SPECIAL ADS

26 November 2013

Dua kem tentera tergadai kerana kecuaian kerajaan

logocomfirmkecil
26 Nov : Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar hari ini mendakwa kegagalan urus tadbir kerajaan telah menyebabkan dua kem tentera di Johor telah tergadai.
Mahfuz merujuk Kem Majidee dan Kem Tebrau yang sepatutnya dibangunkan bersama oleh Kuasar Corporation Sdn Bhd (KCSB) dengan Koperasi Angkatan Tenterta Malaysia Bhd.
Menurut Mahfuz, sebuah perjanjian ditandatangi pada 10 Julai 1997 untuk membangunkan Kompleks 7 Briged di atas tanah milik Kerajaan Persekutuan melibatkan kos sebanyak RM256 juta.
"Sebagai pelaksanaan Kementerian Pertahanan akan menyerahkan kepada KCSB hak milik tanah kerajaan yang menempatkan Kem Majidee dan Kem Tebrau," katanya.
Mahfuz mengingatkan bahawa Laporan Audit Negara 2012 telah menyatakan kerajaan menanggung kerugian disebabkan pindah milik dua kem tentera itu kepada kontraktor.
Disebabkan kegagalan kontraktor menyiapkan bangunan tersebut, akhirnya tanah tersebut telah digadaikan oleh KCSB kepada Malaysian Building Society Berhad bagi mendapat pinjaman, tambah Mahfuz ketika bercakap kepada wartawan di lobi Parlimen hari ini.
Mahfuz berkata projek tersebut terbelengkalai disebabkan masalah kewangan KCSB, dan sehingga kini kontraktor tersebut gagal mendapat pinjaman lain bagi membiayainya.
"Tanah dua kem Majidee dan Terbau telah dicagarkan gara-gara mendapat pinjaman berjumlah RM465 juta dari MBSB yang tidak lagi menjadi rakan kongsi projek," kata Mahfuz.
Menurutnya, sehingga bulan April 2010, tiada tindakan untuk menamatkan kontrak secara rasmi biarpun kemajuan kerja pembinaan tertangguh.
"Kegagalan itu menyebabkan bon pelaksanaan bernilai RM12.80 juta telah tamat tempoh sah lakunya.
"Ini perkara serius yang melibatkan kem pertahanan negara, yang tergadai ini bukan rumah tunggu durian ke atau apa kerana bila-bila masa anggota tentera boleh diusir keluar dari markas tersebut," katanya.

Tiada ulasan: