Rancangan ahli perniagaan Syed Mokhtar Albukhary untuk mengambil alih Penang Port Sdn Bhd hampir dimuktamadkan dan rundingan dengan Permodalan Nasional Bhd (PNB) bagi membeli blok kawalan dalam NCB Holdings Bhd, yang menguasai sepenuhnya Northport di Klang masih berjalan, kata sumber industri.
"Dengan Pelabuhan Pulau Pinang, tinggal satu atau dua lagi syarat untuk dirunding... dengan NCB masih berjalan di peringkat pemegang saham," sumber yang dekat kepada taikun perniagaan itu memberitahuKiniBiz.
Pengambilan Pelabuhan Pulau Pinang kemungkinan besar diumumkan selepas pilihan raya umum manakala agak sukar untuk NCB kerana ia syarikat yang disenaraikan di bursa Malaysia.
Pegawai NCB ketika dihubungi enggan mengulas berhubung kemasukan Syed Mokhtar kerana tidak tahu apa yang sedang berlaku. Ini kemungkinan disebabkan perbincangan berlaku di peringkat pemegang saham.
Kira-kira sebulan lalu, pembantu Syed Mokhtar menafikan mempunyai sebarang minat terhadap NCB.
"Ia di peringkat yang sangat, sangat tinggi," jelas sumber.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan