SPECIAL ADS

17 Jun 2013

Nurul Izzah: Bukan isu besar Anwar ke Indonesia

NURUL IZZAH
PETALING JAYA 17 Jun :  Kunjungan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negara seberang  untuk bertemu Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) dan bekas naib presiden Indonesia Jusuf Kalla (JK) baru-baru ini bukanlah satu isu yang besar.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mendakwa, pertemuan Anwar bersama kedua-dua pemimpin serantau itu tidak menimbulkan sebarang masalah kerana Anwar juga mempunyai hubungan baik dengan negara Asia lain.

"Saya tidak fikir ada masalah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ada juga hubungan baik dengan Indonesia dan mana-mana negara serantau.

"Yang penting, kita menghormati prinsip demokrasi dalam negara dan apa yang perlu Najib lalukan ialah memperbaiki kelemahan terhadap dakwaan berhubung pilihan raya lalu," katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui di pekarangan ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.

Semalam, media Indonesia, VIVAnews melaporkan Anwar membuat pengakuan bertemu kedua-dua pemimpin itu dalam satu sidang media bersama pemberita Indonesia.


Anwar dilaporakan telah bertemu SBY dua hari lalu di Bali manakala JK dalam pertemuan berasingan.

Tiada ulasan: