13 Mei 2015

Skandal 1MDB 2015 RM42 Bilion : Cagar Hasil Minyak dan Gas Terengganu Untuk 1MDB Buat Hutang?



Skandal 1MDB RM42 Bilion : Cagar Hasil Minyak dan Gas Terengganu Untuk 1MDB Buat Hutang? Najib Razak Sila Jawab! : Nampaknya sekarang ini acapkali rakyat Malaysia disajikan dengan kejutan terutamanya melibatkan skandal 1MDB, skandal terbesar dalam sejarah negara melihatkan tanggungan hutang sejumlah RM42 bilion.

Langsung dari utara (negeri Terengganu), bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad said tampil di dewan undangan negari Terengganu membongkar apa sebenarnya yang berlaku di awal penubuhan 1MDB sebelum ini :


Kronologi Skandal 1MDB : Hampir Cagar Hasil Minyak dan Gas Terengganu?

  • 1MDb asalnya adalah Terengganu Investment Authority (TIA)
  • Permulaan modal berbayar TIA kerajaan Terengganu yang sediakan sejumlah RM1 juta
  • Kemudian ditubuhkan 1MDB selepas Terengganu menarik diri
  • 1MDB pernah mahu cagar hasil minyak dan gas Terengganu. Sampai begitu sekali? Dahsyat!!!
  • Walaubagaimanapun kerajaan Terengganu bertindak membatalkan urusan tersebut
  • Perdana Menteri Najib Razak marah dengan tindakan Ahmad said
  • Natijahnya, di situlah bibit-bibit awal Ahmad Said diberikan masa dan ditunjukkan jalan keluar (letak jawatan)
  • Dan, hari ini Ahmad Said bersedia tampil membongkar lebih banyak isu berkaitan skandal 1MDB Malaysia selepas ini
Pada pengamatan Berita Semasa 1MDB ini menggunakan konsep “leveraging” iaitu dengan meminjam dan hasil pinjaman dibuat pelaburan (konsep “used other people’s money; Robert Kiosaki, “millionaires Next Door).
  • “End game”, model perniagaan ini sepatutnya memberi pulangan segera kepada “Sang Penciptanya” dalam bentuk komisen (_________ & _____________), kerajaan
  • Malaysia mendapat “easy capital” untuk pembangunan hartanah dan infrastruktur serta berjaya menjadikan Malaysia pusat pasaran Modal dan kewangan dunia sekaligus mengatasi Singapura mahupun London.
  • Tetapi sayang, cerita Mat Jenin sudah lama berlalu dan kita sudah dengar sebelum ini dan juga permainan Skim Pak Man telo, ada ahlinya panjat pokok kutip daun katanya itu duit.
Samalah juga dengan 1MDB nanti. Tetapi mangsanya disini adalah rakyat marhaen di Malaysia kelak.
Berdasarkan semakan Berita Semasa, lebih daripada 90% pinjaman 1MDB dibuat menerusi pinjaman daripada “Institusi pembankan Malaysia and GLC”. Sepertimana yang kita ketahui kesemua bank-bank dalam Malaysia terlibat memberi pinjaman kepada 1MDB kecuali CIMB Bank. Manakala penjualan sukuk (bond) pula dilanggani oleh kesemua badan-badan kerajaan yang bergiat dalam pelaburan. Mereka diperdaya 1MDB kerana ia adalah sebuah anak syarikat kerajaan dibawah Kementerian Kewangan.
Persoalannya sekarang, kemanakah wang berjumlah RM27 billion (unaccounted for) pergi, selepas mengambil kira pembelian-pembelian janakuasa-janakuasa IPP dan tanah-tanah TRX & Sungai Besi. Nah…persoalan ini jugalah yang telah dibangkit Tun Mahathir sebelum ini.
P/S : Berita Semasa difahamkan proses merge antara CIMB dan RHB tidak direalisasikan, salah satu sebabnya adalah apabila RHB ada memberikan hutang kepada 1MDB. Nazir Razak tahu hutang tersebut yang dibuat 1MDB memang akan sukar diambil semula.
PP/S : Mat Said sudah pun bongkarkan sebuah syarikat seringgit dua, bercita-cita besar mahu buat projek berjuta-juta. Hebat….
PPP/S : Booommmm!!! Terkini….nah, sekarang Deusche Bank sudah suruh 1MDB bayar hutang US$975 juta mereka. Mahu cari mana lagi 1MDB untuk langsaikan hutang ini? Siapa “kambing hitam” seterusnya? Butirannya ada di bawah ini melalui laporan berita Business Times, Bloomberg….
PPP/S : Janganlah sesekali menggunakan kedudukan dan tanggungjawab yang telah diamanahkan sehingga membuat sebarang keputusan membelakangkan kabinet dan parlimen Malaysia. Bertanggungjawablah dengan “hanky panky” yang keputusan anda dalam segala urusan berkaitan skandal 1MDB ini.
PPPP/S : Dengan segala skandal !MDB, Tabung Haji, Debt/GDP 62% tetapi perkapita masih rendah, penarikan subsidi, PATI yang tidak terkawal dan lain-lain perkara yang mengurangkan kesejahteraan rakyat. Ini menunjukkan pentadbiran yang lemah di bawah Najib Razak. Najib Razak cukup lemah dalam leadership, malah kabinet pun “wrong person at the right place”. Contohnya…..?
PPPPP/S : Ini bukan sekadar soal untung rugi 1MDB RM42 bilion atau hutang negara lebih RM800 bilion. Ini soal kepercayaan pelabur, pemimpin luar melihatkan kepincangan dalam Malaysia seperti mana dikatakan Tun Daim melalui laporan berita seperti di bawah ini :

Laporan Berita Perniagaan Luar Negara Mengenai Skndal 1MDB 2015









beritasemasa.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan