2 Ogos 2014

TERKINI : RUSIA DAKWA PUNCA #MH17 DITEMBAK BERPUNCA DARI JET PEJUANG UKRAINE #Justice4MH17

Russia semalam menyatakan rekod penerbangannya menunjukkan sebuah pesawat pejuang Ukraine terbang hampir dengan pesawat MH17 sejurus sebelum ia terhempas dan Kiev pada masa itu mengaktifkan stesen radar untuk sistem peluru berpandu.

Moscow juga menafikan ia membekalkan pemisah Ukraine sistem peluru berpandu atau senjata lain, ketika ia berusaha menangkis dakwaan masyarakat antarabangsa bahawa ia bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Malaysia dengan 298 penumpang dan anak kapal itu. 

Berbekalkan beberapa carta dan imej, dua pegawai tinggi tentera Russia membentangkan kes terhadap Ukraine pada satu taklimat khas di sini. 

Lef Jen Andrei Kartopolov berkata, pesawat Malaysia itu tersasar ke utara dari laluan asal manakala pesawat pejuang SU-25 Ukraine yang biasanya dilengkapi peluru berpandu udara ke udara, dirakam berada hampir dengan pesawat Boeing 777 itu.

Beliau mendakwa, pesawat Malaysia itu ‘tersasar dari laluannya ke utara. Jarak tersasar maksimum ialah 14 kilometer.

Jarak jet, MH17 tiga hingga lima kilometer

“Peningkatan ketinggian direkodkan bagi pesawat tentera Ukraine. Jaraknya dari Boeing Malaysia ialah tiga hingga lima kilometer. 

“Apakah matlamat sebuah pesawat tentera terbang di laluan pesawat awam hampir pada masa sama dan pada ketinggian sama? Kami ingin mendapatkan jawapan kepada persoalan ini,” katanya.

Kartopolov juga berkata, Kementerian Pertahanan Russia mengesan kegiatan luar biasa stesen radar yang digunakan untuk mengendalikan sistem peluru berpandu pada hari tragedi itu. 

“Dari 17 Julai (Khamis) tahap operasi stesen radar Ukraine meningkat kepada maksimum,” katanya.

Kartopolov berkata, tujuh stesen radar beroperasi hampir dengan kawasan tragedi pada Selasa, lapan pada Rabu dan sembilan pada hari nahas iaitu Khamis.

Sambil merujuk data, beliau berkata, selepas nahas itu hanya empat stesen radar beroperasi pada Jumaat dan hanya dua pada Sabtu.


Kartopolov juga menegaskan Russia tidak membekalkan puak pemisah Ukraine dengan sistem peluru berpandu Buk atau senjata lain. AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan