5 Jun 2013

Mukhriz kecoh perlantikan Peg. Kewangan


06 Jun : Setelah mendapat persetujuan dari Majlis Pemangku Raja, pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam mengeluarkan surat pelantikan Datuk Md Noor Rafie sebagai Pegawai Kewangan Negeri. Datuk Md Noor sebagai Pengarah Tanah dan Galian dilantik berdasarkan seniority dalam KCS. Kekosongan Pegawai Kewangan berlaku apabila Datuk Puat Ali naik pangkat sebagai SUK.

Pelantikan Md Noor mendapat sokongan padu daripada pihak KCS. Malangnya ia tidak disenangi oleh Datuk Mukhriz yang mungkin mendapat nasihat dari bapanya, Tun Mahathir. Dengan tidak menghormati persetujuan dan keputusan SPA, Majlis Pemangku Raja dan KCS - Mukhriz mengarahkan pelantikan Md Noor ditarik balik! Sedangkan Md Noor telah menjalani raptai angkat sumpah di Istana Anak Bukit.

Like father like son, Mukhriz memilih Datuk Khazali Din a.k.a Tilong iaitu Pengarah UPEN untuk memegang jawatan Pegawai Kewangan tanpa memperdulikan pandangan pihak lain. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan