SPECIAL ADS

22 April 2013

Muhyiddin :Menghina Calon BN Sendiri?


Tindakan dan kenyataan kebudak-budakan timbalan presiden Umno, Muhyiddin Yassin yang mempersoalkan kemampuan Naib Presiden PAS, Husam Musa bertanding di dua kerusi sebenarnya menghina kem sendiri.
Adakah dia terlupa bahawa pengerusi perhubungan Umno Kelantan, Mustapa Mohamed juga bertanding di dua kerusi, satu di parlimen Jeli dan satu lagi di DUN Air Lanas dalam parlimen sama?

Dengan harapan salah satu kerusi dimenangi, Mustapa dipercayai bernafsu besar untuk menggantikan bekas Menteri Besar, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sekiranya berpeluang merampas Kelantan.

Tetapi agensi berita rejim pencacai nombor satu, TV3 sebentar tadi 'mengolah' kenyataan Muhyiddin yang mengutuk Husam bertanding dua kerusi di dua negeri berlainan pula.

Ia seolah-olah mengetahui kenyataan awal Muhyiddin yang mengatakan Husam bertanding di dua kerusi sebenarnya menempelak Mustapa secara tidak sengaja.

Semalam, Muhyiddin yang timbalan perdana menteri menegur tindakan Husam yang tetap mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Salor, di Kelantan, tetapi pada masa sama bertanding merebut kerusi parlimen Putrajaya.

Menurutnya Husam sebenarnya disisih oleh kepimpinan PAS Kelantan dan diletakkan bertanding di Putrajaya, kawasan yang satu ketika dulu pernah dibayangkan akan dilelong oleh PAS.

“Kita (BN) nak jadi wakil rakyat di sini, nak kerja ... orang Putrajaya ni mesti tentukan dia kalah teruk, kalau boleh hilang wang pertaruhan,” katanya pada ceramah politik di Presint 9 malam tadi.

Pertandingan merebut kerusi Parlimen Putrajaya menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara penyandang, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Adnan Mansor dan Husam.

Muhyiddin serterusnya mengingatkan penduduk Putrajaya yang rata-rata terdiri daripada penjawat awam, mengenai hasrat Pakatan rakyat sebelum ini untuk mengurangkan jumlah kakitangan awam sekiranya mereka berkuasa.

Tohmahan yang dilempar Muhyiddin itu jelas menggambarkan ketakutannya kepada Husam yang semakin mendapat sokongan penjawat awam hingga terpaksa membantu Adnan berceramah di parlimen itu.

22 Apr : Tindakannya dipercayai akibat mengetahui ceramah Husam bersama Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada 19 April lalu di parlimen itu mendapat sambutan melebihi jangkaan, malah ramai kakitangan awam sudah tidak mempedulikan amaran yang dikeluarkan Umno dan BN terhadap mereka.

Ini ditambah lagi dengan kehadiran lebih 7,000 penyokong yang mengarak Husam pada hari penamaan calon Sabtu lalu sedangkan penyokong BN yang mengiringi Adnan hanyalah sekitar 500 orang.

Ketakutan dari sambutan inilah punca mengapa Muhyiddin sanggup keluar dari parlimen Pagoh petang semalam membantu Adnan sedangkan dalam kempen pilihanraya umum sebelumnya, kelibat Muhyiddin jauh sekali Najib langsung tidak kelihatan.

Belum prernah seorang BEKAS timbalan perdana menteri terpaksa turun membantu calon BN terutama Adnan di Putrajaya kerana selama ini Muhyiddin menganggap calon Pakatan Rakyat pasti akan kalah dengan majoriti sekitar 3,000 undi.

Tetapi dengan pertambahan mendadak pengundi baru dan berdaftar kali pertama seramai lebih 9,000 orang, peluang Adnan untuk mempertahankan kerusinya makin sukar dan berliku.

Apakah strategi dan kenyataan Adnan kononnya Husam akan hilang wang deposit boleh diterima akal waras dalam suasana kebangkitan rakyat memuncak di seluruh negara?

Muhyiddin pasti ada jawapan kepada persoalan di atas.

Tiada ulasan: