12 Jun 2013

Cabar Menteri Wanita, bagaimana kes Altantuya ditangani

PETALING JAYA 13 JUN: Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin mencabar Menteri Pembangunan Wanita, Datuk Rohani Abdul Karim menjelaskan bagaimana kes pembunuhan Altantuya Shaaribuu telah ditangani.
Beliau merujuk jawapan Rohani mengenai memorandum delegasi Mongolia yang menuntut jawapan Kerajaan Malaysia terhadap kes kematian warga mereka yang masih tertangguh lebih tujuh tahun.
Zuraida menyifatkan kenyataan Rohani itu sebagai sombong dan memalukan.
crime-altantuya-shaariibuu“Alasan seperti ‘sudah ditangani’ dan ‘mereka tidak mendekati saya’ adalah alasan yang tidak boleh diterima. Beliau sebagai menteri seharusnya bertemu dengan delegasi berkenaan dan menerima sendiri memorandum itu.
“Tindakannya seperti seorang pengecut. Bagaimana beliau mahu membawa suara wanita di Parlimen?” bidas Zuraida pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini.
Ahli Parlimen Ampang itu turut mencabar Rohani mempersoal Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri di Parlimen berkenaan isu kematian Altantuya memandangkan kes berkenaan berkait rapat dengan kedua-dua pemimpin berkenaan.
Katanya, ini kerana seperti semua orang tahu, pihak yang terlibat termasuk Datuk Seri Najib Razak tidak dikenakan apa-apa tindakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan