Baru-baru ini Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Samad telah berjanji kepada peneroka Felda di Dewan Semai Bakti, Felda Gunung Bongsu, Kedah akan menyelesaikan isu hutang peneroka sehingga hujung bulan September, 2016.
Walaupun beliau memberi jaminan, sukar mempercayainya kerana sebelum ini janji yang sama biasa didengar dan bila sampai masanya perkara yang dijanjikan senyap dan berlarutan.
Beliau mendakwa sebahagian wilayah sudah pun mendapat penyata hutang terperinci ini, namun hasil siasatan kami di beberapa tanah rancangan Felda, peneroka masih tidak menerima laporan atau penyata hutang terperinci, mereka hanya menerima penyata seperti biasa yang hanya dinyatakan jumlah kedudukan hutang semasa sahaja.
Selain daripada itu, beliau juga menegaskan bahawa peneroka mempunyai dua akaun yang berlainan iaitu akaun sosial ekonomi dan akaun permohonan ladang yang lebih lengkap. Akaun sosial ekonomi melibatkan pinjaman rumah, perniagaan dan beberapa perkara lain, manakala akaun permohonan ladang melibatkan kos tanam semula, pinjaman sara hidup ketika ketiadaan hasil semasa proses tanam semula selama 4 tahun dari pokok yang ditebang.
Yang menjadi persoalan dan tanda tanya peneroka Felda ialah, kenapa selepas beberapa tahun pengeluaran hasil ladang mereka, hutang terus bertambah? Seolah-olah tiada potongan dari hasil buah tandan baharu (BTB ) mereka. Hasil diambil dan diuruskan oleh Felda Technoplant seolah-olah tidak mampu menanggung pinjaman sara hidup yang diterima.
Kepada peneroka yang menguruskan sendiri ladang mereka, masalah ini tidak melingkari mereka. Begitu juga mereka yang menyerahkan kepada Felda sendiri. Kenapa timbunan hutang hanya kepada peneroka yang menggunakan khidmat swasta melalui anak syarikat Felda, iaitu Felda Technoplant Sdn Bhd?
Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad dituntut melunaskan janji-janjinya untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi peneroka. Dimana Penaung Jawatankuasa Bertindak Suara Generasi ke-2 Felda, Dato' Zulkefli Nordin berkata "mengapa Felda Technoplant (FTP) mengambil masa lama untuk mengeluarkan penyata hutang kepada peneroka".
"Sejak mengambil alih pengurusan ladang pada 2005, FTP tidak pernah menyerahkan penyata hutang lengkap kepada peneroka sehingga timbul desakan pada 2016, barulah penyata hutang dikeluarkan". "Namun begitu penyata hutang yang dikeluarkan itu tidak mempunyai butiran lengkap, malah amat meragukan," katanya.
Beliau juga berkata, "Ladang sawit seluas 10 ekar sepatutnya menyara kehidupan peneroka tetapi apa yang dihadapi peneroka sekarang ialah penambahan hutang setiap tahun sehingga mencecah RM200,000," katanya.
Tan Sri Mohd Isa Samad juga dilaporkan berkata Felda akan menyelesaikan masalah penyata kewangan peneroka di beberapa wilayah selewat-lewatnya penghujung September ini. kononnya, Felda menyedari masalah dihadapi peneroka dan sedang berusaha menyelesaikannya secara menyeluruh.
Sementara itu Dato' Zulkefli berkata, Felda Technoplant sepatutnya menyerahkan penyata hutang kepada peneroka setiap tiga bulan (suku tahun) sekali seperti dalam Perjanjian Peneroka bersama Felda. "Dalam satu pertemuan dengan Felda Teknoplant pada tahun 2015, kami dimaklumkan penyata hutang 2005 hingga 2008 tidak dapat dikesan. Felda Teknoplan pula mahu hutang sepanjang tahun tersebut dikira secara 'pukul rata'. Sudah tentu kami bantah keputusan tersebut," katanya.
Beliau turut mempersoalkan mengapa Felda Technoplant mengenakan kadar faedah 6.25 peratus sedangkan dalam perjanjian antara Felda dan Peneroka Felda, hanya 4 peratus sahaja.
Dato' Zulkefli menuntut Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Samad dapat menunaikan janjinya yang kononnya akanmembuat pengumuman pada penghujung September 2016 tetapi sehingga kini pertanyaan beliau tidak dijawab, walaupun telah dihubungi melalui whatsapp berkali-kali," katanya.

Peneroka Felda dan pewaris-pewaris mereka kini menuntut janji-janji manis Tan Sri Mohd Isa Samad dalam penyelesaian masalah penyata kewangan terperinci. Janganlah janji-janji sebelum ini oleh pihak pengurusan mengiringi janji yang dibuat sendiri Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Samad.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan