8 Julai 2013

Jamil Khir: Tiada tekanan supaya tarik RUU

Kuala Lumpur 08 Julai : Tiada tekanan dari anggota kabinet untuk menarik balik Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2013, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri amil Khir Baharom.

Jamil memberitahu pemberita hari ini, penarikan balik Rang Undang-undang, yang digelar "rang undang-undang pertukaran agama sebelah pihak" itu dicapai melalui muafakat semua.

"Tidak, tidak ada tekanan," katanya.

Di Parlimen hari ini, Jamil, menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama, menarik balik rang undang-undang itu dan Rang Undang-undang Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-wilayah Pesekutuan) (Pindaan) 2013 serta Rang Undang-undang Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2013.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan