Kes ini, katanya, tidak harus dilihat sebagai kes rasuah biasa atau pelanggaran etika di bawah Akta Profesion Undang-undang, katanya.
Katanya, SD palsu Bala bukan sahaja melibatkan pembunuhan seorang warganegara asing secara yang paling kejam dan mengerikan dalam sejarah negara tetapi juga mengandungi maklumat yang sah mengaitkan pemimpin nombor satu negara dan keluarganya serta penjualan risikan pertahanan.
Oleh itu, Mat Zain berkata, polis tidak harus menyerahkan
perkara itu kepada SPRM atau Majlis Peguam untuk menyiasatnya.
Katanya, pasukan polis akan dilihat sebagai tidak bertanggungjawab dan pengecut jika ia tidak berani menggunakan kuasa dan kemahiran untuk menyiasat kes ini hingga ke akar umbinya dan membawa semua mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan dalam apa jua cara yang diperlukan.
Balasubramaniam telah mendakwa beliau menandatangani SD kedua - yang menyangkal SD pertamanya yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu - dalam keadaan terpaksa dan juga telah ditawarkan wang untuk berbuat demikian.
Bala telah mengaku bahawa SD kedua itu adalah palsu dan mencabar Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail supaya mendakwanya.
Mat Zain berkata manakala SPRM melihatnya sebagai kes rasuah di bawah bidangkuasa sendiri, tetapi SD palsu adalah satu kesalahan jenayah di bawah Kanun Keseksaan di bawah bidangkuasa polis.
Beliau berkata walaupun terdapat siasatan awal polis, tetapi Abdul Gani memutuskan untuk menggugurkan kes terhadap Balasubramaniam kerana membuat dua SD yang bercanggah, dengan menjustifikasikan tindakan itu dengan mengatakan bahawa ia tidak pernah digunakan di mahkamah.
Sedang hakikatnya, tegas Mat Zain ialah Seksyen 193 Kanun Keseksaan dengan jelas menyatakan bahawa ia adalah satu kesalahan jenayah membuat kenyataan palsu, sama ada untuk kegunaan dalam prosiding mahkamah atau apa-apa maksud lain.
Satu-satunya perbezaannya adalah hukumannya, tambah beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan