8 Disember 2014

Semakan Status Permohonan BR1M 4.0 2015

Semakan Status BR1M 4.0 2015

Bagi pemohon baru dan penerima sedia ada BR1M, anda boleh membuat semakan status permohonan BR1M 2015 secara online bagi mengetahui sama ada permohonan yang dibuat telah berjaya atau tidak.

Bagaimanapun keputusan status permohonan tersebut mungkin mengambil sedikit masa kerana maklumat pemohon akan melalui beberapa prosedur semakan dari agensi-agensi terlibat yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

CARA DAN PANDUAN MEMBUAT SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BR1M 4.0

Anda boleh membuat semakan tersebut secara atas talian (online) dengan mengikuti langkah-langkah mudah seperti berikut

1. Layari sistem semakan status permohonan e-BR1M di pautan https://ebr1m.hasil.gov.my/DefaultSemakanKeluar.aspx?m=s

BR1M 4.0

2. Sila masukkan atau lengkapkan No. Mykad anda di ruang yang tersedia.
3. Klik pada butang Semakan Status Permohonan.

Sebelum berjaya mengakses sepenuhnya aplikasi sistem semakan online anda diminta untuk menjawab soalan keselamatan contohnya seperti pada lampiran

BR1M 4.0 [2]

SOALAN KESELAMATAN
  1. Pemohon wajib menjawab 2 soalan keselamatan dengan betul sebelum dibenarkan membuat semakan status.
  2. Soalan keselamatan dan jawapan soalan keselamatan adalah berdasarkan maklumat yang diisi oleh pemohon.
  3. Jika jawapan yang diberikan salah, pemohon hanya boleh mencuba sebanyak 3 jenis soalan untuk menjawab soalan keselamatan.
  4. Jika jawapan yang diberikan masih salah, peringatan berikut akan dipaparkan.
  5. Contoh soalan keselamatan.

Setelah berjaya melepasi peringkat ini, status permohonan anda akan diberitahu dan dipaparkan selain boleh mencetak lampiran tersebut

BR1M 4.0 [3]

MASALAH PERMOHONAN BR1M 4.0

Jika anda menghadapi masalah seperti tidak dapat membuat semakan secara online, sila rujuk kepada cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berdekatan.

Sila bawa bersama salinan pengenalan pemohon, pasangan dan tanggungan.

TALIAN BANTUAN

Pemohon atau penerima yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 (LHDNM) atau 03-8882 4565/4566 (Kementerian Kewangan) ataupun emel ke br1m@treasury.gov.my

1. Panduan Permohonan Online BR1M 4.0 Tahun 2015 SINI
2. Panduan Kemaskini BR1M 4.0 2015 SINI

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank pemohon pada 22 Februari ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

BR1M 3.0

Menerusi laman Facebooknya hari ini, Najib berkata bagi pemohon yang tiada akaun bank atau tidak sempat mengemaskini maklumat perbankan mereka, bayaran BR1M akan dibuat secara berperingkat bermula 23 Februari.

Pendaftaran permohonan BR1M bagi pemohon baharu ditutup pada 31 Januari lalu, sementara bagi penerima sebelum ini mereka hanya perlu mengemaskini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank.

Dalam pembentangan Bajet 2014 yang diumumkam Najib pada Oktober lalu, isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang layak akan menerima bantuan BR1M sebanyak RM650.

Sementara individu bujang yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan akan menerima bantuan RM300.

Sejumlah RM4.6 bilion diperuntukkan kerajaan bagi melaksanakan bantuan itu yang bakal dinikmati hampir 7.9 juta rakyat Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan