Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) memuji pengendalian aman bagi himpunan membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di sekitar jalan Dataran Merdeka, semalam.
Dalam kenyataan media, Pengerusinya, Tan Sri Hasmy Agam berkata, SUHAKAM melihat perkara terbabit sebagai satu hasil positif daripada kerjasama baik di kalangan penganjur perhimpunan.
Katanya, SUHAKAM turut berbesar hati apabila Unit Simpanan Persekutuan (FRU) tidak digunakan ketika perhimpunan terbabit dan jalan utama serta stesen pengangkutan awam juga tidak ditutup.
“SUHAKAM juga berbesar hati dengan pembaharuan positif dalam profesionalisme polis dan pihak berkuasa lain dalam mengendalikan perhimpunan awam seperti yang ditunjukkan menerusi KL112 dan perhimpunan anti kenaikan harga serta perhimpunan semalam,” katanya.
Beliau turut memuji polis dan penganjur atas hubungan kerjasama positif mereka menerusi satu siri dialog yang diadakan sebelum perhimpunan.
“Kami mengalu-alukan kerjasama berterusan, persefahaman dan rasa hormat dalam perhimpunan aman pada masa depan ke arah memastikan hak asasi rakyat untuk kebebasan berhimpun dapat dipelihara sepenuhnyasetiap masa,” katanya.
-NFN-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan