KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar melabelkan Umno 'pondan' jka parti itu takut untuk membawa usul persendirian Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 atau Hudud pada sesi parlimen nanti.
Beliau menjelaskan, jika usul persendirian itu dibawa oleh Umno terutamanya Perdana Menteri atau menteri Kanan usul itu akan menjadi usul rasmi kerajaan dan perkara itu sukar ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat dan mudah untuk diluluskan.
"Kita tahu Umno tidak serius dalam pelaksanaan Hudud di Kelantan, jika mereka serius kita (PAS) menggesa parti itu membawa usul tersebut dan bukannya PAS.
"Saya pasti kita Umno sendiri yang bawa sudah pasti ia mendapat sokongan dari pemimpin Islam di dalam Barisan Nasional dan mendapat kelulusan," jelasnya pada sidang media di Pejabat Agung PAS pagi ini.
Menurut beliau lagi, Umno yang memimpin Kerajaan Pusat mempunyai kuasa untuk meluluskan usul jika ia dibawa oleh mereka sendiri.
"Saya harap Perdana Menteri akan menggunakan peranan beliau dalam membawa usul ini, jika mereka benar-benar serius.
"Kalau itu hanya permainan politik mereka, pasti Umno tidak sanggup membawa usul tersebut dan terus menyerahkannya kepada PAS," sambung beliau.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai usul tersebut jika ia dibawa pada sesi parlimen akan datang.
"Kita akan bawa dan setiap pemimpin berhak untuk membahas sama ada menyokong atau menolaknya.
"Kita akur setiap keputusan kerana ia telah melalui proses demokrasi dan penolakkan tersebut dilakukan di parlimen.
"Kita bukannya memaksa semua pihak untuk menyokong apa yang kita bawa, apa yang pasti ia telah melalui satu proses demokrasi," sambung beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Pokok Sena.
Dalam pada itu, Mahfuz turut meminta agar kerajaan memberi ruang kepada PAS untuk memberi penjelasan tentang hudud di media elektronik dan media cetak milik mereka agar kekeliruan kepada masyarakat bukan Islam dapat dikurangkan. HD
2 Mei 2014
Ahli Arkeologi Marin Britain : Dakwa temui serpihan Pesawat MAS yang hilang
Seorang ahli arkeologi marin Britain mendakwa menemui serpihan sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang di sebuah lokasi sejauh 4,800 kilometer dari zon pencarian masa kini di selatan Lautan Hindi, lapor akhbar MailOnline.
Ahli arkeologi marin berkenaan, Tim Akers, 56, telah mengkaji perairan Australia di luar pantai bandar raya ini selama bertahun-tahun untuk mencari bangkai sebuah kapal perang negara itu, HMAS Sydney yang hilang semasa Perang Dunia Kedua.
Pencarian lokasi kapal HMAS Sydney karam itu dilakukan di perairan sama pesawat Boeing 777-200ER milik MAS itu dipercayai hilang di selatan Lautan Hindi, luar pantai Australia Barat.
Sebelum ini, operasi besar-besaran melibatkan sejumlah satelit, pesawat dan peralatan bawah laut canggih yang berupaya meninjau dasar laut dalam gagal mengesan sebarang serpihan MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu.
(Baca: Misteri Simbol MH370 Dalam Filem-filem Hollywood)
Namun, Akers yang berasal dari Yorkshire Utara percaya, dia telah menemui lokasi di mana pesawat yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu terhempas selepas ia hilang semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing.
Dia mendakwa mengenal pasti ekor pesawat hilang di perairan di luar Vietnam di sebuah lokasi yang terletak hanya sekitar 1,600 kilometer dari tempat pesawat itu berlepas.
Penemuannya menyokong beberapa laporan pada minggu ini termasuk daripada seorang bekas juruterbang Amerika Syarikat, Michael Hoebel yang percaya dia telah menemui bangkai pesawat Boeing 777-200 itu di perairan Thailand.
Akers memberitahu bahawa dia kini mengenal pasti beberapa bahagian pesawat di sebuah lokasi berdekatan dengan laporan yang diterima oleh pihak berkuasa Vietnam bahawa beberapa pekerja cari gali minyak melihat sebuah pesawat terbakar jatuh dari udara.
Imej itu ditemui berdasarkan imbasan gambar dari satelit yang menunjukkan serpihan seperti ekor dan sayap pesawat. –Agensi
SP
Ahli arkeologi marin berkenaan, Tim Akers, 56, telah mengkaji perairan Australia di luar pantai bandar raya ini selama bertahun-tahun untuk mencari bangkai sebuah kapal perang negara itu, HMAS Sydney yang hilang semasa Perang Dunia Kedua.
Pencarian lokasi kapal HMAS Sydney karam itu dilakukan di perairan sama pesawat Boeing 777-200ER milik MAS itu dipercayai hilang di selatan Lautan Hindi, luar pantai Australia Barat.
Sebelum ini, operasi besar-besaran melibatkan sejumlah satelit, pesawat dan peralatan bawah laut canggih yang berupaya meninjau dasar laut dalam gagal mengesan sebarang serpihan MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu.
(Baca: Misteri Simbol MH370 Dalam Filem-filem Hollywood)
Namun, Akers yang berasal dari Yorkshire Utara percaya, dia telah menemui lokasi di mana pesawat yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu terhempas selepas ia hilang semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing.
Dia mendakwa mengenal pasti ekor pesawat hilang di perairan di luar Vietnam di sebuah lokasi yang terletak hanya sekitar 1,600 kilometer dari tempat pesawat itu berlepas.
Penemuannya menyokong beberapa laporan pada minggu ini termasuk daripada seorang bekas juruterbang Amerika Syarikat, Michael Hoebel yang percaya dia telah menemui bangkai pesawat Boeing 777-200 itu di perairan Thailand.
Akers memberitahu bahawa dia kini mengenal pasti beberapa bahagian pesawat di sebuah lokasi berdekatan dengan laporan yang diterima oleh pihak berkuasa Vietnam bahawa beberapa pekerja cari gali minyak melihat sebuah pesawat terbakar jatuh dari udara.
Imej itu ditemui berdasarkan imbasan gambar dari satelit yang menunjukkan serpihan seperti ekor dan sayap pesawat. –Agensi
SP
SUHAKAM puji kerjasama positif polis, penganjur Himpunan 1 Mei
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) memuji pengendalian aman bagi himpunan membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di sekitar jalan Dataran Merdeka, semalam.
Dalam kenyataan media, Pengerusinya, Tan Sri Hasmy Agam berkata, SUHAKAM melihat perkara terbabit sebagai satu hasil positif daripada kerjasama baik di kalangan penganjur perhimpunan.
Katanya, SUHAKAM turut berbesar hati apabila Unit Simpanan Persekutuan (FRU) tidak digunakan ketika perhimpunan terbabit dan jalan utama serta stesen pengangkutan awam juga tidak ditutup.
“SUHAKAM juga berbesar hati dengan pembaharuan positif dalam profesionalisme polis dan pihak berkuasa lain dalam mengendalikan perhimpunan awam seperti yang ditunjukkan menerusi KL112 dan perhimpunan anti kenaikan harga serta perhimpunan semalam,” katanya.
Beliau turut memuji polis dan penganjur atas hubungan kerjasama positif mereka menerusi satu siri dialog yang diadakan sebelum perhimpunan.
“Kami mengalu-alukan kerjasama berterusan, persefahaman dan rasa hormat dalam perhimpunan aman pada masa depan ke arah memastikan hak asasi rakyat untuk kebebasan berhimpun dapat dipelihara sepenuhnyasetiap masa,” katanya.
-NFN-
Anwar : Fitnah II: Umno hati busuk mahu penjara saya lebih lama
Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar Umno BN kerana sekali lagi memperalat institusi kehakiman dalam kes Fitnah II, untuk memenjarakan beliau dalam tempoh yang lebih panjang.
Menurut Anwar, maklumat berkenaan diketahui melalui satu sumber, yang tidak beliau sebutkan.
“Saya dapat maklumat mereka akan mohon supaya hukuman penjara ke atas saya ditambah dari lima ke 10 tahun,” kata Anwar, dipetik SelangorKini.
“Inilah dia Umno berhati busuk, lima tahun (penjara) pun masih tak puas hati. Gunakan pula institusi kehakiman,” katanya di hadapan kira-kira lebih 50,000 perserta pada Himpunan 1 Mei di Dataran Merdeka.
Kata Anwar, nasib sama turut dialami mendiang Karpal Singh yang dijatuhkan hukuman penjara sebelum ini atas tuduhan hasutan dalam krisis Perlembagaan Perak.
“Karpal pejuang gigih bela nasib rakyat, berkerusi roda pun Umno tak berhati perut, masih tak puas hati,” kata Anwar lagi.
Sementara itu Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail menyeru orang ramai hadir pada perbicaraan kes Fitnah II di Mahkamah Persekutuan nanti. SK
Lebih 50,000 banjiri Dataran Merdeka bantah GST
KUALA LUMPUR : Lebih 50,000 rakyat membanjiri Dataran Merdeka bagi menyatakan bantahan mereka terhadap pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) hari ini.
Peserta yang terdiri daripada pelbagai kaum itu mula membanjiri lokasi ditetapkan sejak pagi dengan membawa pelbagai plakad dan sepanduk serta melaungkan slogan menentang pelaksanaan GST oleh kerajaan.
Mereka hadir dengan berpakaian merah dan berkumpul di Masjid Negara, Kompleks beli belah Sogo, KLCC dan Dataran Maybank sebelum berarak dan bergabung menjadi lautan manusia di Jalan Raja berhadapan Dataran Merdeka.
Di Dataran, puluhan ribu peserta kemudian mendengar ucapan dari pimpinan Pakatan Rakyat, NGO dan pemimpin mahasiswa.
Turut serta dalam perhimpunan itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tiba dengan berpakaian merah sambil diiringi Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar
Anwar ketika mengambil pentas untuk menyampaikan ucapannya kira-kira jam 4.18 petang disambut dengan sorakan berpuluh ribu hadirin.
“Hari ini kita dikejutkan dengan kebangkitan rakyat. RTM, TV3 lapor tak lebih 1000 orang hadir,”
“Kita terharu dengan dokongan rakyat. Kita rasa apa yang rakyat rasa. Sebab itu kita guna jalan raya. Menteri BN faham? mereka tak faham,” katanya lagi.
“Kita tak nak tunggu PRU akan datang. Kita tuntut perubahan dilakukan sekarang. Kita tidak mahu tunggu empat tahun lagi,” kata Anwar.
Himpunan tersebut bersurai kira-kira jam 4.30 petang tanpa sebarang kejadian tidak diingini.
MB S’ngor: Selesai dahulu jurang pendapatan rakyat sebelum laksana GST
Kerajaan Pusat digesa menyelesaikan dahulu jurang pendapatan rakyat sebelum Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, cukai tersebut tidak sesuai dilaksana di negara ini selagi pendapatan rakyat masih tidak dikukuhkan.
“Saya tidak bersetuju dilaksanakan GST sekarang kerana jurang pendapatan antara rakyat berpendapatan rendah dan tinggi masih jauh.
“Belum masanya lagi untuk negara ini melaksanakan GST. Selesaikan dahulu jurang pendapatan rakyat,” kata Abdul Khalid di twitter hari ini.
Biarpun lebih 50,000 rakyat menghadiri himpunan membantah perlaksanaan GST di ibu negara semalam, kerajaan tetap bertegas untuk melaksanakan cukai itu pada April 2015.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan dilapor berkata, kerajaan telah membuat persiapan lebih 30 tahun untuk perlaksanaan itu.
Malah kata beliau, 90 peratus penduduk dunia berada dalam negara yang telah mengamalkannya.
1 Mei 2014
25,000 sertai himpunan anti-GST
Perhimpunan yang turut disokong oleh parti Pakatan Rakyat diadakan sempena Hari Buruh yang disambut seluruh dunia hari ini dan dijangka turut disertai ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Polis sebelum mengisytiharkan perhimpunan itu haram tetapi sekarang menyatakan persetujuan untuk bekerjasama dengan penganjur bagi memastikan perhimpunan itu berjalan lancar.
Peserta yang mengambil bahagian akan berkumpul di empat lokasi utama iaitu KLCC, Sogo, Dataran Maybank, dan Masjid Negara sebelum berarak ke Jalan Raja yang terletak berdekatan Dataran Merdeka dimana ia dijadual berlangsung antara jam 2 hingga 5 petang.
Peserta dilarang menggunakan padang Dataran Merdeka kerana kawasan tersebut sedang dinaiktaraf.
Selain di Kuala Lumpur, satu lagi demo berasingan turut berlangsung di Pulau Pinang, anjuran Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).
GST yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan bajet 2014 Oktober lalu, akan dilaksanakan pada April 2015.
Bantahan melalui perhimpunan hari ini bagi menyatakan bahawa pelaksanaan kutipan cukai tersebut akan menyebabkan kenaikan harga barangan dan menambahkan beban isi rumah.
LAPORAN LANGSUNG
2:40pm Dataran Merdeka - Jumlah peserta semakin bertambah dan saling himpit menghimpit antara satu sama lain.
2.38pm Dataran Merdeka - Jumlah peserta yang berarak dari Masjid Negara bertambah kepada 25,000 orang apabila disertai oleh kumpulan yang tiba lebih awal di persimpangan Jalan Tun Perak - Jalan TAR.
2:30pm Dataran Merdeka - Kedua-dua kumpulan, dari Jalan TAR dan Masjid Negara bergabung di Jalan Raja, di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad.
Mereka mengibar bendera dan petugas yang membawa pembesar suara tidak putus-putus melaungkan "Merdeka" dan "Tolak GST" dengan disambut orang ramai.
2.30pm Jalan Ampang - Kumpulan peserta di KLCC mula berarak ke arah Dataran Merdeka dengan bendera berwarna merah kelihatan membanjiri Jalan ampang berdepan bangunan Avenue K.
Bas dan teksi juga terperangkap dalam kesesakan di belakang kumpulan peserta ini yang berjalan perlahan-lahan menuju ke Dataran Merdeka.
Turut kelihatan berarak bersama kumpulan ini adalah bekas pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga dan pengasas NGO Suaram, Dr kua Kia Soong.
2.16pm Masjid Negara - Ketua penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar bersama beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat mengetuai lebih 5,000 peserta yang baru selesai menunaikan solat Zohor untuk berarak ke Dataran Merdeka.
Jumlah peserta, termasuk di Jalan Ampang, di persimpangan Jalan TAR dan Jalan Tun Perak serta di Dataran Maybank, kini mencecah 10,000 orang.
2pm Jalan Ampang - Peserta himpunan yang duduk mula mendengar ucapan beberapa wakil NGO di antaranya merupakan aktivis siswa, Mohd Bukhairy Sufian, dan aktivis anti-Lynas, Wong Tack.
Mereka dilihat menghalang individu dengan kain pengikat kepala dengan mesej GST atau bendera-bendera anti-GST berwarna merah daripada masuk ke pusat membeli-belah.
1.20pm Jalan TAR - Kira-kira 1,000 peserta yang berarak dari Sogo tiba di persimpangan jalan TAR - Jalan Tun Perak.
Sebilangan daripadanya berteduh di bawah pokok dan juga di bawah landasan LRT sementara menunggu kumpulan lain.
1.10pm Masjid Negara Seorang petugas Unit Amal daripada PAS Hulu Langat memaklumkan kepada peserta supaya tidak termakan dengan pelekat dengan slogan "Hudud For All, Muslim and Non Muslim (Hudud untuk semua, Islam dan bukan Islam)".
"Ia bukan daripada pihak kita. Ini untuk provokasi kepada perhimpunan aman kita," kata petugas Unit Amal itu.
Kata petugas parti PAS yang lain, sticker itu ditemui oleh petugas unit Amal dalam jumlah yang "banyak".
Dia juga turut menunjukkan pelekat tersebut kepada para wartawan dan jurugambar.
Manakala seorang peserta dripada Pulau Pinang kata, dia jumpa sticker bertulis: "Hudud is barbaric" dengan karikatur tiga orang berjubah sedang sebat seorang individu dan mengandungi logo DAP.
"Ini memang teruk, sebab hari ni tahu anti-GST, ini provokasi. Saja nak melaga-laga kita," katanya yang tidak mahu namanya disebut.
1.16pm Jalan Ampang dekat KLCC - Seorang individu yang sebelum ini didakwa di mahkamah berhubung kes National Feedlot Corporation Datuk Shamsubahrin Ismail dilihat mengawal lalu lintas untuk teksi.
Menurutnya, beliau kebetulan berada di kawasan ini kerana meninjau perjalanan operasi kereta sewa miliknya di hadapan KLCC.
"Himpunan ini objektifnya bagus dan setakat ini saya lihat himpunan ini aman," katanya kepada Malaysiakini.
Pergerakan peserta himpunan itu yang memenuhi ruang jalan raya tersebut menghalang laluan lalu lintas di jalan berkenaan.
Jalan Ampang dekat KLCC - Kira-kira 300 orang dengan sebahagian besarnya berbaju T merah sudah berkumpul di depan pintu masuk KLCC berhampiran Jalan Ampang.
Sebahagian hadirin juga kelihatan memakai baju hitam SAMM dan antara personaliti yang kelihatan adalah Chegubard dan bekas ADUN Kota Damansara, Dr Nasir Hashim.
1.00pm Masjid Negara Peserta Protes Anti-GST berbondong-bondong menuju ke Masjid Negara menunaikan solat Zohor berjemaah.
12.37pm Dataran Merdeka - Dua orang pelancong China ketika ditemui berkata mereka tidak bimbang dengan kehadiran lebih 100 orang anggota polis yang mengelilingi Dataran Merdeka.
"Kami tidak terkejut mahupun bimbang," katanya yang menambah suasana seperti itu amat jarang berlaku di China.
Walaupun kawasan padang itu ditutup, polis tetap membenarkan pelancong melepasi sekatan untuk bergambar di kawasan tersebut
Dataran Maybank, KL - Seramai 200 orang berhimpun dengan membawa kain rentang dengan slogan 'GST bebankan rakyat' dan 'Derita Derita Derita'.
KLCC - Kelihatan sekumpulan lima orang lelaki berpakaian baju-T merah dipercayai peserta himpunan hari ini berlegar-legar di kawasan air pancut Taman KLCC.
Empat orang polis berpakaian seragam tanpa lencara dilihat berkawal kira-kira lima meter dari kumpulan terbabit.
11.50am Sogo - Seramai 500 orang memenuhi di hadapan pintu masuk kompleks tersebut.
Ramai di kalangan peserta berkenaan mengambil peluang dengan dua pemimpin PAS, Dr Hatta Ramli dan Datuk Kamaruddin di ruang tersebut. MK
Langgan:
Catatan (Atom)
