13 Julai 2013

Kerajaan perlu tegas panggil Marino - Zul Noordin

Kerajaan perlu tegas panggil Marino - Zul Noordin
KUALA LUMPUR 13 Julai :  Kerajaan digesa mengambil tindakan tegas dengan memanggil Duta Vatican City ke Malaysia, Bishop Joseph Marino untuk `disoal siasat’ berhubung kenyataannya menyokong penggunaan kalimah Allah bagi penganut Kristian di negara ini.
Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Malaysia (Perkasa), Datuk Zulkifli Noordin berkata, Marino juga mungkin lupa mengenai undang-undang antarabangsa khususnya Konvensyen Vienna yang menegaskan wakil-wakil asing supaya bertanggungjawab untuk tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman sesebuah negara.
``Itu adalah standard yang diamalkan oleh mana-mana negara,’’ katanya di sini hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan