Ketika ini, telah wujud ‘bunga’ belum keluar tapi ‘putik-putik’ sabotaj parti telah mula nampak apabila kedengaran ada yang berkata, jika tidak dicalonkan, dia akan tutup bilik gerakan dan sebagainya,” katanya.
“Sebelum ini kita telah 'menjaringkan gol' kita sendiri, jadi sebab itu BN kalah" Kata seorang pemimpin BN diperingkat Negeri. Katanya lagi, "Sebenarnya pembangkang tidak kuat tapi ada orang BN yang mahu lihat kita kalah".
“Jika tiada kesedaran dari sekarang, kita akan tewas. Tewas bukan disebabkan parti lawan yang kuat, tapi disebabkan masalah dalaman dan sabotaj,” Menurutnya lagi.
Sebarang usaha menangani masalah itu memerlukan kesedaran semua ahli parti kerana tanpa perubahan dalam kalangan mereka, mustahil masalah dapat diselesai .
Penganalisis politik, Dr Jeniri Amir berkata, kebanyakan sabotaj disebabkan rasa tidak puas hati dari orang tidak terpilih, walaupun selama ini dia rasa mempunyai kelayakan, bekerja keras dan banyak berkorban demi parti.
“Parti perlu membuat pilihan terbaik dengan mengutamakan mereka yang banyak berjuang untuk parti.
“Semangat setia kawan haruslah dipupuk. Ia perlu disemai daripada akar umbi. Jentera parti perlu diperkasakan dengan nilai pendidikan melalui ceramah dan bengkel tentang dasar dan perjuangan teras dan sejarah penubuhan parti,”
Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Azmi Hassan berkata, perlu ada sistem ganjaran untuk mereka yang tidak terpilih sebagai calon.
“Umno juga tidak boleh ketepikan mereka yang mempunyai cita-cita untuk menjadi calon, tetapi tidak terpilih.
“Mereka perlu diberikan peranan dalam jentera pilihan raya,” katanya. Menurutnya, ahli yang melakukan sabotaj perlu dikenakan tindakan disiplin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan