SPECIAL ADS

23 Januari 2013

'Budaya Projek' Memusnahkan Harapan Rakyat



"Tidak salah ada projek untuk pembangunan, untuk maslahat rakyat. Akan tetapi yang tidak sihatnya projek komisen, projek persen. projek yang potong-potong nilai sebenar dan ditambah tanpa munasabah.

Projek pilihanraya adalah projek tidak ikhlas. Kenapa projek tak buat semasa belum pilihanraya. Tahukah kita setiap nilai projek yang dibuat akan ditanya di depan Allah Ta'ala nanti. Awas kalau anda seorang pemimpin setiap sen yang anda belanjakan akan ditanya dari mana dapat, untuk apa, hak siapa anda ambil. Beringat sebelum kena. Mahkamah Allah Ta'ala di Padang Mahsyar nanti adalah mahkamah yang adil seadil-adil, tiada lagi main-main dokumen palsu, dokumen boleh tukar tarikh dan seumpamanya.

Budaya ampu budaya projek

Budaya mengampu sudah berakar dalam kalangan pimpinan politik Malaysia khasnya umno/BN. Sukar mau diubah. Mudah untuk diperbaiki, jika rakyat Negara ini. Tuukaar!!!!!!!!!!!!!!

Budaya projek pula bukan calang-calang budaya dalam masyarakat dan orang politik, juga sudah melebar menjalar ke dalam sector perkhidmatan awam. Kalau sector swasta kalangan kontraktor memang itulah kerja mereka cari projek, dapat projek mau makan maa……

Kita biasa dengar kontraktor cari projek kerajaan. Itu biasa dan lumrah. Tapi kalau pegawai kerajaan cari projek. Itu luar biasa.

Tidak peduli halal atau haram

Seorang kawan meluahkan cerita hari ini ada projek dalam projek. Yang akhirnya menjadi membentuk satu budaya tidak sihat. Anda boleh bayang bila dalam sebuah agensi kerajaan dari pangkat paling atas hingga ke jawatan paling rendah sama-sama berebut projek. Mahu cari makan maa………………

Betul kata Nabi SAW dalam sabdanya: “Akan dating satu zaman di mana orang tidak lagi ambil peduli apakah harta yang diperolehi itu halal atau haram”. (Hadith riwayat Imam Bukhari rhm)

Maknanya akan ada kalangan umat Islam sendiri tidak lagi peduli apakah yang mereka cari, rebut itu halal atau haram. Semua langgar dan rebut. Yang penting asal dapat hidup maa………….

Sebenarnya, peringatan Nabi SAW itu adalah satu peringatan kepada umat Islam yang beriman supaya lebih berhati-hati, jagalah perkara halal dan haram. Wajib cari yang halal. Wajib pula tinggalkan yang haram. Andai ini jadi amalan dan prinsip pegawai, kontraktor, pemimpin, YB, ADUN, MB, KM, Menteri-menteri, Perdana Menteri dan sesiapa juga, akan selamatlah wang rakyat, akan selamatlah bangunan daripada runtuh, akan aman damailah rakyat, akan kukuhlah bangunan yang dibina, akan baiklah jalan yang dibuat, begitulah seterusnya…………..

YB pun mau projek

Nah, jika pemimpin tidak amanah, jika pegawai kerajaan tidak amanah, jika kontraktor tidak amanah, jika JKKK tidak amanah, jika DO tidak amanah, jika ADO tidak amanah, jika pegawai kewangan tidak amanah, jika pegawai tadbir tidak amanah, jika kerani tidak amanah, jika peon tidak amanah, jika peniaga tidak amanah, jika nelayan tidak amanah, jika petani tidak amanah, jika ibubapa tidak amanah, jika guru tidak amanah, jika imam tidak amanah, jika tukang sapu tidak amanah…………….

Siapalah harapan kita rakyat Malaysia, sudah tentu pemimpin yang amanah, pemimpin yang baik, pemimpin yang tak tipu, pemimpin yang taqwa, pemimpin yang mulia, pemimpin yang berilmu, pemimpin yang takutkan Allah Ta’ala.

Awas Pengkhianat berwatak baik Yang lain, jika yang khianat, kaki rasuah, kaki projek, kaki macam jenis kaki…………..alamatnya ……………..anda macam tidak percaya boleh seorang PM terlibat dengan penipuan dan pengkhianatan menjual IC kepada warga PTI semata-mata hendak menang pilihanraya, teruk maha dahsyat system Negara kita telah diperkosa oleh pemimpin pengkhianat umn/BN yang dirajai oleh Mahathir.

Allah Ta’ala tunjuk satu demi satu kejahatan dan pengkhianatan Mahathir selama jadi ketua eksikutif Negara selaku perdana menteri.

Apa akan terjadi seterusnya jika golongan dan kroni Mahathir terus diberi kuasa dalam pilihanraya PRU 13, hancur………….hancur………….hancur………..rosaklah segala-galanya…rakyat boleh fikir….

Ini akibat semua orang gila projek, semua orang mau projek, semua orang mau dapat habuan, semua orang mau duiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiit…………….

Masyarakat kita benar-benar gila projek, sakit……………sakit hati, sakit jiwa, sakit macam-macam sakit…

Rakyat mesti malah wajib berani berubah PRU 13 adalah penentu kuasa RAKYAT…ingat 20 tahun kita ditipu oleh Mahathir melalui pilihanraya mereka menang dengan tipu SPR menjadi kuda dalam kerja jahat itu.

Insya Allah, jika SPR tak jadi kuda umno/BN, kali ini selepas PRU 13 rakyat akan meraikan KEMENANGAN PALING BERSEJARAH RAKYAT MALAYSIA melalui kemenangan Pakatan Rakyat.

Jika Pakatan Rakyat MENANG! INSYA ALLAH BOLEH MENANG. Rakyat dan penyokong Pakatan Rakyat mesti bersama gembelingkan tenaga, kemahiran, kepakaran, kebolehan, wang ringgit, masa dan apa jua YANG ADA PADA RAKYAT sumbanglah demi untuk menangkan PEMIMPIN-PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT YANG TERBAIK KALI INI. Inilah saat dan masa paling ditunggu-tunggu oleh seluruh rakyat Negara ini KEMENANGAN PAKATAN RAKYAT.

Pemimpin Harapan Rakyat

Rakyat mendoakan, penuh harap dan mendambakan wajah-wajah pemimpin yang ikhlas, jujur, amanah dan berwibawa seperti YAB Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Nik Aziz, YAB Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, YAB Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Razak, YAB Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, YB DS Anwar Ibrahim, YB Tok Guru Haji Hadi, YB Lim Kit Siang, YB Salahudin, YB Mahfuz, YB Anthony Loke, YB Sivakumar, YB Husam Musa, YB Takiyuddin, YB Khalid Samad, YB Azmin Ali, YB Dr. Dzulkifley, YB Dr Mariah dan semua YB Pakatan Rakyat………….penulis sekadar menyebut beberapa pemimpin Pakatan Rakyat, pada hakikatnya semua pimpinan Pakatan Rakyat sama ada yang sudah bergelar YB atau belum, memang hebat-hebat belaka, mereka adalah pejuang rakyat.

Mereka bukan pejuang projek untuk kayakan diri, anak bini, kroni dan kawan-kawan.

Akhirnya, rakyat benar-benar menaruh harapan serta berdoa agar selepas PRU 13 nanti kerajaan baru dibentuk oleh para pemimpin Pakatan Rakyat.

Bekerja kuat, usaha sungguh-sungguh, gandakan kerja, banyak-banyak berdoa…..insya Allah Pakatan Rakyat akan Berjaya memimpin Negara.

Oleh
Pemerhati Projek

Tiada ulasan: