SPECIAL ADS

25 Oktober 2013

Bajet 2014 gagal perbetul ketirisan berbilion wang rakyat

anwar ibrahim parliament 2
25 Okt : Bajet 2014 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak gagal untuk memperbetulkan ketirisan puluhan bilion wang rakyat daripada berlaku, tegas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar berkata, pengumuman Kerajaan Pusat untuk melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada bermula 1 April 2015 pada kadar 6 peratus hanya akan menambahkan bebanan rakyat.
“Tidak ada pertimbangan untuk memperbetulkan soal kebocoran, ketirisan puluhan bilion, tidak ada soal pembaziran hendak dibetulkan dan juga memperbaiki pengurusan Kerajaan.
“Yang terpaksa mereka lakukan kerana kedudukan fisikal yang lemah ialah percukaian. GST hanya akan membebankan rakyat bawahan dan akan menambahkan pelebaran jurang kaya dan miskin.
“Keduanya kenaikan harga gula, dengan hujah yang cukup lemah dan remeh sekali,” kata Anwar ketika ditemui di luar Dewan Rakyat hari ini.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pula berkata, pelaksanaan GST hanya menyebabkan rakyat yang tidak pernah membayar cukai akan terpaksa membayar cukai.
“Di Malaysia hanya enam peratus penduduk yang bayar cukai. Di Malaysia hanya 15 peratus daripada pekerja yang bayar cukai. Sekarang semua kena bayar cukai,” katanya ketika ditemui.
Katanya, Kerajaan Pusat tidak berlaku adil kepada rakyat yang berpendapatan rendah kerana rakyat yang tidak pernah membayar cukai selama ini terpaksa membayarnya.
“Dia (Kerajaan) bukan sahaja mengenakan GST pada 2015, tapi telah hapuskan subsidi gula 30 peratus, saya tak tahu apakah jumlah ini akan jimat tetapi ini hanya menambahkan beban rakyat,” kata Ahli Parlimen Bagan itu.

Liong Sik bebas bukti Gani Patail tidak efektif

PKFZ-1
25 Okt :  Rakyat semakin hilang keyakinan terhadap kegagalan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail membabitkan pendakwaan kes berprofil tinggi susulan pembebasan bekas menteri, Tun Dr Ling Liong Sik dalam skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Ahli Parlimen Kapar, G Manivanan, berkata kegagalan Gani Patail dalam kes besar seperti PKFZ membuktikan beliau tidak efektif dan berkemampuan melaksanakan tugasnya.
Manivan di dalam portal The Malaysian Insider berkata Gani Patail disifatkan sebgaai ego apabila tidak mahu mengakui kesalahan yang dilakukannya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, berkata Gani tidak cekap dalam melaksanakan tugasnya apabila pertuduhan yang dibuat dalam pendakwaan itu bersifat tidak kukuh dan lemah.
Tony Pua berkata, kegagalan dalam PKFZ itu adalah yang kedua selepas kegagalan pendakwaan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu dengan pembebasan  anggota polis, Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar.
“Rakyat tidak boleh dipersalahkan apabila mereka enggan percaya pada kerajaan dengan menyatakan ‘ikan besar’ yang ada kaitan dengan pemerintah elit Barisan Nasional (BN) tidak akan dijatuhkan hukuman bersalah,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini.
Mahkamah Tinggi hari ini melepaskan Liong Sik daripada tuduhan menipu kerajaan Malaysia berhubung PKFZ dan Hakim Datuk Ahmadi Asnawi membebaskannya selepas mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap semua pertuduhan di akhir kes pembelaan.
Liong Sik, 70, didakwa menipu kerajaan untuk memberi persetujuan pembelian tanah di Pulau Indah, Pelabuhan Klang bagi pembinaan projek ‘Mega Distribution Hub’ yang kini dikenali PKFZ dan beliau diperintah membela diri, pada 9 Mac 2013,
Beliau didakwa menipu kerajaan apabila tidak mendedahkan fakta berkenaan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun iaitu tambahan harga pembelian tanah pajakan negeri 7324 Lot 67894 iaitu RM25 sekaki persegi berjumlah RM1.088 bilion dan mengetahui Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) sebagai penentu nilai itu sudah mengambil kira kadar kupon.
Beliau didakwa melakukan semua kesalahan itu di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, antara 25 September dan 6 November 2002.

Bajet 2014 tidak ambil kira keperluan rakyat

25 Okt : Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang melihat Bajet 2014 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mengambil kira keperluan rakyat tetapi lebih menguntungkan pihak kerajaan BN. 

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menegaskan, pembentangan tersebut amat tidak seimbang antara kenaikan cukai dengan pendapatan rakyat serta masalah inflasi. 

Sementara itu, Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar menegaskan tidak ada sebarang perubahan dan pembaharuan yang besar diumumkan dalam pembentangan Bajet 2014. 

Dalam pengumuman Bajet tersebut diumumkan subsidi gula sebanyak 34 sen dan akan dimansuhkan berkuatkuasa esok. 

Sehubungan itu tegas beliau tidak ada apa-apa yang boleh menggantikan pertambahan kos yang akan ditanggung oleh rakyat akibat kenaikan harga gula mulai esok. 

"Kita juga dapat menduga harga minyak akan naik walaupun tidak diumumkan dalam Bajet. Kenaikan harga minyak ini akan memberi kesan dan impak negatif segera kepada rakyat," katanya ditemui di lobi Parlimen.

Menurut beliau kenaikan harga minyak yang dijangka selepas pengumuman Bajet itu tidak boleh ditampung dengan pemberian BR1M yang dinaikkan sebanyak RM600. 

Anwar: Belanjawan hukum rakyat


25 Okt : Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar Belanjawan 2014 hari ini yang menurutnya menghukum rakyat dan gagal menyentuh isu asas kebocoran dan urus tadbir yang baik.

"Kamu menghukum rakyat dengan GST (cukai barang dan perkhidmatan). Tiada perubahan antara jurang kaya dan miskin. Kita akan bersungguh-sungguh menentang GST," kata ketua pembangkang.

Anwar juga menyifatkan belanjawan kali ini sebagai paradoks kerana dianggap menyebelahi syarikat dan "orang kaya tetapi dalam masa yang sama memperkenal cukai yang melibatkan banyak pihak.

"Cukai lebih rendah untuk orang kaya, dana khas kepada syarikat, dalam masa yang sama kamu kenakan cukai umum yang akan jejaskan segmen besar masyarakat. Ini paradoks."

Setelah pelbagai spekulasi, kerajaan akhirnya hari ini mengumumkan GST 6 peratus akan diperkenal bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan dimansuhkan.

Ia akan berkuat kuasa pada 1 April 2015.

Menyentuh pengurangan subsidi gula mulai esok, ketua umum PKR itu menyifatkan hujah yang digunakannnya "remeh".

Subsidi gula sebanyak 34 sen akan dimansuhkan berkuatkuasa esok bertujuan mengurangkan jumlah pesakit diabetes di negara ini yang agak membimbangkan.

24 Oktober 2013

Kanun Syariah: Kelantan ucap tahniah kepada Brunei

25 Okt : Kelantan mengucapkan tahniah pada kerajaan Brunei Darussalam kerana telah tampil sebagai negara pertama di Asia Tenggara yang melaksanakan Kanun Jenayah Syariah.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, kesungguhan Brunei dalam melaksanakan perlaksanaan itu sewajarnya menjadi contoh oleh negara lain, termasuk Malaysia.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan majlis Inovasi Peringkat Negeri Kelantan, di Dewan Teratai di Kota Darulnaim di sini hari ini.

Pada masa yang sama Ahmad mengharapkan kerajaan Pusat turut melaksanakan langkah yang sama bersesuaian dengan negara ini meletakkan Islam sebagai agama rasmi dalam Perlembagaan Negara.

“Saya ingin merakamkan ucapan tahniah pada kerajaan Brunei telah menjadi negara contoh di Asia Tenggara apabila telah menjalankan tanggungjawab itu di negaranya.

“Sebagai sebuah negeri yang Membangun Bersama Islam, kita begitu berbangga sekali,” ujarnya.

Sambungnya lagi, amat wajar Malaysia juga turut mengikut jejak langkah negara berkenaan bagi memastikan keamanan sentiasa terjamin di negara ini.

Kerajaan negeri, katanya telah memperuntukkan RM1 juta 2014 ke arah perlaksanaan Kanun Jenayah Syariah ll.

“Ertinya komitmen kita untuk menjayakan perlaksanaan hukum syariah itu sentiasa ke hadapan dengan pelbagai pendekatan baru untuk menjayakannya  dan diperkemaskan lagi,” ujarnya.

Keputusan kalimah Allah satu ‘tragedi

25 Okt : Menggelar keputusan mahkamah berhubung isu kalimah Allah oleh satu "tragedi", ahli teologi , Reza Aslan (gambar) berkata, Malaysia terlepas peluang untuk memaparkan ia adalah sebuah negara Islam yang sederhana di mata dunia.
"Malaysia memilih untuk terjebak ke dalam kancah konflik agama meskipun terdapat peluang untuk menunjukkan kepada dunia bagaimana umat Islam dan Kristian boleh hidup dengan harmoni dalam negara majoriti umat Islam," katanya dalam satu kiriman email kepada The Malaysian Insider.
Beliau menggambarkan keadaan ini sebagai memalukan dan mengecewakan kerana konflik di Timur Tengah di antara umat Islam dan Kristian semakin buruk.
"Ini mungkin tragedi terbesar dalam keputusan mahkamah," katanya  merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan baru-baru ini yang menghalang akhbar mingguan Katolik, Herald menggunakan kalimah Allah.
Penulis buku terlaris, No God But God: The Origins, Evolution, and Future of Islam itu sebelum ini pernah mengkritik keputusan mahkamah dengan menyifatkan kalimah Allah berasal daripada istilah Arab merujuk kepada Tuhan, sebarang Tuhan.
"Allah berasal dari perkataan al-Ilah. Itu asal perkataannya," katanya dalam satu wawancara bersama Radio BFM pada Isnin.
“Al-Ilah bermaksud Tuhan. Allah bukan nama Tuhan. Sesiapa yang fikir Allah adalah nama Tuhan bukan sahaja silap tetapi bertentangan dengan Al-Quran itu sendiri. Ia tidak benar jika mengatakan Allah mempunyai nama,” katanya.
Isu kalimah Allah mencetuskan perdebatan antarabangsa di antara sarjana Islam dan ulama dengan ramai yang berasa hairan dengan keputusan mahkamah kerana kalimah itu digunakan oleh penganut Kristian dan Yahudi merujuk kepada Tuhan sejak sebelum kedatangan Islam.
“Hanya satu penyelesaian untuk isu ini. Batalkan keputusan itu,” katanya senada dengan bekas Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib Othman yang turut menggesa Menteri Dalam Negeri menarik balik arahan kementerian pada 1986 melarang kalimah itu digunakan oleh penerbitan bukan Islam.
Aslan mengulangi pendiriannya bahawa keputusan mahkamah itu tidak lebih daripada pendirian politik yang mengakibatkan keputusan itu lebih memalukan.
“Saya faham dengan amalan politik mahkamah (di Malaysia), bukan satu badan bebas dan mengikut telunjuk parti pemerintah.
“Keputusan mahkamah yang berpura-pura untuk melindungi rakyat Malaysia sebenarnya lebih terdorong kepada pengaruh politik,” katanya menerusi kiriman email tersebut.
Aslan dilahirkan sebagai Islam pernah memeluk agama Kristian yang kemudiannya kembali kepada Islam beberapa tahun kemudian.
Beliau mendapat kritikan masyarakat dengan ada pihak yang mempersoalkan latar belakang dan kredibilitinya untuk berbicara tentang kalimah Allah.
“Itu yang menjadikan saya lebih berhak untuk memberikan komen berhubung pengunaan kalimah Allah oleh umat Islam dan Kristian.
“Dalam kes tertentu, kepakaran saya tidak dinilai daripada latar belakang agama.
“Ia perlu dinilai daripada latar belakang akademik saya sebagai sarjana agama dan pakar dalam Islam,” katanya.
Beliau memiliki ijazah agama, sarjana dalam pengajian teologi dari Harvard dan Seni Halus.
Aslan turut menerima ijazah doktor falsafah dalam sosiologi dengan memfokuskan sejarah agama.
Beliau juga adalah profesor pelawat di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Iowa.
Aslan mendapat perhatian apabila beliau mengecam pihak yang mendakwa akidah umat Islam akan tergugat sekiranya penganut Kristian menggunakan kalimah Allah.
"Ini menunjukkan umat Islam di Malaysia perlu dilindungi oleh mahkamah kerana tidak boleh berfikir dan membuat keputusan sendiri. Kami sedang mentertawakan anda.
"Keputusan tersebut bukan sahaja menghalang penganut Kristian menggunakan kalimah itu, tetpai kalimah itu juga dilihat sebagai ancaman kepada Islam. Rakyat Malaysia (umat Islam) bodoh sekiranya mendengar penganut Kristian menggunakan kalimah Allah, mereka akan memeluk agama Kristian," kata penulis buku terbaru berjudul Zealot, biografi Nabi Isa.
Aslan berkata, beliau menerima sejumlah email daripada rakyat Malaysia yang bersetuju dengan pandangannya.
"Saya telah menjangkakannya. Malaysia merupakan negara moden, membangun, pluralistik dan demokrasi. Orangnya juga baik, berkesedaran tinggi dan maju.
"Malaysia tidak perlu diberitahu bagaimanapun keputusan itu memberi kesan kepada Malaysia di luar negara. Mereka mengetahuinya," katanya. 

22 Oktober 2013

'Raja-raja patut bertitah isu kalimah Allah'


22 Okt : Raja-raja Melayu patut bertitah menyatakan pandangan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan dalam isu kalimah 'Allah', kata pakar perlembagaan. 
 
NONEIni kerana, menurut Dr Abdul Aziz Bari (kiri), perkara itu berkait dengan kebebasan asasi seperti kebebasan beragama dan pentadbiran Islam yang tertakluk bawah bidang kuasa negeri.

Katanya, kementerian dalam negeri mengenakan larangan penggunaan 'Allah' dalam mingguan Katolik berbahasa Malaysia menggunakan alasan ketenteraman dan keselamatan awam.

Bagaimanapun, beliau membangkitkan kes Mamat Daud pada 1998 di Mahkamah Agung apabila "ketenteraman awam" terpaksa memberi laluan kepada faktor-faktor lain.

"Kerajaan kalah kes itu kerana memasukkan alasan ketenteraman awam untuk mendakwa pihak yang menganjurkan solat berasingan di Terengganu dan isu dua imam ditolak oleh mahkamah tertinggi," katanya.

"Oleh itu, kita perlu mendengar apa yang hendak dititahkan oleh raja-raja berhubung kes The Herald bagi mengetahui pendirian mereka. 

NONE"Bawah perlembagaan, mereka ketua agama Islam dan mereka patut menggunakan kuasa mereka. Raja-raja tidak terikat dengan nasihat kerajaan."

Raja-raja Melayu patut bertitah melalui Majlis Raja-Raja Melayu sama ada kesemua sembilan anggotanya mempunyai pandangan yang sama.

"Kita tunggu dan dengar apa Raja-Raja nak titah; tak perlu kita sangsi kemampuan mereka. Kita kena objektif. 

"Bila mereka sudah buka mulut nanti, barulah kita buat komen.

"Sekarang elok kita tunggu dan kita kena profesional dan objektif," katanya.