8 Julai 2013

Tinjauan: Rakyat M'sia setuju bukan 'tsunami Cina'

Kuala Lumpur 08 Julai  : Rakyat Malaysia pelbagai kaum bersetuju bahawa keputusan pilihan raya umum ke-13 lalu sebagai "tsunami rakyat Malaysia" dan bukan "tsunami Cina", menurut sebuah kajian.

Dapatannya menunjukkan, 65.8 peratus orang Melayu, 87.6 peratus India, 68.1 peratus Bumiputera Islam, 79.7 peratus Bumiputera bukan Islam cenderung menggelar keputusan pilihan raya lalu sebagai "tsunami rakyat Malaysia".

"Kebanyakan penduduk percaya ia 'tsunami rakyat Malaysia' dan mungkin pihak yang berfikir ia 'tsunami Cina; itu sebenarnya orang Umno yang tidak menang," kata Pengarah Centre for Strategic Engagement Rita Sim.

Beliau membentangkan dapatan tinjauan yang dijalankan badan pemikir itu antara 10 hingga 13 Mei, yang dijalankan melalui wawancara bersemuka dan telefon melibatkan 1,300 responden di seluruh negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan