SPECIAL ADS

28 September 2016

AKTA GSA : UNDANG-UNDANG BERHANTU?


Ramai dikalangan peneroka-peneroka Tanah Rancangan Felda menganggap Group Settlement Act (Akta GSA – Akta Penempatan Berkelompok) 1960 sebagai ‘undang-undang berhantu’ yang memenjarakan mereka dan membataskan hakmilik yang mereka perolehi.

Melalui akta tersebut Felda dikatakan bertindak sebagai tuan ladang yang sangat berkuasa, sementara para peneroka pula hanya ‘pekerja di ladang sendiri’ yang terpaksa meletakkan kesetiaan penuh kepada tuannya. Begitulah kefahaman yang tidak pernah terungkai dalam akta berkenaan.



Seorang peguam Wan Rohimi Wan Daud telah membuat pendedahkan bahawa kefahaman peneroka berkaitan Akta GSA adalah salah dan melencong sama sekali. Dalam perkara ini kefahaman peneroka Felda perlu diperbetulkan untuk kebaikan peneroka itu sendiri.

Terutama mengenai dakwaan bahawa Felda berkuasa mutlak melalui Akta GSA. Ini amat mengelirukan  peneroka dan dianggap  ‘tahyul yang mengadudombakan’ dan ‘mitos yang menyesatkan’ untuk menekan dan menindas peneroka bagi menghalang mereka melaksanakan sebarang aktiviti yang tidak digemari agensi tersebut. 



Secara jelas bahawa sebidang tanah di tanah rancangan, dari aspek mengusahakan mahupun pemilikannya, sebenarnya berada dalam bidang kuasa Kerajaan Negeri. Dimana Felda hanyalah sebagai agensi  pemaju dan pengurusan sahaja. 

Jelas bahawa tujuan asas kepada penggubalan Akta GSA ialah untuk memberi panduan kepada Kerajaan Negeri bagi mengawalselia pemberian tanah kepada rakyat luar bandar.

Bahkan selepas seseorang peneroka melangsaikan hutang memajukan tanah dan kemudiannya mendapat geran, beliau bebas dan tidak terikat lagi dengan akta tersebut. Sementara tanah disesuatu rancangan di situ bebas sepenuhnya daripada Felda selaku pemaju tanah dan menjadi sebuah perkampungan biasa.


Kalau kita baca Handsard Parlimen - Ucapan pembentangan Akta GSA oleh Tun Razak pada 27 April 1960, 50 tahun dulu, kita akan lihat dengan jelas amanat Tun Razak untuk "beri tanah kepada rakyat yang tidak bertanah", membantu masyarakat luar bandar dan mengkayakan rakyat yang miskin. Nampaknya amanat Tun Razak telah dikuburkan oleh semua pembesar dan pemimpin Felda sekarang, termasuk oleh anak kesayangan Tun Razak sendiri.

Menurut hasrat Tun Razak, Akta GSA digubal di bawah Fasal 76 (4) Perlembagaan Persekutuan, adalah bertujuan untuk memberikan tanah kepada rakyat yang tidak bertanah serta menambah pemilikan tanah tidak mencukupi bagi penduduk luar bandar untuk membolehkan mereka mencari nafkah dengan sempurna.

Felda sendiri yang ditubuhkan pada 1 Julai 1956 adalah bertujuan membuka tanah hutan untuk dijadikan tanah pertanian dengan hasrat meningkatkan taraf sosio-ekonomi masyarakat di kawasan luar bandar. 

Sebagai agensi pemaju dan pengurusan, Felda berfungsi menyusun semula masyarakat dan mengurangkan kadar kemiskinan masyarakat terutama 
di kawasan luar bandar. Melalui objektif utamanya, Felda mahu memajukan kawasan pertanian secara produktif dan sempurna dengan mengamalkan pengurusan pertanian yang berkesan serta membentuk sebuah kelompok masyarakat peneroka yang maju, produktif dan berdisiplin bagi meningkatkan taraf hidup. 

Namun di sebalik semua itu, kerajaan negeri sebenarnya tetap mempunyai kuasa mutlak menentukan dasar terhadap tanah-tanah miliknya tetapi tidak menjadi amalan atau langsung tidak disedari selama ini. Antaranya menurut Seksyen 36 akta tersebut kerajaan negeri berhak menentukan pelantikan Pengurus Rancangan Felda.

Dalam hal ini, difahamkan pelantikan pengurus-pengurus rancangan tidak pernah dirujuk kepada kerajaan negeri. Akibatnya mereka dikatakan menjadi terlalu berkuasa dan bebas bertindak apa sahaja kepada peneroka, termasuk mengusir mereka apabila difikirkan bersalah. Walhal pada hakikatnya para peneroka adalah tuan tanah.



Di bawah Seksyen 36 juga, Felda hanya boleh membuat sebarang peraturan, polisi atau undang-undang kecil di setiap tanah rancangan selepas mendapat kebenaran dan kelulusan pihak berkuasa negeri.

Oleh kerana Felda dianggap berkuasa selama ini, banyak peraturan yang menyebabkan sentiasa dalam keadaan tertekan dan dalam masa yang sama Felda mengaut keuntungan besar tanpa mempedulikan kebajikan dan hak peneroka.

Antaranya mewajibkan peneroka menjual buah sawit ke kilang Felda. Dengan cara ini Felda memonopoli dan memanupulasi gred buah sehingga dibayar sesuka hati atau mengikut gred rendah berbanding kilang-kilang lain. Malangnya rungutan peneroka tidak pernah dipedulikan.

Peneroka yang berhasrat untuk mengusahakan sendiri tanam semula tidak mendapat layan yang seadilnya, dimana peneroka tidak boleh menuntut wang tabung tanam semula yang telah dicarum oleh mereka melalui potongan selama 20 tahun yang dianggarkan sebanyak RM17,000 seorang. 
 .

23 September 2016

'MAKMAL PEMANTAPAN FELDA' FOKUS PENAMBAHBAIKKAN FELDA


Kehadiran lebih 15,000 warga peneroka dari seluruh negara hadir menyambut Hari Peneroka Felda Peringkat Kebangsaan 2016 di Stadium Tun Abdul Razak Jengka, Pahang pada 23 September 2016

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba pada pukul 9.30 pagi untuk merasmikan sambutan berkenaan yang kali kedua diadakan di wilayah sama.

Yang hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim dan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad.

Dalam majlis sambutan bertemakan 'Mensyukuri Nikmat: Kebersamaan dan Kebersatuan ' itu, Perdana Menteri telah merasmikan Stadium Felda Tun Abdul Razak bernilai RM92 juta yang menggunakan rumput tiruan diiktiraf dunia hasil cetusan idea beliau semasa sambutan Hari Peneroka Felda Kebangsaan 2011 di Bandar Tun Razak di sini.

Beliau turut melancarkan modul Gerakan Kesejahteraan Keluarga (GKK) Felda yang dibangunkan semula bagi merealisasikan pembangunan keluarga berasaskan konsep kebersamaan dan kebersatuan komuniti Felda.

Perdana Menteri juga menyampaikan Anugerah Keceriaan Kampung Felda selain Anugerah Khidmat Bakti kepada bekas peneroka yang telah berkhidmat cemerlang serta memberi sumbangan terhadap kemajuan tanah rancangan tersebut.

Kemenangan untuk kategori utama yang membolehkan tanah rancangan tersebut membawa pulang wang tunai berjumlah RM1 juta dengan hadiah disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Felda Ulu Penggeli berjaya meraih anugerah itu kerana berjaya menguruskan kebersihan, keceriaan dan keindahan kawasan kampung Felda di samping aspek kualiti komuniti.
Anugerah lain yang akan disampaikan adalah Anugerah Masjid Terbaik dan Tokoh Imam yang disenarai pendek daripada 263 masjid di tanah rancangan berkenaan atau masjid di bawah pentadbiran Felda.. Tiga masjid yang dianugerahkan sebagai masjid contoh sempena Sambutan Hari Peneroka 2016 diberikan kepada Masjid Nurul Hidayah, Gua Musang manakala tempat kedua dan ketiga ialah Masjid Felda Ulu Tebrau, Johor Bahru dan Masjid Felda Serting Hilir, Jempol, Negeri Sembilan.

Selain itu, khidmat imam masjid juga tidak dilupakan dengan pengiktirafan melalui Anugerah Tokoh Imam Felda kepada Yusof Saad dari Felda Mempaga diikuti Md Sharafi Zakaria, dari Trolak dan Mohd Rasiab Tahar dari Gua Musang.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut menyampaikan Anugerah Khas iaitu Anugerah Komuniti Cemerlang dimenangi oleh Felda Sahabat 4/5, Anugerah Landskap Rancangan dimenangi Felda Heng Selatan, Anugerah Inovasi Rancangan kepada Felda Ghafar Machap dan Felda Kemahang 2 yang meraih Anugerah Ekonomi Rancangan.

Menurut Najib, walaupun Felda telah mengecapi pelbagai kejayaan sejak penubuhannya itu, namun sebagai pewaris kepada legasi ayahandanya Tun Razak, beliau masih belum berpuas hati dan sentiasa berusaha untuk melakukan lebih banyak penambahbaikan.

Antara ucapan yang mencuit hati orang ramai, Perdana Menteri berkata, “Saya nak lepaskan Felda cukup susah, patut saya tidak pegang Felda, tetapi kerana Felda telah sebati dengan saya dan keluarga, maka saya tetap bersama-sama untuk beri sokongan dan bantuan supaya Felda akan terus berjaya, dapat lebih banyak keselesaan,” katanya

Untuk itu, Najib berkata sebagai langkah tranformasi, kerajaan melakukan penambahbaikan terhadap tadbir urus Felda dan hal itu akan dibincangkan dengan lebih teliti dalam ‘Makmal Pemantapan Felda’ yang diselaraskan oleh PEMANDU PMO dianggotai oleh badan & Agensi Kerajaan dan NGO-SGK2F (Suara Generasi Ke 2 Felda), dimana telah membentangkan beberapa resolusi dan rumusannya akan diumumkan tidak lama lagi. 
“Saya dengar di hujung telinga, ada sok-sek orang buat memorandum, ada yang dah jumpa saya kata (Felda) dah ambil buah tetapi bayar lambat, buat rumah tetapi mahal, kutip buah masih bersepah, penyata tak lengkap dan lambat keluar, saya dengar semua ini.
Sementara, Felda dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada petugas media pada majlis berkenaan berkata, sejak tahun 2000 sehingga kini, entiti itu memperuntukkan lebih RM4.46 bilion kepada warga peneroka sama ada dalam bentuk geran atau pinjaman.

Daripada jumlah itu, katanya, lebih RM370 juta diperuntukkan bagi pembiayaan pendidikan dan lebih RM48 juta untuk pembiayaan keusahawanan.

''Felda selama ini memberi kebajikan dari segi sara hidup, pendapatan hasil, membiayai infrastruktur, program pendidikan, latihan kemahiran, pembesaran rumah, program keusahawanan, pembelian komputer dan saham,'' kata kenyataan itu.

'MAKMAL PEMANTAPAN FELDA' FOKUS PENAMBAHBAIKKAN FELDA


Kehadiran lebih 15,000 warga peneroka dari seluruh negara hadir menyambut Hari Peneroka Felda Peringkat Kebangsaan 2016 di Stadium Tun Abdul Razak Jengka, Pahang pada 23 September 2016

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba pada pukul 9.30 pagi untuk merasmikan sambutan berkenaan yang kali kedua diadakan di wilayah sama.

Yang hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim dan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad.

Dalam majlis sambutan bertemakan 'Mensyukuri Nikmat: Kebersamaan dan Kebersatuan ' itu, Perdana Menteri telah merasmikan Stadium Felda Tun Abdul Razak bernilai RM92 juta yang menggunakan rumput tiruan diiktiraf dunia hasil cetusan idea beliau semasa sambutan Hari Peneroka Felda Kebangsaan 2011 di Bandar Tun Razak di sini.

Beliau turut melancarkan modul Gerakan Kesejahteraan Keluarga (GKK) Felda yang dibangunkan semula bagi merealisasikan pembangunan keluarga berasaskan konsep kebersamaan dan kebersatuan komuniti Felda.

Perdana Menteri juga menyampaikan Anugerah Keceriaan Kampung Felda selain Anugerah Khidmat Bakti kepada bekas peneroka yang telah berkhidmat cemerlang serta memberi sumbangan terhadap kemajuan tanah rancangan tersebut.

Kemenangan untuk kategori utama yang membolehkan tanah rancangan tersebut membawa pulang wang tunai berjumlah RM1 juta dengan hadiah disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Felda Ulu Penggeli berjaya meraih anugerah itu kerana berjaya menguruskan kebersihan, keceriaan dan keindahan kawasan kampung Felda di samping aspek kualiti komuniti.
Anugerah lain yang akan disampaikan adalah Anugerah Masjid Terbaik dan Tokoh Imam yang disenarai pendek daripada 263 masjid di tanah rancangan berkenaan atau masjid di bawah pentadbiran Felda.. Tiga masjid yang dianugerahkan sebagai masjid contoh sempena Sambutan Hari Peneroka 2016 diberikan kepada Masjid Nurul Hidayah, Gua Musang manakala tempat kedua dan ketiga ialah Masjid Felda Ulu Tebrau, Johor Bahru dan Masjid Felda Serting Hilir, Jempol, Negeri Sembilan.

Selain itu, khidmat imam masjid juga tidak dilupakan dengan pengiktirafan melalui Anugerah Tokoh Imam Felda kepada Yusof Saad dari Felda Mempaga diikuti Md Sharafi Zakaria, dari Trolak dan Mohd Rasiab Tahar dari Gua Musang.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut menyampaikan Anugerah Khas iaitu Anugerah Komuniti Cemerlang dimenangi oleh Felda Sahabat 4/5, Anugerah Landskap Rancangan dimenangi Felda Heng Selatan, Anugerah Inovasi Rancangan kepada Felda Ghafar Machap dan Felda Kemahang 2 yang meraih Anugerah Ekonomi Rancangan.

Menurut Najib, walaupun Felda telah mengecapi pelbagai kejayaan sejak penubuhannya itu, namun sebagai pewaris kepada legasi ayahandanya Tun Razak, beliau masih belum berpuas hati dan sentiasa berusaha untuk melakukan lebih banyak penambahbaikan.

Antara ucapan yang mencuit hati orang ramai, Perdana Menteri berkata, “Saya nak lepaskan Felda cukup susah, patut saya tidak pegang Felda, tetapi kerana Felda telah sebati dengan saya dan keluarga, maka saya tetap bersama-sama untuk beri sokongan dan bantuan supaya Felda akan terus berjaya, dapat lebih banyak keselesaan,” katanya

Untuk itu, Najib berkata sebagai langkah tranformasi, kerajaan melakukan penambahbaikan terhadap tadbir urus Felda dan hal itu akan dibincangkan dengan lebih teliti dalam ‘Makmal Pemantapan Felda’ yang diselaraskan oleh PEMANDU PMO dianggotai oleh badan & Agensi Kerajaan dan NGO yang diberi kepercayaan SGK2F (Suara Generasi Ke 2 Felda), dimana telah membentangkan beberapa resolusi dan rumusannya akan diumumkan tidak lama lagi. 
“Saya dengar di hujung telinga, ada sok-sek orang buat memorandum, ada yang dah jumpa saya kata (Felda) dah ambil buah tetapi bayar lambat, buat rumah tetapi mahal, kutip buah masih bersepah, penyata tak lengkap dan lambat keluar, saya dengar semua ini.
Sementara, Felda dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada petugas media pada majlis berkenaan berkata, sejak tahun 2000 sehingga kini, entiti itu memperuntukkan lebih RM4.46 bilion kepada warga peneroka sama ada dalam bentuk geran atau pinjaman.

Daripada jumlah itu, katanya, lebih RM370 juta diperuntukkan bagi pembiayaan pendidikan dan lebih RM48 juta untuk pembiayaan keusahawanan.

''Felda selama ini memberi kebajikan dari segi sara hidup, pendapatan hasil, membiayai infrastruktur, program pendidikan, latihan kemahiran, pembesaran rumah, program keusahawanan, pembelian komputer dan saham,'' kata kenyataan itu.

18 September 2016

DEMI RAKYAT !!! PENEROKA PERLU DIBELA, BUKAN DI MANIPULASI DAN DI DISKRIMINASI


FELDA (Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan) telah ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di bawah Ordinan Kemajuan Tanah 1956 untuk pembangunan tanah dan penempatan semula dengan objektif pembasmian kemiskinan tegar melalui penanaman sawit dan getah.

Nampaknya Felda kini sudah lari dari landasan dan dasar sebenar, dimana Felda telah melepasi dari peranan yang sewajarnya. 

Beberapa persoalan ketidakpuas hati dan rungutan yang sering dibangkitkan oleh peneroka Felda ketika ini. Antara isu-isu yang sering dibangkitkan, ialah:



1. Greding Sawit. 

Realitinya peneroka menghadapi greding sawit yang amat rendah dan tidak munasabah. Rata-rata buah sawit peneroka di seluruh negara diberikan greding pada sekitar 17%. Kadar Perahan Gred (KPG) hingga 19% KPG sahaja. Buah-buah sawit peneroka hakikatnya berhak kepada greding yang lebih baik dari itu.


Berdasarkan beberapa ujian yang dibuat secara berasingan, terdapat buah-buah sawit yang masak (iaitu apabila 8 biji buah sawit gugur dari tandan sawit, sebagaimana di syaratkan oleh Manual Penggredan MPOB – Malaysian Palm Oil Board) yang melebihi 25% KPG. Kehilangan bagi setiap peratus KPG bagi setiap tan sawit, akan menyebabkan peneroka kehilangan pendapatan bagi setiap tan (bergantung kepada harga semasa sawit).



Menjadi rungutan peneroka dalam menentukan greding sawit iaitu apabila peneroka membawa buah sawit mereka ke Kilang Felda, akan membuat potongan kononnya 'buah reject'. Buah reject ini seperti tangkai panjang, buah muda dan buah mekal dan sebagainya.



Apabila buah sawit yang dikenakan reject ini hendak dibawa pulang oleh peneroka tidak dibenarkanpula. Kononnya buah sawit yang direject diambil kembali oleh Kilang Felda untuk di proses bersama-sama dengan buah yang baik ini. Adakah ini suatu manipulasi?



Setiap perbezaan 1% KPG, peneroka kerugian RM25 ke RM30. Sekiranya lapan (8) tan, peneroka kerugian sekurang-kurangnya RM1,200 setiap bulan jika perbezaan KPG adalah 6% (25% ditolak 19%). 


Felda meletakkan syarat yang ketat untuk 'greding' buah sawit peneroka. Walaupun syarat dipenuhi tetapi KPG tidak pernah melebihi 19%. 

Buah sawit dari luar mendapat KPG yang lebih tinggi walaupun berasal dari ladang peneroka. Buah sawit peneroka belum diproses tetapi kilang telah menetapkan KPG buah sawit itu yang baru dihantar ke kilang sawit Felda.

Persoalannya, kenapakah pihak FELDa menetapkan bahawa KPG tidak boleh melebihi 19%. Bukankah itu merupakan diskriminasi terhadap peneroka-peneroka felda?




2Caruman Tabung Tanam Semula


Diperingkat awal menyertai Rancangan Tanah Felda, peneroka diwajibkan membayar melalui potongan wajib, wang caruman Tabung Tanam Semula sebanyak RM4 bagi setiap ekar selama 20 tahun. Ini membawa maksud setiap seorang peneroka dipaksa mencarum sebanyak RM40 (bagi 10 ekar tanah ladang) selama tempoh 20 tahun.

Caruman tersebut adalah wang peneroka, untuk tujuan simpanan bagi mengendalikan aktiviti menanam semula sawit selepas pokok sawit mencecah umur 25 tahun, atau tidak lagi ekonomik untuk diusahakan.

Malangnya, bagi peneroka yang enggan menyerahkan urusan tanam semula kepada Felda Tecnoplant (anak syarikat Felda) dan enggan menyerahkan pengurusan ladang kepada Felda, mereka tidak akan dibenarkan menuntut wang caruman sebanyak RM17,000 walau pun selepas 10 tahun, 15 tahun peneroka tanam semula ladang dengan wang sendiri pun, Felda masih lagi enggan membayar caruman peneroka. Dengan pelbagai alasan yang dikemukakan oleh Felda untuk melengah dan menyusahkan peneroka.

Walhal, peneroka yang menyerahkan kembali urusan tanam semula kepada pengurusan ladang Felda, tiap-tiap bulan Felda membuat potongan sebanyak 57.21% tanpa gagal.

Ini bermakna Felda sebenarnya berhutang sebanyak RM17,000 seorang (bagi yang memiliki ladang seluas 10 ekar) kepada setiap peneroka.

Realitinya pada kos tanam semula Felda adalah begitu tinggi berbanding dengan kos tanam semula yang dilakukan oleh Sime Darby, IOI dan sebagainya. "Sepatutnya kos tanam semula kali kedua lebih murah disebabkan jalan pertanian, perparitan, teres sudah sempurna, dengan demikian Felda tidak perlu buat,” katanya.


3. Surat Perjanjian Peneroka

Ramai yang memperkatakan Surat Perjanjian Antara Peneroka dengan Felda yang dibuat adalah berat sebelah. Lebih kurang 80% terma-terma yang dibentuk lebih memihak kepada Felda.

Pada dasarnya perjanjian itu tidak salah. Tetapi perbuatan memanipulasi perjanjian tersebut untuk mengeliru dan lebih memihak dan menjaga kepentingan Felda itu sendiri.

Sepatutnya perjanjian yang dibuat, lebih kepada situasi menang dan menang, bukan berat sebelah. Ini kerana peneroka yang terpilih menyertai tanah rancangan adalah terdiri dari rakyat yang miskin yang tidak bertanah yang ingin mengubah kehidupan yang lebih baik.



4. Penyata Hutang Peneroka

Felda tidak menyedia dan mengeluarkan penyata hutang yang lengkap kepada peneroka. Kalau kita buat pinjaman perumahan atau beli kereta, 6 bulan sekali bank akan memberikan kita penyata hutang yang lengkap dan kita akan tahu jumlah sebenar hutang berbaki, faedah yang dikenakan, serta bayaran yang telah dibuat.

Perkara ini tidak disediakan oleh Felda kepada Peneroka. Kadang-kadang hutang peneroka tahun lepas, adalah lebih rendah daripada hutang terkini. Jadi ruang ini digunakan untuk mengenakan caj-caj yang meragukan serta membebankan peneroka.

Jelas, Felda tidak menyediakan penyata lengkap kos pembangunan tanam semula hingga hutang peneroka begitu tinggi dan tidak munasabah. Rata-rata peneroka dibebani hutang antara RM100,000 ke RM200,000/Peneroka.

Felda juga masih mengekalkan kadar faedah atas kos tanam semula 6.25 peratus hingga sekarang. "6.25 peratus mengambil kira pinjaman yang dibuat oleh Felda melalui Bank Dunia (sedangkan) pada tahun 1996, walhal hutang dengan Bank Dunia telah langsai."

Terdapat laporan dari NGO JKB-SGK2F, menyatakan penyata hutang peneroka hilang dari tahun 2005 hingga 2008. Bagaimana profesionalisma mereka? Dimana Jabatan Kewangan Felda minta penyata hutang peneroka dipurata dan diselaraskan. Dimana keadilan?



5. Akta GSA (Akta Penempatan Berkelompok)

Jika dikaji pada Akta GSA, hubungan pemilikan tanah adalah kuasa mutlak Kerajaan Negeri. Ia tiada kaitan dengan Felda. Maknanya Kerajaan Negeri boleh berikan hakmilik kepada peneroka, walau pun masih terdapat hutang kepada Felda. 


Hubungan peneroka dengan Felda berkenaan hutang, adalah hubungan kontrak. Hubungan peneroka dengan Kerajaan Negeri adalah berkenaan milikan tanah. Ia adalah dua hubungan yang berbeza dan tidak berkaitan.

Merujuk kepada kenyataan seorang peguam terkenal Tuan Wan Rahimi Wan Daud menyebut, “Kerajaan Negeri berhak memberikan hak milik kepada semua peneroka yang layak dengan serta-merta”.

Tambahnya, apabila peneroka telah menerima hak milik, maka Akta GSA tidak lagi terpakai ke atas peneroka. Tiada siapa lagi yang boleh mengugut untuk menghalau peneroka dari kawasan rancangan. Lebih tepat, apabila Akta GSA sudah tidak lagi terpakai ke atas peneroka, perjanjian antara peneroka dan Felda juga akan berakhir.

Dengan demikian, Felda tidak berhak lagi mewajibkan peneroka menjual buah sawit mereka ke kilang Felda.

Hakikatnya, Perjanjian Peneroka dan Felda, serta Akta GSA hanya berkenaan dengan proses penyertaan peneroka seawal memasuki rancangan sehingga Hakmilik diberikan. Mereka ini dikategorikan sebagai "pendudukan dalam jangkaan hakmilik (in expectation of title)".

Sebenarnya, dibawah Akta GSA, Felda tidak mempunyai apa-apa kuasa pun. Semua kuasa di bawah Akta tersebut adalah pada Kerajaan Negeri. Selanjutnya apabila Felda melantik Pengurus Rancangan dan menggubal undang-undang kecil yang mengikat peneroka, maka ia perlu merujuk dan mendapat persetujuan Kerajaan Negeri – Land Collector – Pentadbir Tanah.

Felda tidak mempunyai kuasa mengusir peneroka, yangmana kuasa yang memperuntukkan bahawa kuasa mengusir adalah terletak pada Land Collector – Pentadbir Tanah. Itu pun jika peneroka melanggar peruntukan Akta GSA sahaja.

Justeru, pentingnya peneroka dikurniakan ‘Hakmilik’ kerana selepas Hakmilik dikeluarkan, tiada siapa lagi boleh mengusir peneroka termasuk Kerajaan Negeri sendiri.

Bila dibaca pada Handsard Parlimen - ucapan pembentangan Akta GSA oleh Tun Razak pada 27 April 1960, 50 tahun dulu, kita akan lihat dengan jelas amanah Tun Razak untuk "beri tanah kepada yang tidak bertanah", membantu masyarakat luar bandar, dan memakmurkan rakyat yang miskin. Nampaknya amanah Tun Razak telah diabaikan pada dasar yang sebenarnya.


6. Pendahuluan Hasil

Felda mengambil masa yang begitu lama untuk membuat pembayaran penuh. Pembayaran ini disekitar 2 tahun hingga 4 tahun selepas sawit dan getah mengeluarkan hasil, baharu Felda membuat pembayaran penuh kepada peneroka.

Pendahuluan hasil yang diberikan sangat terdedah pada manipulasi kerana tiada penyata lengkap mengenainya.



Kesimpulannya: Sistem yang dilaksanakan oleh Felda masa kini, membuatkan peneroka yang bersemadi ke liang lahad, akan terpaksa memindahkan beban hutang kepada waris – anak dan isteri selepas kematian mereka.

Dasar Felda yang mencari keuntungan di luar batas, kesannya titik akhirnya akan menyebabkan peneroka akan terus merempat di atas tanahnya sendiri.

Hari Peneroka Felda 2016: Sempena menyambut Hari Peneroka Felda yang akan disambut pada 23hb. September, 2016 ini di Stadium Tun Razak, Jengka, Pahang, rakyat berharap agar Perdana Menteri Malaysia Yang Amat Berhormat Dato' Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak dapat membuat pengumuman yang menggembirakan kepada peneroka Felda amnya khususnya menggarap ‘anjakan pradigma’ kepada peneroka dan Felda itu sendiri.

12 September 2016

Sistem Hutang Peneroka Felda Tidak Relevan, Perlu Di Kaji Semula


Bila hutang peneroka Felda dilambakkan dengan hutang yang tidak munasabah, tidak masuk akal, melampau dan bertimbun-timbun antara RM100,000 - RM200,000 banyaknya, peneroka menuntut supaya sistem hutang bayaran kembali dapat dikaji semula kerana sistem hutang peneroka yang ada sekarang sudah tidak relevan lagi. Banyak isu-isu hutang dibangkitkan oleh peneroka, antaranya:
  • Tidak mengikut perjanjian antara Felda dan Peneroka, dimana setiap suku tahun perlu dibentangkan penyata perbelanjaan dan pendapatan kepada peneroka. Malangnya Felda sebagai agensi yang bertanggungjawab tidak mematuhi terma perjanjian di perenggan 13 kepada perjanjian tersebut.
  • Penyata hutang peneroka tidak dibentang selepas 10 tahun. Ini mengakibatkan peneroka tidak mengetahui jumlah hutang mereka sebenarnya. Bila didesak, Felda melalui anak syarikatnya Felda Technoplant Sdn. Bhd hanya membentangkan 'Penyata Interim' yang meragukan dengan jumlah yang tidak munasabah.
  • Penyata hutang peneroka hilang dari rekod Felda dari tahun 2005 hingga 2008. Ini disuarakan oleh Jawatankuasa Suara Generasi kedua Felda apabila membuat penyemakan baru-baru ini. Apabila didesak, Felda menyarankan supaya hutang peneroka dipuratakan untuk memudahkan Jabatan Kewangan Felda membuat perkiraan.
  • Beberapa item-item transaksi lain dalam penyata interim meragukan
Tuntutan bagi kajian semula hutang Peneroka Felda ini bukanlah dibuat atas alasan politik atau emosi tetapi berlandaskan bahawa sehingga setakat ini Felda gagal mengeluarkan Penyata Kira-Kira Pendapatan dan Tanggungan Peneroka-Peneroka.

Didalam Penyata yang dikeluarkan oleh Felda hanya diletakkan item tanggungan sahaja tetapi tidak diletakkan item pendapatan.

Bahkan Felda gagal menyatakan bahawa wang tanam semula yang dicarumkan oleh Peneroka sebanyak RM17,000.00 yang dikutip dari Peneroka selama 15 tahun itu dimasukkan kedalam Kunci Kira-Kira.


Apabila seseorang Peneroka Felda itu menyerahkan ladang masing-masing untuk ditanam semula oleh Felda maka Felda/Felda Technoplant telah mengeluarkan perbelanjaan untuk menebang pokok-pokok asal, menyediakan anak-anak sawit/getah untuk ditanam, menyediakan pagar jika diperlukan, menyediakan baja dan racun, mengupah untuk tanaman semula dan menjaga/mengurus ladang yang ditanam semula itu; disamping itu mengeluarkan elaun sara hidup mengikut peringkat-peringkatnya bermula dengan elaun yang agak kecil dan sehinggalah RM1500.00 setiap bulan apabila ladang sudah mulai mengeluarkan hasil.

Perlu diingat bahawa daripada keseluruhan perbelanjaan yang dikeluarkan oleh Felda/Felda Technoplant itu termasuk juga wang caruman peneroka yang disimpan oleh Felda sebanyak RM17,000.00.

Penyata Hutang yang dikeluarkan oleh Felda menimbulkan syak wasangka daripada Peneroka-Peneroka kerana dalam tempoh 8 tahun selepas ditanam semula, peneroka-peneroka dikenakan hutang sehingga RM95,000.00. Bererti daripada ladang seluas 10 ekar milik peneroka-peneroka tersebut tidak mendatangkan walaupun 1 sen pendapatan kepada peneroka-peneroka itu.

Peneroka-peneroka akur bahawa dalam tempoh tahun 1 hingga ke tahun 3 selepas tanam semula, tidak ada pendapatan yang diperolehi dari ladang-ladang itu (namun caruman peneroka sebanyak RM17,000.00 itu perlu diambil kira). Peneroka akur bahawa dalam tempoh itu segala perbelanjaan termasuk elaun pinjaman sara hidup ditanggung oleh Felda.

Tetapi apabila masuk tahun ke-4, ladang-ladang mereka sudah mengeluarkan hasil, dan paling minima pada tahun ke-4 itu, ladang-ladang mereka sudah boleh mendatangkan pendapatan tidak kurang dari RM2000.00 sebulan, dan ladang-ladang yang sudah matang setelah masuk tahun ke-5 dan seterusnya boleh mendatangkan hasil tidak kurang dari RM5000.00.


Maka jika hutang peneroka Felda didalam tempoh 8 tahun itu sudah meningkat kepada RM95,000.00, mari pula kita lihat berapakah pendapatan Peneroka Felda setelah 4 tahun ditanam semula, kenapa hutang mereka tidak ditolak dari pendapatan?

Tahun keempat, dianggarkan pendapatan peneroka hanya sekadar RM2000.00 sebulan, maka didalam tempoh satu tahun adalah RM24,000.00.

Tahun kelima, dianggarkan pendapatan peneroka hanya sekadar RM3000.00 sebulan, maka didalam tempoh satu tahun adalah RM36,000.00.

Tahun keenam, dianggarkan pendapatan peneroka hanya sekadar RM4000.00 sebulan, maka didalam tempoh satu tahun adalah RM48,000.00.

Tahun ketujuh, dianggarkan pendapatan peneroka hanya sekadar RM6,000.00 sebulan, maka didalam tempoh satu tahun adalah RM72,000.00.

Tahun kelapan, dianggarkan pendapatan peneroka hanya sekadar RM7,000.00 sebulan, maka didalam temph satu tahun adalah RM84,000.00.

(Peneroka-Peneroka yang tanam sendiri berpendapatan jauh lebih tinggi daripada yang dianggarkan itu).

Apabila dihitungkan semua pendapatan peneroka mulai tahun ke-4 hingga tahun ke-8 setelah tanam semula adalah RM264,000.00.

Kenapa pendapatan sebanyak RM264,000.00 ini tidak diletakkan didalam Kunci Kira-Kira (dan jangan lupa wang caruman peneroka sebanyak RM17,000.00) menjadikan jumlah kesemuanya adalah RM231,000.00.

Maka apabila ditolak pendapatan peneroka (termasuk wang caruman sebanyak RM17,000.00) sejumlah RM231,000.00 dengan hutang yang tertanggung oleh Peneroka, Felda masih terhutang dengan peneroka sebanyak RM136,000.00.

Diatas landasan dan fakta inilah, Peneroka-peneroka Felda di seluruh negara berharap supaya YAB Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Felda dapat membuat pengumuman penting pada hari sambutan Hari Peneroka Felda Peringkat Kebangsaan 2016 di Stadium Tun Razak, Jengka, Pahang yang akan diadakan pada 23 September 2016 berharap supaya sistem hutang yang dikenakan oleh Felda kepada Peneroka sekarang ini di kaji semula, kerana sistem yang ada sekarang sudah tidak relevan dan menyusahkan rakyat.


10 September 2016

DERITA PENEROKA FELDA HINGGA AKHIR HAYAT

Hasil carian imej untuk peneroka felda

Sesungguhnya bersimpati dengan apa yang diluahkan oleh seorang pengguna laman sosial facebook yang bernama Zurina Amnan mengenai Penyata Hutang yang disediakan Techno Plant berjumlah RM146,502.32 dan tidak termasuk pinjaman baiki rumah sebanyak RM40 ribu.

Inilah antara isu besar kepada peneroka-peneroka yang  membangkitkan sekian lama. Rata-rata mereka masih menyimpan begitu banyak resit penyata Tanam Semula Peneroka yang menyatakan kedudukan hutang mereka. Setakat ini mengikut rekod, rata-rata peneroka menanggung hutang tanam semula disekitar jumlah RM100,000 ke RM200,000 dan ini adalah jumlah yang tidak 'masuk akal' hutang yang begitu tinggi.

Sebenarnya banyak aduan mengenai hutang peneroka yang telah dikemukakan kepada Felda tetapi tiada tindakan langsung untuk menyelesaikannya. 

Bila meneliti Kos Tanam Semula peneroka, terkandung dalam Perjanjian Tanam Semula dan Pengurusan Kebun antara Felda dengan Peneroka. Antaranya pinjaman sara hidup atau pendahuluan pendapatan, penyelenggaraan kebun, kos baja yang mahal dan ini adalah membebankan peneroka tanpa dikeluarkan penyata-penyata perbelanjaan dan pendapatan yang sepatutnya dibentang dan diberi kepada peneroka pada setiap suku tahun dari tarikh bermulanya tanam semula. Mengikut laporan, setelah sampai 10 tahun mereka baharu peneroka diberi penyata interim dengan jumlah-jumlah yang tidak munasabah dan meragukan.

Baru-baru ini terdapat laporan dari Jawatankuasa Suara Generasi Kedua Felda, mengatakan penyata hutang peneroka pada tahun 2005 hingga tahun 2008 telah hilang setelah mereka berjumpa dengan Ketua Pegawai Operasi Felda Teknoplant. Dimana profesionalisma dan ketelusan yang selama ini diagung-agungkan oleh Felda?

Selain daripada itu, Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) telah menubuhkan Jawatankuasa Menangani hutang peneroka dan telah mengemukakan aduan serta memorandum kepada SUHAKAM dan YAB Perdana Menteri tetapi tiada tindakan pun yang dilakukan oleh Kerajaan hingga setakat ini.

Kepedihan dan derita peneroka lebih terasa apabila hutang mereka bertimbun-timbun, manakala kebun mereka pula tidak diselenggara dengan sempurna. Sampai bila mereka hendak selesaikan hutang jika hutang semakin bertambah dengan dikenakan caj perkhidmatan 6.25% setahun dan caj-caj yang lain?

Hasil carian imej untuk rumah asal peneroka felda

Terdapat 95 ribu peneroka yang menyerahkan urusan tanam semula samada melalui Felda dan Felda Teknoplan. Kerajaan disarankan menubuhkan suatu jawatankuasa khas yang membabitkan berbagai pihak agar mekanisma tertentu dapat di lakukan bagi mengurangkan hutang peneroka. Buat semakan semula secara detail dan mansuhkan kos2 yang tidak wajar.

Peneroka-peneroka diseluruh Malaysia berharap agar Kerajaan campur tangan dan mengumumkan pemotongan dengan kadar tertentu atas hutang peneroka. Atas faktor usia peneroka yang telah lanjut, kemudiannya di bebankan dengan hutang yang tinggi, ia bebanan yang menjadi derita peneroka hingga ke akhir hayat.

Diminta YAB Perdana Menteri agar prihatin dan menghargai jasa dan pengorbanan para peneroka, beliau boleh umumkan 'bahawa hutang peneroka dikaji semula dan memansuhkan sistem-sistem pengurusan ladang yang selama ini begitu membebankan peneroka kepada suatu sistem yang melegakan semua peneroka Felda amnya.

6 September 2016

Selagi ada bulan dan bintang, peneroka Felda terhimpit beban hutang yang melampau


Selagi ada bulan dan bintang, realitinya peneroka Felda terhimpit dan tertekan dengan beban hutang yang melampau daripada FELDA. Hutang ini melibatkan kos tanam semula ladang mereka yang bernilai sekitar RM100 ribu hingga RM200 ribu. Sedangkan ketika peneroka masuk FELDA, hutang mereka hanya sekitar RM30 ribu sahaja.


Rata-rata Peneroka Felda yang terlibat dengan Program Tanam Semula Kedua dan Pengurusan Kebun terkejut dengan terma perjanjian yang telah mereka tandatangani sebelum ini.

Terdapat beberapa klausa " menakutkan" dan "mengikat" peneroka Felda. Perkara ini tiada dalam perjanjian terdahulu semasa mereka menyertai tanam semula pertama 30 tahun lalu.

Perkara (13) (b) dengan jelas Felda akan mempunyai kuasa 'Eksklusif' ke atas kebun peneroka dalam tempoh perlaksanaan ini.

Klausa lain yang mengejutkan peneroka Felda ialah, mereka tidak lagi diberi peluang untuk menguruskan sendiri kebun mereka selepas pokok mula mengeluarkan hasil selepas 36 bulan seperti perjanjian yang mereka tandatangani itu.

Jika mereka peneroka berhajat melanggar perjanjian ini mereka perlu menjelaskan segala hutang peneroka kepada Felda merujuk kepada perkara (14) (g) yang berbunyi 'Membuat bayaran balik kepada FELDA, termasuk dengan caj perkidmatan pada kadar yang ditetapkan oleh FELDA seperti di jadual 2, dalam tempoh tidak melebihi lima belas (15) tahun selepas mencapai tahap titik pulang modal untuk kos seperti yang berikut (kemudian daripada ini disebut "Hutang Peneroka");

Peneroka memahami perkara ini, mereka akan diikat dengan tempoh yang lama 8-15 tahun berdasarkan tahap titik pulang modal dan tempoh bayaran kembali.

Berdasarkan penerangan oleh pihak Felda, mereka berhak memasukan "Perintah Larangan" jika perlu. Ini menimbulkan keluh resah di kalangan peneroka.

Peneroka juga terkejut dengan kuasa Felda yang membolehkan agensi ini memohon perintah kebankrapan dibuat terhadap peneroka jika peneroka memungkiri mana-mana syarat dan/atau terma seperti mana yang terkandung dalam perjanjian.

Jelas perjanjian ini adalah bersifat sangat berat  sebelah apabila merujuk perkara 19 yang mana Felda tidak dianggap memungkiri Perjanjian ini jika terdapat kegagalan pelaksanaan yang sepenuhnya atau sebahagianya terhadap tugas dan kewajipan di bawah perjanjian ini yang disebabkan oleh bencana alam, kebakaran, tindakan kerajaan Pusat atau Kerajaan Negeri, perperangan, kekecohan awam, pemberontakan, embargo dan sebab-sebab lain di luar kawalan mana-mana pihak.

Dalam perkara 19 ini, menunjukkan satu langkah selamat yang menguntungkan Felda dan akan menimbulkan masalah besar kepada peneroka Felda kemudian hari jika kegagalan pihak Felda menjayakan amanah ini. 

Lebih mengejutkan Felda telah memaklumkan secara lisan, urusan proses tanam semula ini diserahkan kepada Syarikat Technoplant dan Felda tidak bersedia mendedahkan perjanjian antara Felda dengan Technoplant.

Hakikatnya, Syarikat  Felda Technoplant Sdn Bhd adalah anak syarikat Felda  yang banyak menimbulkan masalah dan tidak mampu mengurus kebun peneroka di seluruh negara.

Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad juga pernah mengakui kegagalan Technoplant melaksanakan urusan tanam semula di beberapa tanah rancangan sebelum ini.

Peneroka-Peneroka Felda di seluruh Malaysia menunjukan sentiasa merungut dan mengadu mengenai kos keseluruhan Hutang Peneroka Felda yang menyertai skim tanam semula kedua ini sangat tidak munasabah dengan nilai RM150,600 keatas sehingga tahun ke-8 untuk keluasan 10 ekar.

Mereka berharap supaya membenarkan mana-mana peneroka Felda yang mempunyai kemampuan dan teknologi sendiri untuk mengusahakan kebun mereka tanpa terikat dengan perjanjian ini atau menguruskan sendiri kebun-kebun mereka tanpa sekatan, malahan Felda perlu membantu mereka untuk bergelar usahawan Peneroka Berdikari.

2 September 2016

FELDA BEBANKAN PENEROKA DENGAN HUTANG HINGGA AKHIR HAYAT

Hasil carian imej untuk felda
Penubuhan Felda 60 tahun dahulu yang bermatlamat untuk meningkatkan taraf sosio ekonomi rakyat Melayu miskin dan berpendapatan rendah melalui pemberian lot tanah rumah dan ladang kini dilihat menjadi alat korporat yang telah memiskinkan rakyat.
Felda kini telah menjadi konglomerat bertaraf dunia yang telah tersasar daripada tujuan asal penubuhannya.
Antara dasar yang telah memberi kesan yang mendalam kepada peneroka Felda ialah skim penanaman semula melalui sebuah anak syarikat bernama Felda technoplant Sdn Bhd.
Di bawah dasar ini peneroka dihalang daripada menanam semula secara persendirian tanpa seliaan Felda Technoplant yang menyebabkan peneroka akhirnya terpaksa menanggung hutang tanpa kerelaan mereka sendiri.
Peneroka tidak ada pilihan melainkan menyerahkan tanggungjawab penanaman semula kepada Felda Technoplant. Melalui rancangan ini peneroka diberi wang sara hidup setiap bulan bagi menampung kos tanaman mereka sebelum kelapa sawit mengeluarkan hasil.
“Dasar yang digunapakai oleh Felda telah menyebabkan peneroka terus di himpit kemiskinan dan hutang yang belum tentu dapat dibayar oleh mereka.
Peneroka yang telah dipaksa untuk menanam semula kelapa sawit di bawah seliaan Felda Technoplant diberikan wang sara hidup setiap bulan yang bersifat hutang sebanyak RM1,500 sehinggalah tanaman mereka berbuah. Biasanya kelapa sawit akan berbuah bila mencapai umur antara empat hingga enam tahun, 
Keadaan ini menyebabkan hutang mereka semakin meningkat dan boleh mencecah sehingga RM65,000 hingga RM150,000 lebih setelah tempoh dibawah pengurusan Felda Technoplant menjelang 10 tahun.
Selain itu juga mereka ditawarkan pinjaman perumahan bernilai RM40,000 dan ini menyebabkan jumlah hutang mereka meningkat hingga RM200,000. Bagaimana peneroka hendak membayar hutang yang begini banyak. Kebanyakan mereka sudah berumur 60,70 atau 80 tahun, jika mereka tidak mampu membayarnya maka hutang tersebut akan diwarisi oleh anak mereka.
Apa yang kita tekankan di sini ialah jika peneroka yang tanam semula secara sendiri boleh mencapai pendapatan antara RM3,000 hingga RM7,000 sebulan kenapa peneroka yang memilih tanam semula melalui Felda hanya menerima RM1,500 sahaja, perbezaan tersebut sangat besar dan kenapa tidak terus ditolak daripada hutang mereka.
Felda tidak pernah mengeluarkan penyata hutang peneroka untuk ditelitikan jumlah pembayaran yang telah mereka lakukan. Ini menyebabkan peneroka dihimpit kemiskinan dan  hutang mereka semakin bertimbun-timbun. 
Sepatutnya tanah yang dimiliki peneroka seluas 10 ekar ini dapat menyara kehidupannya tetapi disebaliknya peneroka yang menyara hutang kebunnya itu.