SPECIAL ADS

31 Mac 2013

Muhyiddin jangka PRU13 dalam beberapa minggu


31 Mac : Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau berpendapat bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak akan menunggu sehingga parlimen dibubarkan secara automatik untuk mengadakan pilihan raya.

"Saya tidak fikir begitu, pilihan raya akan diadakan dalam tempoh beberapa minggu bulan April ini," kata Muhyiddin ketika berucap dalam satu perhimpunan Barisan 1Malaysia di Kuala Lumpur hari ini.
Dalam ucapannya petang ini, Muhyiddin turut membidas Pakatan Rakyat yang menjalankan kempen agar rakyat menolak Umno kerana terlalu lama berkuasa.
Menurutnya, Umno sebagai sebuah kerajaan yang lama mentadbir negara mempunyai kelebihan kerana lebih memahami kehendak rakyat. 

"Kerajaan ini makin tua makin bertenaga tuan-tuan, lagi tua lagi ada stail, betul tak tuan-tuan?" kata Muhyiddin kepada kira-kira 3,000 hadirin di majlis tersebut.
Pilihan raya ke-12 diadakan pada tanggal 3 Mac 2008 dan parlimen pula mula bersidang pada 28 April tahun yang sama.

Oleh yang demikian, parlimen hanya akan terbubar secara automatik pada 28 April depan.

Bagaimanapun, Suruhanjaya Pilihan Raya menjelaskan bahawa Parlimen akan terbubar secara automatik pada 29 April tahun ini kerana 28 April jatuh pada hari Ahad.

Kerajaan Umno Terengganu biaya blogger penjenayah?

KUALA TERENGGANU  31 Mac : Umno negeri Terengganu mempunyai hubungan dengan blogger penjenayah dan pengundi hantu Papagomo serta pernah menggunakan wang kerajaan negeri menjemput beliau pada satu majlis pada hujung Januari, tahun lalu.

Menurut Pengerusi Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) Terengganu, Dr Azman Ibrahim, seramai 50 orang 'bloggers dan facebookers' pro Umno dari seluruh negara menghabiskan masa selama dua hari menjadi tetamu kerajaan dan disambut oleh pemimpin kerajaan termasuk Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Ahmad Said dan Exco kerajaan YB Razif Bin Abdul Rahman.

"Majlis Pemimpin Bersama Bloggers anjuran Kerajaan Umno Terengganu yang diadakan di sebuah hotel di Bandaraya Kuala Terengganu dengan turut sama disertai oleh MB Ahmad Said  serta beberapa orang EXCO Kerajaan Negeri,

"Pihak KAMI memandang serius perkara ini terutamanya apabila ada di kalangan blogger yang dijemput adalah blogger pemfitnah seperti Papagomo dan  blogger Pas Beruk yang mengesahkan pembabitan kerajaan Umno dengan fitnah dan caci maki,

"Apatah lagi kini telah disahkan oleh PDRM bahawa Papagomo telah ditamatkan perkhidmatan kerana melakukan jenayah dan Pengerusi SPR mengakui bahawa beliau juga adalah seorang pengundi hantu,"ujarnya.

Menurutnya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff selaku Pengerusi SPR mengaku wujud dua nama Wan Muhammad Azri Wan Deris (Papagomo) yang memegang kad pengenalan (biasa) 830121-03-5019 dan kad pengenalan (polis) RF142863 yang didaftar dua kali atau dengan lain perkataan mendaftar sebagai 'pengundi hantu' di dalam daftar pengundi.

Manakala susulan penjelasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Dr Azman berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 28 Mac lalu mengesahkan bekas anggotanya Wan Muhammad Azri Wan Deris,  yang popular sebagai penulis blog dengan nama samaran Papagomo, telah dibuang kerja kerana kes jenayah.

"Mortadza menjelaskan, Wan Muhammad Azri telah ditangkap atas satu kesalahan jenayah dan dihadapkan ke mahkamah pada 31 Oktober 2005. dan kemudiannya telah dibuang kerja daripada pasukan polis sejak September 2012.

"Penjelasan polis ini menunjukkan kerajaan Umno Terengganu selama ini telah mempunyai hubungan bekerjasama dengan blogger papagomo yang disahkan melakukan jenayah,"ujarnya dalam satu kenyataan yang dihantar kepada pihak media.

PR tubuh Majlis Penasihat Keselamatan Rakyat

PETALING JAYA 31 Mac : Majlis Presiden Pakatan Rakyat hari ini mengumumkan penubuhan Majlis Penasihat Keselamatan Rakyat (MPKR) bagi memantau isu yang melibatkan pertahanan dan keselamatan negara.

Pengumuman yang dibuat oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu menyaksikan bekas Panglima Tenter Darat, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein dilantik sebagai Pengerusi MPKR.

Menurut Hashim, selain berfungsi sebagai penasihat kepada pemimpin Pakatan Rakyat (PR) berkaitan aspek pertahanan dan keselamatan, majlis tersebut juga berperanan membangkitkan kesedaran awam tentang isu keselamatan negara.

Ahli Jawatankuasa majlis itu juga akan menilai kewajaran pembelian sesuatu aset pertahanan dari segi spefikasi dan samada berpadanan dengan harga yang dibayar kerajaan.

“Majlis ini akan menasihati pemimpin PR berkaitan semua aspek ruang lingkup isu-isu pertahanan dan keselamatan negara termasuk kaedah penilaian ancaman, proses penyediaan dasar, startegi pertahanan dan ‘force capability’ serta ‘capacity building’.

“Penubuhan MPKR ini adalah berasaskan rujukan kepada situasi keselamatan semasa di Malaysia, dasar-dasar serta peraturan kerajaan sedia ada dan pengalaman serta pengetahuan yang luas bekas penjawat awam dan tentera negara ini,” kata Md Hashim.

Menurut Md Hashim, MPKR turut bertindak mengisi peranan yang ditinggalkan Majlis Keselamatan Negara (MPK) yang ada hari ini.

“MKN pada masa ini fokus utamanya menjaga ‘keselamatan’ BN, tidak kepada isu keselamatan yang sepatutnya diutamakan,” kata beliau.

Selain Anwar dan Md Hashim, turut serta dalam sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat PKR itu, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dan Ahli Parlimen Tony Pua.

PR Lancar Majlis Pendidikan Negara (Mapen)


KUALA LUMPUR 31 Mac : Pakatan Rakyat hari ini melancarkan Majlis Pendidikan Negara (Mapen) sebagai satu badan yang bakal membentuk model baru sistem pendidikan negara apabila Pakatan Rakyat mengambilalih kerajaan.

Mapen yang dianggotai golongan ilmuan seperti pendidik, profesor, dan pensyarah itu akan bergabung tenaga untuk sama-sama merombak atau menambahbaikkan sistem negara sedia ada.
Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik, berkata sistem pendidikan negara kini begitu bercelaru dan terabai hingga tidak menekankan kepentingan manusiawi.
"Sistem pendidikan ini jika disusun atur tidak mengikut manusiawi, sesebuah tamadun itu tidak dapat berkembang dengan sebaik-baiknya. Kami di Pakatan Rakyat menekankan sistem pendidikan yang berteraskan kerohanian dan intelektual dalam masyarakat," tegas beliau pada sidang media, selepas pelancaran Mapen, di Kelab Sultan Sulaiman, petang tadi.
Menegaskan Mapen ini tepat pada masanya kerana menuntut kewajipan memandangkan pendidikan merupakan proses kembali kepada tamadun pembangunan manusia, Abu Bakar turut berharap badan ini mampu memberi keyakinan kepada masyarakat untuk bersama menggerak perubahan dalam sistem pendidikan negara.
Sementara itu, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Pakatan Rakyat berhasrat untuk membentuk asas baru berteraskan sistem nilai yang selama ini diabaikan.
Beliau yang turut memeriahkan majlis pelancaran itu, turut melahirkan kekesalan diatas kegagalan kerajaan hari ini berhubung isu bahasa Melayu yang menjadi polemik saban waktu.
"Isu bahasa Melayu masih tidak diselesaikan. Bagi kami di Pakatan Rakyat, di samping kita mengangkat bahasa Inggeris, keperluan bahasa Melayu perlu diperkasakan tanpa tolak ansur," kata beliau ketika berucap di hadapan kira-kira 200 orang.
Mapen dipengerusikan pensyarah dari Unisel, Profesor Zainal Abidin Kidam.
Selain Anwar, antara pimpinan Pakatan Rakyat yang turut hadir ialah Ahli Parlimen Kepong, Tan Seng Giaw yang mewakili DAP, dan Pengerusi NGO Pendidik, Cikgu Normala Sudirman. Hadir sama, Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said.

SAMM heret Umno Baru ke mahkamah


KUALA LUMPUR 31 MAC : Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan membawa kes Umno Baru sebagai parti tidak sah dari segi undang-undang ke mahkamah, kata Ketua Penyelarasnya, Badrul Hisham Shaharin.
Badrul HishamBeliau berkata demikian dalam sidang media ketika memperkenalkan ‘Gerakan Haramkan Umno’ di Dewan Auditorium KLSCAH, di sini tengahari tadi.
Badrul atau dikenali Chegu Bard berkata, pihaknya mempunyai bukti termasuk dokumen rasmi dari Pejabat Pendaftar Pertubuhan untuk mengheret parti itu ke muka pengadilan.
Menurutnya, selepas Umno diisytiharkan haram oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 1988, Pejabat Pendaftar Pertubuhan telah menghantar surat arahan kepada pimpinannya bagi penubuhan parti baru.
Arahan itu, katanya, menyebut keseluruhan cawangan yang diharamkan hendaklah didaftarkan semula di bawah nama Umno dengan tambahan perkataan ‘baru’ di belakangnya.
“Namun, hanya 25 peratus cawangan Umno yang mendaftar semula, menjadikan 75 peratus lagi cawangan Umno (Baru) secara undang-undangnya adalah cawangan haram,” ujarnya.
Menurut Chegu Bard, isu yang mahu dibangkitkan sekarang bukan soal Umno lama atau Umno baru, tetapi isu mengenai undang-undang dan perlembagaan.
“Kalau mereka nak tubuh persatuan main basikal ke, kelab kancil ke, kita tak perlu besarkan sampai ke mahkamah.
“Tapi sebab mereka nak tadbir negara, jadi mereka perlu terlebih dahulu, ikut laras undang-undang dan perlembagaan,” Katanya.
Umno diisyhtihar sebagai pertubuhan haram oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Februari 1988 ekoran tindakan sekumpulan ahli Umno yang mencabar keputusan pemilihan presiden parti itu pada 24 April 1987.
Secara teknikalnya, Umno yang ditubuhkan sejak 1946 telah diharamkan dan Umno yang ada pada hari ini adalah Umno (Baru) yang ditubuhkan oleh mantan presidennya, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Febuari 1988.
Oleh: Ruqayya Rahman

PAPAGOMO Konspirasi Lucah1Malaysia

31 Mac : Sampai kiamat pun UMNO dan BARISAN NASIONAL akan menafikan terbabit dalam siri video sex yang  hangat diperkatakan. Si DAJJAL ini perangai dan pemikirannya dah kotor!!!  Mereka hanya ingat nak merosakkan minda orang ramai dan kononnya rakyat boleh bertukar fikiran menyokong mereka!!!

Rakyat Malaysia sekarang bukan bodoh. Ramai yang cerdik dan berfikir secara rasional, "Mana yang intan, mana yang kaca". 

Pemimpin-pemimpin utama UMNO dan BN sebenarnya ramai yang terlibat dengan penerbit/blogger video lucah (porno) yang glamour iaitu PAPAGOMO a.k.a Wan Muhamad Azri bin Wan Azri. Namanya nampak orang alim, rupa-rupanya dialah syaitan yang dikenali (Kata Mahathir). Lihat dibawah, bagaimana ramai pemimpin kita terlibat atau terbabit dengan video sex lucah yang diilhamkan blogger porno ini untuk membunuh karier musuh politiknya. Antaranya (Anda Kenal Siapa dibawah?) :

http://3.bp.blogspot.com/_2M-4XwlOfbc/TRK8yeT1gCI/AAAAAAAADOg/bM7tN0DTRxY/s1600/Papa%2BGomo%2Btahi.jpg



Blogger Umno yang bernama Wan Mohd Azri atau lebih dikenali sebagai Papagomo. Bayangkan sejak 3-4 tahun fitnah yang berterusan dilemparkan tetapi tiada yang ambil tindakan secara serius. Dia anggap seolah-olah dirinya kebal dari undang-undang. Kadang-kadang akhbar arus perdana, Utusan Malaysia memetik sumber dari blognya. Semua orang tahu Papagomo ini mendapat sumber dari pihak atasan Umno. Nama yang paling dekat dan disebut-sebut adalah Datuk Zahid Hamidi. Rasa-rasanya dialah satu-satunya blogger yang berpeluang menaiki kapal selam Scorpene semasa isu kapal selam ini ditimbulkan oleh media sosial.

Masih ingatkah kisah gereja di Kelana Jaya dan percubaan mengaitkan dengan YB Nik Nazmi. Atau kisah Nurul Izzah yang berucap di Petaling Jaya dan bercakap isu murtad tahun lepas yang telah disensasikan oleh Papgomo. Atau isu video seks yang dikeluarkan oleh trio Datuk T. Atau kisah “Azmin dihisap aiskrim’ di tandas. Banyak lagi fitnah yang datang dari blognya ini. Penulis sendiri pun tak pasti sama ada Wan Azri ini beragama Islam atau tidak. Tidak kah dia tahu memfitnah orang tanpa bukti sahih boleh mengakibatkan dia menduduki neraka paling bawah sekali. Penulis hormat beberapa blogger Umno lain yang berhujah menggunakan bahasa yang enak tetapi jangan lah kita terbabit dengan fitnah keterlaluan.

Terbaru video sex yang mengaitkan Nurul Izzah, MB Selangor Tan Sri Khalid dan lain-lain lagi. Selepas itu entah siapa lagi siri video sex dikalangan vip pembangkang yang hendak disabitkan. Yang  peliknya PM, Menteri-Menteri, KPN, Peguam Negara bersekongkol dengan PAPAGOMO. Hebat benar si papagomo ini!!! Dah tak kenal mana yang haram dan halal, dah tak kenal mana salah mana betul. Minda PAPAGOMO ini dilihat dijadikan alat oleh orang-orang tertentu untuk menjatuhkan musuh politiknya dengan bayaran upahan yang mahal dan lumayan!!!
N. Surendran peguam Datuk Seri Anwar telah berikrar supaya Papagomo disaman sehingga jatuh bangkrap. Buat permulaan harga yang perlu dibayar ialah RM100 juta. Kita tunggu dan lihat berapa lama dia boleh bertahan. Ditakdirkan Pakatan menang, penulis berharap supaya kes ini diteruskan supaya beliau insaf. Ini bukan soal kebebasan bersuara tetapi kebebasan bersuara tidak membenarkan fitnah berleluasa.

Siri Video Seks Menjelang PRU13

31 Mac : BAGI mereka yang suka – dan tidak ada kerja lain! – puaslah menonton video dan gambar lucah menjelang PRU13. Baru-baru ini seorang pemblog yang dikaitkan dengan Umno menyebarkan gambar menunjukkan wajah seakan-akan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan hubungan intim dengan seorang lelaki.

Umno menafikan terlibat dengan pembikinan dan penyebaran gambar-gambar berkenaan, sementara Ketua Umum PKR itu telah menyaman pemblog berkenaan.

Konon banyak lagi siri video seks dan foto akan disebarkan sebagai bahan kempen memburukkan pembangkang. Seperti yang dilaporkan media, akan disebarkan juga video seks melibatkan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah.
Turut divideokan dan akan disebarkan ialah spekulasi seks membabitkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan pihaknya telah dipertontonkan video seks berkenaan.

“Video ini merupakan manipulasi imej digital yang melibatkan percantuman babak-babak yang tidak berkaitan untuk memberi gambaran pemimpin-pemimpin ini terbabit dalam salah laku seks,” katanya kepada media.

Saya tidak tertarik sedikit pun untuk menonton video dan gambar seperti itu. Biang keladi mana agaknya yang tidak ada kerja – mungkin dibayar upah lumayan – untuk menyiapkan dan menyebarkan gambar seperti itu?

Musim pilihan raya atau tidak, Malaysia memang sudah biasa dengan video dan gambar seks. Seperti diketahui umum, lama sebelum video-video yang dikaitkan dengan Anwar, telah tersebar adegan ranjang melibatkan seorang bekas menteri kanan.

“Sayalah orang dalam video itu!” demikian Datuk Seri Dr Chua Soi Lek membuat pengakuan mengenai video tersebut. Secara gentleman beliau melepaskan jawatan parti dan Kabinet. Terbukti video biru itu tidak melenyapkan Dr Chua dari politik. Beliau bangkit semula dan kini menerajui MCA.

Pendek kata video dan gambar seks – tidak kira berapa hebat – belum tentu dapat menjatuhkan pemimpin.

*DATIN Seri Dr Wan Azizah mengesahkan bahawa beliau akan bertanding kerusi Dun Selangor pada PRU13. Katanya, seperti yang dipetik media: “Saya tidak ada masalah bertanding di Selengor, cuma kawasannya belum ditentukan.”

Maka ramailah yang membuat ramalan bahawa Presiden PKR itu akan menduduki kerusi Menteri Besar, menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim yang sejak awal dijangka bertanding kerusi Parlimen sahaja.

Kalau ramalan itu benar doktor pakar pergigian itu akan mencatat sejarah sebagai wanita pertama negara yang akan menjadi Menteri Besar. Maka boleh masuk dalam Buku Rekod Malaysia.

Jika itu berlaku Dr Wan juga akan melakar sejarah menjadi pakar pergigian kedua yang menduduki kerusi MB Selangor, selain Dr Mohamad Khir Toyo.

Tetapi semua itu akan bergantung sama ada isteri Anwar yang juga ibu Nurul Izzah itu betul-betul bertanding di Dun Selangor. Dan ada dua faktor yang lebih penting, iaitu beliau perlu menang dalam PRU13, dan PR dapat terus memerintah Selangor selepas pilihan raya. Kalau tidak dengan dua faktor itu, impian Dr Wan tidak akan menjadi kenyataan.

*AKHIR kalam, al-Fatehah. Rabu lalu saya kehilangan seorang lagi rakan seperjuangan. Zainon Ahmad, 70, menghembuskan nafas terakhir pada 2.25 petang di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu akibat kanser hati.

Pak Non (gambar) saya kenali lebih tiga dekad lalu ketika beliau bertugas di akhbar The New Straits Times. Kami menjadi lebih rapat setelah beliau menyertai The Sun.

Selain tulisan kewartawanannya yang tajam, Pak Non juga dikenali dan disenangi dalam kalangan rakan kerana jenakanya yang penuh sindiran.

Tidak syak lagi industri media dan kewartawanan kehilangan seorang tokoh yang telah banyak berjasa, terutama ke arah mewujud dan merealisasikan kebebasan akhbar di negara ini.

Dengan rasa simpati saya mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Pak Non, khasnya kepada isteri beliau Hasnah Abdullah. Semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas rohnya, amin!

TOK PERAK

30 Mac 2013

Khalid Ibrahim: 'Wan Azizah boleh jadi MB'

Khalid Ibrahim: 'Wan Azizah boleh jadi MB'
SHAH ALAM 31 Mac :  "Dia (Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail) layak jadi Menteri Besar Selangor."

Demikian kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika menjawab spekulasi bahawa Wan Azizah mungkin bertanding di kerusi Dun dan disebut-sebut bakal dicalonkan di sebuah kerusi di Selangor.

 Malah, bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga dijangka dilantik sebagai menteri besar jika pakatan pembangkang berjaya mengekalkan kuasa mereka di negeri ini.

Bagaimanapun untuk menjadi calon (menteri besar) di negeri ini, antara perkara yang penting dan perlu ialah kad pengenalan beliau mesti bermastautin di Selangor," katanya selepas Majlis Rapat Mesra Kinabalu Warga Sabah Lembah Klang di sini, semalam.

Menurutnya, pemilihan sebagai menteri besar akan ditentukan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kerana Undang-undang Tubuh Negeri Selangor memberi kuasa kepada Sultan untuk memilih pemimpin yang mempunyai kepercayaan untuk mentadbir negeri.

“Dalam enakmen ada tetapi tidak boleh timbulkan spekulasi itu sekarang. Selepas pilihan raya Sultan Sharafuddin menerima menghadap wakil-wakil yang memenangi jumlah kerusi terbesar dalam Dun.

"Itu yang akan berlaku, jadi kita tidak boleh timbulkan spekulasi itu sekarang kerana tidak mahu dikaitkan dengan istana. Itu sebab saya tidak mahu jawab (soalan) nanti orang katakan dan kaitkan dengan istana. Perkara ini sangat sensitif. Buatlah pilihan raya dulu,” katanya.

Abdul Khalid berkata, perkara tersebut tidak perlu menjadi spekulasi kerana masih dalam proses perbincangan di peringkat pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat (PR) dan belum satu keputusan muktamad mengenainya.

“Pengumuman itu akan dilakukan (tidak lama lagi). Oleh sebab itu kita benarkan perbincangan perkara ini dan spekulasi ini akan berakhir. Dalam masa dua minggu ini akan ada pengumuman yang akan berlaku di negeri Selangor," katanya.

Dalam pada itu, Abdul Khalid melahirkan penghargaan kepada rakan-rakan kepimpinan PR dari Sabah terutama Datuk Panglima Lajim Ukin bersama rakyat Sabah mengadakan lawatan mesra di Selangor.

Beliau berkata, usaha tersebut memberikan rangsangan kepada pemimpin PR untuk terus berkempen kepada rakyat Selangor dan Sabah bahawa perubahan pentadbiran politik Putrajaya mesti dilaksanakan.

“Majlis ini adalah satu usaha untuk memperkenalkan aktiviti mereka dalam bentuk rapat mesra supaya bukan sahaja masyarakat Sabah tahu usaha yang dilakukan tetapi rakyat Selangor tahu bagaimana rakyat Sabah ingin mengadakan kerjasama mesra antara rakyat Sabah dan Selangor.

“Tujuannya sudah tentulah jelas tujuan politik yang mana rakyat Sabah merasakan kejayaan pemerintahan PR Selangor patut dicontohi supaya dapat dilaksanakan di Sabah,” katanya.

Khairulfahmi Matsom: Video Seks Nabi



Kenyataan Khairul Fahmi Matsom
Kenyataan Khairul Fahmi yang mengundang kontroversi.
SHAH ALAM - Penolong Setiausaha I Pemuda Pas, Khairul Fahmi Mat Som mengakui kenyataan mengenai 'video seks Nabi' yang dipapar menerusi Twitternya 27 Mac lalu adalah kenyataannya sendiri.

"Itu kenyataan saya sendiri. Tidak, (akaun Twitter) bukan diceroboh," katanya.

Ditanya mengapa beliau buat kenyataan sedemikian yang diketahui boleh mengundang kontroversi malah dituduh menghina Nabi, sambil tertawa, Khairul Fahmi berkata, "Tunggu saja nanti, sekarang saya tak mahu cakap apa-apa lagi. Setiap orang ada persepsi sendiri, setiap yang berlaku pasti ada sebab."

Pemimpin Pemuda Pas itu juga hanya berkata, "Terpulang kepada siapa yang membaca".

Sementara itu, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr Harun Taib berkata, kenyataan Khairul Fahmi mungkin merujuk kepada sikap Umno yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mengatasi musuhnya.

“Benda ini (video seks) tidak wujud dan adalah mustahil untuk Baginda melakukannya. Mungkin perbandingan yang dibuat hanya untuk menunjukkan betapa teruknya Umno.

“Mereka sanggup keluar video tidak baik orang tidak bersalah. Jika Umno wujud pada zaman Rasulullah, mungkin mereka akan buat perkara itu,” katanya.

Harun mengakui tindakan Khairul Fahmi membuat perbandingan dengan Rasulullah SAW kurang sesuai.

Sementara itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, beliau belum lihat kenyataan pemimpin muda Pas itu dan atas sebab itu tidak wajar baginya untuk beri ulasan.

Bekas Jenderal ATM: Penglibatan Politik Luar Biasa Di Lahad Datu


KUALA LUMPUR 31 Mac: Bekas Ketua Turus Angkatan Tentera Darat, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein membayangkan wujud penglibatan politik luar biasa dalam operasi pasukan keselamatan dalam menangani pencerobahan pengganas Sulu di Lahad Datu.
Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat KEADILAN tengah hari tadi, beliau berkata, ada sesuatu yang tidak kena dalam cara kerajaan menangani konflik itu.
“Sebagai seorang yang berlatarbelakangkan profesion tentera, saya lihat peristiwa di Lahad Datu membayangkan ada penglibatan politik yang luar biasa dalam operasi yang sedang dijalankan,”
“Pertama, kita ada panglima (ATM) di Sabah, ada dua markas tentera di sana. Jadi kalau kita lihat dari segi ‘Command and Control’, tugasan (di Lahad Datu) patut diserah kepada mereka.
“Ini kerana mereka lebih arif dengan keadaan tanah, jalan dan kawasan yang mungkin terdedah kepada ancaman,” katanya.
Namun, Md Hashim berkata, pasukan yang dikerah pada peringkat awal di sana kebanyakannya dari semenanjung Malaysia.
“Pada awalnya di Kampung Tanduo, unit khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Semenanjung yang ditugaskan,” katanya lagi.
Tambahan pula, bilangan penceroboh yang masuk ke Lahad Datu tidaklah terlalu ramai dan pasukan keselamatan yang sudah ada di sana sepatutnya dapat menghadapinya.
“Kenapa kita tugaskan pemerintahan tertinggi dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan PDRM untuk pergi ke sana?
“(Jadi) inilah yang saya lihat tidak kena (dalam cara kerajaan tangani insiden Lahad Datu),” katanya lagi.
Menurut Bernama, sehingga kini, jumlah pengganas Sulu yang ditembak mati adalah 67, manakala jumlah tahanan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) berjumlah 111 orang.
Oleh: Aedi Asri

Fitnah Umno : Notis Huru Hara

SHAH ALAM 30 Mac - PKR menyifatkan penyebaran notis kononnya parti itu merancang kekecohan di tempat mengundi pada hari mengundi sebagai hanya "permainan budak-budak menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).


Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa notis itu adalah muslihat Umno untuk memburukkan imej PKR seolah-olah parti itu menaja kekecohan.

"Ini satu lagi perang psikologi yang dimainkan Umno terhadap PKR dengan menyebarkan fitnah seperti ini. Mereka ada dua cara untuk serang PKR, dengan menyebarkan gambar-gambar lucah pemimpin PKR dan kononnya akan ada huru-hara untuk menakutkan rakyat.

"Saya rasa lawak dan nak gelak bila ada cerita ini, macam permainan budak-budak," katanya.

Sebelum ini, terdapat satu notis bertarikh 15 Disember 2012 tersebar dengan logo PKR sebagai kepala surat.

Terdapat dua peringkat arahan pada notis itu. Di peringkat pertama, orang awam diminta membuat kecoh di kawasan mengundi bagi membangkitkan kemarahan orang ramai dan menunjukkan kelemahan pada pengurusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Di peringkat kedua, arahan untuk kumpulan media atas talian menggunakan saluran media baru seperti membina Twitter khas dengan hashtag #SPRJahat, #SPRTipu, #BersihPRU13, #NajibTipuPRU dan #BangkitRakyat.

Mengulas mengenai kandungan surat itu, Rafizi menafikan ia daripada pihaknya.

BN & PR Cadang Bubar Parlimen dan Dun Automatik

SHAH ALAM 31 Mac : Pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) berpendapat sudah tiba masa untuk meminda peruntukan undang-undang bagi membolehkan pembubaran Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) secara automatik dijadikan amalan mandatori selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, Perlembagaan Persekutuan wajar dipinda untuk menetapkan lima tahun sebagai tempoh pembubaran Parlimen secara automatik. Sebaik-bainya Parlimen wajar dibubarkan pada tempoh matang iaitu lima tahun. Beliau berkata lagi. "Saya cenderung kepada Parlimen dibubar hanya setelah tempohnya matang iaitu lima tahun. Kalau pun tak sepenuhnya lima tahun, sekurang-kurangnya empat tahun setengah.

Menurutnya, pembubaran secara automatik tidak menjadi kesalahan, tetapi kini menjadi perbualan masyarakat kerana ia tidak pernah berlaku sebelum ini. "Tetapi, kini ia tidak dinyatakan dalam mana-mana undang-undang atau dalam perlembagaan," katanya lagi.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf berkata, pembubaran Parlimen secara automatik memerlukan pindaan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan oleh kuasa dua per tiga majoriti.

Dalam pada itu, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, pembubaran Parlimen secara automatik akan diamalkan oleh PR jika berjaya membentuk kerajaan pusat. Ahli Parlimen Kubang Kerian ini berkata, PR akan memimpin untuk menetapkan tempoh lima tahun sebagai 'sempadan' pembubaran Parlimen seterusnya.

Tambahnya, walaupun memerlukan banyak perbincangan dan rundingan serta sokongan dua per tiga di Parlimen dan Dun, pembangkang akan terus melakukannya sejajar dengan kehendak rakyat.

"... Pakatan Rakyat akan memimpin ke arah perubahan itu walaupun memerlukan masa dan ada halangan mengenai dua per tiga majoriti, PR akan teruskan perbincangan untuk mencapai ke arah itu," katanya.

Salahuddin juga berkata, kelewatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan menimbulkan pelbagai persepsi negatif daripada rakyat.

"... kelewatan Najib mengumumkan pembubaran Parlimen selepas Dun Negeri Sembilan itu akan menimbulkan persepsi rakyat bahawa kerajaan tidak yakin dengan tampuk pemerintahannya," katanya lagi.

Najib Pergi Umrah Tetapi Fitnah Tersebar


KUANTAN 31 MAC: Biarpun Datuk Seri Najib Razak pergi menunaikan umrah di Mekah tetapi Perdana Menteri itu membiarkan media kawalan Umno menyebar fitnah termasuk video lucah, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
562068_10151338048001510_1842749425_n“Najib pergi umrah. Nak doa, doalah tapi niat kena betul, jangan zalim di negera sendiri. Pergi umrah tapi televisyen, media fitnah orang hari-hari. Ambil gambar bogel, telanjang. Ini apa ini? Sudahlah.
“Kita ada budaya, ada sebut pasal akhlak, ada batasnya. ,” kata Ketua Umum KEADILAN itu depan ribuan rakyat pada ceramah perdana Jelajah Merdeka Rakyat di Taman Mahkota Aman di sini, malam tadi.
Mengikut laporan media arus perdana yang memetik sumber, Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, dijadual menunaikan umrah minggu depan dan dijangka berlepas ke Arab Saudi pada 13 April.
09d2ed2c995a11e29efd22000a1f9a07_7Mengulas lanjut, Anwar juga kesal kerana ceramah itu yang dijadual berlangsung Felda Lepar Hilir 1, Gambang, ditukar tanpa alasan munasabah.
“Maki tiap malam, televisyen kecam tiap malam. Hendak ceramah pun tak boleh? Kita sudah kumpul, kerah orang, saat akhir dipinda. Pergi sesetengah tempat jalan dihalang.
“Kalau tak setuju dengan dasar kita (Pakatan), tak apa Jangan hina. Hendak buat ceramah pun tak boleh. Ingat kamu (pemimpin Umno) sahaja bayar cukai, rakyat tak bayar? Tak bolehlah macam ini. Politik apa ini?” kata Anwar.

SPRM dan Peguam Negara Hina Mahkamah


SHAH ALAM, 30 MAC : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Kerajaan Malaysia didakwa menghina keputusan mahkamah apabila gagal menyiarkan permohonan maaf kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di dalam akhbar bahasa Inggeris.
Ini selepas bekas Ketua Pesuruhjaya Datuk Seri Ahmad Said Hamdan gagal menyiarkan permohonan maaf beliau sejajar dengan persetujuan yang dicapai di dalam mahkamah tinggi Kuala Lumpur
19 Mac lalu.
Persetujuan itu direkodkan di hadapan hakim, Datuk Lau Bee Lian di dalam kes saman Abdul Khalid terhadap Ahmad Said. Kes itu berkenaan kenyataan bekas pesuruhjaya itu empat tahun lalu tentang sumbangan lembu korban di kawasan parlimen Bandar Tun Razak.
Antara terma persetujuan itu ialah Ahmad Said melafazkan permohonan maaf di mahkamah terbuka dan menyiarkan permohonan maaf tersebut di muka depan akhbar The New Straits Times dan The Star dalam tempoh empat (4) hari dari 19 Mac.
Bagaimanapun Abdul Khalid dalam satu kenyataan berkata, Ahmad Said, SPRM  dan  Kerajaan Malaysia bersikap liar dan tidak bertanggungjawab apabila dengan sengaja tidak menunaikan perintah tersebut.
“Mereka sehingga hari ini masih gagal melaksanakannya walaupun peguam saya telah menuntut defendan berbuat MB ahmad said mohon maaf mac 19 02demikian.
“Ahmad Said, SPRM dan Kerajaan Malaysia secara terang-terangan telah menghina mahkamah kerana dengan sengaja tidak mematuhi dan menghormati perintah mahkamah,” katanya di dalam satu kenyataan.
Pada 19 Mac, Ahmad Said memohon maaf secara terbuka di dalam mahkamah kepada Abdul Khalid dan menarik balik kenyataan yang diberikan dan diterbitkan pada 21 Februari 2009 oleh pihak media.
Pada 2009, Ahmad Said mendakwa bahawa Abdul Khalid telah menyalahgunakan kuasanya untuk menderma sejumlah RM 110,400 bagi tujuan membeli 46 ekor lembu korban sempena Hari Raya Aidiladha di Bandar Tun Razak pada tahun yang sama.
Susulan daripada dakwaan itu, SPRM telah memulakan siasatan dan mendapati tidak ada unsur salahgunakuasa atau penyelewengan di dalam pembelian itu.
Tegas Abdul khalid, sikap melampau kedua-dua defendan ini bertujuan menghina beliau secara berterusan selaku mangsa kepada kata-kata berunsur fitnah.
Sehubungan itu, beliau telah mengarahkan peguam, Sankara Nair untuk memulakan satu prosiding penghinaan mahkamah terhadap Ahmad Said, SPRM dan Kerajaan Malaysia.
“Tindakan defendan ini selari dengan sikap kerajaan Umno-BN yang telah memperkotak-katikkan badan kehakiman Malaysia.
“Mengingkari perintah mahkamah dilakukan tanpa sedikit pun rasa kesal kerana beranggapan kedudukan mereka mengatasi undang-undang di negara ini,” katanya lagi.

PR Menang Kerusi Parlimen Di Sabah


SHAH ALAM 30 MAC : Pakatan Rakyat bakal mentadbir Sabah selepas pilihanraya akan datang apabila gagasan itu memenangi kira-kira 35 kerusi dewan undagan negeri.
Negeri di bawah bayu itu juga bakal menyumbang 15 buah kerusi parlimen kepada PR bagi menguatkan lagi peluang gagasan itu mencapai 112 kerusi parlimen untuk berjaya mentadbir Putrajaya.
Ramalan tersebut dibuat oleh Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Lajim Ukin yang berkata beliau bersandarkan kajian sentimen politik penduduk Sabah dan pertumbuhan cawangan dan cabang parti PR di Sabah.
Beliau berkata gelombang perubahan sokongan daripada Umno-BN kepada PR paling kuat berlaku di kalangan komuniti Cina Sabah, di mana dianggarkan lapan daripada 10 kerusi majoriti Cina akan dimenangi PR.
Manakala 15 daripada 20 kerusi majoriti komuniti Kadazan Dusun-Murut turut akan dimenangi oleh PR, kata Lajim, yang merupakan bekas Timbalan Menteri Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Di antara kerusi bumiputera Islam pula, Lajim berkata 13 hingga 15 bakal dimenangi PR.
“Apabila kita tubuhkan bahagian atau cabang PKR dan Pas kita buat kajian dan juga pilihanraya percubaan dan ia amat memberangsangkan.
“Kita nampak kita boleh menang 35 kerusi dan mungkin akan sampai 40 kerusi.
“Rakyat Sabah sudah biasa bertukar kerajaan negeri".
“Dalam sejarah kerajaan negeri sudah ditukar sebanyak tiga kali. Pengalaman tukar kerajaan sudah ada,” katanya di dalam sidang media selepas majlis ramah mesra warga Sabah di Selangor bersama Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
MB rapat mesra sabah 01
Kuasa mentadbir Sabah sebelum ini pernah bertukar tangan pada April 1985 daripada BN ke Parti Bersatu Sabah (PBS).
Kemudiannya ia bertukar balik kepada BN pada tahun 1986. Pada pilihanraya 1990 pula, PBS berjaya merampas kembali tampuk pemerintahan.
Akan tetapi pada pilhanraya Mac 1994, Sabah jatuh kembali ke tangan BN.
“Apa yang dilakukan BN hari adalah merugikan rakyat sabah yang tidak dapat jaminan keselamatan, pembangunan, kemajuan dan begitu ketinggalan berbanding rakyat semanjung,” Lajim berkata.

Zulkifli Nordin : Hina Agama Hindu


KUALA LUMPUR, 30 Mac - MIC dan PPP wajar meninggalkan Barisan Nasional (BN) ekoran kenyataan menghina terhadap tuhan orang-orang Hindu oleh Naib Presiden Perkasa, Zulkifli Nordin(foto) kerana Perkasa adalah UMNO. "Perkasa adalah Umno. MIC, PPP mesti keluar dari BN ekoran kenyataan menghasut yang dibuat oleh YB Zulkifli Nordin terhadap tuhan orang-orang Hindu," kata Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin, anggota Parlimen Bukit Gantang. Nizar berkata demikian melalui twitternya hari ini. Sebelum ini, pelbagai badan bukan kerajaan mengecam kenyataan Zulkifli Nordin yang disifatkan menghina agama Hindu. Zulkifli berkata, kenapa orang Hindu tidak meletakkan patung tuhan-tuhan mereka di depan rumah mereka supaya banjir tidak melanda rumah mereka. Zulkifli sebelum ini dipecat oleh PKR dikatakan akan bertanding atas tiket UMNO di Kulim Bandar Baru dalam pilihan raya kali ini sebagaimana Datuk Ibrahim Ali yang akan bertanding di Pasir Mas atas tiket BN. Pelbagai pihak meminta tindakan diambil oleh pplis terhadap Zulkifli kerana ia satu kenyataan yang menghasut. Persatuan Presiden Hindu Sangam, RS Mohan Shah yakin tidak akan ada tindakan seumpama itu akan diambil kerana sebelum ini Zulkifli telah membuat kenyataan yang hampir sama. Namun, selepas laporan polis dibuat olehnya pada tahun 2011, tidak ada apa-apa tindakan dikenakan ke atas beliau.Menurutnya, Hindu Sangam telah membuat laporan pada tahun 2011 ekoran satu video yang menunjukkan kenyataan Zulkifli yang menghasut,namun tidak ada sebarang tindakan. "Semua ini kerana Zulkifli adalah Naib Presiden Perkasa dan seorang anggota Parlimen," kata Mohan. Kenyataan Zulkifli juga dibantah oleh Pengerusi National Indian Rights Action Team (Niat) Thasleem Mohd Ibrahim yang turut membuat laporan polis diBalai Polis Dang Wangi"Sebagai Muslim saya malu dengan kenyataan Zulkifli kerana Islam mengajar kita agar jangan menghina agama atau tuhan agama lain," kata Thasleem.


[Dalam sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia ini dan dikala Perdana Menteri memperkenalkan konsep 1Malaysia makanya tindakan Zulkifli Nordin ini dilihat sesuatu yang tidak masuk dek akal. Tambahan pula beliau adalah seorang peguam terkenal dan pernah menjadi pemimpin politik di negara ini. Soalnya kenapa pemimpin Perkasa ini begitu berani menghina agama Hindu secara terbuka seperti ini?. Nampak benar beliau sengaja mahu membakar api perkauman dengan kenyataan panas seperti ini sebenarnya. Sewajarnya pihak polis melakukan siasatan dibawah akta hasutan terhadap kes ini, kerana ia jelas menyinggung perasaan penganut agama Hindu itu sendiri. Tindakan menghina agama lain boleh dianggap menghasut dan apakah kerajaan berani mendakwa pemimpin terbabit tatkala menjelang Pilihanraya Umum Ke-13 ini nanti. Mungkin juga Zulkifli Nordin akan dirahatkan pada PRU ini gara-gara kenyataan celuparnya yang dilihat boleh menyebabkan berlakunya undi protes kepada masyarakat kaum India terhadap BN pada PRU-13 ini. Pasti beliau akan dipersalahkan gara-gara keghairahannya membuat kenyataan tersebut jika BN tewas di kawasan tradisi majoriti kaum India. Kesilapannya pasti akan memberi impak besar terhadap BN pada PRU ini !].

Oleh:  Pahang Daily

Pilihan Raya atau 'Paksa Raya'


30 Mac : Dengan tempoh pembubaran automatik Parlimen Malaysia hanya berbaki kurang lebih sebulan lagi, rata-rata rakyat Malaysia dilihat semakin ‘galak' bercakap tentang pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang akan dipanggil pada bila-bila masa. 

Dari lobi parlimen, pejabat kerajaan, kampus universiti, sekolah sehinggalah ke warung kopi, dari Perlis sehinggalah ke Sabah, topik perbualan utama rakyat jelata mutakhir ini lebih menjurus kepada ‘cakap-cakap PRU13'. 

Apa jua isu, tragedi dan kejadian yang berlaku dalam negara ketika ini akan diolah, dianalisa dan dikomen oleh pelbagai pihak berdasarkan aspirasi politik masing-masing untuk mendapatkan laba politik sebagai persediaan menghadapi PRU. 

Tidak kurang juga para penganalisis politik, sama ada yang bertauliah di universiti atau yang ‘tak bertauliah' di warung-warung kopi yang tidak melepaskan peluang memberikan komentar dan pandangan tentang tarikh PRU13 dan trend pengundian berdasarkan hasil kajian dan kecenderungan politik masing-masing. 

Entah kenapa kedatangan PRU begitu mengujakan. Manakan tidak, kesempatan untuk menunaikan hak mengundi ini hanya datang sekali setiap lima tahun. Sudah pasti ia amat dinanti-nantikan oleh rakyat jelata terutamanya pengundi-pengundi baru.
Menurut statistik terkini Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), jumlah pengundi berdaftar yang layak mengundi pada PRU13 adalah seramai 13.1 juta orang dengan 2.9 juta daripadanya pengundi baru.
Pastinya, apa jua pilihan yang dibuat oleh 13.1 juta pengundi berdaftar ini akan memberi kesan kepada keseluruhan 28 juta rakyat Malaysia.
Meskipun tarikh pembubaran parlimen masih menjadi teka-teki, bendera-bendera parti politik yang bakal bertanding sudah sedia terpasang di pokok dan jalan di seluruh pelosok negara.

Media cetak dan elektronik tidak terlepas peluang menghiasi muka-muka hadapan dan berita utama mereka dengan berita politik dan pilihan raya. 

PRU umpama pesta dan perayaan besar yang bakal disambut oleh semua rakyat Malaysia khususnya dalam menunaikan hak politik sebagai rakyat Malaysia sebagaimana yang dijamin oleh perlembagaan. 

Perkara 119 Perlembagaan Malaysia memperuntukkan syarat-syarat menjadi pengundi sekaligus memberikan jaminan kepada rakyat Malaysia untuk menunaikan hak memilih pemimpin. 

Perlembagaan tidak menyebut parti atau pihak mana yang perlu dipilih. Justeru, siapa atau pihak mana jua yang dipilih oleh rakyat Malaysia sebagai pemimpin adalah tidak bercanggah dengan perlembagaan. 

Sesungguhnya hak dan kebebasan memilih pemimpin ini adalah suatu cabang daripada hak asasi manusia yang perlu dihormati dan dilindungi. 

Namun, sejauh mana kebebasan rakyat memilih pemimpin adalah suatu yang memerlukan perbahasan lanjut kerana ia berkait dengan mentaliti dan trend pilihan raya negara. 

Sebagai contoh, di Malaysia, terdapat kecenderungan untuk menyamakan parti politik dan kerajaan atau negara hanya kerana parti politik itu menguasai kerajaan di dalam PRU sebelumnya. 

Ia menyebabkan mentaliti rakyat menganggap pertembungan di dalam pilihan raya antara kerajaan dan pembangkang, bukannya parti politik melawan parti politik.
Untuk memahami dengan lebih jelas, saya ingin ambil contoh suasana di peringkat DUN Selangor dan Parlimen di peringkat Persekutuan memandangkan pemimpin di kedua-kedua peringkat kerajaan tersebut diwakili oleh gabungan parti politik yang berbeza. 

Di Selangor, perlu difahami bahawa Pakatan adalah parti politik dan Selangor adalah negeri.
Meskipun pemimpin Pakatan dipilih oleh rakyat Selangor untuk menjadi peneraju kerajaan negeri dalam pilihan raya yang lalu, menjatuhkan Pakatan dalam pilihan tidak bererti menjatuhkan negeri Selangor, menghuru-harakan atau mengancam keselamatan negeri.

Pihak yang menentang Pakatan dalam pilihan raya adalah musuh politiknya sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai musuh negeri Selangor. 

Musuh Pakatan dan musuh Selangor dua perkara berbeza. Maka, menumbangkan Pakatan dan meruntuhkan negeri Selangor juga dua perkara berbeza.
Begitu juga dengan BN. BN adalah parti politik dan Malaysia adalah negara. Keduanya entiti berbeza walau saling berkaitan. Meskipun pemimpin utama BN juga pemimpin utama Malaysia, usaha menumbangkan mereka tidak boleh dianggap sebagai usaha menjatuhkan atau menghuru-harakan Malaysia. 

Pihak yang menentang BN tidak boleh dilabel musuh negara kerana mereka hanya musuh politik BN. Bahkan persaingan politik termasuk menentang BN melalui pilihan raya ini dibenarkan oleh undang-undang. 

Ini kerana mengadakan pilihanraya adalah sebahagian daripada syarat asas sesebuah negara demokrasi. Jika menentang BN suatu yang mengancam dan membawa malapetaka kepada negara, sudah pasti PRU akan diharamkan. 

Bukankah PRU itu membuka ruang untuk BN ditentang?
Apabila pilihan raya berlangsung, pertandingan ialah antara parti politik melawan parti politik bukannya kerajaan melawan pembangkang.

Ini kerana, setelah Parlimen dan DUN dibubarkan, tempoh mandat untuk kerajaan sedia ada telah tamat dan tiada pihak yang sepatutnya mendakwa diri mereka sebagai kerajaan sehinggalah keputusan pilihan raya berikutnya diumumkan. 

Apabila DUN dan Parlimen dibubarkan, dengan sendirinya status ADUN dan ahli Parlimen akan luput sekali gus jawatan menteri besar dan perdana menteri yang disandang. 

Dalam tempoh tersebut, suatu entiti berkecuali yang di sesetengah negara dipanggil kerajaan sementara atau caretaker government'seharusnya diwujudkan untuk menguruskan pentadbiran negara. 

Justeru, semasa tempoh berkempen seharusnya tiada pihak yang menggunakan kelebihan atau kemudahan kerajaan di peringkat negeri mahupun persekutuan sama ada dalam bentuk jawatan, kewangan, agensi dan sebagainya untuk kepentingan parti politik masing-masing.

Sama ada menteri besar Selangor atau perdana menteri Malaysia, kedua-duanya tidak boleh lagi menggunakan kelebihan jawatan tersebut sebagaimana sebelumnya untuk berkempen sebaik sahaja DUN Selangor dan Parlimen Malaysia dibubarkan. 

Ia tidak adil kepada pihak yang tidak mempunyai kelebihan tersebut bahkan bercanggah dengan asas demokrasi yang menitikberatkan pertandingan pilihan raya berteraskan prinsip 'padang sama rata'. Hakikatnya, pilihan raya adalah medan untuk rakyat jelata membuat pilihan siapa yang mahu dipilih untuk berkhidmat kepada mereka untuk tempoh lima tahun mendatang. 

Rakyat membayar pelbagai bentuk cukai - seperti cukai tanah, cukai pintu, cukai pendapatan, cukai jalan, duti import dan duti eksport - yang sebahagian kutipan itu digunakan untuk membayar gaji pemimpin untuk melaksanakan program pembangunan dan infrastruktur kemudahan semua rakyat. 

Tempoh lima tahun adalah tempoh untuk rakyat membuat penilaian sejauh mana janji dan manifesto yang dibuat semasa pilihan raya ditepati. Sekiranya rakyat tidak berpuas hati dengan prestasi pemimpin sedia ada, undang-undang memberi hak dan kebebasan kepada rakyat melalui pilihan raya untuk memilih mana-mana pemimpin lain yang mereka sukai. 

Usaha mengubah pemimpin sedia ada, sama ada kepimpinan kerajaan Selangor mahupun kerajaan persekutuan usaha yang dibenarkan undang-undang. 

Tuntasnya, setiap rakyat perlu diberi kebebasan yang mutlak untuk menentukan sendiri pemimpin pilihan mereka bersesuaian dengan falsafah pilihan raya itu sendiri. Namun, jika ada unsur paksaan, intimidasi, ancaman, ugutan dan tekanan - sehingga menyebabkan kebebasan memilih itu dinafikan, barangkali perkataan pilihan raya perlu ditukar kepada ‘paksaraya'.