KUALA LUMPUR, 15 Jun – Pakatan Rakyat (PR) bertegas untuk menggunakan Padang Merbok sebagai lokasi himpunan “Blackout 505”, dimana ahli Parlimen PKR Rafizi Ramli berkata sekiranya mereka menerima tawaran berhimpun di stadium akan memberi “teladan buruk” kata himpunan-himpunan lain di masa depan.
Rafizi berkata orang ramai mahu melaksanakan hak untuk berhimpun secara aman selagi ianya tidak melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012.
“Ia memberikan satu teladan yang sangat buruk,” kata Pengarah Strategi PKR kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan polis di sini hari ini.
Menurut Rafizi, tidak ada perkara baru yang dibangkitkan dalam mesyuarat itu, dengan pihak berkuasa menegaskan pembangkang PR perlu menggunakan stadium dan bukannya ruang terbuka, walaubagaimanapun PR masih mahu menggunakan padang berhampiran mercu tanda Dataran Merdeka di pusat bandar di sini.
“Ia masih buntu. Saya fikir ia adalah status quo,” kata Rafizi.
Dua pemimpin PR, seorang lagi ahli Parlimen PKR, Datuk Johari Abdul, dan DAP Fong Kui Lun, juga menghadiri mesyuarat itu kerana telah dipanggil oleh Datuk Bandar.
Pemimpin-pemimpin PR berkata majlis kepimpinan akan membuat keputusan muktamad mengenai perkara ini.
PR telah mengadakan siri perhimpunan “Black 505” besar-besaran di seluruh negara sejak 5 Mei lalu untuk membantah dakwaan penipuan undi pada pilihan raya umum 2013 yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) mengekalkan kuasa, walaupun kehilangan undi popular.
Baru-baru ini PR menegaskan mereka akan tetap meneruskan perhimpunan di Padang Merbok, Petaling Jaya walaupun pihak polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) cuba melengah-lengahkan himpunan tersebut dengan tidak memberi kebenaran untuk menggunakan Padang Merbok.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar turut mengesahkan telah menerima notis pemberitahuan untuk mengadakan Perhimpunan Black 505 Kuala Lumpur daripada penganjur pada 15 Jun ini, tetapi notis tersebut “tidak lengkap”.
Menurut Khalid, penganjur gagal mendapatkan kebenaran daripada pengurusan Padang Merbok tempat yang dimaksudkan mereka, iaitu DBKL.
“Mereka menghantar notis itu kepada Ketua Polis Daerah Dang Wangi, malangnya notis itu tidak lengkap,” kata Khalid yang dipetik dalam MStar.
“Menurut ketetapan PAA, penganjur yang memberi notis kepada pihak polis juga perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak pengurusan tempat yang mereka mahu mengadakan perhimpunan.”
Selepas berakhir keputusan pilihan raya 5 Mei lalu, pembangkang PR telah mengadakan jelajah himpunan di seluruh negara bagi menyatakan bantahan terhadap keputusan pilihan raya yang didakwa mereka penuh penipuan dan tidak adil, ribuan orang ramai hadir bagi memberikan sokongan dalam setiap perhimpunan yang mereka anjurkan.
Perhimpunan terbaru yang selesai diadakan adalah di Dataran Petaling Jaya pada 25 Mei lalu yang menyaksikan ribuan orang ramai membanjiri padang dengan memakai baju hitam sebagai tanda protes ke atas keputusan pilihan raya lalu.
Perhimpunan membantah keputusan pilihan raya PR dikenali sebagai “Black 505”, ia diwujudkan sebagai gerakan untuk membantah dakwaan penipuan pilihan raya berleluasa pada pilihan raya umum 5 Mei yang menyaksikan gabungan Barisan Nasional (BN) terus mengekalkan kuasa walaupun kehilangan undi popular.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan