SPECIAL ADS

5 Ogos 2013

Mazlan serah 'surat misteri' pada SPRM

05 Ogos : Bekas calon BN Permatang Pauh Dr Mazlan Ismail semalam menyerahkan semua "surat misteri" Bankleaks Anwar/Karpal yang diterimanya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

NONEMazlan berkata beliau berbuat demikian bagi membolehkan SPRM menyiasat secara menyeluruh kandungan surat yang didakwa mengandungi 'urus niaga' oleh pemimpin berkenaan, laporUtusan Malaysia.

"Seperti dimaklumkan sebelum ini saya tidak sama sekali mahu dilibatkan dengan kandungan surat itu, namun sebagai rakyat saya mahu pihak berkuasa menyiasat demi kepentingan umum," katanya seperti dilapor akhbar itu.

Semalam Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan polis terhadap dakwaan Mazlan yang memetik dakwaan "surat misteri" bahawa beliau merasuah hakim dan timbalan pendakwaraya.

Turut membuat laporan, Pengerusi DAP Karpal Singh - yang turut dituduh menerima bayaran guaman RM50 juta daripada Anwar, seperti didedahkan calon BN itu. 

Dakwaan itu disiarkan oleh TV3 pada 2 Ogos serta akhbar Utusan Malaysia dan New Straits Times pada keesokan harinya dan kedua-dua pemimpin itu mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Mazlan dan media arus perdana itu.

Tiada ulasan: