SPECIAL ADS

31 Januari 2015

Bolehkah Polis Bunuh Orang Tanpa Arahan


Kes Altantuya muncul semula. Menarik minat media dan orang ramai apabila Sirul Azhar, salah seorang daripada dua orang bekas anggota UTK (Unit Tindakan Khas) cabut lari ke Australia.

Kes cabut lari ini membuatkan saya rasa agak kagum dengan Sirul Azhar. Apa kehebatannya sampai boleh lepas ke Australia sedangkan kes yang ada dalam rekodnya merupakan kes berprofil tinggi.

Lebih menarik lagi bila negeri pilihan, iaitu Australia merupakan antara negara yang mempertahankan penolakan hukuman mati diberikan pada manusia yang hidup. Jadi kes Sirul jadi lebih berbelit. Betul, macam kata Abdul Razak Baginda, kes ini jadi bertambah berbelit.

Polis Bunuh Orang Tanpa Arahan

Persialan yang saya kemukakan di atas adalah berkenaan samada boleh atau tidak boleh anggota Polis, samada berseorangan, berdua atau berkumpulan, melakukan pembunuhan tanpa sebarang arahan daripada pihak atasan yang lebih berkuasa daripada mereka?

Secara jujurnya saya tak terfikirpun soalan tersebut sebelum ini. Hanya layan apa saja spekulasi orang ramai terutamanya pesaing politik kerajaan yang cuba kaitkan pembunuhan tersebut dengan orang kenamaan negara. Habis laki bini dan sahabat handai dilibatkan dalam plot cerita pembunuhan tersebut.

Oleh kerana tak mahu libatkan diri dalam perkara besar dan berat sedangkan saya tak tahu apa-apa dan langsung tak ada akses maklumat yang boleh diterima kesahihannya dan kebenarannya, semua kes sebegitu saya serahkan pada mereka yang diamanahkan kuasa dan tanggung jawab. Kau orang buat, selesaikan dan ambil tanggung jawab dari dunai sampai akhirat.

Tapi menarik sekarang untuk saya tulis sedikit apabila terbaca dengan pertanyaan Abdul Razak Baginda pada media yang membuat temubual dengannya. Dia kata orang ramai patut tahu bahawa ada kes yang mana polis boleh bunuh orang tanpa perlu arahan daripada pihak atasan.

Ya! saya rasa Abdul Razak Baginda betul dalam kenyataan tersebut. Bukan saja polis, malah siapa saja boleh bunuh orang tanpa arahan dari mana-mana pihak. Ada berbagai sebab lain yang boleh dikaitkan dalam mana-mana kes pembunuhan.

Polis Bunuh Orang Atas Sebab Apa?

Dalam tahanan reman, ada ramai orang yang mati di bawah pengawasan Polis. Mungkin pihak polis (individu atau kumpulan) yang bunuh secara terus, atau mungkin secara tidak langsung. Apapun, selagi tahanan reman di bawah kawalan polis, sebarang kematian perlu diletakkan di bawah tanggungan pihak polis.

Dalam kes pembunuhan yang agak ramai berlaku dalam tahanan reman di bawah pengawasan polis, apakah polis bunuh orang dalam tahanan reman itu atas arahan pihak atasan? rasanya mungkin agak sukar nak teka. Hanya orang yang buat saja tahu sebabnya.

Apa yang pasti, orang bunuh orang ada dua sebab saja. Satunya sengaja dan satu lagi tak sengaja. Kadangkala kita akan pukul atau tempak atau buat apa-apa saja, untuk lepaskan geram. Mulanya nak lepas geram saja supaya orang yang dikenakan itu menyesal, tapi terlajak dan mati pulak. Maka jadi kes bunuh tanpa sengaja.

Ada lagi kes nak balas dendam. Dia memang rancang nak bunuh sebab ada perkara yang terbuku di hati tak dapat dilupakan. Ini biasanya berlaku pada orang yang keras hatinya, panas baran dan tak ada sikap penyabar. Ertinya ada sebab orang bunuh orang, atau polis bunuh orang dalam kes sebegini.

Bunuh Orang Mesti Ada Sebab Penting

Tak akan berlaku kes polis bunuh orang sebab saja-saja suka. Takkan nak bunuh orang sebab perempuan tu lawa? takkan nak bunuh orang sebab perempuan itu tak layan mengorat kita?. Mungkin boleh jadi pembunuhan, jika perempuan itu timbulkan kemarahan besar, pada kaki panas baran.

Kalau dua anggota UTK itu tak bunuh atas sebab arahan, dan saya yakin ianya boleh saja berlaku dan bukanlah satu perkara pelik, maka sudah tentu Altantuya benar-benar telah membuatkan mereka marah sampai terlajak menghancurkan perempuan Mangolia itu sampai mati.

Dalam kes yang telah melepaskan Abdul Razak Baginda, nampaknya, beliau didapati tidak ada kena mengena dengan sebab musabab dua angota UTK itu bunuh Altantuya. Dan saya rasa memang boleh saja berlaku, kebetulan Altantuya ada hubungan dengannya, tidak semestinya dia terlibat kalau perempuan itu terbunuh.

Oklah! saya tak mahu mengarut panjang dalam kes berat sebegini, nanti ada orang marah pulak. Cuma nak bagi persoalan timbul pada pembaca, bahawa ada kebenarannya boleh berlaku polis akan bunuh orang tanpa perlu tunggu arahan daripada mana-mana pihak atasannya.

Kes sebegitu, memang terpencil, tapi boleh saja berlaku. Masyallahu ka na wama lam yasyak... lam yakul...

www.pendapatanda.com

RON95 RM1.70 seliter bagi Februari bukan RM1.62.. kenapa?

Harga baru bermula Februari: RON95 RM1.70 seliter, RON97 RM2, Diesel RM1.70, Harga baru itu ekoran penurunan 21 sen daripada harga asal untuk RON95, 23 sen untuk diesel dan 11 sen untuk RON97.

Harga bahan api itu ditetapkan mengikut sistem pengapungan terkawal sejak Disember tahun lalu. Sistem apungan itu diperkenal selepas kerajaan memansuhkan sistem subsidi bagi menghadapi trend kejatuhan harga minyak mentah.

Sebelum ini Malaysiakini telah melaporkan..

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata Putrajaya sepatutnya menetapkan harga seliter petrol RON95 pada kadar RM1.62 bagi bulan Februari.

Dalam satu kenyataan akhbar hari ini, Rafizi berkata, angka ini akan mencerminkan harga pasaran purata petrol RON95 di Malaysia, seperti yang ditentukan oleh MOPS (Mean of Platts Singapore)

Katanya, jika subsidi dipulihkan, seperti yang digesa oleh PKR, maka harga akan hanya menjadi RM1.32 seliter.

Pada masa ini, harga seliter RON95 ialah RM1.91 manakala diesel dijual pada harga RM1.93 seliter.

Jika RON95 dijual bawah harga RM1.75 seliter, ia akan menjadi jumlah yang paling rendah sejak 2009.

Sementara itu, Rafizi turut mendakwa, Putrajaya telah mengumpul kekayaan sebanyak RM1.15 bilion bagi "cukai bahan api" berikutan petrol yang telah dijual melebihi harga pasaran antara bulan Disember dan Januari.

Hujah beliau berdasarkan harga oleh MOPS, kadar pertukaran matawang harian dan data harga penggunaan yang disediakan kerajaan.

Pengiraan yang dibuat naib presiden PKR itu juga mengandaikan, harga pasaran yang betul untuk satu liter bahan api RON95 telah berubah-ubah antara RM1.75 dan RM1.49 antara 1 Januari dan 28 Januari.

Manakala, harga pasaran untuk satu liter diesel adalah antara RM1.80 dan RM1.55 semasa tempoh sama.

Bagaimanapun, menurut Rafizi, Putrajaya telah menetapkan harga RM1.91 seliter bagi RON95 dan RM1.93 seliter bagi diesel pada bulan Januari.

Oleh yang demikian, Rafizi yang turut menyediakan pengiraan dari hari ke hari dalam kenyataan akhbarnya itu menegaskan, pengguna juga secara berkesan telah membayar "cukai bahan api" kepada kerajaan.

"Oleh kerana rakyat terus membayar pada harga yang lebih tinggi dari harga pasaran (walaupun tanpa subsidi), BN mendapat durian runtuh dengan mengutip cukai petrol tanpa diumumkan kepada rakyat," katanya.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Pandan itu mencabar kerajaan Persekutuan untuk menyangkal dakwaannya dan mendedahkan formula yang digunakan untuk menentukan harga bahan api.

Malah, beliau turut mengulangi permintaaannya supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menghentikan kutipan "cukai bahan api" dan menubuhkan Tabung Penstabilan Harga Minyak dengan menggunakan cukai tersembunyi yang telah dikutip untuk digunakan semasa harga petrol dan diesel dinaikkan.

Beliau turut mencadangkan supaya harga terkini bahan api disemak setiap minggu bagi mengelakkan rakyat terus membayar jauh lebih tinggi daripada harga pasaran dan menghentikan cukai tersembunyi akibat perbezaan harga itu.

"Tindakan mencukai rakyat melalui pembelian petrol dan diesel pada ketika ekonomi negara semakin teruk melambangkan keterdesakan kewangan pentadbiran Najib," katanya lagi. ASD

1MDB Malaysia : Pinjaman Hutang 1MDB Dijelaskan Ananda Krishnan? Bakal Untung RM6 Bilion?

1MDB
Berita Terkini 1MDB Malaysia; Pinjaman Hutang 1MDB Dijelaskan Ananda Krishnan? Bakal Untung RM6 Bilion? 1MDB…..daripada banyak duit sampai berhutang tapi tak mampu bayar pinjaman hutang sendiri? Tepuk dahi Berita semasa melihatnya…Ibarat cacing yang kepanasan, lembu yang sedang dikorbankan mengelupur tidak tentu hala. Akhirnya apa yang 1MDb mampu lakukan sekarang ini?
“Korek lubang, tutup lubang”
1MDB terpaksa meminta talian hayat daripada Ananda Krishnan bagi melangsaikan pinjaman hutang Rm2 bilion dengan Maybank, RHB

Laporan Berita Terkini 1MDB Malaysia oleh The Edge

Jikalau anda semak laporan berita terkini The Edge berdasarkan pinjaman hutang RM2 bilion yang bakal diberikan Ananda bagi menjelaskan pinjaman hutang Maybank RHB, Tan Sri Ananda Krishnan akan diberikan majoriti pegangan dalam Powertake Investment Holdings Sdn Bhd. Jikalau berdasarkan nilaian hari ini, Ananda Krishnan sudah untung RM6,000,000,000 di situ sahaja. Hebat taikun telekomunikasi ini berniaga…
1MDB bought Tanjong Energy Holdings Sdn Bhd owned by Ananda Krishnan at RM8.5 billion (with RM6.17bil loan) and renamed to Powertek Energy Sdn Bhd became a subsidiary of Powertek Investment Holdings Sdn Bhd in 2012.
Manakala 1MDB masih lagi terhegeh-hegeh menanggung hutang di sana sini.
After having acquired Tanjong’s power plants for a total of RM8.5bil, 1MDB also acquired the Genting group’s power generation unit for RM2.38bil.
To purchase Genting Sanyen Power, 1MDB took up a bridging loan of RM607mil that is payable on a semi-annual basis over 42 months.
Hutang lagi…..1MDB. Hebat anda berniaga. Akhirnya Ananda Krishnan yang kenyang.

Risiko Pelaburan 1MDB Kepada Ekonomi Malaysia?

Bagi Berita Semasa melihatkan unjuran pertumbuhan ekonomi pada kadar 3%-5% pada tahun 2015 ini, memnang tiada masalah di situ. Masalahnya sekarang ini, “lubang-lubang gomen” seperti 1MDB ini yang telah membawa kepada apa yang dipanggil sebagai “systemic risk”
  1. Systemic risk: Aka Jangkitan. 1MDB tidak mampu bayar hutang, bank mula sangkut daripada “capital adequacy ratio”.
  2. Apabila Bank mula sangkut = ia sekaligus akan mengehadkan keupayaan bank untuk memberi kredit, yang memberi kesan kepada perkembangan ekonomi.
  3. Itu belum masuk lagi “contingent liability” kepada kerajaan Malaysia (yang boleh membawa kesan kepada defisit bajet) bahkan juga kesan rantaian kepada para pemodal melalui pendedahan mereka kepada nota gadai gomen dan 1MDB itu sendiri.
  4. Di bawah ini Berita semasa sertakan bersama laporan berita pernigaan yang disediakan oleh StarBiz pada 23 April 2014 yang mana menunjukkan liabiliti luar jangka yang dijamin oleh kerajaan Malaysia.
1MDB malaysia
Ahmad Maslan pandai“. Ahmad Maslan mengatakan surat sokongan kerajaan untuk 3 bilion dolar Amerika itu bukan jaminan. Ini sebiji seperti apa yang pernah kerajaan Malaysia lakukan pada tahun 80an dalam percubaan “corner” pasaran timah menggunakan Maminco, tetapi akhirnya “kantoi”. Yang mana anda boleh semak laporan kes Kleinwort Benson Limited v Malaysia Mining Corporation Berhad [1989] 1 WLR 379 :
Lord Gibson ruled “the comfort letter containing no more than the assumption of moral responsibility by the defendants in respect of the debts of Metals.”
Berbalik kepada soal 1MDB itu, pendek kata apa yang berlaku sekarang ialah pergerakan pasaran dalam mensasarkan hasil setelah mengambil kira pelbagai faktor termasuklah :
  1. kejatuhan harga minyak dunia
  2. kadar hutang isi rumah
  3. kadar hutang kerajaan
  4. risiko dari 1MDB
Ini yang dipanggil sebagai “The beauty of market forces“. Anda akan dilihat berharga pada nilai yang sepatutnya kerana anda berhak selepas dinilai secara adil.
Nilai ringgit Malaysia mula merudum dengan dahsyatnya terutama sekali berkala dengan kejatuhan harga minyak. Dan situasi semakin buruk apabila ia turutn mendadak dalam bulan disember 2014; sejurus selepas kegagalan 1MDB bayar hutang walaupun telah berjanji untuk membayar semula sebelum itu.
Nah disebabkan itulah, apabila diperhatikan penanda aras sovereign cds :
Malaysia 1MDB
  • Pada mulanya 4 Disember 2014 kadar CDS untuk Malaysia naik melebihi kadar Filipina atau Thailand
  • Ini adalah sesuatu diluar daripada kebiasaan memandangkan kadar CDS Malaysia adalah sentiasa rendah berbanding Thailand atau Filipina
P/S : CDS ini adalah Credit Default swap rate (yakni insuran tambahan pasaran kenakan ke atas kadar pulangan nota gadai kerajaan). *dalam dunia kewangan, risiko dinilaikan dengan kadar pulangan.
PP/S : Baht semakin menguat. Hari ini 100 baht = RM 11.11 … Jatuh teruk ringgit Malaysia sekarang.
beritasemasa.com.my

Pemaju Forest City sambung kerja, ikrar pelihara alam sekitar

Gambaran artis project Forest City yang membabitkan pembinaan empat pulau buatan manusia antara perairan Johor dan Singapura. – Gambar The Malaysian Insider, 1 Februari, 2015.
Gambaran artis project Forest City yang membabitkan pembinaan empat pulau 
buatan manusia antara perairan Johor dan Singapura.

Selepas terhenti tujuh bulan susulan arahan Jabatan Alam Sekitar (JAS), pemaju projek Forest City menyasarkan memulakan semula kerja penambakan tanah bulan ini dan berjanji membelanjakan jutaan ringgit bagi memelihara dasar laut di sekitarnya, termasuk 120 ekar kawasan rumput laut yang sensitif.
Projek 3,425 ekar pembangunan bercampur bernilai RM600 bilion yang membabitkan pembinaan empat pulau buatan manusia itu mencetus kontroversi tahun lalu apabila penduduk berhampiran, pencinta alam sekitar dan Singapura membangkitkan kebimbangan terhadap kerja yang dijalankan secara besar-besaran itu.
Jun lepas, JAS mengarahkan Country Garden View Pasifik (CGPV) menghentikan semua kerja di tapak berkenaan dan mengemukakan penilaian kesan alam sekitar (DEIA) secara terperinci.
Berikutan kelulusan JAS bulan lepas, Pengarah Eksekutif CGPV Datuk Md Othman Yusof (gambar, kanan) berkata, kawasan paling selatan salah satu daripada pulau itu kini dikurangkan sebanyak satu pertiga.
Ini selepas lebih 20 model simulasi dijalankan bagi mencari bentuk dan saiz penambakan terbaik supaya memastikan impak minimum terhadap persekitaran.
Memandangkan pembangunan di Tanjung Kupang, antara barat daya Johor dan barat Singapura, terletak berhampiran Pelabuhan Tanjung Pelepas, ia juga mengambil kira had pelabuhan yang merangkumi kawasan tempat berlabuh kapal, dan juga rancangan pengembangan pelabuhan itu bagi tempoh akan datang.
"Bentuk tanah sekarang ialah cadangan terakhir dipilih oleh JAS. Pulau satu, tiga dan empat kekal sama. Bagi pulau dua, kawasan paling selatannya dikurangkan sebanyak 30%," katanya kepada The Malaysian Insider.
Beliau berkata syarikat itu tidak menyedari kehadiran rumput laut ketika pertama kali dianugerahkan tanah itu oleh kerajaan Johor, dan segera mengambil langkah menghentikan kerja penambakan apabila menyedari kesannya kepada dasar laut yang sensitif itu.
"Kami komited mengekalkan rumput laut itu, oleh itu kerja kami akan bersinergi dengan eko-sistem sedia ada," katanya.
Ini dilakukan dengan memasang tabir kelodak dua lapis sepanjang 2km bagi menghalang gumpalan dan meminimumkan pencemaran, dengan kos lebih RM10 juta.
Ia juga mewujudkan satu sistem pemantauan dalam talian pada kos RM300,000 bagi memantau kualiti air dalam masa nyata, di mana sampel air diperoleh setiap hari selagi kerja penambakan dijalankan dengan data dihantar ke pejabat JAS di Johor Baru dan Putrajaya.
Di samping itu, CGPV mengemukakan Pelan Pengurusan Alam Sekitar pada 25 Januari kepada JAS dengan butiran mendalam berkenaan kerja penambakan itu.
Audit pihak ketiga secara rutin juga akan dijalankan bagi memastikan semua keperluan dipenuhi.
Selain itu, kerja-kerja mengorek tidak akan dijalankan sehingga 2033.
"Kami hanya boleh kembali bekerja selepas mendapat kebenaran. Kami harap dapat berbuat demikian selepas sambutan Tahun Baharu Cina," kata Othman.
Perayaan Tahun Baharu Cina tahun bermula 19 Februari.
Setakat ini, syarikat itu membelanjakan lebih RM3.5 juta untuk langkah tebatan bagi memelihara alam sekitar, termasuk meletakkan tabir kelodak selapis sekitar rumput laut itu.
Antara rancangan masa depannya ialah penanaman semula pokok bakau di empat pulau itu dan kamera bawah air pada rumput laut, membolehkan orang ramai menikmati pandangan dasar laut, termasuk kuda laut.
"Kami terlibat dengan NGO tempatan dan jika mereka kata apa yang kami lakukan tidak mencukupi, kami akan minta pendapat mereka untuk mencari jalan bagaimana melakukan lebih lagi bagi melindungi persekitaran," katanya sambil menambah mereka turut mendapatkan bantuan dari pakar rumput laut.
Pemberhentian kerja selama tujuh bulan bukan sahaja menyebabkan syarikat kerugian wang tetapi kos operasi, kata Othman yang bagaimanapun, menerimanya dengan tenang.
"Walaupun saiznya dikurangkan, kami okay, kami akan patuh," katanya.
Bertentangan dengan dakwaan pihak tertentu, beliau mendedahkan perairan di sekitar pembangunan itu tidak mempunyai aktiviti memancing kerana perairannya cetek, iaitu pada kedalaman sekitar dua hingga tiga meter sahaja.
Selain itu, kawasan itu merupakan sebahagian daripada kawasan had pelabuhan yang diwartakan, di mana penangkapan ikan adalah dilarang.
"Ini semua tuduhan liar. Kami tidak melihat apa-apa gangguan kepada kehidupan sesiapa di  sini. Jika orang kata mereka terjejas, kami ingin tahu dari aspek mana, dan jika ia benar, kami akan cari jalan untuk mengatasinya," katanya.
Beliau berkata memandangkan sumber pendapatan masyarakat sekitar datang daripada aktiviti akuakultur dan pertanian, syarikat itu merancang menyediakan sekolah latihan bagi penduduk tempatan untuk mencuba bidang yang berpotensi dalam sektor lain, seperti sektor perkhidmatan.
"Apabila pulau-pulau itu siap dibina, kami memerlukan tidak kurang 200,000 pekerja separuh mahir dan peluang ini boleh ditawarkan kepada penduduk tempatan terlebih dahulu," katanya.
Selain itu, apabila berlaku peningkatan aktiviti di kawasan itu, ini akan menghasilkan lebih banyak pergerakan manusia yang akan membuka lebih banyak peluang ekonomi kepada penduduk tempatan.
Meskipun berhadapan dengan halangan, CGPV mahu memulakan pemasaran sebelum akhir tahun selepas kembali merancang semula pelan induknya ekoran perubahan.
Tetapi pada asasnya, prinsip mewujudkan bandar hutan bertaraf dunia yang menarik untuk didiami bagi pasaran antarabangsa, kekal.
"Kami berada di sini untuk jangka masa yang panjang dan akan mematuhi apa sahaja keputusan yang ditetapkan kerajaan," kata Othman.
The New Straits Times melaporkan tahun lepas berikutan nota diplomatik daripada Singapura, DEIA dijalankan kerana projek itu terletak berhampiran sempadan Malaysia-Singapura dan ia melibatkan penambakan pantai.
Nelayan dan pengusaha kolam ikan mendakwa kejadian lambakan ikan mati di kawasan itu akibat kerja penambakan tanah di projek itu yang asalnya diluluskan JAS Johor pada bulan Januari, bagaimanapun, ia dinafikan CGPV. TMI

Pilihan raya PBT boleh bangkitkan kuasa ketiga

Penduduk di sesebuah bandar akan tertarik dengan isu tempatan yang diperjuangkan sekiranya pilihan raya pihak berkuasa tempatan diadakan, seterusnya mewujudkan kuasa ketiga. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Februari, 2015.
Pilihan raya kerajaan tempatan boleh menghasilkan kuasa ketiga yang berperanan sebagai "check and balance" (semak dan imbang) dan menyediakan alternatif kepada membangunkan sistem dua parti, kata pemimpin kedua-dua Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).
Walaupun mereka biasanya ditolak pengundi semasa pilihan raya umum atau pilihan raya kecil, kerana menyokong sama ada parti pemerintah atau pakatan pembangkang, pemimpin politik berkata pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) akan memberi peluang kepada parti lebih kecil bertapak.
Sementara sangat sukar bagi calon bebas menjamin kemenangan di peringkat negara, mereka berkata, parti atau individu lebih kecil mempunyai peluang lebih baik di peringkat tempatan di mana mereka boleh memperjuangkan isu setempat seperti pengangkutan awam, alam sekitar atau kebajikan haiwan yang diminati penduduk tempatan.
Mereka melontarkan pandangan ini ketika parti yang bersekutu dalam PR - DAP dan PAS - sedang berbalah berhubung isu pilihan raya PBT, yang ditentang parti Islam itu.
Pilihan raya PBT pernah diadakan di negara ini sehingga ia digantung pada Mac 1965 berikutan Peristiwa Konfrontasi Malaysia-Indonesia pada 1964.
Ia akhirnya dimansuhkan sama sekali 11 tahun kemudian oleh Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang menggantikan Akta Pilihanraya Kerajaan Tempatan 1960.
Sejak itu, jawatan di majlis kerajaan tempatan dilantik parti politik yang memimpin negeri tertentu.
Kerajaan DAP Pulau Pinang pernah cuba mengembalikan undi ketiga dengan membawa isu itu ke mahkamah, tetapi tidak berjaya.
Mahkamah Persekutuan pada Ogos tahun lepas memutuskan kerajaan negeri tidak mempunyai bidang kuasa menjalankan pilihan raya majlis tempatan.
Pemimpin Umno Datuk Saifuddin Abdullah (gambar, kiri) berkata, pilihan raya PBT boleh melahirkan kuasa ketiga kerana kawasan yang berbeza akan mempunyai isu berbeza, justeru menarik minat penduduk tempatan.
Sebagai contoh, katanya, jika pilihan raya tempatan diadakan di Cameron Highlands di Pahang, maka parti yang menjuarai isu alam sekitar akan mendapat banyak perhatian.
"Ya, ia isu setempat, tetapi pada masa sama, ia isu sejagat. Mereka hanya perlu menang di beberapa tempat dan boleh membentuk kumpulan dan membina tapak," katanya kepada The Malaysian Insider.
Walau bagaimanapun, bekas timbalan menteri itu tidak yakin parti alternatif tersebut boleh menjadi cukup kuat membentuk kuasa ketiga di peringkat negara.
Sebaliknya, beliau berpendapat mereka besar kemungkinan akan menyertai mana-mana gabungan BN atau PR.
Dalam memperjuangkan agenda parti itu untuk pilihan raya majlis tempatan, Pengarah Strategi DAP, Dr Ong Kian Ming berkata, struktur politik semasa tidak membenarkan kuasa ketiga bangkit kerana mereka tidak mampu memenangi kerusi di peringkat Parlimen dan negeri.
Ini terbukti dalam pilihan raya umum lalu di mana pertandingan berbilang penjuru antara BN, PR dan calon bebas berakhir dengan kekalahan wakil bebas.
Bagaimanapun, pilihan raya PBT akan mampu mewujudkan "persaingan sihat" di kalangan parti kecil, kata ahli Parlimen Serdang itu, mengatakan ia boleh melahirkan pergerakan hijau atau parti berasaskan isu.
"Sudah tentu, ia juga akan memberi peluang kepada mereka seperti Isma naik, dan mungkin memenangi kerusi," kata Ong, merujuk kepada kumpulan yang memperjuangkan hak Melayu itu.

"Tetapi, itu sebahagian daripada proses demokrasi yang matang di Malaysia. Dan inilah sebabnya DAP berkeras mahukan pilihan raya tempatan. Walaupun PR mungkin akan kehilangan kerusi kepada mereka, itulah sebahagian daripada proses demokrasi."
Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang (gambar, kanan) menegaskan, tidak seperti negara lain yang mempunyai sistem yang lebih matang, Malaysia masih muda.
Oleh itu, orang ramai mengambil masa untuk menerima kehadiran parti selain yang sedia ada sekarang.
Pilihan raya di Malaysia lebih banyak berkisar tentang personaliti, bukan tentang isu, kecuali di beberapa kawasan bandar, katanya, menjelaskan mengapa rakyat Malaysia dilihat masih keberatan menyokong parti lain.
Beliau berkata, negara yang mengadakan pilihan raya majlis tempatan menunjukkan ia akan memberi peluang kepada parti yang lebih kecil muncul dan menang kerana perbelanjaan dan kempennya lebih kecil dan terkawal.
"Saya percaya pilihan raya kerajaan tempatan perlu dilaksanakan di sini dan kerana DAP memperjuangkan ini sejak 2008, mereka perlu diberi peluang melaksanakannya di Pulau Pinang," katanya.
Beliau tidak faham mengapa ada pihak yang membantah pilihan raya PBT, kerana pada pendapatnya ia membolehkan lebih ramai pemimpin masyarakat setempat membantu penduduk dan memastikan akauntabiliti dalam perbelanjaan dan perkhidmatan majlis tempatan.
"Saya tak nampak apa masalahnya kalau kita buat pilihan raya tempatan. Walaupun saya tak boleh kata sekarang sama ada ia baik atau buruk, kita sepatutnya boleh mencubanya di Pulau Pinang," kata Tan.
Bagaimanapun, Pengarah Strategi PKR, Sim Tze Tzin (gambar, kanan), ragu yang pilihan raya majlis tempatan akan melahirkan kuasa ketiga yang kuat.
"Pilihan raya PBT mungkin boleh melantik beberapa calon bebas, tetapi tidak satu kuasa ketiga. Saya masih melihatnya satu pertandingan antara BN dan Pakatan.
"Kita menggunakan sistem pilihan raya 'First past the post' yang memihak kepada sistem dua parti, melainkan jika ia ditukar kepada sistem 'Proportional representation', kita tidak mungkin akan mempunyai kuasa ketiga seperti di negara Eropah," katanya.
Beliau menambah, tidak mudah bagi sebuah kuasa ketiga yang berwibawa muncul memandangkan kebanyakan peminat politik lebih tertarik kepada BN atau PR. TMI

Kenapa Razak Baginda lindungi Najib dalam kes Altantuya, soal peguam


Peguam Americk Sidhu mempersoalkan mengapa penganalisis politik Abdul Razak Baginda melindungi Datuk Seri Najib Razak berhubung kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu 9 tahun lalu apabila perdana menteri tidak pernah terlibat dalam jenayah itu.

Americk yang menyediakan akuan bersumpah yang pertama (SD1) untuk penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang diupah Razak pada 2006 berkata, Razak terus-terusan mengatakan dalam satu wawancara dengan The Malaysian Insider baru-baru ini yang Najib tidak bersalah dan diperlakukan dengan tidak adil.

Dalam temu bual yang disiarkan pada Khamis, Razak memberitahu The Malaysian Insider semuanya ialah mainan politik dan tiada kaitan antara Najib dan kematian Altantuya.

Americk berkata, Razak bagaimanapun tidak menerangkan kenapa beliau merasakan Najib perlu dilindungi.

"Tiada siapa yang tuduh Najib terlibat. Bala dalam SD1 beliau tidak mengatakan Najib mempunyai apa-apa kaitan dengan pembunuhan Altantuya," kata Americk dalam satu kenyataan eksklusif kepada The Malaysian Insider.

Mendiang Bala, seorang bekas anggota polis, berkata dalam SD pertama beliau yang Razak mengambilnya bekerja pada Jun 2006 untuk menghalang Altantuya daripada mendekatinya.

Americk berkata apa yang dinyatakan Bala dalam SD itu ialah Razak memberitahunya mengenai penglibatan Najib dengan Altantuya.

(Bala berkata kedua-dua Razak dan Altantuya memberitahunya, Altantuya pernah menjadi teman wanita Najib. Dakwaan ini terdapat pada perenggan 25 dan 28 dalam SD1.)

Americk berkata Razak masih belum secara khusus menafikan beliau memberitahu Bala perkara ini.

"Bala mengakui sedari awal yang beberapa perkara dalam SD1 beliau merupakan khabar angin. Jadi, apa tujuannya apabila Razak mengatakan SD Bala itu khabar angin?" soal Americk.

Katanya, Razak juga mengelak daripada mengatakan mengapa Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, Nazim Razak, peniaga karpet Deepak Jaikishin dan ramai individu lain merasakan Bala dan keluarganya perlu meninggalkan negara ini sebaik SD1 itu dikeluarkan.

"Ini tidak benar-benar memberi sebarang kredibiliti kepada penegasan Razak yang Najib ialah mangsa yang tidak bersalah dalam satu kes tipu helah politik," kata Americk.

Bala merupakan saksi dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya, tetapi meninggalkan Malaysia dalam tergesa-gesa selepas menandatangani akuan bersumpah kedua (SD) pada 2008, yang kononnya membersihkan Najib daripada terlibat dalam kes itu.

Beliau meninggal dunia akibat serangan jantung pada 15 Mac, 2013, beberapa minggu selepas pulang ke negara ini setelah 5 tahun memaksa diri menjadi orang buangan di India.

Americk juga berkata Razak gagal menghargai kesetiaan Bala kepadanya.

Beliau berkata, apabila Bala ditemuramah akhbar di London pada Julai 2010 di Holiday Villas, Bayswater, dia memberitahu pemberita dia merasakan Razak tiada kaitan dengan pembunuhan itu dan dia tidak bersalah.

Americk berkata Bala merasakan Razak naif dalam menyangkakan 2 komando polis itu tidak akan membahayakan Altantuya.

"Adakah semua ini mengarut Encik Razak Baginda?" soal Americk, merujuk kepada wawancara Razak dengan The Malaysian Insider apabila beliau mengatakan SD Bala mengarut.

Americk juga menyebut tentang satu makan malam di sebuah restoran di Brickfields pada 13 Oktober 2006, yang diatur Bala supaya Razak boleh berjumpa seorang yang bernama ASP Suresh yang sepatutnya menguruskan penangkapan Altantuya.

Tetapi Suresh tidak hadir kerana beliau sendiri ditangkap Badan Pencegah Rasuah (namanya ketika itu) pada malam itu juga.

Ketika makan malam itu, Razak secara khusus memberitahu Bala dia mesti pastikan Altantuya tidak disakiti walau apa cara sekali pun, kata Americk.

"Tetapi Razak tidak sedar apa akan terjadi apabila beliau terlibat dengan Musa Safri dan Azilah. Adakah semua ini mengarut?" soalnya lagi, merujuk kepada bekas pegawai khas Najib Timbalan Superintenden Musa Safri dan Ketua Inspektor Azilah Hadri.

Razak ketika wawancara itu tidak membesarkan kes jenayah itu, mengatakan dia tidak tahu motif pembunuhan kekasihnya Altantuya, tetapi menyatakan ramai yang mati dalam tahanan polis tanpa sebarang penjelasan.

Beliau dibebaskan daripada bersubahat dalam pembunuhan tahun 2006 itu tetapi dua bekas komando polis, Azilah dan Koperal Sirul Azhar Umar, didapati bersalah oleh Mahkamah Persekutuan selepas rayuan pusingan terakhir bulan ini.

"Hanya 2 anggota polis itu sahaja yang tahu. Polis yang penyangak memang bunuh orang, seperti dalam kebanyakan kes reman," penganalisis politik itu memberitahu The Malaysian Insider ketika ditanya pendapatnya mengenai motif pembunuhan itu.

Azilah sedang berhadapan hukuman mati manakala Sirul melarikan diri ke Australia. Pihak berkuasa Malaysia sedang memohon agar dia diekstradisikan.

Keterangan dalam mahkamah mendedahkan wanita Mongolia itu dibunuh sama ada dengan bahan letupan C4 atau dibunuh terlebih dahulu dan mayatnya dihapuskan pada 18 Oktober 2006, di pinggir bandar Shah Alam, berhampiran ibu kota Kuala Lumpur.

Semasa perbicaraan, Razak yang juga rapat dengan Datuk Seri Najib Razak, mendapatkan pertolongan Musa kerana tidak tahan dengan gangguan daripada Altantuya.

Musa pada masa itu merupakan pembantu peribadi Najib, yang ketika itu timbalan perdana menteri.

Hakim Mahkamah Persekutuan memutuskan kegagalan memanggil Musa adalah punca kekalahan kes pendakwaan itu. – 31 Januari, 2015.-tmi 

23 Januari 2015

“Noh Bohong” – Azmin

Azmin Ali
PETALING JAYA: Mohamed Azmin Ali menempelak dakwaan Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor (MTPNS), Datuk Seri Noh Omar kononnya kerajaan negeri pimpinannya enggan bekerjasama dalam membangunkan projek kerajaan Persekutuan.
Menyifatkan dakwaan tersebut sebagai satu pembohongan, Menteri Besar itu sebaliknya menunding jari kepada kerajaan Persekutuan hingga menyebabkan dua projek di negeri itu terbantut.
“Dakwaan Datuk Seri Noh Omar itu adalah satu pembohongan. Sebenarnya kerajaan Persekutuan sendiri tidak memberikan kerjasama kepada kerajaan negeri.
“Sebagai contoh, kita ada jawatankuasa tindakan negeri untuk melihat kemajuan projek-projek persekutuan. Mereka enggan beri kerjasama, tak mahu datang mesyuarat, tak mahu berikan senarai projek…jadi bagaimana kita nak pantau,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melancarkan majlis pecah tanah projek ‘Rumah Selangorku Idaman PKNS Kota Puteri’ di Batu Arang, Khamis, lapor mStar Online.
Sebelum ini, Noh menjemput Azmin untuk meninjau sendiri dua projek kerajaan Pusat di Selangor yang terbantut berikutan syarat-syarat keterlaluan yang dikenakan kerajaan negeri.
Dua projek berkenaan ialah pembinaan kampus Universiti Kuala Lumpur-Institut Teknologi Penerbangan Malaysia (UniKL-MIAT) di Subang dan projek bangunan tambahan Maktab Pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Hulu Selangor.
Sementara itu, ditanya sama ada beliau akan menyahut pelawaan Noh untuk turun padang meninjau dua projek berkenaan, Azmin secara sinis mengakui sedia bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan.
“Saya bersedia bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan, namun mereka kena tentukan siapa wakil mereka.
“Tapi kata (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) beliau tak terima Datuk Seri Noh, apa boleh saya buat?” katanya. FMT

Anwar bercumbu-cumbuan dengan Najib – Kadir Jasin

anwar najib2

PETALING JAYA: Wartawan veteren, Datuk A. Kadir Jasin mengingatkan bahawa Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak merupakan lawan yang mudah dalam tempur percaturan politik bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau menyatakan, dalam permainan dan percaturan politik semasa, Ketua Umum PKR itu diangkat sebagai watak protagonis kepada media arus perdana untuk menyerang Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin.
Jelasnya, percaturan dan cerita politik yang berlaku hari ini menunjukkan dalam politik tidak ada musuh yang kekal, dan menambah: ”Yang kekal hanyalah kepentingan bersama.”
“Kalau Anwar boleh berkasih-kasihan dengan Dr Mahathir selama 16 tahun dalam UMNO dan kerajaan, tidaklah mustahil bagi Anwar bercumbu-cumbuan dengan Mohd Najib. Kalau ini permainan catur, Anwar pasti tahu Mohd Najib lebih mudah dimakan berbanding Dr Mahathir dan Daim,” tulisnya dalam entri terbaru blog kadirjasin.blogspot.com.
Beliau mengulas faktor politik yang menyebabkan seorang lagi wartawan veteran yang juga bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin mengambil keputusan berhenti draipada menulis mengenai politik semasa negara akibat ditekan dan diugut oleh pencatur perang saraf bagi Perdana Menteri.
Kadir juga mengingatkan tindakan media arus perdana kawalan pemerintah menyerang Daim merupakan strategi luar biasa yang boleh menjadi senjata makan tuan.
Katanya, dalam keadaan sekarang Anwar telah termasuk dalam perangkap perang saraf apabila beliau berperang kepada regu kuatnya selama berada dalam UMNO dan kerajaan.
”Jadi melaga-lagakan bekas ‘tiga sahabat’ itu adalah strategi bijak,” kata beliau, dan menambah, ”kemungkinan wujud hasrat tersirat dan persefahaman belakang tabir berbentuk ‘quid pro quo’ antara Mohd Najib dan Anwar memandangkan kedua-dua mereka mempunyai ‘isu-isu’ yang mungkin boleh dirungkaikan atau, setidak-tidaknya pun, dikurangkan impaknya kalau mereka saling bantu membantu.”
Kadir menjelaskan, Mohd Najib bertindak balas terhadap Dr Mahathir dan Daim yang sebelum ini mengasaknya secara bertubi-tubi sebagai Perdana Menteri, suami dan Presiden UMNO.
Katanya, Perdana Menteri menukar strategi perang saraf selepas pendekatannya berdiam diri tidak membantu meredakan serangan kedua-dua bekas pemimpin parti dan kerajaan.
”Premis mereka ialah ancaman terdekat terhadap Mohd Najib adalah Dr Mahathir dan Daim. Dalam masa terdekat dua orang veteran itu boleh menggugat kedudukan Mohd Najib sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO.
”Jadi keutamaan Mohd Najib adalah mengatasi cabaran yang berpunca daripada Dr Mahathir dan Daim. Maka menjatuhkan imej dan kewibawaan mereka adalah pilihan utama dan terbaik bagi Mohd Najib,” jelas beliau. FMT

Golongan feudal kuasai hierarki UMNO

Daim Zainuddin
KUALA LUMPUR: Selain beberapa orang seperti Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir, orang muda yang lain tidak dapat menonjol bakat dalam UMNO.
Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin berkata, keadaan itu berlaku kerana budaya UMNO ialah burung merak biasanya tidak boleh survive sehingga ramai memilih cara bijak dengan menjadi bunga kecil yang tidak menonjol.
“Pemuda Melayu yang berpendidikan agak sukar untuk mendapat jawatan walaupun di peringkat bahagian golongan ‘feudal’ akan memastikan mereka tidak berpeluang untuk bersinar dan menghalang mereka memanjat di peringkat bahagian.
“Usaha golongan ini untuk melindungi diri sendiri menyebabkan parti perlu membayar kosnya,” katanya, lapor China Press.
Daim menegaskan, budaya UMNO mesti diubah dan pemimpin parti juga harus berani melakukan transformasi.
Katanya, beliau pada masa ini hanya terdengar terdapat dua orang wakil rakyat yang menawar diri untuk berundur dan tidak bertanding dalam pilihan raya akan datang.
“Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang lain hanya berdiam diri.
“Inilah UMNO di mana setiap orang juga merasa diri mereka ada peluang untuk menang, setiap ketua bahagian juga menyatakan diri melakukan kerja dengan baik,” katanya. FMT

Kepimpinan Najib diselubungi banyak masalah

najib umno2
PETALING JAYA: Keadaan dalam UMNO dilihat semakin kritikal apabila ramai ahlinya yang tampil menegur, mengkritik serta mendesak Datuk Seri Najib Razak supaya berundur daripada terus menerajui kepimpinan parti.
Bekas Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Shahbudin Husin menyatakan, Presiden UMNO itu perlu merenung kambali saranan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya pemilihan parti dibuat sebelum pilihan raya umum.
“Kebimbangan UMNO, Najib yang diselubungi dengan pelbagai masalah, pekung dan kudis, lebih mungkin membawa Barisan Nasional (BN) dan UMNO ke lembah kekalahan berbanding menjejak mercu kejayaan dalam pilihan raya akan datang,” jelasnya dalam entri terbaru blog beliau shahbudindotcom.blogspot.com.
Menurut beliau, kata-kata perubahan yang ingin dibawa Najib sebelum ini hanyalah retorik semata-mata kerana sehingga kini tiada perubahan yang dibuat, sama ada melibatkan pengurusan UMNO, kerajaan, hubungan kaum, agama, menangani krisis, masalah berkaitan isteri, pegawai dan penasihat serta pelbagai lagi.
Malah, dakwa blogger itu, hutang negara kian bertambah, ekonomi merosot, pasaran saham dan nilai ringgit merudum, kehidupan rakyat terutama di luar bandar terjejas dan negara seolah-olah terperangkap dengan seribu satu masalah yang tidak berkesudahan.
Jelas Shahbudin, cara yang terbaik bagi Najib menguji dirinya sama ada diterima atau ditolak ahli UMNO boleh dijawab dengan mengadakan pemilihan semula dalam masa terdekat, pada masa sama parti dapat menentukan bahawa beliau layak untuk terus menerajui parti atau tidak sebelum pilihan raya umum 2018.
“Kalau dirasakan Najib akan membawa kekalahan, inilah masanya melakukan perubahan dan memilih pemimpin lain yang lebih diyakini. Pilihlah antara Muhyiddin, Zahid Hamidi, Hishammuddin Hussein, Shafie Apdal atau sesiapa saja yang dirasakan lebih layak,” tambahnya.
Pada masa sama, beliau berkata, pemilihan tersebut juga merupakan ujian kepada seluruh ahli UMNO sama ada benar-benar mahukan perubahan dan keinginan menangi pilihan raya akan datang masih menjadi keutamaan.
Katanya, tindakan sedemikian perlu dilakukan Najib apabila ada suara mengatakan beliau mungkin bersatu dan ”cium mulut” dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menyelamatkan masa depan politik dalam UMNO.
“Ia terpancar daripada kesungguhan media arus perdana yang di bawah kawalan Najib mulai memberi ruang yang amat luar biasa kepada Anwar dan PKR untuk menyerang Tun Daim Zainuddin.
“Najib dengan Anwar tidak dianggap mustahil dan episod lawan bertukar jadi kawan adalah perkara biasa dalam politik dan percaturan kuasa,” katanya. FMT

Rizab Antarabangsa Malaysia “Hilang” RM73.08 Bilion Daripada US$131.5 Bilion (2015) Kepada Hanya US$111.2 Bilion (2014) Sahaja

rizab antarabangsa malaysia
Rizab Antarabangsa Malaysia “Hilang” RM73.08 Bilion Daripada US$131.5 Bilion (2015) Kepada Hanya US$111.2 Bilion (2014) Sahaja : Sekarang ini negara Malaysia sudah pun melepasi tempoh 2 minggu pertama bulan januari 2015 yang mana merupakan tempoh yang sangat panjang sepanjang tempoh tersebut. Macam-macam berlaku kepada Malaysia. Berdasarkan semakan berita Semasa… rizab antrabangsa Malaysia telah jatuh sejumlah US$4.8 bilion bersamaan dengan RM17.3 bilion dalam tempoh 2 minggu sahaja.
Semuanya dek kerana tekanan yang begitu hebat dikenakankan terhadap akaun semasa dan nilai ringgit Malaysia selepas harga minyak berada pada paras yang kurang menyenangkan kepada kerajaan Malaysia pada ketika ini.
BACA SINI : Buat Loan Kereta 2013 (7 Tahun Max). Personal Loan 10 Tahun BNM Nafi, Julai 2013 Tetap Dilaksanakan!

Rekod Rizab Antarabangsa Malaysia September 2014 Hingga Januari 2015?

Berikut adalah rekod rizab antarabangsa Malaysia :
  • Bulan September 2014 : Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) : US$131.5 bilion :
  • Pada akhir tahun 2014 : US$116 bilion
  • Sehingga 15 Januari 2015 : Hanya tinggal US$111.2 bilion sepertimana yang diumumkan sendiri oleh Bank Negara baru-baru ini.
Dalam tempoh 3 bulan sahaja, rizab antarabangsa Malaysia telah “hilang” sebanyak RM73.08 bilion.
P/S : jikalau sebelum ini, rizab yang Malaysia ada mampu membiayai 9.4 bulan import tertangguh, tetapi hari ini rizab yang sedia ada hanya mampu membiayai lebih lapan bulan import tertangguh sahaja.
beritasemasa.com.my