SPECIAL ADS

10 Julai 2013

PR tunda kemuka usul keluar ucapan Agong

Nurul Izzah Anwar
KUALA LUMPUR 10 Julai :  PR yang sepatutnya mengemukakan usul pindaan kepada Speaker Dewan Rakyat berhubung nota Menjunjung Kasih Titah Ucapan Tuanku hari ini, ditunda ke esok. 

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mengesahkan perkara itu sebentar tadi. 

"Ini pendekatan dan pendirian PR," katanya ketika ditemui Sinar Harian Online di lobi Parlimen hari ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam berkata, PR sepakat untuk mengemukakan usul berkenaan berdasarkan kedua-dua parti BN dan PR telah mengemukakan petisyen bantahan keputusan PRU13. 

Katanya, jika titah Yang di-Pertuan Agong disokong, bermakna petisyen akan jadi tidak sah. 

Tiada ulasan: