SPECIAL ADS

16 Jun 2013

Sambutan hormat Anwar di Jakarta bertemu Presiden SBY

Jakarta VIVAnews 16 Jun :  Pemimpin kumpulan pembangkang Pakatan Rakyat Malaysia, Anwar Ibrahim, menggelar sidang akhbar di hadapan wartawan Indonesia, Minggu 16 Jun 2013. Dalam kesempatan itu, Anwar mengaku sudah bertemu Presiden SBY dan bekas Naib Presiden Jusuf Kalla (JK).
Dengan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono SBY, Anwar bertemu kira-kira dua hari yang lalu di Bali. Selain membicarakan masalah regional Indonesia-Malaysia, Anwar juga membeberkan kecurangan-kecurangan rejim Najib Razak dalam pilihan raya di Malaysia kepada SBY.
“Saya beritahu Presiden bahawa isu kecurangan belum selesai, tidak dibiarkan begitu saja,” kata Anwar.
Anwar menjelaskan SBY berterima kasih kepadanya kerana telah menjelaskan perkembangan pilihan raya di negaranya. Walaupun, lanjutnya, SBY tidak mengambil kedudukan mencampuri terlalu dalam. “Dia beritahu saya, ingin mendapat keterangan terkini pilihan raya dan juga rundingan kami berkaitan kecurangan besar pilihan raya Malaysia,” ujarnya.
Sementara, dalam pertemuan dengan JK, Anwar sempat menceritakan kesulitannya selama ini. Dia mengatakan, sepanjang 5 tahun menjadi Ketua Parlimen, dia tidak diberi ruang satu minit pun untuk bercakap di depan media Malaysia.susilo bambang yudhoyono
“Saya tidak dibenarkan masuk kampus, media rasmi juga tak boleh,” jelasnya.
Namun yang Anwar alami justru sebaliknya. Secara terus menerus, dia selalu diserang dan dikecam melalui media-media di sana, baik dalam perkara kecil ataupun besar.
“Harus diketahui, di Malaysia pilihan raya itu ganas, ada penangkapan, penjara, penghinaan saban hari di TV.  Bagi WNI yang tinggal di Malaysia boleh mengerti, setiap malam kami disebut sebagai antek Amerika, Yahudi, muslim pelampau, pro Hindu-Budha, alat China . Tiap malam diserang oleh media, “ceritanya.
Anwar melanjutkan, JK menawarkan kepadanya menjadi penengah atau mediator untuk rekonsilasi politik di Malaysia. Anwar menghormati ajakan tersebut, namun dia mengaku akan terus melawan ketidakadilan padanya dalam pilihan raya.
“Saya bilang ke JK, saya hormati nasehat beliau, tapi urusan penipuan pilihan raya ini belum selesai. Saya tidak akan mengalah kerana pada pemilihan umum yang menang saya. Saya menang 50 peratus lebih dan Najib kalah. Kenapa Najib yang angkat jabatan? Makanya saya bilang ke JK saya ambil jalan damai tapi tetap kami perkarakan, “terangnya.

Tiada ulasan: