SPECIAL ADS

21 Mei 2015

TPM sembunyi di balik sehelai lalang...

Umno harus memanggil mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT) susulan pendirian keras Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahukan semua anggota lembaga 1MDB dipecat.

Bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin berkata kenyataan itu menimbulkan keraguan pemimpin dan anggota Umno terhadap ikrar taat setianya kepada presiden parti itu Datuk Seri Najib Razak

“Muhyiddin tidak lagi dapat berselindung di sebalik sehelai lalang atas sokongannya terhadap Tun Mahathir yang mahukan kekotoran 1MDB dibersihkan sebelum wabaknya menghancurkan Umno dan kerajaan,” katanya.

Ketika Najib membentangkan Rancangan Malaysia ke-11 di Parlimen hari ini, sebuah video dimuat naik di Internet yang memaparkan ucapan Muhyiddin yang mahu semua lembaga pengarah 1MDB dipecat.

Beliau kemudian menjelaskan perkara itu cuma pandangannya dan bukan perkara baru.

Kenyataan itu dilihat memberi tamparan kepada Najib memandang 1MDB lahir hasil cetusan ilhamnya.

Dalam kenyataannya hari ini, Zainuddin (atas, bertali leher) berkata Muhyiddin mempamerkan dirinya sebaris dengan Mahathir yang tidak mahu menunggu hasil siasatan rasmi terhadap syarikat pelaburan negara itu.

'Pelampau' rampas kuasa 1969

Zainuddin juga berkata Umno juga harus membincangkan sama ada Muhyiddin harus dipecat daripada MT seperti nasib yang
menimpa Mahathir pada 1969.

Katanya, Mahathir ketika itu dipecat setelah presiden Umno ketika itu Tunku Abdul Rahman (bawah, kanan) mendakwa ada pelampau hendak merampas kuasa dalam parti.

“Sekiranya Muhyiddin tidak dipecat maka jalan penyelesaian mestilah dicari bagi memastikan kesepaduan Umno jika salah seorang iaitu Muhyiddin atau Najib terpaksa berundur,” katanya.

Zainuddin yang juga bekas ketua pengarang Kumpulan Utusan Melayu berkata Najib tidak lagi dapat mengekalkan keyakinan rakyat bahawa beliau mendapat sokongan daripada dalam parti.

“Dengan kenyataan Muhyiddin itu membuktikan tidak ada perpaduan dalam parti dalam menghadapi ancaman Mahathir,1MDB, krisis politik dan ekonomi sekarang,” katanya lagi.

Zainuddin juga berkata pendirian Muhyiddin itu juga tidak boleh diperkecil kerana beliau juga mempunyai pengaruh kuat dalam parti dan telah menimbulkan kegemparan, malah mengggoncang keyakinan dalam Umno dan di kalangan rakyat.

“Keraguan rakyat terhadap kesepaduan pucuk pimpinan dan kestabilan parti berkuasa tidak boleh dibiarkan terus berlaku sehingga pilihan raya umum akan datang kerana wabaknya sedang merebak melibatkan kestabilan ekonomi negara dan juga masa depan Umno,” katanya. MK

20 Mei 2015

22 Jun hari gelap FGV?



Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPF) sudah terlepas pegangan 51 peratus saham FELDA HOLDING yang memberi keuntungan besar setiap tahun kepada KPF sekitar RM300 juta apabila dengan segala tipu helah ianya dibeli oleh FGV. Penilaian yang dibuat oleh agensi bebas bahawa aset KPF dalam FELDA Holding bernilai RM7 bilion. Tetapi FGV hanya membayar kepada KPF dengan nilai RM2.2 bilion. Kenapa begitu berbeza sekali harga dibayar berbanding nilai sebenar aset. Sedangkan penilaian paling rendah dibuat oleh CIMB dengan harga sekitar RM3 bilion lebih. 

Dalam masa yang sama, FELDA yang memegang 49 peratus saham FELDA HOLDING dibayar RM4 bilion lebih walaupun jumlah sahamnya lebih rendah berbanding KPF. Kenapa ada harga yang berbeza diantara KPF dengan FELDA?

Keduanya RM2.2 bilion hasil penjualan asetnya dalam FELDA Holding itu digunakan secara tidak berhemah. Pertamanya KPF diminta membeli saham FGV sebanyak 5 peratus dengan harga sekitar RM900 juta. Hari ini saham FGV merosot kepada RM2.09 berbanding ketika KPF beli iaitu RM4.35. Bermakna sekali lagi mereka rugi akibat pelaburan tersebut.

Kemudian sebanyak RM1.2 bilion lagi duit KPF tersebut digunakan untuk membeli sebuah ladang sawit di Semarahan, Sarawak. Sebelum dibeli KPF, ladang ini ditawarkan kepada sebuah syarikat lain (nama syarikat ada dengan kami) dengan harga hanya RM600 juta sahaja. Namun ditolak syarikat tersebut kerana tanah ladang tersebut mempunyai masalah milikan yang bertindih dengan tanah penduduk asal kaum iban di kawasan tersebut. 

Persoalannya:

1. Kenapa dipaksa KPF menjual pegangannya dalam FELDA Holding yang selama ini memberi keuntungan lumayan kepada KPF dan boleh diberi dividen yang tinggi kepada pencarum?

2. Kenapakah nilai yang dibayar terlalu rendah berbanding penilaian yang dibuat oleh agensi lain dengan nilai RM3 bilion hingga RM7 bilion tetapi KPF hanya dibayar RM2.2 bilion?

3. Kenapakah FELDA yang memegang 49 peratus saham FELDA HOLDING dibayar dengan harga lebih tinggi iaitu lebih RM4 bilion walaupun pegangannya dalam FELDA HOLDING Iebih rendah berbanding KPF sebanyak 51 peratus?


4. Kenapakah wang hasil jualan aset KPF ini digunakan untuk membeli saham FGV yang sedang merosot teruk yang kesannya akan kena kepada KPF?

5. Kenapakah dibeli ladang di Semarahan dengan harga dua kali ganda daripada RM600 juta kepada RM1.2 bilion dan ladang ini bermasalah daripada sudut milikan tanahnya yang bertindih dengan pihak lain?

Ini baru saru sudut kerugian KPF dibawah era Isa Samad dan Najib Razak dan insyaAllah banyak lagi kerugian seterusnya akan kita paparkan. Ia suatu tindakan kejam yang dilakukan kepada Koperasi terbaik di Malaysia yang pencarumnya adalah peneroka-peneroka FELDA, kakitangan FELDA dan anak anak mereka.

Mohd Nasaie Ismail

Pandikar ugut letak jawatan jika permintaan tidak dipenuhi oleh PM



KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menyenaraikan beberapa permintaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak jika mahu beliau kekal dalam jawatan itu.


Dalam pertemuannya dengan Najib pada 19 Mac lalu, Pandikar mahu Najib mengambil beberapa langkah drastik untuk memartabatkan institusi Parlimen Malaysia.

“Pertama sekali, saya minta jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal Parlimen dimansuhkan kerana ia membawa kepada persepsi segelintir rakyat yang berfikir bahawa Speaker bertugas atas arahan pihak Kerajaan sebagai Badan Eksekutif.

Ia, katanya bertentangan dengan doktrin pengasingan kuasa, maka jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal Parlimen perlu ditiadakan,” ujarnya.

Bahkan, ia juga bagi mengelakkan tuduhan bahawa Parlimen hanya berfungsi sebagai ‘rubber stamp’.

Beliau turut mencadangkan melantik Ketua Pentadbir Parlimen baharu yang boleh bekerjasama dengannya.

“Saya juga minta satu sesi khas ‘Minister Time’ diatur untuk membolehkan ahli-ahli Parlimen mengajukan soalan kepada menteri-menteri berhubung dengan isu semasa iaitu sesi pertanyaan tanpa notis,” ujarnya.

Bukan itu sahaja, Pandikar turut mencadangkan supaya Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 yang dimansuhkan sewaktu pentadbiran Tun Mahathir pada 1992 diwujudkan semula dan diperbaharui selaras dengan kehendak keperluan semasa.

Tidak ketinggalan isu bangunan serta infrastruktur Parlimen Malaysia perlu dinaik taraf setaraf dengan bangunan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya.

Pandikar mengakui, Najib telah bertindak balas segera dengan menghubungi Ketua Setiausaha Negara (KSU), Datuk Seri dr. Ali Hamsa bagi melantik Ketua Pentadbir Parlimen.

“Yang lain-lain, Najib beritahu akan dibincang untuk mendapatkan kelulusan Parlimen.

“Jika tidak ada sebarang lagi perubahan terhadap insititusi di Parlimen sebelum tempoh Penggal Parlimen ke-13, saya tidak teragak-agak untuk.menulis surat lagi kepada Perdana Menteri untuk meletakkan jawatan.   FMT

Najib akhirnya mengaku tiada wang 1MDB disimpan dalam bank Singapura

Bank BSI Singapore sebelum ini dikatakan menerima dana 1MDB yang dipindahkan dari kepulauan Cayman. – Gambar fail Reuters, 20 Mei, 2015.
Datuk Seri Najib Razak akhirnya mengaku wang syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dibawa pulang daripada Pulau Cayman tidak disimpan di bank di Singapura.
Dalam jawapan di Dewan Rakyat hari ini, menteri kewangan itu sebaliknya menjelaskan hanya baki pelaburan ditebus dalam bentuk aset di bank Singapura yang tidak dinamakan.

"1MDB sudah menjelaskan baki pelaburan yang telah ditebus oleh 1MDB  adalah dalam bentuk aset di dalam mata wang dolar AS di sebuah bank di Singapura bertujuan untuk mengimbangi liabiliti US Dollar.
"Bank ini merupakan penjaga bagi pihak 1MDB untuk aset ini," kata perdana menteri dalam jawapan bertulis hari ini kepada soalan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.
Pua berkata, pendedahan ini mengejutkan dan mengesahkan tiada wang tunai yang dibawa balik oleh 1MDB daripada Pulau Cayman.
"Maksudnya tiada wang tunai yang disimpan di Singapura, tapi hanya adalah aset. Aset ini pula hanya 'paper asset'," kata Pua pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Pua juga menyifatkan pelaburan yang diwar-warkan Putrajaya sebelum ini dibuat di Pulau Cayman adalah mengarut, malah nilai aset tersebut juga tidak diketahui.
"Ini semata-mata aset atas kertas, apa nilai sebenar kita tidak tahu. Bermakna mereka 1MDB hanya membuat pemindahan kertas daripada Pulau Cayman ke Singapura," katanya. 
Dalam jawapan bertulis itu juga, Najib bagaimanapun tidak menjelaskan sama ada Bank Negara menerima kenyataan daripada pihak berkuasa Singapura tentang penyata palsu dihantar anak syarikat 1MDB kepada sebuah cawangan Bank BSI di Singapura seperti didedah oleh Sarawak Report baru-baru ini.
"Bagaimanapun, sebarang maklumat yang diterima adalah tertakluk kepada protokol kerahsiaan antarabangsa (Egmont principles of information exchange) dan kehendak kerahsiaan di bawah seksyen 10 AMLA.
"Menurut seksyen 10 AMLA, maklumat yang diterima hanya boleh didedahkan kepada agensi penguatkuas berkaitan yang menyiasat kes tersebut di bawah undang-undang mereka selepas mendapat kebenaran bertulis daripada pihak berkuasa asing," kata jawapan lisan itu.
Susulan pengakuan terbaru ini, Pua membidas Putrajaya kerana menipu walaupun sebelum ini mengakui tentang wang dari Pulau Cayman yang dibawa pulang dan disimpan di Singapura.
Pada 10 Mac lalu, Najib dalam jawapan bertulis mengatakan sejumlah wang AS$1.103 bilion yang dibawa pulang dari Pulau Cayman sudah ditebus dalam bentuk wang tunai dan disimpan dalam mata wang dolar AS di BSI.
Najib juga mengatakan tujuan ia disimpan di Singapura adalah untuk memudahkan urusan pengeluaran wang memandangkan peraturan yang ketat BNM.
"1MDB perlu jelaskan perkara ini, kita selama ini diberitahu ada wang di Pulau Cayman, tapi terbaru pendedahan ini menunjukkan kita semua ditipu," kata Pua.
Menurut Pua, pengakuan Najib ini juga menjelaskan mengapa 1MDB bermasalah serta gagal membayar hutang yang ditanggung mereka.
"Ini salah satu sebab mengapa 1MDB tidak dapat membayar hutang mereka," kata Pua.
Sarawak Report dalam pendedahan membabitkan 1MDB mengatakan wujud bukti menunjukkan BSI menolak dokumen 1MDB ‎mengenai akaun Brazen Sky Limited di Singapura.
"Dokumen dibekalkan kepada pelbagai pihak berkuasa oleh presiden 1MDB Arul Kanda bagi menunjukkan penyata akaun Brazen Sky pada November 2014‎.
"Namun bank swasta Switzerland memberitahu pihak berkuasa Singapura yang dokumen itu bukan berasal daripada mereka dan tidak menunjukkan dokumen sah ‎mengenai aset anak syarikat 1MDB," lapor Sarawak Report.
Menurut portal itu, maklumat mengenai penyata bank kemudian dilaporkan semula ke Malaysia pada 13 Mac lalu, 2 hari selepas perdana menteri yang juga menteri kewangan mengemukakan jawapan bertulis mengesahkan baki AS$1.103 bilion sudah ditebus kembali daripada dana Brazen Sky ‎di Pulau Cayman dan kini "disimpan" di BSI di Singapura. TMI

18 Mei 2015

Tempoh sembilan bulan Najib sudah tambah RM44.148 Billion lagi hutang negara..



Betul-betul cakap tak serupa bikin Presiden UMNO yang jadi Perdana Menteri ni.. tahun lepas dia kata nak kurangkan hutang tapi tahun ni hutang negara meningkat lagi..

Sekitar Oktober 2014 yang lalu Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan membentangkan belanjawan bagi 2015.

Najib menegaskan pentingnya langkah berterusan untuk mengurangkan defisit kerajaan bagi memastikan negara mencapai bajet seimbang menjelang 2020.

Beliau menyatakan, "Salah untuk melepaskan beban hutang kepada generasi akan datang. Kita mesti wariskan ekonomi yang lebih kukuh dan hutang yang lebih kecil…”

Kata Najib tu...

Apa yang kita perlu tahu perbezaan antara defisit dan hutang ialah..


Defisit bermaksud kerajaan berbelanja lebih daripada pendapatan (baca: cukai yang dikutip). Hutang pula ialah jumlah pinjaman kerajaan daripada pihak lain bagi menampung belanjawan.

Defisit ditunjuk dalam belanjawan setiap tahun tetapi hutang meliputi jumlah defisit terkumpul daripada tahun-tahun sebelumnya. 


Sejak 1970 hingga 2014, Malaysia mengamalkan belanjawan defisit sebanyak 43 kali, dan ia meningkat secara ketara sejak 2005. Kesan defisit secara berterusan ini, hutang negara meningkat daripada 36.0% Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 1998 kepada 52.6% KDNK pada 2013.

Dalam Laporan Ekonomi Malaysia 2014/2015, dinyatakan hutang domestik negara, sehingga akhir Jun 2014, berada pada kadar RM552.652 billion, sementara hutang luar negeri bagi jangka masa panjang, sederhana dan pendek, sehingga tempoh yang sama, berada pada kadar RM335.572 billion (termasuk hutang swasta).

Sejak 2010, faedah yang dikenakan terhadap pinjaman bersih dalam dan luar negeri berjumlah antara RM15 billion hingga RM22 billion setahun. Kerajaan menjangkakan defisit pada kadar 3.5 peratus bagi 2014 dan menurun pada kadar 3.0 peratus bagi 2015... bacalah kat SINI untuk lebih menyeluruh..

Walaupun telah berkata adalah salah untuk melepaskan beban hutang kepada generasi akan datang... tapi hutang negara dibawah pentadbiran Najib terus meningkat..

Baca ni..


Jumlah hutang kerajaan Persekutuan pada akhir Mac lepas sebanyak RM596.8 bilion atau 52.1 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini. 

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong berkata daripada jumlah itu sebanyak 97 peratus atau RM579.2 bilion merupakan hutang domestik manakala RM17.6 bilion atau tiga peratus lagi membabitkan pinjaman luar pesisir. 

"Kedudukan hutang Kerajaan Persekutuan kekal terurus dan dikategorikan sebagai negara keberhutangan sederhana," katanya ketika menjawab soalan Nga Kor Ming (Taiping-DAP) dalam sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.


Hebat sekali Najib ni.. akhir Jun 2014, kadar hutang negara RM552.652 Billion.. Manakala akhir Mac 2015 kadar hutang dah menjadi RM596.8 Bilion

Dalam masa lebih kurang sembilan bulan Najib dah meningkatkan hutang negara lagi RM44.148 Billion..

Aku musykil sikit bila Tee Young tu kata RM17.6 Billion hutang luar pesisir.. cuba tengok angka kat bawah ni..


ASD


Pandikar buat macam saya pembohong

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, isu peletakan jawatan dibangkitkan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia ketika bertemu dengannya sebelum ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 18 Mei, 2015.
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkemungkinan "berkecil hati" susulan kekurangan kelengkapan dalam pejabatnya, sehingga mengakibatkan beliau ingin melepaskan jawatan tersebut. 
Menjawab soalan ketika pelancaran buku bertajuk "Dr Mahathir: Selected Letters to World Leaders" bahagian 2 di Putrajaya hari ini, Dr Mahathir berkata, perkara itu dibangkitkan Pandikar ketika bertemu dengannya sebelum ini. 
"Beliau mengaku ada berjumpa saya. Bukan saya suruh beliau berjumpa saya. Beliau jumpa saya kata tidak puas hati dengan kerajaan.
 "Beliau kata nak bersidang, beliau akan beritahu perdana menteri beliau ingin lepas jawatan.
"Sebagai speaker, beliau perlu berjumpa VIP. Bilik beliau tidak selesa. Mungkin sebab itu dia nak berhenti. Kemudahan dalam bilik tidak diberikan," kata Dr Mahathir.
Dr Mahathir berkata, tindakan Pandikar, yang masih mempengerusikan mesyuarat di Dewan Rakyat dan bercanggah dengan kenyataannya untuk meletakkan jawatan seolah-olah melihatkan dirinya seperti "penipu".
"Dia (Pandikar) memalukan saya dengan kata dia tak resign. Dia datang jumpa saya, dia cerita perasaan tidak puas hati dengan Najib. 
"Dia kata tak jadi speaker dah, dia cerita tidak puas hati layanan Parlimen sebagai speaker. Apa yang perlu dia buat, dia kata bagi surat dah kat Najib nak letak jawatan," kata Dr Mahathir. 
"Dia kata macam saya ini bohong, tak baiklah".
Dr Mahathir sebelum ini dilaporkan berkata, Pandikar sudah mengumumkan peletakan jawatannya sebagai speaker Dewan Rakyat.
"Speaker sudah berhenti. Dia datang jumpa saya dia kata dia hendak berhenti. Dia tak mahu dah. Sekarang yang jadi pengerusi dewan, dia punya timbalan," katanya dalam satu program Bicara Negara yang diadakan di Ipoh, Perak hari ini.
Bekas perdana menteri itu berkata jawatan speaker akan diambil alih oleh timbalannya yang akan meneruskan sesi Dewan Rakyat Isnin ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim pada Sabtu menafikan dakwaan Dr Mahathir itu. 
"Berita tersebut adalah tidak benar, kalau ada sudah tentu pelaksanaannya dimaklumkan kepada saya terlebih dahulu, tetapi setiausaha Dewan Rakyat juga sudah mengesahkan perkara itu tidak benar," katanya kepada The Malaysian Insider. TMI

17 Mei 2015

Ahli Parlimen gagal utamakan kepentingan negara dan rakyat


Di sebalik sumpah mereka untuk berkhidmat buat pengundi, ahli Parlimen dilihat lebih mengutamakan ketua dan pemimpin politik mereka berbanding perkhidmatan kepada rakyat, kata peguam, dan memberi amaran rakyat dan negara akan menerima kesannya sekiranya pemimpin gagal melaksanakan tanggungjawab mereka.
Mereka berkata anggota Dewan Rakyat, terutamanya daripada parti Barisan Nasional (BN) tidak melaksanakan sumpah mereka dalam melaksanakan tugasan, termasuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.
Peguam kanan Datuk Dominic Puthucheary berkata, Dewan Rakyat gagal memainkan tugasnya kerana parti politik menguasai Dewan dan menukarnya kepada "Dewan Parti".
"Wakil rakyat di Dewan Rakyat dipilih pengundi, tetapi mereka memberikan kesetiaan kepada pemimpin politik dan menjadi Dewan Parti," katanya yang kini berusia 82 tahun, dan pernah dipilih sebagai ahli Parlimen Nibong Tebal selama sepenggal pada 1995.
Beliau berkata, mereka yang dipilih tidak memahami tugas sebenar atau ambil kisah untuk mengetahui apa yang seharusnya mereka lakukan berlandaskan Perlembagaan.
"Bagi kebanyakan mereka, ia adalah karier dan bukannya melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat," katanya, sebagai respon terhadap ucapan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah supaya mengutamakan negara dan rakyat berbanding pihak lain.
Kesemua 222 ahli Parlimen akan bersidang hari ini selama sebulan bagi membincangkan hal ehwal negara.
Ketika persidangan pada Mac, sewaktu membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, Tengku Razaleigh, atau lebih mesra dengan panggilan Ku Li berkata, Malaysia kini dibelenggu dengan kebuntuan politik dan ekonomi, dan hanya anggota Dewan Rakyat yang mampu meleraikannya.
Beliau menyuarakan kebimbangan terhadap syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kini dibebani hutang dan pelaksanaan sistem percukaian cukai barangan dan perkhidmatan (GST).


"Kita kini berhadapan cabaran yang tidak dijangka bagi memenuhi ikrar berkhidmat untuk rakyat dan negara.

"Ini kerana, kuasa Dewan Rakyat dipindahkan kepada kepimpinan parti politik," katanya, yang menjadi ahli Parlimen sejak 1974.
"Pemusatan kuasa terhadap mana-mana individu adalah bertentangan Perlembagaan. Itu bukan apa yang sepatutnya mengenai demokrasi.
"Oleh itu, anggota Dewan Rakyat perlu memutuskan sama ada mahu memenuhi ikrar mereka atau tanggungjawab kepada kuasa di luar Dewan Rakyat," katanya.
Dominic berkata, tidak diragukan Razaleigh bercakap mengenai apa yang difikirkannya namun mengakui terdapat keperluan bagi merombak keseluruhan sistem kerajaan.
Beliau juga menjelaskan sikap wakil rakyat Sabah dan Sarawak yang lebih mementingkan isu di kawasan mereka berbanding isu nasional.
"Mereka tidak melihat kepentingan mempunyai perdana menteri yang kompeten untuk negara," katanya.
Peguam, R. Kenghadharan berkata, mana-mana anggota Parlimen yang gagal melaksanakan tugas mereka perlu mengosongkan pejabatnya kerana mereka menjadi liabiliti kepada proses demokrasi.
"Anggota Parlimen yang tidak kompeten akan memberikan kemusnahan serius kepada proses demokrasi dan tadbir urus kerajaan, kita memiliki ramai dalam kalangan mereka," katanya.
Dewan Rakyat katanya mewakili suara rakyat, namun malangnya, terdapat usaha mencalarkan imej mereka dengan kepimpinan yang lemah dan menyalahgunakan kelemahan demokrasi.
"Kecuali rakyat bangkit untuk menyelamatkan institusi ini, kita merisikokan sistem sekarang dan Malaysia menjadi negara yang gagal," katanya.
Peguam, Edmund Bon berkata, anggota Parlimen yang baik seharusnya mengundi berdasarkan niat hati mereka dan tahap intelektual masing-masing untuk menjadi bertanggungjawab terhadap rakyat.
"Realitinya, bagaimanapun, mereka memenangi pilihan raya disebabkan sokongan parti," katanya, dan menambah, itulah punca sebenar calon bebas gagal dalam pilihan raya.
Bon berkata, ahli Parlimen tidak berupaya bergerak secara bebas seperti mengusulkan undi tidak percaya terhadap ketua Dewan kerana ketua whip parti dilantik untuk mengekalkan disiplin.
Beliau berkata, apa yang dimaksudkan Razaleigh dituntut oleh masyarakat sivil yang mahukan penyingkiran pemusatan kuasa antara individu atau beberapa pihak.
Bon berkata, sistem wakil rakyat berdasarkan undi popular perlu dilihat apabila reformasi Parlimen dilaksanakan, seperti di negara Barat.
"Kita harus membenarkan rakyat diberikan akses kepada Dewan Rakyat jika jumlah tertentu dipenuhi untuk mengumpulkan tandangan bagi sesuatu petisyen berkenaan kepentingan orang ramai dibahaskan," katanya. TMI