KUALA LUMPUR 2 APRIL: Tawaran penghapusan 20 peratus cukai eksais motosikal sebagaimana ditawar Pakatan Rakyat jika mentadbir Putrajaya sudah lama dinantikan rakyat.
Tinjauan Keadilan Daily mendapati, warga kota rata-ratanya pengguna motosikal menyambut baik tawaran dan tidak sabar merebut peluang keemasan itu.
Kata mereka, tawaran itu memberi peluang untuk memiliki kenderaan sendiri serta membolehkan lebihan wang disimpan untuk kegunaan masa hadapan.
“Di Malaysia ramai yang pakai motosikal sebab ia kenderaan mampu milik. Tapi masih ramai rakyat berpendapatan rendah berkira-kira mahu membelinya. Dengan penurunan ini, saya yakin ia membantu ringankan beban rakyat,” katanya.
“Bagi wanita muda macam kami, memang lebih selamat kalau guna kenderaan sendiri berbanding kenderaan awam terutama waktu malam.
“Dalam usia begini, nak beli kenderaan memang tak mampu…Kalau boleh dikurangkan harga kenderaan, tawaran itu sangat baik dan menguntungkan,” katanya.
“Kawan saya bayar motosikal ansuran bulanan RM200. Itu tak termasuk faedah pinjaman RM80. Jumlah ini bukan sedikit, tapi terpaksa sebab ia satu keperluan,” kata Jeeva.
“Kalau dibandingkan dengan kereta, motosikal lebih senang dimudah alih kerana saiznya lebih kecil dan kapasiti asap yang terhasil juga lebih minima serta dapat mengelakkan pencemaran udara,” katanya.
“Penurunan harga motosikal sangat berkesan kepada pengguna yang tiada rangkaian kenderaan awam seperti saya,” katanya yang bercadang mahu membeli motosikal dengan tawaran itu.
Berlainan pula bagi Chong Yih Lip, 21, pelajar Universiti Tunku Abdul Rahman (Utar).
“Selepas tengah malam, perkhidmatan kenderaan awam ditamatkan. Harga teksi pula naik sekali ganda untuk caj lebih masa.
“Memang susah untuk pengguna yang tiada pilihan, sebab itu perlunya kenderaan sendiri walaupun hanya motosikal. Kemudahan ini juga memudahkan urusan pelajar,” kata Chong. – NS
Oleh Ruqayya Rahman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan