KUALA LUMPUR 19 MAC: Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Wilfred Bumburing mempersoal identiti seorang ‘personaliti kerajaan Malaysia’ yang mahu ditemui Ketua Penceroboh Sulu, Agbimuddin Kiram.
Ia berikutan portal berita Filipina bertajuk ‘Kumpulan Sulu ditangkap di Sabah’ memetik kenyataan Agbimuddin yang menyatakan kesediaan untuk bertemu ‘personaliti’ dari Malaysia.
Berita itu dimuat dalam portal berita, globalnation.inquirer.net bertarikh 15 Februari lalu.
“Kumpulan bersenjata mahu jumpa seorang ‘personaliti’ tapi hingga kini identiti itu tak didedah. Siapa? Datuk Seri Musa Aman? Datuk Seri Hishamuddin Hussein atau Datuk Seri Najib Razak?
“Kenapa penceroboh mahu bertemu personaliti itu? Ini menjadi tanda tanya kepada rakyat Sabah. Ini meninggalkan kekeliruan besar,” katanya kepadaKeadilanDaily.
Sedangkan, pimpinan tertinggi Umno BN pada hari sama berada di Sabah termasuk Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sabah untuk program BN di Tuaran, Papar, Beaufort dan Kota Kinabalu.
Apatah lagi, berita yang memetik kenyataan Ismail Omar dan lawatan Perdana Menteri ke Sabah, kedua-duanya dilapor agensi berita rasmi kerajaan, Bernama pada 14 Februari lalu.
Laporan portal Filipina itu juga menyatakan Agbimuddin dan pasukannya dikepung pasukan keselamatan Malaysia.
“Mereka bercakap dengan kami dan merujuk saya sebagai ‘Baginda’ dan Duli Yang Maha Mulia’ (Your Excellency & Your Royal Highnesss)),’ kata Agbimuddin dipetik portal berkenaan.
Mengulas lanjut, Wilfred berkata, kegagalan tindakan agresif terhadap penceroboh Sulu selama beberapa minggu menguatkan andaian pelbagai pihak berkaitan pertemuan dengan ‘personaliti’ itu.
Oleh: Sidiqin Omar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan