29 Okt : Kecuaian jelas dalam Bajet BN yang dibentang Datuk Seri Najib Razak ialah kegagalan menangani jurang pendapatan antara golongan kaya dan miskin di negara ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Walaupun Najib bicara soal transformasi, tetapi kalau lihat kerangka bajet (yang dibentangnya) itu tidak berubah. Masalah kesenjangan atau melebarnya jurang pendapatan golongan kaya dengan yang miskin tidak disentuh,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen.
Ketua Umum KEADILAN itu turut menempelak tindakan Najib merampas subsidi rakyat lebih RM7 bilion dan pada masa sama mempropagandakan wang golongan itu atas nama Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang jumlahnya jauh lebih kecil.
“Subsidi rakyat lebih RM7 bilion ditarik balik dan diganti dengan BR1M yang jauh lebih kecil. Oleh kerana BR1M jadi bahan propaganda besar politik sempit Umno, maka ia diulang-ulang, bertujuan cuba menutup pemotongan subsidi rakyat,” katanya lagi.
Sehubungan itu kata Anwar, Belanjawan Pakatan Rakyat jauh lebih baik kerana menolak pendekatan pengurangan subsidi sebagai langkah utama mengurangkan defisit negara.
“Sebaliknya, Belanjawan Pakatan Rakyat 2014 mencadangkan pengurangan perbelanjaan pengurusan negara 10 peratus bagi setiap kementerian dan agensi kerajaan sebagai langkah utama yang dicapai menerusi penangguhan kenaikan gaji dan elaun pegawai atasan kerajaan dan menteri kabinet
“Mengkaji semula polisi perbelanjaan kerajaan terutama pemberian kontrak dan prokumen peralatan serta menangguh sebarang projek yang didapati merugikan rakyat,” katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan