Sudah tiba masanya Presiden Umno yang juga pengerusi Barisan Nasional menunjukkan kuasanya sebagai Perdana Menteri Malaysia walaupun seorang yang tidak pernah dipilih oleh rakyat. Tiada siapa yang mahu melihat Perdana Menteri mereka dihina dan dimalukan oleh dua pengacau yang diupah bekas Perdana Menteri yang sendirinya tidak mempunyai rekod yang bersih tetapi tidak berhenti dari memberi komen yang pedas
Tiada siapa yang mahu melihat Perdana Menteri mereka dihina dan dimalukan oleh dua pengacau yang diupah bekas Perdana Menteri yang sendirinya tidak mempunyai rekod yang bersih tetapi tidak berhenti dari memberi komen yang pedas.
Tiada siapa yang mahu melihat Perdana Menteri yang bersembunyi di sebalik kain sarung isterinya atau sedang dicucuk hidungnya oleh bekas Perdana Menteri yang berkuasa menarik tali seperti tukang karut dari belakang tabir.
Tiada siapa yang boleh memberitahu Najib, atau mana-mana suami pun, bagaimana mereka perlu mengawal isteri mereka. Semua isteri adalah memang sedikit mendesak, tetapi tidaklah melampaui batas, sehingga membuat keputusan siapa yang si suami lantik sebagai setiausaha dan sebagainya.
Kelemahan Najib, malah yang paling teruk, adalah bahawa dia tidak berahsia dengan isterinya. Terlalu banyak yang dicakapkan di kamar tidur, yang memberi spekulasi bahawa tiada kemesraan yang cukup di bilik tidur, telah melihat Najib dikompromi oleh isterinya ke tahap yang begitu serius. Jika isterinya sedang mengawalnya tanpa kerelaannya, jadi dia perlu menyelamatkan dirinya atau dia bakal menderita dengan lebih cepat.
Najib mesti memantapkan semula kredibilitinya dikalangan ahli Umno
Najib perlu bertindak dengan bijak dengan beralih kepada isu yang lebih memerlukan perhatiannya sebelum Pilihan Raya Umum ke-13. Ya, dia dan Rosmah sendiri tidak sunyi dari skandal dan rasuah. Oleh itu, mereka mesti membalas musuh-musuh mereka dalam Umno jika mereka ingin terus kekal dalam politik.
Ingat, Umno masih lagi memegang gelaran parti yang paling keji dari segi moral. Dahulu, ia tidak begitu begitu tetapi disebabkan pemerintahan paling buruk disaksikan untuk beberapa dekad oleh orang-orang seperti Mahathir Mohamad, Abdullah Badawi dan kini Najib, parti itu kini mempunyai kesukaran untuk membezakan antara yang betul dan yang salah. Siapa yang paling kuat bersuara, dia akan menang!
Ada cakap-cakap bahawa Perdana Menteri boleh mengadakan PRU ke-13 pada Februari sejurus selepas Tahun Baru Cina. Tetapi ada kemungkinan Najib akan melengah-lengahkannya kerana banyak yang perlu disiapkannya sebelum PRU ke-13 yang akan diadakan dua bulan selepas tempoh Parlimen tamat pada 28 April tahun depan. Dia tidak mempunyai pilihan lain pada masa itu tetapi untuk membolehkan tempoh Parlimen tamat tanpa dibubarkan dan melambatkannya untuk seberapa lama yang boleh.
Kaji selidik dalaman memberi ramalan yang menakutkan dan ini adalah faktor utama pecahan-pecahan Umno mahu mengetuai plot bagi merancang kejatuhannya. Ramai yang mahu dia digantikan oleh Muhyiddin Yassin timbalannya sebelum PRU ke-13 diadakan. Panglima Umno tidak akan membenarkan parti mereka jatuh bersama dengan Najib, walaupun telah menawarkan gula-gula pilihan raya secara besar-besaran, lebih daripada mana-mana pendahulunya, hanya dapat menaikkan populariti diri sebanyak 1 peratus dalam kaji selidik terbaru yang dijalankan oleh Pusat Merdeka.
Bajet 2013 telah diluluskan pada tahun ini dan mungkin terdapat wang yang cukup bagi Pentadbiran Najib untuk tahun depan tanpa memerlukan Belanjawan Tambahan dimana kelulusan parlimen diperlukan. Sejauh mana Najib menggunakan Bajet ini akan menjadi salah satu faktor utama dalam keupayaan untuk mengharungi ribut politik di hadapan bersama-sama sekurang-kurangnya menubuhkan Kerajaan Persekutuan dengan majoriti mudah.
Untuk berpaut pada kuasa masih boleh dilakukan Najib jika dia mempunyai keberanian membersihkan Umno, di mana rasa tidak puas hati terhadap personaliti tertentu termasuk bekas presiden Mahathir Mohamad cepat meningkat dan boleh memulakan kitaran sabotaj yang paling ganas pernah berlaku dalam UMNO, menjadikannya lebih mudah bagi Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjaringkan kemenangan.
Tunjukkan pada UMNO reformasi akan berlaku: Mulakan dengan pemecatan Sharizat
Jadi selepas memakan hirisan terakhir kek Krismas bagi tahun ini dan meminum segelas wain yang terakhir, Najib perlu untuk benar-benar serius dalam menangani isu-isu yang lebih mendesak yang boleh mengancam kuasanya dan membahayakan keupayaannya untuk meneruskan cengakaman kuasa.
Agenda pertama, tetapi bukalah yang paling sukar, adalah mengeluarkan Ketua Wanita Umno Shahrizat Abdul Jalil daripada parti. Ia tidak boleh dinafikan lagi bahawa wanita telah membawa malu kepada pentadbirannya.
Selepas keluarganya menggelapkan RM250 juta wang rakyat, dimana dia berdegil untuk pulangkan, Shahrizat begitu berani dalam Perhimpunan Umno baru-baru ini memberi amaran bahawa kejadian 13 Mei akan berlaku lagi jika kuasa tidak dikembalikan kepada parti.
Rupa-rupanya, Umno merompak harta negara selama 55 tahun tidak mencukupi bagi orang yang rakus seperti dirinya. Tambahan pula, jika Najib mahu janji Krismasnya pada orang Kristian diambil serius, dia mesti menjadikan Shahrizat sebagai pengajaran. Dia harus dilucutkan dari jawatan Ketua Wanita Umno kerana amarannya pada 13 Mei. Kehadiran berterusannya akan menghancurkan Wanita Umno di PRU. Walaupun tanpa amaran 13 Mei, isu RM 250 juta sudah cukup untuk memusnahkan Wanita Umno sama ada dia dicalonkan lagi atau tidak.
Najib tidak perlu memberi alasan bahawa dia telah dipilih oleh ahli-ahli Wanita dan hanya mereka yang boleh mengeluarkan dia dari jawatan parti itu. Tiada siapa yang akan percaya pada apa pun alasan bodoh. Jalan terakhir adalah untuk melucutkan keahliannya dari Umno. Ini akan sedikit sebanyak mengembalikan kredibiliti Najib dimata rakyat berikutan isu itu.
Kemudian, keluarkan Muhyiddin & Mukhriz melalui rombakan kabinet
Seterusnya, Najib perlu melakukan sesuatu tentang Muhyiddin Yassin, yang kononnya Timbalan Perdana Menteri. Lelaki ini, bersekongkol dengan bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad dan Mukhriz Mahathir, anaknya yang kurang menyerlah, yang terus melemahkan dan memalukan Najib jika ada peluang. Mereka telah menunjukkan diri mereka sebagai perkauman, prejudis dan oportunis, dan hanya menunggu masa yang tepat untuk mengelar leher Najib tetapi berpura-pura tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan.
Perlembagaan Persekutuan tidak memberi sebarang peruntukan bagi Timbalan Perdana Menteri oleh itu Muhyiddin boleh dikeluarkan dari jawatan ini melalui rombakan Kabinet. Muhyiddin juga perlu dibuang sebagai Menteri Pelajaran kerana dia terus mempolitikkan dan menyalahgunakan portfolio ini walaupun pendidikan di negara semakin parah.
Mukhriz perlu dipecat dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mesti diberi jawatan Menteri Kabinet penuh. Tiada sebab bagi timbalan ketua pemuda Umno berada dalam kerajaan tetapi Ketua Pemuda sendiri dipulaukan, tanpa sebarang tujuan. Ia begitu jelas bahawa Mahathir merupakan dalang kekejaman ini.
Langkah-langkah ini, akan menyedarkan Muhyiddin dan Mukhriz dan menunjukkan negara bahawa Najib boleh berhadapan dengan Mahathir dan membalas perbuatannya.
Sebagai PM, Najib lebih berkuasa dari si pesara Dr M
Tugas yang lebih sukar, tetapi tidak bermakna mustahil, adalah berurusan dengan Mahathir. Lebih banyak Mahathir bersuara, prestasi Umno dalam PRU ke-13 akan semakin teruk.
Hakikat bahawa Mahathir mengetahui rahsia semua yang berada dalam Majlis Tertinggi UMNO dan bahawa dia boleh mengawal mereka melalui ini, jika memiliki mereka, tidak bermakna apa-apa.
Najib merupakan Perdana Menteri, Presiden Umno dan pengerusi BN. Dia lebih berkuasa berbanding Mahathir yang sudah tamat tempoh pemerintahannya.
Najib boleh menarik nafas lega kerana tidak perlu mengadakan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO sehingga PRU ke-13 diadakan; dia boleh mengeluarkan Mahathir daripada semua jawatan Kerajaan, dan mengarahkan Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat laporan bahawa bekas Perdana Menteri telah mengumpulkan harta sebanyak AS $ 44 bilion dalam bentuk aset yang menakjubkan dan pengeluaran AS $ 200 bilion dalam bentuk wang haram tahun lepas dari Malaysia. Tidak hairanlah jika Mahathir terlibat secara langsung dalam urusniaga pengeluaran wang haram dari Malaysia.
Najib patut rampas semula asset Mahathir AS $44 billion itu
Mahathir juga harus "dipujuk" untuk berhijrah ke Kobe, Jepun di mana dia mempunyai seorang anak perempuan yang menyelia asetnya yang besar di negara itu. Lelaki berusia 87-tahun ini telah mengisytiharkan bahawa dia akan berhijrah jika pembangkang menang pada PRU ke-13. Tetapi, ia sebenarnya lebih baik bagi parti Umno Barunya itu dan juga Malaysia jika dia meninggalkan negara ini walaupun BN menang.
Ia akan menjadi satu kemenangan bermakna jika Najib boleh mula membawa kembali asetnya kembali ke negara ini. Definisi aset haram dan pengubahan wang haram, di bawah undang-undang antarabangsa ialah mempunyai aset melebihi dari apa yang boleh dikumpul secara sah dalam seumur hidup.
Pemergian Mahathir juga akan menghapuskan Ibrahim Ali dan Perkasa, kedua-duanya ini hanya membawa malu kepada Umno dan berkemungkinan besar juga dibiayai oleh bekas Perdana Menteri itu untuk menhuru-harakan keadaan di Malaysia melalui politik perkauman dan agama.
Joe Fernandez
Malaysia Chronicle