SPECIAL ADS

5 Jun 2013

Air S'gor: Isu perstrukturan semula positif

KUALA LUMPUR 06 Jun : Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memaklumkan perkembangan isu perstrukturan semula air di Selangor mencapai perkembangan positif apabila kerajaan pusat membayangkan bersetuju untuk mengadakan perbincangan semula.

Katanya, Selangor dijangka mengadakan perbincangan dengan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air berhubung penstrukturan semula industri air selewat-lewatnya minggu depan.

“Maklum balas yang kita dapat adalah positif. Mereka (Kementerian) juga ingin mempercepatkan perbincangan bagi menyelesaikan masalah penyusunan semula industri air dan projek Langat 2.

“Saya sudah dimaklumkan, perbincangan itu boleh jadi hujung minggu ini atau minggu depan,” katanya dalam sidang media semalam.

Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sejak penggal lalu mengemukakan hasrat mahu air di negeri itu distruktur semula bagi kemudahan rakyat negeri itu.

Penstrukturan itu dijangka bukan sahaja boleh menyelesaikan masalah gangguan bekalan air di seluruh negeri malah dapat mengurangkan beban pengguna dari terpaksa membayar kadar tarif air yang mahal.

Air Selangor kini dikendalikan oleh empat syarikat konsesi iaitu Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH), Konsortium ABBAS Sdn Bhd (ABBAS) dan Puncak Niaga Sdn Bhd yang masing-masing mengendalikan loji rawatan air mentah manakala Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) bertanggungjawab terhadap pengedaran air terawat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Mengulas lanjut Abdul Khalid berkata, perbincangan itu akan dilakukan di antara beliau atau Pegawai Kanan Negeri, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Khusrin Munawi bersama Ketua Setiausaha kementerian itu.

Tiada ulasan: