun Rahah mengahwini Tun Abdul Razak Hussein dan seorang lagi anaknya, Tun Suhaila mengahwini Tun Hussein Onn.
Katanya, dalam dunia politik, Noah juga diingati sebagai antara pengasas Umno dan speaker Dewan Rakyat.
"Tetapi pembabitan dalam perniagaanlah yang menjadikan beliau istimewa dan kontroversi. Beliau rakan kongsi 'Raja Judi' Malaysia, mendiang Tan Sri Lim Goh Tong.
"Noah dan Lim mengasaskan projek kasino tunggal Malaysia di Genting Highlands pada tahun 1965," katanya.
Kadir berkata siapa yang membiayai pendidikan Najib tidak menjadi isu, tetapi apa yang dipertikaikan ialah dakwaan gaya hidup mewah yang dipamerkan Najib, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan anak tirinya, Riza Abdul Aziz.
Katanya, turut dipersoalkan ialah hubungan mereka bertiga dengan ahli perniagaan penuh misteri Jho Taek Low dan dakwaan kaitan Low dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seperti dilaporkan akhbar New York Times.
"Media massa bebas dan media sosial terperanjat dengan kenyataan itu yang seolah-olah memberi gambaran yang bapa beliau, Tun Razak meninggalkan harta pusaka yang banyak.
"Kenyataan Pejabat Perdana Menteri itu menyebabkan sesetengah pihak, khususnya yang tidak mengenali Tun Razak, mempersoalkan integriti beliau sebagai perdana menteri yang telus dan bebas rasuah," katanya. TMI

Misteri Hajarul Aswad..


Neil Amstrong telah membuktikan bahawa kota Mekah adalah pusat dari planet Bumi. Fakta ini telah di diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah. Ketika Neil Amstrong untuk pertama kalinya melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata : “Planet Bumi ternyata tergantung di ruang yang sangat gelap, siapa yang menggantungnya?.” 

Para astronaut telah menemukan bahawa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi, secara rasmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayangnya 21 hari kemudian laman web tersebut ghaib yang sepertinya ada asalan tersembunyi dibalik penghapusan laman web tersebut. 

Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyata radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Ka’bah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berakhir), hal ini terbukti ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjut terus. 

Para peneliti Muslim mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Ka’bah di planet Bumi dengan Ka’bah di alam akhirat. Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, ada suatu ruang yang bernama ‘Zero Magnetism Area’, bererti apabila kita mengeluarkan kompas di ruang tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali kerana daya tarik yang sama besarnya antara kedua kutub. 

Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka ia akan hidup lebih lama, lebih sihat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan graviti. Oleh sebab itulah ketika kita mengelilingi Ka’bah, maka seakan-akan diri kita dicaj semula oleh suatu kuasa misteri yang menyebabkan kita bertenaga ketika mengelilingi kaabah dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah. 

Penelitian lainnya mengungkapkan bahwa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga boleh terapung di air. Di sebuah muzium di negara Inggeris, ada tiga buah potongan batu tersebut (dari Ka’bah) dan pihak muzium juga mengatakan bahawa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem suria kita. 

Dalam salah satu sabdanya, Rasulullah SAW bersabda, “Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam". (Jami al-Tirmidzi al-Hajj (877).  http://btmmari.blogspot.com/

Siapakah Kambing Yang Bakal Dicat Hitam Dalam Isu 1MDB?

Hasil carian imej untuk 1 mdb

Pendedahan demi pendedahan mengenai syarikat pelaburan 1MDB yang kini sudah menjadi tajuk berita antarabangsa semakin menunjukkan kemungkinan ianya bertukar menjadi skandal kewangan terbesar dalam era Najib Razak.

Bermula dengan hutangnya yang tinggi, pelaburan yang diragui dan simpanan di Pulau Cayman yang tidak pasti, 1MDB kini memasuki episod pendedahan bagaimana wangnya didakwa dilarikan untuk kepentingan peribadi.

Selain itu, bagaimana hutang 1MDB  berjumlah RM2 bilion daripada dua bank tempatan dikatakan turut dibayar oleh  bilionaire terkemuka, Ananda Krishnan dan cubaan pinjaman tambahan RM3 bilion daripada kerajaan juga ditolak kabinet kerana ramai menteri tidak menyetujuinya, menambah-parahkan lagi imej dan persepsi awam terhadap syarikat anak emas Perdana Menteri itu.

Hasil carian imej untuk 1 mdb
Secara langsung ia mengesahkan bahawa kecaman bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad mengenai syarikat itu ada benarnya. Ramai juga ketika ini yang bersetuju dengan Mahathir bahawa "tiada 1MDB pun tak apa".

Walaupun dalam banyak urusniaga, pelaburan dan kecurangan yang menjadi isu dalam 1MDB, nama Jho Low sering dikaitkan, tetapi kaitannya dengan Najib tentu saja sukar dielakkan kerana ahli perniagaan playboy yang mengamalkan gaya kehidupan rambu-ramba di Hollywood itu juga mempunyai hubungan rapat dengan Riza Aziz, anak lelaki Rosmah Mansor.

Selain Jho Low dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan isteri Perdana Menteri melalui Riza, Najib sendiri dilaporkan beberapa kali bertemu dengannya di luar negara, termasuk ketika bercuti di Eropah tahun lalu.

Dengan pendedahan terbaru yang semakin menyentap hati rakyat berkaitan dakwaan RM2.5 bilion wang 1MDB cuba dilarikan oleh Jho Low dalam urusniaga dengan PetroSaudi beserta pelbagai bukti komunikasi yang disertakan,  tuntutan agar kebenaran diperjelaskan kepada umum, termasuk penubuhan Suruhanjaya Diraja semakin kuat bergema sekarang ini.

Tetapi apa yang menariknya ialah Pejabat Perdana Menteri atau PMO dengan pantas telah mengeluarkan kenyataan bahawa Najib tidak terlibat secara langsung dalam operasi harian syarikat itu, sebaliknya ia diuruskan oleh satu kumpulan profesional dan berpengalaman.

Juga disebut bahawa kedudukan Perdana Menteri hanyalah sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB saja.

Ternampak bahawa penjelasan itu untuk mengelakkan Najib daripada dikaitkan dengan apa-apa masalah yang berlaku dalam 1MDB sekarang.

Memahami bahawa kecurigaan dan kecurangan dalam 1MDB selama ini melibatkan bukan angka sekupang dua yang tentulah mustahil taraf "prebet" atau "koperal"  berupaya melakukannya, konsep pertanggungjawaban sebenarnya lebih terpikul serta tidak semudah itu untuk dielakkan daripada bahu Najib selaku Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihatnya.

Bolehkah dipercayai pelaburan dan pengeluaran wang dalam jumlah yang besar boleh dilakukan tanpa pengetahuan atau tanpa restu Najib?

Mengelak daripada memikul tanggungjawab dengan alasan tidak terlibat dalam operasi harian tidak lebih merupakan alasan untuk "cuci tangan" saja sedangkan jika 1MDB mencapai kejayaan dan kecemerlangan, sudah tentulah semuanya akan diwar-warkan sebagai buah tangan dan hasil fikiran orang yang yang terlibat dalam operasi harian tadi.

Ketika itu juga tentunya alasan tidak terlibat dalam operasi harian tadi tidak berbangkit sama-sekali.

Apakah kenyataan tidak terlibat dalam operasi harian ini suatu bentuk percubaan mengolah kepercayaan ramai bahawa Najib tidak terlibat dan tidak wajar dipalitkan dengan apa juga kecurigaan dan kecurangan dalam 1MDB?

Adakah ini juga bermakna "seekor kambing" sedang dicari untuk dilumurkan cat hitam dan ditunjukkan kepada umum sebagai orang yang bersalah?

Kalau Najib sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB tidak harus dikaitkan semata-mata kerana tidak terlibat dengan operasi hariannya, apakah "kambing hitam" itu Lodin Wok Kamaruddin, Pengerusi 1MDB sekarang?

Mungkinkah juga bekas CEOnya, Mohd Hazem Abdul Rahman atau penggantinya sekarang, Arul Kanda Kandasamy sebagai "kambing pilihan kedua dan ketiga" untuk ditumpahkan cat hitam itu?

Atau "kambing-kambing"  lain sedang dicari untuk dimangsakan?

shahbudin dot com

2 Mac 2015

MH370 rentas Pulau Pinang sebagai memori terakhir juruterbang

Bulan ini, genap setahun tragedi kehilangan pesawat MAS MH370 yang sehingga kini misterinya masihnya belum terungkai. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 Mac, 2015.
Beberapa hari sebelum genap setahun kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, kapten kanan Boeing 777 dengan syarikat penerbangan utama mendakwa misteri penerbangan itu angkara juruterbang.
Teori Kapten Simon Hardy yang dilaporkan akhbar United Kingdom, Daily Mail hari ini mendakwa petunjuk utama ialah selepas pesawat merentasi sempadan Thailand dan Malaysia, pesawat berkenaan membuat pusingan U ke Pulau Pinang.
Hardy berkata, pesawat MAS itu dipandu secara emosional seperti penerbangan terakhir ke kampung halamannya ke Pulau Pinang.
"Penerbangan luar biasa ke Pulau Pinang mungkin satu-satunya petunjuk pelaku. Saya mengambil masa berbulan-bulan memahaminya.
"Petunjuknya ialah Ayers Rock," Hardy dilaporkan berkata merujuk kawasan berbukit di Australia.
"Saya melakukan perkara yang sama di sana. Melihat ke bawah menyaksikan pemandangan yang indah. Seseorang membuat tatapan emosi terakhir di Pulau Pinang,” katanya.
Pesawat MAS MH370 dipandu Kapten Zaharie Ahmad Shah yang berasal dari Pulau Pinang dan pembantunya, Fariq Abdul Hamid dari Selangor.
Juruterbang Britain itu mendakwa selepas "penerbangan terakhir" itu dibuat, pesawat MH370 itu sengaja membuat pendaratan di tengah Lautan Hindi menjawab mengapa pesawat malang itu tidak pernah dijumpai.
Katanya, pencarian semasa oleh Lembaga Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) di selatan Lautan Hindi tersasar kira-kira 100 batu nautika daripada pesawat MH370 berada.
Teori Hardy itu turut disokong David Learmount daripada majalah Flight International, laman flightglobal dan pakar keselamatan penerbangan terkemuka di United Kingdom.
Learmount dipetik Daily Mail sebagai berkata: "Sejak Kapten Simon Hardy membuat pendedahan di Flightglobal/Flight International mengenai jangkaannya di mana MH370 berada, ATSB ketua pencarian MH370 berborak panjang dengannya."
Laporan itu menambah ATSB mendapati teori Hardy mempunyai kredibiliti.
Penerbangan MH370 hilang kurang sejam selepas berlepas dari Kuala Lumpur dalam perjalanan menuju ke Beijing 8 Mac tahun lalu. Kebanyakan daripada 239 penumpang pesawat itu adalah warganegara China.
Kerja pencarian pesawat MH370 meliputi kawasan Laut China Selatan, Selat Melaka, Lautan Andaman dan selatan Lautan Hindi melibatkan 65 pesawat, 95 kapal dan pakar dari 25 buah negara.
Kerajaan Malaysia menerusi Jabatan Penerbangan Awam pada 29 Januari lalu mengisytiharkan pesawat MH370 "hilang dalam kemalangan melibatkan 239 penumpang dan anak kapalnya terbunuh". TMI

Ibu Sirul Azhar : Anak saya lebih selamat di Australia

Piah Samad (kanan), ibu kepada Sirul Azhar Umar, kini berada di Australia bersama pemimpin PAS bagi menemui anaknya yang ditahan pihak imigresen di Sydney. – Gambar The Malaysian Insider, 2 Mac, 2015.
Ibu kepada Sirul Azhar Umar hari ini merayu kepada pihak berkuasa Australia melindungi anaknya, beberapa jam selepas tiba di Sydney bersama ketua penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar dan ketua biro antarabangsa parti itu, Dr Syed Azman Syed Ahmad.
Media Australia melaporkan Piah Samad sebagai berkata kerajaan negara itu perlu memberi "perlindungan penuh" kepada anaknya, yang didapati bersalah membunuh warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
"Adalah lebih (selamat) di Australia daripada pulang ke Malaysia," kata Piah, 72, yang turut ditemani anak perempuannya, Noriatin Umar.
Sirul, yang kini ditahan pihak imigresen Australia di Sydney, sebelum ini memberitahu sebuah portal berita bahawa beliau cuma menjalankan arahan "orang atasan" dalam pembunuhan Altantuya pada 2006.
Sirul dan Azilah Hadri didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman bunuh oleh Mahkamah Persekutuan pada Januari.
Sebelum berlepas ke Australia semalam, Mahfuz berkata rombongannya merupakan misi kemanusiaan.
"Ibunya teringin sangat nak bertemu dengan Sirul dan kami mengharapkan pemergian kami ini tidak dilihat sebagai sesuatu  yang boleh memberikan ancaman pada mana-mana pihak.
"Tetapi, apa yang dirancang ini ialah sebagai satu misi kemanusiaan, untuk seorang ibu yang melindungi anaknya," kata Mahfuz.
Mahfuz memberitahu wartawan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur semalam, terpulang kepada Sirul mendedahkan lebih lanjut peranannya dalam pembunuhan Altantuya.
"Terpulang kepada dia sama ada mahu memberitahu (motif pembunuhan) ataupun tidak. Itu bukan misi saya.
"Itu akan lahir daripada hatinya sendiri, dan dia sudah berjanji kepada anda semua baru-baru ini yang dia akan umumkannya bila sampai masanya nanti."
Ahli Parlimen Pokok Sena yang sebelum ini gagal menghubungi Sirul bagi mengadakan tele-sidang khas bersama wartawan minggu lepas, berkata sesi seumpama itu tidak akan diadakan pada pertemuannya dengan Sirul nanti.
Misi rombongan itu dinamakan Mahfuz "C4 Yourself", dan mereka dijangka pulang pada 7 Mac.