PUTRAJAYA 1 MAC: NGO Pertubuhan Prihatin Bekas Anggota Keselamatan Malaysia (Pahlawan) mendedahkan, Kementerian Pertahanan (Kementah) menipu berhubung janji pemberian tanah kepada pesara tentera.
Pengerusinya, Asri Buang berkata, Kementah berjanji menganugerahkan 20 ekar tanah pertanian dan dua lot tapak rumah kepada pesara tentera.
“Janji itu semuanya termaktub dalam Perintah Majlis Angkatan Tentera 1973. Perintah ini juga tiada had dan kekal kerana ditandatangani Yang Dipertuan Agong,” katanya.
Ekoran itu, Pahlawan bakal saman Kementah dan kerajaan Persekutuan kerana gagal tunai janji dan mengabaikan kebajikan pesara tentera.
“Sekarang Pahlawan akan menguar-uarkan perkara ini untuk menarik lebih banyak penyertaan ahli Pahlawan dan pesara tentera menyokong saman ini,” jelas Asri ketika ditemui di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini, hari ini.
“Tempoh tentera berkhidmat lama dan kami bersusah payah meninggalkan anak isteri. Malangnya, selepas bersara, kehidupan kami tidak selesa kerana kerajaan gagal menunaikan janji,” katanya.
“Kami berhak menyaman kerajaan ekoran jasa kami kepada negara,” sambung Asri menyatakan saman itu akan dibuat dalam bulan ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan