SEREMBAN 15 Jun : Permintaan 30 peratus kenaikan tambang bas oleh Syarikat Pengusaha Bas Ekspres dan Bas Henti-henti adalah sesuatu yang wajar biarpun Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sedang mempertimbangkan permintaan tersebut.
Presiden Persatuan Pengusaha Bas Negeri Sembilan, Hardev Singh Gill berkata, permintaan yang dikemukakan itu dibuat memandangkan pihak mereka kini berhadapan dengan kos operasi yang begitu tinggi ketika ini.
“Dengan kenaikan tambang bas sebanyak 30 peratus tersebut, secara tidak langsung ia dapat membantu dari segi penyerapan kos kenaikan operasi. Kali terakhir tambang bas naik adalah pada tahun 2008,” katanya di sini, semalam.
Beliau berkata, permintaan kenaikan tambang bas itu adalah bagi jangka masa panjang dan bukan bagi musim perayaan sahaja.
“Pada musim perayaan, kita sememangnya mengenakan kenaikan tambahan iaitu surcaj 10 peratus, dan mengekalkan kenaikan tambahan sebanyak 10 peratus itu untuk saban tahun pada musim perayaan.
“Bagaimanapun, permintaan kenaikan 30 peratus itu adalah bagi menampung kos-kos operasi yang tinggi seperti minyak, tayar, tol dan gaji yang minimum dalam jangka masa yang panjang,” katanya.
Mengulas mengenai beban yang bakal ditanggung orang ramai, katanya, jika mahukan perkhidmatan bas terutamanya bas ekspres berada pada tahap lima bintang, orang ramai perlu memahami mengapa harga tambang perlu dinaikkan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan