SPECIAL ADS

29 Mac 2013

Negara Menjadi Rosak Kerana Pemimpin Sibuk Dengan Agenda Lucahnya

Ketua Blogger Lucah Negara adalah gelaran kepada PAPAGOMO a.k.a WAN MUHAMAD AZRI BIN WAN DERIS.  Jelas dan terserlah, blogger lucah/porno ini rupanya dibawah NAUNGAN para pemimpin Negara. difahamkan PAPAGOMO ini mendapat bayaran upahan lumayan dari pemimpin-pemimpin Negara. 

Sila lihat dibawah,  pemimpin-pemimpin yang kita sanjungi selama ini bersekongkol dengan blogger lucah/porno yang popular dengan nama PAPAGOMO. Jelas keakraban mereka-mereka ini ada 'Udang Disebalik Batu' untuk mencantas dan memerangi musuh-musuh mereka.

Sebagai rakyat Malaysia dan menganuti agama Islam, adalah teramat MALU melihat sikap dan perangai pemimpin-pemimpin kita yang beragama Islam. Apatah lagi Negara kita ISLAM sebagai agama rasminya. Ini bermakna pemimpin kita tidak mengamalkan 'Kepimpinan Melalui Tauladan'  dimana slogan yang pernah diamalkan oleh Negara kita di zaman Tun Mahathir.

Papagomo bersama Najib, Razak PM

VLUU L100, M100  / Samsung L100, M100
Papagomo bersama Muhyidin Yasin TPM

PapaGomo Bersama Menteri 'Telinga' Besar' MB Pahang
Papagomo Bersama Khairy, Ketua Pemuda Umno
Papagomo Bersama Shafie Tak Afdal, Menteri Luar Bandar
Papagomo Bersama Hishamudin, Menteri Dalam Negeri
Papagomo Bersama Nazri, Menteri Undang-Undang
 
Bersama Ketua Polis Negara


Bersama Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan


Bersama Peguam Negara, Ghani Patail


Papagomo dengan siapa ni? Macam kenal je....
Percaya atau tidak, Papagomo ini begitu kebal. Mana tidaknya, papagomo tidak pernah di soal siasat atau dipanggil beri kenyataan walaupun melakukan kesalahan dibawah Undang-Undang Malaysia.
Berdasarkan Undang-Undang, sesiapa yang menyimpan, memiliki, memuat-turun, mengedar dan menayangkan bahan lucah adalah salah di sisi undang undang Malaysia selaras dengan Seksyen 922 Kanun Keseksaan (menyimpan video lucah), Seksyen 5 (1) ( a ) Akta Penapisan Filem 2002 (memiliki video lucah), Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan (mengedar bahan lucah), Seksyen 6 (1) (a) Akta Penapisan Filem 2002 (menyiarkan video lucah), Akta Multimedia 1998 Seksyen 231. 
Terang-terangan PAPAGOMO telah menyebar video lucah. Dimana blogger no. 1 UMNO-APCO itu tersangat kebal untuk menjalankan kerja-kerja jahat umnoapco. Jika orang lain yang  memuat naik video lucah/porno  ke laman web mereka sudah pasti SKMM akan menyekat laman web itu dari capaian umum, tetapi kerana PAPAGOMO pencacai upahan umnoapco ini maka tiada sebarang tindakan dikenakan. Ibarat Malaysia sudah tiada ada Undang-Undang lagi.
KESAN dari aktiviti menyebarkan cerita-cerita maksiat, mengalakkan budaya fitnah menfitnah, menuduh perlakuan seks dan zina dan sekaligus mengajak secara sembrono terhadap  para remaja / belia khususnya generasi muda, akan wujud pengamalan budaya hedonisme, lucah dan tidak bermoral

Bila pemimpin-pemimpin Negara menunjukkan tauladan yang buruk dan perangai tidak senonoh, ini bermakna Negara kita akan terjerumus kepada lembah hina dan rosaklah Negara!!!

Sumber:  Era Pasca & Dll

Tiada ulasan: