KUALA LUMPUR 24 Mei : 'Makcik BERSIH' atau nama sebenarnya Annie Ooi mencuri perhatian peserta majlis nyalaan lilin di Lokap Berpusat Kuala Lumpur di Jinjang apabila menggesa mereka agar tidak bertempiaran lari sekiranya dikejar polis yang berkawal.
"Kita bukan perompak atau pembunuh.
"Kalau polis datang dekat kita, kita jalan pergi perlahan-lahan. Jangan lari bertempiaran macam pengecut," katanya disambut sorakan gembira kira-kira 700 peserta majlis itu.
Beliau kemudian mengundang ketawa kecil orang ramai apabila mengeluarkan sebatang berus gigi daripada beg uncangnya sebagai tanda bersedia untuk bermalam di dalam lokap.
"Kita semua perlu bersedia untuk dilokap kalau polis mahu tangkap semua rakyat Malaysia," katanya disambut tepukan dan sorakan orang ramai.
Mereka memasang lilin sebagai tanda sokongan kepada ketiga-tiga orang itu yang ditahan di lokap berpusat itu..
Turut berucap di majlis malam tadi adalah bapa Adam Adli, Abdul Halim Abdul Hamid, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, dan beberapa orang awam yang diberikan peluang berucap.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan