SPECIAL ADS

3 Januari 2013

Syabas sabotaj untuk buruk-burukkan Selangor



Kerajaan Negeri Selangor menyelar kecuaian Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dalam menyelenggarakan rumah pam Wangsa Maju sehingga menyebabkan gangguan air sekitar Ampang, Pandan, Jalan Semarak , Ukay Heights, Cheras Baru dan kawasan-kawasan sekitarnya.
Dari siasatan pihak kerajaan, kesemua lima unit pam air rosak di rumah pam termasuk dua unit ‘standby pump’ turut rosak.
Keraguan bagaimana dua unit ‘standby pump’ yang jarang-jarang diguna turut tidak berfungsi?
Ini jelas menunjukkan kecuaian pihak Syabas dalam menyelenggara secara berkala peralatan di bawah kendaliannya.
Kecuaian Syabas ini menyebabkan kepayahan kehidupan harian lebih 60,000 penduduk kawasan terlibat.
Sekiranya Syabas tidak mampu menyelenggarakan rumah pam tersebut, kerajaan negeri tiada masalah melalui Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) untuk mengendalikan rumah pam tersebut.
Kerajaan menganggap kelalaian Syabas merupakan ‘pure negligence and criminal in nature’.
Ini merupakan tindakan sabotaj Syabas bagi memburukkan imej Kerajaan Selangor
Syabas tidak harus terus memeras ugut rakyat dengan ‘mereka cipta’ berbagai taktik bagi mewujudkan isu kekurangan air di Selangor
Ini adalah antara sebab mengapa kerajaan Selangor mahu menyegerakan proses pengambilan industri air dari syarikat konsesi air kerana Kerajaan sedar bahawa syarikat konsesi air seperti Syabas tidak mampu membekalkan air kepada rakyat.
Syabas berpaksi semata-mata atas keuntungan dengan menaikkan tarif air dari masa ke semasa tanpa mengambil perduli kepentingan rakyat teramai.

Tiada ulasan: